en
Feedback
Illeya Ibrahim

Illeya Ibrahim

Open in Telegram

Berusaha untuk terus menerus mendalami ilmu al Quran, walau dimana sahaja kita berada sehingga Allah swt mengurniakan nikmat agung untuk belajar al Quran di Masjid Nabawi, Madinah al Munawwarah satu masa nanti, insyaAllah

Show more
440
Subscribers
-124 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
Ladies, apa perasaan kalau dapat staycation dekat dengan nature? Kita-kita je.. Kita kupas kisah-kisah dalam al Quran. Bimbingan hafazan surah pendek. Sama-sama BBQ sambil refleksi al Quran dan buat action plan based on apa yang kita tadabbur. Baiki bacaan al Quran ala-ala moment kat Masjid Nabawi, and yes, kita share ilmu yang belajar dari Masjid Nabawi. Pagi-pagi briskwalk lepas tu mengopi guna beans yang kita bawa dari Madinah sambil koreksi makna hadis tentang al Fatihah. Kita bawa vibe al Quran ala-ala dalam Masjid Nabawi, tapi rasa kat Malaysia dulu. Mana tau sikit masa lagi Allah jemput betul-betul rasa kat Madinah pulak. Kita buat sharing juga apa-apa berkenaan Healing Medina. 7-9 Ogos ni, Janda Baik. Nak join tak? If nak, saya sharekan details 😊

Beberapa hari lepas saya dapat whatsApp dari guru saya di Universiti Islam Madinah yang membuatkan saya terdiam seketika. Saya pernah beberapa kali masuk kelas beliau di jamiah, kelas bahasa arab. Memang antara guru favourite saya, beliau akan sedaya upaya explain sampai kita faham, walau beliau tak boleh berbahasa inggeris. Memang banyak vocab saya belajar dari beliau masyaAllah. Alhamdulillah atas nikmat di bumi Madinah ini, beberapa kali juga dapat invitation untuk ikuti daurah mereka, namun tak semuanya mampu saya penuhi atas tuntutan kerja yang perlu menjadi prioriti. Minggu ini minggu akhir untuk daurah soifi di Masjid Nabawi. Baru sahaja menarik nafas lega selesai segala exam, tiba-tiba ada notifikasi whatsApp menjengah.. "Illeya, kamu dah daftar untuk daurah di jamiah? Kelas akan bermula esok.." Rasa macam termenung panjang. Daurah di jamiah juga sebulan. Maksudnya sampai penghujung ogos. Seronok, tapi itulah, kita ni pulak dah plan macam-macam bulan depan. Siap dah book tiket nak holiday lagi. Macam mana nak explain eh? Rasa macam nak cakap, "Ustazah, tunda september boleh. Sebab next month saya busy.." haha kemainnn eh Alhamdulillah atas setiap perancangan yang selari dengan perancangan Dia, juga perancangan yang tergendala yang Dia gantikan dengan yang lebih indah tanpa sedikitpun saya jangka. InsyaAllah, untuk kalian juga, pasti punya cita-cita untuk faham bahasa al Quran, kan? Untuk kalian yang di Malaysia, kali ini percuma sahaja. Belajar terus dengan pensyarah Universiti Ummul Qura, Makkah al Mukarramah. Sesi malam, 3x seminggu. Untuk intake pertama, Ogos dan September ini PERCUMA sahaja. Syaratnya kena komited 85% kehadiran sepanjang 2 bulan. Kalau 100% sudah tentu lebih baik. Platform google meet. Kelas ini asas sahaja. Kita buat percubaan dulu, insyaAllah. Yang memenuhi kriteria akan dapat sijil penyertaan dari Pusat Bahasa Universiti Ummul Qura, insyaAllah. Terbuka untuk lelaki dan wanita. Kalau berminat, boleh terus whatsApp kat sini ya - www.wasap.my/966502313492/arabicmakkah Ni belajar dengan lecturer dari Makkah tau. Kalau memang nak jugak Madinah, takpe, tekan je link yang sama, kita ejas sampai jadi, insyaAllah. Bulan 10 ni pun ada trip bahasa arab di Madinah, tapi khusus ladies only. Illeya Ibrahim Dah rindu sebenarnya nak ulang-alik jamiah, selain rutin utama ulang alik Masjid Nabawi. Ada tak eh nak jadi assistant saya kat sini? Tapi bagitau siap-siap, saya garang tau 🙂‍↕️ #newchapterbegins #illeyamedina #nikmatyangagung

photo content

"Bila kita ada rasa tanggungjawab, insyaAllah kita akan berusaha untuk laksanakan. Apa lagi berkait al Quran, apa lagi buat mereka yang tiadapun akses untuk belajar al Quran.." Usai talaqqi personal dengan salah seorang guru Masjid Nabawi tadi, kami ambil masa berbual sebentar. Macam biasa bila duduk sebulan di Madinah, live like locals, akan ada jemputan-jemputan yang hadir untuk makan malam di rumah guru. Dan pastinya sukar untuk ditolak, lebih lagi bab makan. Haha Mengenali budaya arab, ianya sesuatu yang baru, pengalaman yang berbeza di bumi Madinah. "Mereka ada 2 malam sahaja lagi sebelum bertolak ke Makkah.." Saya beritahu pada guru. Beliau senyap, mungkin juga dalam kepala ligat menyusun jadual yang ada. Saya memberi idea, memecah sunyi yang ada, "malam ini?" "Hari ini aku agak sibuk. Jam 5 petang sebentar lagi aku mula kelas di centre. Selepas itu kelas online sampai jam 11:30malam.." Terbeliak biji mata kami semua. "Biar betul? 11:30malam?" Menyedari kelas beliau bermula seawal jam 4:30pagi sebegai pelajar, jam 8pagi mula mengajar dengan sela masa mungkin hanya satu jam atau setengah jam sahaja untuk berehat melepas lelah. Tugasan menyeselaikan persoalan serata dunia sebagai mufti Masjid Nabawi yang juga tak pernah dia tinggalkan. Bersambung pula kelas online sehingga malam yang mungkin juga hanya solat menjadi waktu berehat. Dia sambung lagi, "kamu tahu semalam aku letih sangat. Aku tertidur. Sepatutnya malam ada kelas, tapi aku sampai termimpi pelajarku datang dan kejutkan. Lekas bangun, ada kelas. Dan aku tersedar, alhamdulillah.." Dan saya hanya berbicara dalam hati, benar, asbab rasa tanggungjawab yang tinggi dan cinta pada al Quran sampai waktu rehatnya juga dikorbankan, bahkan rehatnya dia dirasakan indah bila bersama dengan al Quran. Ya Rabb, rahmati guru kami. Tempatkan mereka di syurga tertinggi nan abadi bersama Baginda Nabi SAW asbab itqan mereka berkhidmat dengan al Quran tanpa lelah, tanpa henti. Tuhan, rezekikan kami jiwa seperti mereka yang sentiasa ikhlas tanpa berkira bersama kalamMu yang mulia. Dan dia sambung bicara, "Juga bila ada kopi, insyaAllah aku boleh survive mengajar sepanjang hari.." Ya, al Quran dan kopi, duo yang membahagiakan sanubari. Coffee, al Quran and Calm. Anyone? P/s : Ini gambar lama. Kak Yus yang mengajar saya untuk bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. Beliau memulakan joirney al Quran dengan kelas online one on one dan beberapa bulan sahaja Allah SWT takdirkan sebuah jemputan belajar terus dalam Masjid Nabawi. Kita arrange satu sesi private face to face dengan ustazah dan kini beliau dah pun pulang ke Malaysia dan sambung kelas online semula. Juga bersama al Quran dan coffee. Nak join kelas online, nak join sesi Coffee, Quran and Calm, klik je sini - www.wasap.my/601156576213/healingmedinaladies #illeyamedina

photo content

Ladies, kali ini tiga tempat berbeza. Shah Alam Taiping Ampang Bersama sisipan kopi, kita baiki sebutan dan bacaan ayat-ayat suci seperti yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW. Bukan sekadar itu, kita amati setiap bait-bait ayat biar benar bermakna dalam sanubari, sampai berbekas dalam hati. InsyaAllah Daftar terus kat sini - www.wasap.my/601156576213/cqcogos #healingmedina

photo content
+2

Perfume pun ada kitab 😂 Sabtu lepas since mover kita tiba-tiba tanya ada tak barang nak bawa balik, kita pun up lah perfume pujaan hati kalian ni kat story. Alhamdulillah sempat lah grab 14 kotak dalam masa kurang 12 jam untuk mereka yang order tu. Ada yang order sampai 2 kotak, ada yang 4 kotak. Katanya masa datang sini stok yang kotak ni habis. Alhamdulillah sabtu order, semalam semua dah terima perfume masing-masing kecuali yang Singapore, lambat sikit lah kan sebab jauh. Tapi insyaAllah sehari dua ni sampai lah. Alkisahnya masa nak pergi osma completekan order ni, saya tunjuk je contoh nak lagi 6 kotak sebab nak cepat kan. Lepas tu terdengar dia cakap dekat kawan dia, "kitab...ada lagi kan stok kitab ni, dia nak lagi 6.." Dia cakap arab ler ofkos. Lah kita rasa nak tergelak. Bila panggil book rasa macam ok, kitab rasa macam kelakar sikit. Haha Apa pun, malam ni mover kita nak bawa balik Malaysia. So ahad or isnin sampailah kat tangan mereka yang order, insyaAllah. Mai lekas siapa nak selit order. Osma book ni sesuai untuk yang baru nak try brand osma tapi tak sure nak pilih yang mana, boleh ambil dulu book ni sebab semua range perfume osma ada dalam ni. Next boleh la order yang 75ml bila dah ada yang berkenan kan. Dan satu lagi dalam kotak putih bunga-bunga tu, seasonal punya sempena summer. Bauan foral, breeze gitu. Sesuai kalau nak bagi hadiah. Hadiah kat diri sendiri pun boleh. Ok terus wasap laju-laju kat sini ya - www.wasap.my/601156576213/osma Ok kita nak masuk halaqah ni. Nanti admin kita attend query korang ya.. #illeyamedina

photo content
+1

Jumaat lepas. Sebelum mereka pulang, kami memahat kenangan berlatar belakang uhud yang damai. Bersama desiran air yang mengalir, nasi lemak yang dimasak acik benar-benar membangkit rasa. Ya, acik yasmi, yang bersama duduk homestay Healing Medina hampir sebulan, rajin memasak macam-macam hidangan setiap hari betul-betul menghilangkan rindu pada makanan Malaysia. Alhamdulillah atas nikmat ini. Beliau offer nak masak nasi lemak dengan ayam goreng, ditambah teh tarik sebagai pelengkap hidangan pagi itu. MasyaAllah. Moment ini mahal. Jarang-jarang kan kita datang ke bumi Madinah dapat merasai pengalaman semacam ini. Dan tidak juga healing biasa. Kami tutup picnic ini dengan ulangkaji hukum tajwid yang kami pelajari sepanjang dalam halaqah al Quran Masjid Nabawi. Juga tadabbur beberapa ayat yang menjentik rasa dalam sanubari. Ya, bumi Madinah ini cukup memberi erti buat mereka yang bertandang ke sini. Bumi Madinah senantiasa punya tempat istimewa dalam sanubari. Apa lagi bila bersama al Quran, ianya memori indah yang terpatri sampai mati. InsyaAllah, sedaya upaya kami berusaha memberikan moment indah yang takkan mampu diulang dimana-mana, biar hati yang bersama terus bercita-cita untuk berkali-kali sampai ke tanah Nabawi ini, mendalami al Quran dengan kedamaian yang mekar buat jiwa. Moga Tuhan Yang Maha Baik rezekikan kita semua untuk bersama-sama menyulam rasa dekat dengan Baginda SAW. Illeya Ibrahim Berusaha menyantuni semaksimanya demi cinta Dia Ladies, mari healing di bumi Madinah - www.wasap.my/601156576213/healingmedina #nikmatyangagung #healingmedina #illeyamedina

photo content

Minggu lepas baru saya sempat berkenalan dengan seorang jiran baru, rumah beliau atas dari rumah saya. Beliau dari Syria, dah duduk di Saudi beberapa tahun dan baru sahaja kurang lebih sebulan tinggal di Madinah. Tak sempat berbual lama, sebab masa tu saya bergegas ada urusan kerja. Namun sejak dari itu, setiap hari, ada sahaja bungkusan digantung depan pintu rumah. Setiap hari, tanpa gagal. Dan kesemuanya, makanan. Hari ini, sampai sahaja depan rumah, tetap juga ada bungkusan. Dan agak berat kali ini. Nah, saya tersenyum sendiri. Perlu ke saya terus terang, "saya suka dapat makanan, tapi lebih prefer yang dah siap masak sebab saya tak rajin masak. Kah!" Kousa, memang salah satu makanan feveret saya. Kalau ustazah saya ajak makan kat rumah beliau, pasti beliau lebihkan sebab saya suka sangat makan. Tapi itulah, suka makan, maksudnya dah siap masaklah kan. Tapi yang belum siap ni, suka pandang je. Helppppp! Alhamdulillah, atas nikmat jiran yang baik-baik di bumi Nabawi ini. Alhamdulillah, atas nikmat makanan yang tak henti-henti di bumi Madinah ini. Ya, peti ais rumah saya tak pernah lagi kosong dengan makanan. Memang selalu sahaja penuh. Dan alhamdulillah, bulan ini rumah pun penuh dengan mereka yang datang untuk diy halaqah al Quran. Merasai kehidupan bak penduduk Madinah. Harap-harap mereka rajin masak. Okeh gurau saja. Ya, ada insan yang berkunjung ke Madinah untuk beberapa hari. Dan ada wanita yang memilih untuk benar-benar tinggal, menghidupkan setiap pagi dengan ilmu, setiap petang dengan al-Quran, dan setiap malam dengan ketenangan yang sukar digambarkan. Inilah pengalaman yang saya impikan untuk anda realisasikan. Dan sedang saya usahakan atas pertolongan dari ar Rahman. Bukan sekadar melihat Masjid Nabawi dari skrin telefon, tetapi menjadikannya sebahagian daripada rutin harian. Saat ini Tuhan Yang Maha Baik rezekikan nikmat agung ini, moga Allah juga sentiasa berikan saya peluang untuk menyantuni seramai mungkin wanita yang ingin merawat jiwa, kembali kepada Dia sebagai tetamu Baginda SAW. Illeya Ibrahim Juga sebab kenapa diet saya selalu gagal. Haha! #nikmatyangagung #healingmedina #illeyamedina

photo content

Ladies, our next Coffee, Quran and Calm. Kami sharekan cara sebutan dan bacaan al Quran yang betul macam yang kami belajar di
Ladies, our next Coffee, Quran and Calm. Kami sharekan cara sebutan dan bacaan al Quran yang betul macam yang kami belajar di Masjid Nabawi, insyaAllah. Lepas tu kita deep dive surah asy Syarh, surah yang menyedarkan kita bahawa pertolongan Allah SWT itu sentiasa ada. Dan sebenarnya, tadabbur ini seharusnya merubah sisi pandang kita kepada ar Rahman, menukar cara kita memandang dunia dari kaca mata seorang hamba, yang bakal pulang ke syurga. Tadabbur bukan semata-mata apa yang kita faham, namun sejauh mana ayat-ayat Dia mengubah tindak tanduk kita atas dunia, seiring dengan apa yang dilakukan oleh Baginda SAW. Dengan memahami al Quran, kita bakal kenal ar Rahman, Yang Maha Agung kasih sayangNya buat kita semua. Ladies only. Daftar kat sini ya - https://forms.gle/DpSCH3zUMyTYP84x6 Tempat terhad. Dan kami akan sharekan juga pengalaman indahnya belajar al Quran dalam Masjid Nabawi, insyaAllah. #healingmedina

Final preparation for tomorrow. Coffee, Quran and Calm. Kita baiki bacaan Surah al Fatihah seperti yg Nabi kita ajarkan, telu
Final preparation for tomorrow. Coffee, Quran and Calm. Kita baiki bacaan Surah al Fatihah seperti yg Nabi kita ajarkan, telusuri hadis qudsi Allah SWT menjawab setiap ayat yg kita baca dalam solat. Bersama secawan kopi, kita telusuri keindahan surah yg kita baca 17 kali setiap hari. Moga solat kita lebih indah dgn hati yg benar-benar hadir, berserah kpd Allah. Ladies yg dm i utk ladies trip umrah Healing Medina, i akan reply slowly ya. Yang dah register, see you tomorrow ya! #healingmedina

photo content

"Kena buat kelas isti'azah dengan basmalah ni.." Dia berseloroh. Saya terlihat notifikasi whatsApp. Seperti biasa sabtu adalah waktu kelas-kelas berkumpulan, antaranya Nurun 'ala Nuur, sedang berlangsung surah al Kahfi. Setiap sesi kelas ini akan dirakam dan dibekalkan kepada semua pelajar agar mereka dapat ulangkaji seberapa banyak kali yang mereka inginkan. Hari isnin pula proses editing, sebelum diupload dan diakses oleh pelajar. "Memang kena baca isti'azah ke setiap kali nak baca?" Itu sebenarnya whatsApp yang pertama. Dan memang ini biasa. Sebenarnya, bila kita dalam halaqah tashih, sambung bacaan orang sebelum kita, isti'azah dan basmalah tu dah ditanggung oleh orang pertama. Selagi mana tidak bercampur sengan perbualan lain, boleh terus baca ayat tersebut tanpa isti'azah, kalau nak pun, secara pelan sahaja dalam hati. Itu yang diajarkan kepada kami di Masjid Nabawi. Saya perasan pada kelas yang lepas, memang setiap pelajar baca isti'azah, dan guru Masjid Nabawi yang bersama kami dalam slot tersebut, tetap tegur dan baiki mana sebutan yang salah. Jadi saya biarkan sahaja. Ustazah juga maklumkan yang sama. Biar kelas ini jadi medan mereka belajar, walau berkali-kali diperbetul isti'azah itu. "Kena buat kelas isti'azah dengan basmalah ni.." Saya hanya tersenyum sendiri. Siapa yang dah merasa halaqah al Quran di Masjid Nabawi, pasti ada pengalaman tersendiri dengan isti'azah dan bismillah ni. Dan hari yang sama, saya pergi bertemu mata, bertalaqqi dengan guru saya di Malaysia. Nah, masih sama, dua tiga kali juga kena ulang اعوذ بالله dan بسم الله tuuu Itulah isyarat belajar al Quran ni takkan pernah berhenti, sampai mati. Dan bagaimana kita seringkali rasa addicted dan excited menonton mana-mana drama bersiri, ternanti-nanti sambungan seterusnya, Begitu juga saat kita dalami ilmu al Quran ini. Makin kita dalami, makin dahaga rasanya hati untuk gali lagi dan lagi, makin ternanti-nanti apa lagi ilmu yang bakal dipelajari. MasyaAllah. Di akhir talaqqi bersama anisah, sungguh, runtun hati dengan doanya yang tulus, apa lagi saat dia mendoakan khusus untuk 10 awal zulhijjah ini. Pesan anisah sebelum kami berpisah, pada hari-hari istimewa ini, jangan tinggal 3 perkara. 1) Takbir. Sama macam takbir raya. Banyakkan takbir pada bila-bila masa sahaja, itulah syiar yang dituntut agama. 2) Zikir. لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير Banyakkan. Perbanyakkan. Dan tambahkan zikir ini, jangan terhad pada hari arafah sahaja, malah sekarang, banyakkan zikir ini biar sebati di bibir. 3) Puasa. Usahakan semampunya untuk berpuasa 9 awal zulhijjah ini. Beliau tambah juga, banyakkan juga baca al Quran, qiyam dan berdoa. Tapi itulah, bila mengaji dengan anisah ni, #iykyk memang rasa nak minum air je lah! Payah nak dapat makhraj tepat tu, tapi indah! SubhanAllah. Alhamdulillah, nikmat yang terindah bila dapat belajar al Quran dari insan yang benar-benar tulus disiplinnya dengan al Quran. Illeya Ibrahim Bakal merindui teratak ini. #nikmatyangagung #healingmedina #illeyamedina

photo content

Financial freedom. Apa sebenarnya yang kita mahukan? Beberapa hari juga saya termenung memikirkan persoalan ini. Seorang adik, merangkap mentor dan pembimbing sejak dari UIA lagi yang selalu menjentik minda saya untuk merenung panjang, sebelum menggenggam azam. "Apa sebenarnya yang akak nak capai?" Kita selalu kalah dengan namanya kebebasan. Hakikatnya dunia ini penjara, kita terikat dengan batas-batas syariat dan iman. الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”. Kita masih lagi atas dunia, belum lagi syurga. Hakikat dunia bak penjara, tidak boleh kita 'terbang' sebebasnya, ada syariat yang perlu dijaga, ada hak yang perlu dilunaskan sebaiknya. Dalam penjara ini, ar Rahman mengajarkan kita untuk terus bersungguh-sungguh, itqan dalam setiap kerja buat yang masih in line dengan agama, strive menuju syurga. Inilah ladang amal, agar bila kita bebas nanti, kita layak terbang semahunya keluar masuk syurga dalam perut burung hijau seperti yang disabdakan Baginda Junjungan SAW. Akhirnya saya sedar, financial freedom yang saya impikan, tidaklah pada harta yang melimpah ruah sampai tujuh keturunan. Namun sebuah kebebasan untuk saya terbang pada bila-bila masa, balik ke Malaysia, pulang semula ke Madinah, tanpa meminta-minta. Ya, di Malaysia saya punya keluarga. Di Madinah sana, disitulah jiwa saya. Ini nikmat kebebasan impian saya. Moga benar-benar mengikut lunas agama, terikat utuh dengan redha Dia. Agar mampu untuk saya bawa bersama, mana-mana jiwa yang benar-benar ingin kembali kepada Dia. مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, maka Kami akan memberinya serta kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami akan beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan). Dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun (di akhirat kelak)”. Surah al-Syura, ayat 20 Moga usaha ini membawa kepada tuaian akhirat yang Dia tambahkan natijahnya di akhirat kelak. نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ "Kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya.." Itu janji Dia. Kita berusaha semaksimanya untuk hasil di alam sana, Dia akan tambah berlipat kali ganda. Andai hanya freedom atas dunia, alangkah ruginya kita. نُؤْتِهِ مِنْهَا "Kami beri kepadanya sebahagian darinya.." Sebahagian sahaja, pada kalimat مِن. Itu kalau kita buat sesuatu, bersungguh dah, tapi hanya untuk dunia semata-mata. Akhirat pun tak dapat apa, dunia dapat sekadarnya sahaja, yang bila-bila sahaja bakal binasa. Sungguh, rugi benar rasanya. Teman, mohon titip doa buat saya ya. Agar Healing Medina ini diberkati Dia, mampu menjadi medan untuk merealisasi impian saya yang lama terpatri untuk bebas terbang ke bumi Madinah, berlama-lama di Masjid Nabawi. Serta menjadi pintu yang membuka jalan seluasnya buat jiwa-jiwa yang ingin berlama-lama di Masjid Nabawi, benar-benar menikmati healing terindah dekat dengan Baginda Nabi SAW, mendalami al Quran di tempat turunnya kalam Ilahi. Tuhan, redhailah impian hambaMu ini. Illeya Ibrahim Burung Hijau bukan sekadar nama, tetapi merangkul bersama aspirasi hingga ke akhirat sana. #nikmatyangagung #healingmedina #illeyamedina

photo content