en
Feedback
BUNNY BOOKSTORE

BUNNY BOOKSTORE

Open in Telegram

Menghimpunkan karya-karya seketul renab 🐇❤️

Show more
1 796
Subscribers
No data24 hours
+67 days
No data30 days
Posts Archive
Berbaki lebih kurang dua jam pre-order. Selepas tamat pre-order, harga single RM10. Harga kombo RM15.

PRE-ORDER BABY GIRL MR PLAYBOY 2 SEHINGGA 16/10/2025 https://wa.link/rwal3w
+3
PRE-ORDER BABY GIRL MR PLAYBOY 2 SEHINGGA 16/10/2025 https://wa.link/rwal3w

Harga single Baby Girl Mr Playboy 2 RM5 sehingga tengah malam ini sahaja ✌🏻

Oh, saja nak bagitahu. Antagonis dalam Mr Playboy 2 ada nama saya. Tak dapat jadi antagonis RayArya, saya jadi antagonis dalam cerita Raf 😆

Promo sehingga tengah malam ni. Lepastu, harga semua ebook kembali kepada asal.

💍 Blurb My Love, Edan! 2 💍 “Esok kita akan bernikah.” — ELSA AURORA “Pukul 10 tepat. Jangan lambat.” — AIDAN LOUISE “Baik,
💍 Blurb My Love, Edan! 2 💍 “Esok kita akan bernikah.” — ELSA AURORA “Pukul 10 tepat. Jangan lambat.” — AIDAN LOUISE “Baik, my love. Lepas subuh saya dah sampai depan masjid.” — ELSA AURORA Hari yang sepatutnya menjadi hari paling indah dalam hidup Aidan dan Elsa, bertukar menjadi mimpi ngeri. Elsa tiba-tiba hilang tanpa jejak. Tiada siapa tahu apa yang berlaku. Hanya sekeping nota yang ditinggalkan. -Kepada Aidan Louise, saya tak nak kahwin dengan awak. Saya minta maaf.- EA Dunia Aidan terasa gelap. Dia bertekad mahu mencari gadis itu. “Aku cari kau. Aku akan cari kau sampai jumpa.” – AIDAN LOUISE Beberapa bulan kemudian, Elsa muncul semula. Tetapi bukan lagi Elsa yang Aidan kenal. Tatapan mata itu dingin. Senyumannya palsu. Suaranya… kosong. “Apa dah jadi dengan kau, Elsa Aurora?” —AIDAN LOUISE “Aku masih Elsa yang kau kenal.” —ELSA AURORA Aidan tahu ada sesuatu yang tidak kena. Dia berusaha mencari kebenaran. Apa yang berlaku pada hari Elsa hilang? Dan kenapa gadis itu tiba-tiba berubah?

Bismillahirrahmanirrahim. PRE-ORDER BABY GIRL MR PLAYBOY 2. https://wa.link/rwal3w
+2
Bismillahirrahmanirrahim. PRE-ORDER BABY GIRL MR PLAYBOY 2. https://wa.link/rwal3w

Iya betul. Mereka tak jadi kahwin. Dalam Edisi Raya Edan, memang mereka dah tunang. Tapi tak kahwin pun lepas tu. Sebab tu da
Iya betul. Mereka tak jadi kahwin. Dalam Edisi Raya Edan, memang mereka dah tunang. Tapi tak kahwin pun lepas tu. Sebab tu dalam cerita Alaia dan Rizq, Edan masih single. Haha Saya dah tulis dah pun ebook My Love, Edan 2. Memang diorang tak kahwin 😌

Saya nak buka Wattpad tu pun malas. Apatah lagi nak update story kat sana 😭 Sepatutnya cerita Clark terbit sibf. Tapi, mss t
Saya nak buka Wattpad tu pun malas. Apatah lagi nak update story kat sana 😭 Sepatutnya cerita Clark terbit sibf. Tapi, mss tak siap. Jadi tak terbit hahaha

Aidan dengan Elsa tak kahwinlah. 😂 Seperti mana mak bapak dia banyak ujian, Aidan pun akan hadapi banyak ujian ✌️🏻 Sebarang
Aidan dengan Elsa tak kahwinlah. 😂 Seperti mana mak bapak dia banyak ujian, Aidan pun akan hadapi banyak ujian ✌️🏻 Sebarang komen BGMI The Last, boleh tulis di ngl saya. ngl.link/ctnorliana_97

❄️ RANDOM TEASER BGMI : THE LAST ❄️ “Arya Safiyyah…” Suaranya berat, menyebut nama Arya. “Ya, hubby?” Arya menyahut. “Aku dah fikir masak-masak.” Sebaris ayat Rayyan itu, buat Arya terkebil-kebil. “Fikir... apa?” soalnya tidak mengerti. Rayyan pejam mata seketika, lalu membuka semula dengan pandangan yang basah. “Aku tak boleh teruskan macam ni lagi.” Darah Arya berderau. Jantungnya berdegup kencang. “Maksud hubby?” Rayyan menoleh semula ke hadapan. Wajahnya tunduk. “Aku terlalu banyak sakiti kau. Aku dah gagal jadi suami. Aku tak nak kau terus terseksa. Jadi, aku dah buat keputusan. Keputusan yang terbaik.” Ayatnya jeda. Rayyan ketap gigi. Kekuatan cuba dikumpul. “Hubby...” Arya pantas mencapai tangan Rayyan. “Hubby jangan buat keputusan melulu. Tolong hubby...” rayunya, menggengam erat tangan Rayyan. Matanya mula berkaca. Rayyan hela nafas. Tangan yang digenggam Arya, ditarik perlahan-lahan. “Arya Safiyyah binti Anwar...” Mendengar nama penuhnya disebut, mata Arya membuntang. “Hubby, jangan...” Rayyan pekakkan telinga daripada mendengar rayuan Arya. “Aku ceraikan kau, dengan talak satu.” Bum! Arya rasa dirinya seperti baru dihempap oleh sebiji batu besar apabila ayat itu dilafazkan. Tersentak. Dan sakit. “Aku minta maaf,” ucap Rayyan. Dia berpaling. Bersedia mahu tinggalkan balkoni itu. Dia tidak kuat mahu melihat air mata Arya. Dia tidak kuat mahu mendengar tangisan Arya.

Ada lagi ke yang belum dapat ebook BGMI THE LAST? Kalau ada boleh chat saya kat ws ✌🏻

Hari ni hari terakhir PRE-ORDER ❗ Selepas ni, harga akan jadi RM10.

❄️ RANDOM TEASER BGMI: THE LAST ❄️ Rayyan memandu pulang dengan rasa marah yang membara di dada. Arya... Isterinya itu ke yang mengadu tentang hal rumahtangga mereka kepada orang lain? Wanita itu sengaja mahu menjatuhkan maruahnya? Rayyan menggenggam stereng kereta kuat. Nafasnya kasar. Sebaik sampai di rumah, Rayyan memarkir keretanya di garaj. Matikan enjin, dia bergegas keluar dari perut kereta. Langkah diatur laju menuju ke pintu utama rumah. Kelihatan susuk tubuh Arya berdiri di muka pintu bersama senyuman. Entah kenapa, melihat senyuman wanita itu semakin membuat hatinya panas. “Assalamualaikum hubby.” Arya menyapa lembut. Salam yang diberikan oleh Arya tidak dijawab. Kasut yang dipakainya dibuka kasar. Kemudian, Rayyan tolak tubuh Arya masuk ke dalam rumah. Pintu dihempas kuat. Bam! Terhinjut bahu Arya dek kerana terkejut. Matanya tidak berkelip memandang si suami. “Hubby... hubby kenapa ni? Hubby okay?” Rayyan mendekati Arya. Sehingga tubuh isterinya itu tersandar pada belakang pintu. “Aku nak tanya kau sesuatu. Jawab jujur.” “A... Apa dia?” soal Arya. Suara dan wajah tegang Rayyan ketika itu, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Seperti dia ada melakukan kesalahan. “Kau ada cerita hal rumahtangga kita pada orang luar ke?” soal Rayyan, tajam sepasang matanya merenung ke wajah Arya. Arya terkebil-kebil mendengar soalan yang diajukan. “Apa?” Dia bingung. “Jangan pura-pura tak faham boleh tak?” hambur Rayyan seraya tangan kanannya bertindak mencengkam rahang Arya. Dahi Arya berkerut menahan rasa sakit. “Hubby, sakit...” “Jawab soalan aku! Kalau tak, mati kau aku kerjakan!” tengking Rayyan. Semakin menguatkan cengkaman. “Hubby...” Arya tepuk-tepuk tangan Rayyan, berharap lelaki itu lepaskan cengkaman. Dia rasa rahangnya seperti hendak patah saja ketika itu. “Betulkan kau memang ada cerita hal rumahtangga kita pada orang luar? Kalau kau tak cerita, takkan orang boleh tahu keadaan rumahtangga kita! Takkan orang boleh tahu kau selalu menangis!” hambur Rayyan. Arya pantas menggeleng kepalanya, menafikan. “Tak, hubby. Saya tak pernah...” “Jangan tipu aku! Kalau bukan kau yang cerita, siapa lagi? Siapa?” Suara Rayyan bergema kuat. Arya terkedu. Air matanya perlahan menitis ke pipi. “Hubby… saya tak pernah cerita pada sesiapa. Sumpah demi Allah, tak pernah!” Rayyan tersenyum sinis. “Kau ingat kau bersumpah macam tu, aku nak percaya?” Kali ini, dia cengkam pula leher Arya. Mata Arya membuntang. “Hu... Hubby...” Dia mula tercungap-cungap mencari nafas. “Daddy!” Rayyan tersentak apabila mendengar jeritan yang memanggilnya itu. Baru kepalanya menoleh ke belakang, tiba-tiba satu tumbukan singgah di wajahnya. Buk! Kepala Rayyan terteleng. Cengkaman pada leher Arya terlepas. Rayyan pegang pipinya yang terasa kebas itu. “Apa daddy buat pada ibu? Daddy dah gila ke?” hambur Aidan, berdiri di hadapan Arya untuk melindungi. Dadanya berombak laju menahan rasa amarah. Dia yang sedang buat kerja sekolah di bilik terkejut apabila tiba-tiba adik-adiknya datang dan mengadu apa yang terjadi di bawah. Rayyan pandang Aidan. “Berani kau tumbuk bapak kau sendiri ya? Dasar anak derhaka!” “Kalau Aidan ni anak derhaka, daddy tu apa? Suami dayus! Marah dan sakitkan isteri sendiri!” Aidan melawan. “Kau ni kan...” “Apa? Daddy nak pukul Aidan? Pukullah! Tapi jangan apa-apakan ibu Aidan! Kalau Aidan tahu daddy marah dan naik tangan pada ibu, Aidan tak teragak nak laporkan pada Uncle Aizat! Biar daddy kena tangkap!” tegas Aidan. Rayyan ketap gigi mendengar kata-kata Aidan. Tidak berkata apa, dia terus berpaling dan melangkah pergi.

Berbaki DUA HARI PRE-ORDER ❗ Jemput beli kepada yang belum beli. ✌🏻 https://wa.link/9v2neo
+1
Berbaki DUA HARI PRE-ORDER ❗ Jemput beli kepada yang belum beli. ✌🏻 https://wa.link/9v2neo

❄️ RANDOM TEASER BGMI: THE LAST ❄️ “Arya! Mana fail bisnes aku yang letak kat meja solek semalam?” Arya yang sedang menyuap si bongsu Aira makan, tersentak. Menoleh, Rayyan yang berdiri tidak jauh dipandang. “Saya dah simpan dalam kabinet bilik kerja hubby.” Rayyan ketap gigi. “Kenapa kau pandai-pandai simpan dalam kabinet? Aku letak atas meja solek tu sebab senang nak ambil!” Arya terkulat-kulat dimarah sebegitu. Aidan dan adik-adiknya yang sedang sarapan, tercengang. Aira, mula merengek dek kerana suara Rayyan yang garau dan kuat itu. “Kau pergi ambil sekarang fail tu!” arah Rayyan, garang. “Baik hubby.” Arya bingkas bangun daripada duduknya. “Ibu, biar Aidan ambilkan.” Aidan bersuara seraya bangun daripada duduknya. “Kau pergi ambil! Karang Aidan salah ambil, makin melambatkan aku nak pergi kerja!” hambur Rayyan. “Biar Aidan yang ambil. Fail apa? Warna apa?” soal Aidan. “Kau duduk Aidan.” Tajam mata biru Rayyan memandang Aidan. “Daddy...” “Aku cakap duduk!” Bergema suara Rayyan di ruang makan itu. “Hubby! Okay saya ambil! Jangan marah anak saya!” tegas Arya. Bersama Aira yang menangis, dia bergegas keluar dari ruang makan itu. Rayyan mendengus geram. Menghampiri meja makan, cawan yang sudah diisi air kopi dicapai. “What's wrong with you, daddy?” soal Aidan, merenung wajah Rayyan tidak lepas. Rayyan jongket kening. “Nothing. I'm okay.” “No. Mana daddy Aidan yang sebenar? Ni bukan daddy Aidan,” ujar Aidan, menggeleng kecil kepalanya. Rayyan letakkan cawan yang dipegangnya ke atas meja. “What do you mean?” “Daddy dah lain. Selama 14 tahun Aidan hidup, daddy Aidan tak pernah berkasar dengan ibu. Daddy Aidan, walaupun beku, dingin, tapi dia baik. Dia tenang. Dia tak mudah marah. You're not my daddy,” ujar Aidan lagi. “What? Say again.” Rayyan menghampiri Aidan. Pandangannya tajam. “I said, you are not my daddy!” Aidan membalas berani. Rayyan terus angkat tangan kanannya. Belum sempat hendak dituju ke wajah Aidan, jeritan Arya kedengaran. “Hubby!” Arya meluru ke arah Rayyan dan Aidan. “Apa hubby nak buat pada Aidan?” soalnya, berdiri di tengah-tengah antara dua beranak itu. Rayyan pandang Arya. Kemudian, dia pandang Aidan. “Didik anak kau ni sikit. Dah pandai nak kurang ajar!” Rayyan merampas kasar fail di tangan Arya sebelum berlalu pergi. Arya hanya melihat susuk tubuh itu pergi. Kemudian, dia pusing tubuh menghadap Aidan. “Apa Aidan dah buat sampai daddy marah sangat?” Aidan tidak menjawab. Dia ketap gigi. Kedua tangan di sisi, dikepal. Menahan geram. Arya menghela nafas perlahan. “Dahlah, makan cepat. Lambat nak ke sekolah nanti.” “Ibu...” Niat Arya mahu berpaling terbantut. “Ya, kenapa?” Aidan terus peluk tubuh Arya. Wajahnya disembam ke bahu wanita itu. “Aidan minta maaf... Aidan... Aidan cuma tak boleh tengok daddy buat ibu macam tadi. Aidan sedih. Aidan jadi marah.” Arya yang mendengar kata-kata Aidan itu melepaskan satu keluhan kecil. Belakang badan Aidan diusap lembut. “Lepas ni jangan buat lagi. Ibu tak nak, daddy kasar dengan anak-anak ibu pula.” Pelukan dileraikan. Wajah Aidan direnung penuh kasih. “Tapi ibu, betullah apa abang cakap tadi. Daddy memang dah lainlah.” Rizq mencelah. “Betul tu. Res sekarang jadi takut nak dekat dengan daddy tau.” Ayres turut menyampuk. “Aya pun takut. Daddy, garang sangat sekarang ni.” Alaia berkata. Arya terdiam. Satu per satu wajah anak-anaknya itu dipandang. Dia fikirkan, dia saja yang sedar tentang perubahan pada Rayyan. Rupa-rupanya, anak-anak turut menyedari tentang itu. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu punca. Semuanya, tiba-tiba.

Untuk harga RM5, BGMI: The Last, sehingga tengah malam ini sahaja. Selepas itu, harga single BGMI: The Last sudah jadi RM8. ✌️🏻

❄️ Blurb Baby Girl Mr Iceberg: The Last ❄️ Bertahun Rayyan Louise dan Arya Safiyyah bina bahagia & melalui suka duka bersama. Namun, satu kepulangan ke kampung merobek segalanya. Kemunculan Ariq, sepupu Arya, membuka pintu kepada obsesi lama yang tidak pernah padam. Cemburu buta bertukar dendam, hingga dia sanggup mencari jalan gelap, menjadikan cinta Rayyan dan Arya kian retak, dan tidak mampu dipertahankan lagi. “Arya Safiyyah Binti Anwar, aku ceraikan kau dengan talak satu.” - Rayyan Louise Satu lafaz mengubah segalanya. Satu tangisan menghancurkan jiwa. Adakah kali ini, cinta mereka benar-benar akan berakhir?