Arbi-Grid Official Telegram
Open in Telegram
1 402
Subscribers
-124 hours
-67 days
-2930 days
Posts Archive
Maaf, ada kesilapan coding oleh programmer...
Boleh cuba kembali utk perbetulkan KYC
Kami akan compare dengan rekod ic sedia ada dalam data, sbb ada byk id yg tidak ada, atau silap format mengisi.
Contoh
750719-10-1234
TOLONG FILL UP DENGAN CARA YANG BETUL SEPERTI DI BAWAH
✔️750719101234✔️
Sila sebarkan kepada teman teman yg lain.
Kalau nombor telefon saya seronok disebarkan, so, boleh lah sebarkan berita ini kepada semua group AG yg ada ya.
Sila kemaskini No Kad Pengenalan anda di AG.
Ini memudahkan AG utk satukan semua account di atas pemilik IC yg sama.
Saya akan disconnect Live Trade dengan semua account members.
As AG cuma skrg ni proses,
Trade -> Profit -> Bayar modal ahli -> tutup utk public
So tak perlu lagi ahli view brp AI AG profit.
AI itu milik saya. Akan tetap menjalankan tugas utk saya. Tidak mungkin akan ditutup.
Kalian tidak akan jumpa AI semampan AG.
Kegagalan AG bukan loss trade, tapi akibat godam.
Dua perkara jauh berbeza.
Tolong fahamkan untuk mereka yg mulut lebih laju dari otak.
Bila sebut recovery, ertinya, Arbitrage dengan baki yg kita ada, bukan baki modal seperti asal.
Kalau baki seperti asal, itu bukan godam namanya. Dan ahli yg menerima masalah godaman sebelum ini, takde menuntut kehilangan duit mereka.
Gunakan akal tu sikit sebelum bercakap.
Penat nak explain benda yg sama berulang kali.
Esok akan saya umumkan, pilihan yg akan diberikan.
Email sedia ada semua sudah saya DELETE. Tidak lagi relevan.
Esok akan saya umumkan 2 email.
Anda pilih sendiri. Sbb ada yg mahu stay sehingga recovery dan ada yg mahu stop.
AG tak pernah control sesiapa.
Tunggu sehingga pengumuman esok.
TAPI YANG ABG LONG NAK TUMBUK, YG MENYEBARKAN NOMBOR SAYA, SERTA MANA MANA INDIVIDU YANG MENGHUBUNGI SAYA SIANG MALAM SELEPAS NOMBOR SAYA DISEBARKAN, TAK PERLU NAK RESPOND KERANA KALIAN TIDAK AKAN SAYA LAYAN SELAGI AHLI LAIN TIDAK SELESAI URUSAN.
Manusia hebat seperti ini, di layan end of show.
You play your style, i played mine.
Nak tumbuk? Come.
Business is always business tapi melayan mentaliti rendah mcm ni, kdg2 menghiburkan hati, kdg2 menyedihkan. Dimana bangsaku untuk maju?
Saya masih ada Private Client sendiri yg melabur dengan Equity besar melalui AI yg saya bina.
Assalam dan Salam Jumaat pada beragama Islam. Dan Selamat Pagi pada yg bukan beragama Islam.
Seronok saya baca komen komen. Ada nak tumbuk muka saya 😵💫, ada yg sebarkan nombor saya 🤒.
Paling win, ada yg tahu, saya baru saja kehilangan umi tersayang minggu lepas yg kembali ke rahmatullah, dan memujuk bekas pekerja saya untuk memberikan alamat rumah Almarhumah Umi saya.
Semuanya kreatif.
Maklumat terbaru akan saya kemaskini pada 17hb February berkenaan system withdrawal tanpa Visa kad.
AG tidak lagi berminat untuk menggunakan kepintaran AI yg dibina selama 2 tahun setengah, kepada orang awam.
AI ini akan digunakan secara peribadi dan investor personal saya sahaja.
Ini lebih aman kerana tidak akan ada aktiviti luar yg menarik minat hackers utk menggodam.
Saya sebagai pemilik AG, ingin memaklumkan, saya tidak akan menyampaikan apa apa khabar dan update melalui mana mana leader.
Jika kalian mendengar arahan dari leader, dengan mengatakan saya mengarahkan, itu semua satu bentuk penipuan.
Pada saat message ini saya buat, Ahmad Fadzli (Juan) tidak lagi bersama AG dan tidak ada hubungan bersama saya lagi.
Beliau sudah membuat haluan sendiri dan AG menghormati keputusan individu tersebut.
Sebarang informasi dari beliau, bukan lagi maklumat AG.
Dan jika ada beberapa leader mengaitkan beliau dengan saya, itu juga satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian.
Ramai leader yg mengambil kesempatan, menghabiskan dana dan setelah itu, hilang.
Apa pun dugaan, AG akan cuba tangani dengan cara paling tenang.
AG akan menutup operasi setelah semua modal ahli dapat diuruskan pemulangannya.
Selagi masih ada ahli yg belum dilunaskan modal, AG masih live.
