ᑭᗴᖇᑭᑌᔑᎢᗩᏦᗩᗩᑎ Ꮐᗰᑕ📚
Open in Telegram
Koleksi review Movie GMC Terima Kasih buat semua Reviewer Buat carian 🔎 movie anda.
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
676
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Repost from 🕶𝕀𝕟𝕗𝕠 𝔾𝕄ℂ 2.0🕶
MARHABAN YA RAMADHAN
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat berpuasa kepada Semua yang beragama Islam.
Semoga Ramadhan tahun ini mengangkat lagi tahap ketakwaan kita sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu agar kamu bertakwa".
Mari Kita Semua Kurangkan Layan movie di bulan mulia ini dan lebih kan amal ibadat kita. Mungkin kah ini Ramadhan Terakhir buat kita?
Ikhlas Dari Kami Team GMC.
Review
1. Ugram
Kisah seorg polis yg amanah & jujur. 1 hari dia terlibat dlm kemalangan dgn anak & bini dia. Dia sdr2 de pgsan dia angkut ank bini dia ke hsptl. Esoknya anak bini takde pn dlm hsptl tu..hilang tanpa di kesan. Akibat dari excident tu dia alami dementia jd dia ingat2 lupa..ape yg die ingt tu x terjadi pun. Jenuh dia mencari mn hilang anak bini dia. Rupanya ada 1 sindiket menculik manusia utk jd bahan ujikaji.
Banyak action..puas hati tgk die blasah penjenayah 😆 CGI dia mantoppp..titis air hujan..darah...perghhh cantik gler...tp tetap la citer Tamil ni aksi dia out of the box 😅
4/5 ⭐ mmg best.. recommended!!
Review cik puan yanti
Assalamualaikum semua..
Review harini..😁
THE MENU 2022
cerita ni tentang sekumpulan orang dari latar yg berbeza pergi ke sebuah restoran di sebuah pulau terpencil..restoran tu d buka oleh seorang chef yang pernah ada kaitan dgn orang2 yang dtg tu..sepanjang mereka d restoran tu banyak hal yang mengejutkan..
Bagi saya cerita ni agak membinggungkan kena tengok 2 kali untuk memahami jalan cerita..
Sy bagi 3/5😁
Review kasma
REVIEW
Panama 2022 (Action, Thriller)
Not so thrill tapi agak mendatar... sepanjang cerita wanita seksi bersepah menghiasi aksi, diikuti Party, Sex, Drugs... alahai...
Tak sesuai ye ditonton bersama keluarga sebab melampau sangat aksinya... its normal utk cerita² mcm ni, asal bisnes dadah dan senjata, wanita, sex, alcohol dan dadah mmg xlari.
Cuma mcm tenggelam la watak mel gibson.. aura dia tetap ada tp watak so so hrmm.. bosan layan cerita ni sebab issue perundingan perjanjian senjata utk kerajaan di Panama. Banyak tunjuk mcm mana otai² mafia punya lifestyle. Aksi murder tak kejam sgt... yg lemah semangat boleh tgk.. haha..
Mak bagi 5/10
Review Movie | Thiruchitrambalam 2022 Tamil
Rating 9/10 🌟🌟🌟
Recommended
Citer ni best..👍 Dhanush berlakon sudah tentulah best kan. Kali ni lain sikit dari filem dia sebelumnya sbb takde aksi lawan. Dalam cerita ni Dhanush tak pandai berlawan. 😅 Aksi lawan pun sikit je itupun sbb dia nk selamatkan ayahnya daripada dibunuh. Lebih kepada drama, cinta. Best
🥰🥰🥰
Review Zuzaina
#MovieReview
#Rajawali
#SupportLokal
Assalamualaikum Dan Salam Mesra semua Warga GMC. Kembali kita ke review filem seterusnya.
Dah lama sangat rasanya saya ni tak tengok filem melayu. Bukan skeptikal, namun itu realiti yang kita terpaksa telan sebagai penggemar filem. Masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam industri perfileman negara.
Rajawali tampil dengan percubaan berani Mamat Khalid dalam filem berdurasi satu jam lebih. Satu kita kena puji Mamat Khalid kerana imiginasinya yang sedikit berlainan berbanding pengarah dan penerbit filem lain di Malaysia. Tengok sendiri bagaimana satu filem menggabungkan elemen dunia persilatan melayu digabungkan dengan amalan ilmu hitam dan dunia hacker dan programmer.
Dari segi plot, secara peribadinya, saya rasakan seperti tiada halatuju jelas. Sepanjang menonton, saya sendiri seakan terpaksa membuat konklusi sendiri ini sebab kenapa satu-satu plot itu ada dalam penceritaan. Adakah program yang dicipta merupakan pintu gerbang neraka yang cuba dibuka secara digital? Seruan mahkluk halus untuk kepentingan diri? Apa tujuan sebenarnya?
Filem Rajawali membariskan pelakon yang sangat berkaliber dan mampu mnghayati watak sebaiknya. Wan Hanafi Su, M Nasir, Faizal Hussein, Siti Saleha, dan ramai lagi berjaya mengubat penonton dengan kualiti lakonan masing-masing. Babak persilatan antara Faizal Hussein dan M Nasir wajar kita puji selayaknya sebab memang nampak seni persilatan tu terserlah.
Dari segi efek dan CGI, ya, kita sangat jauh tertinggal jika nak dibandingkan dengan filem luar. CGI memerlukan kos dan kepakaran yang tinggi untuk hasil yang bermutu. Apa pun, kita wajar puji usaha Mamat Khalid kerana filem ini sendiri ada kelainan yang ditonjolkan dan dipaparkan untuk penonton.
Audio dan sountrack, masih boleh diterima. Seorang gangster melayu, pesilat yang hilang arah, masih gemarkan lagu dan musik piring hitam. Korang tengok la sendiri macam mana M Nasir hanyut dalam lagu melayu klasik. Hahahaha..
Ok gais, jangan skeptikal dengan filem melayu ya. Terus support filem melayu kerana kalau kita sendiri tak support filem lokal, siapa lagi nak support. Review saya adalah pandangn peribadi saya sahaja. Penerimaan orang lain mungkin berbeza Antara satu sama lain.
Did I recomend this film? Ya. Untuk kita hargai seni persilatan melayu dan bagi menghargai karya intelek Mamat Khalid. Sesuai untuk tontonan18 tahun ke atas kerana terdapat sedikit visual babak mendatangkan kecederaan dan unsur khurafat serta penyeruan mahlk mistik.
Selamat menonton, dan terima kasih admin GMC kerana menyangkan Filem yang berkualiti. Jumpa lagi di review seterusnya.
Aksi: 7.5/10
Kekeluargaan: 7/10
Karakter: 8.5/10
Plot: 7/10
Misteri: 7/10
Seram: 5.5/10
Overall Rating: 7.1/10
Han Pendekar
SOIF Coach
Professional Learning Facilitator
Dexandra Ambassador
Review Movie | 777 Charlie Kannada
Rating 9/10 🌟🌟🌟
Recommended untuk ditonton
Best cerita ni. Menarik sangat. Kisah perjalanan hidup seorang lelaki berubah apabila dia bertemu dengan seekor anjing. Anjing tu banyak mengubah perwatakannya. Recommended sgt² untuk ditonton.
Happy watching guys 🍿
REVIEW RRR (10/10)
RAM CHARAN! memiliki mata yg memukau. tgk mata sahaja melting ya! tapi ni bukan kesah ram charan hero nya! ni kesah revolusi hahahahahahaa
WAJIB TENGOK! SEBAB?
Jarang cerita sejarah yg best! ni salah satu nye yg berjaya buat ku tunggu.. what's next!
pegawai polis nama ram. gigih nak naik pangkat zaman penjajah British. memula ingat gila pangkat! rupanya!! kene tengok sendiri.
cite start bila ram ni kene cari bheem. bheem ni puak asli yg mai bandar sebab nk selamatkan malli yg di amik oleh British. takpasei memasing jd sahabat. sedih la part ni.
ada satu part ram belasah bheem depan khalayak ramai tu mmg padu la sentak ke jiwa! bheem ni plak igt ram ni pengkhianat.
yada yada yada... bheem jumpa seetha! seetha ni dilakonkan oleh aliaa bhaat. lawa nau nau dlm rrr ni! seetha ni le ngabo ke bheem. ram ni siapa!
haaaaaa kome nengok ler kot nak tau sape ram! hahahahaa
pape pun, terbaik cite nye!
💋kisz
DOUBLE XL HINDI 2022
Yang ini pun kompom tk bosan! Kisah dua wanita yg bersaiz "plus size" yg menempuh cabaran demi menggapai impian. Pertemuan si Rajshri dr ulu kampung di Meerut dengan Saira di Delhi membawa mereka ke kota London. Rajshri yg direject sebelum ujibakat pengulas sukan dn Saira yg masih broken selepas bf nya curang depan mata, sama2 bertekad utk buktikan kepada dunia bhawa saiz badan bukan penentu segalanya. Boleh la jugak jadi motivasi utk kita yg saiz besar ni🤭
Selain komedi, part sedih ade la skit ujung2,part joget kurang laaaa soo bole la layannnnnzz 8🌟
Review Qalbi
Review Cracked (2022) Thailand
5/10
Sebagai fans cerita hantu thai. Cerita ni mmg slow yakmatttt
sejam baru ada plot baru
Banyak terkejut saja
Review Balqis
Repost from 🕶𝕀𝕟𝕗𝕠 𝔾𝕄ℂ 2.0🕶
Akan datang di GMC!👻👻👻
Katanya Filem Indonesia paling seram Tahun Ini!
Review FB
Sinopsis Sewu Dino : cerita tentang 3 orang pembantu yang baru diambil kerja. Tugas mereka kena buat ritual pembersihan dekat Dela Atmojo, mangsa santau Sewu Dino (seribu hari). Akibat santau itu, ada Iblis yang sngat kuat merasuk Dela ini. Jadi setiap malam Dela ni kena dimandikan ikut cara2 tertentu selama seribu malam. 3 malam sebelum cukup 1000 hari, pembantu sebelum ini dibunuh oleh Iblis yang merasuk Dela just sebab radio yang guide mereka untuk buat ritual rosak, jadi mereka tak ikut cara mandi yang betul, sebab itulah 3 orang pembantu baru diambil jadi pengganti. Kerja senang je tinggal 3 hari, tapi dalam 3 hari ni lah macam-macam terjadi kepada mereka.
Rating : 8.5/10 untuk jumpscare dan rupa hantu yang scary. 7/10
REVIEW TELEFILEM KEBAL JANJI SYAITAN 2022
Yang ni sy tengok sebab ada Nadhir Nasar, sah2 memang tidak mengecewakan! Kalini jdi OKU autisme,si Idin yg dbesarkan oleh ibunya selepas bapaknya, sorang penagih dadah meninggal. Dia percaya dia "KEBAL,BUKAN BEBAL" soo die pegilah cari guru2 silat nk berguru ilmu silat dn kebal hingga dia kenal Ayahanda Farouk dan Bonda Mawar. Tp yg dia tk paham ialah mereka ni bomoh yg puja syaitan..dn akhirnya Idin lah kambing hitam dek menurut perintah semata nak menuntut ilmu kebal yg dijanjikan.. slow plot, berjela2,dn crita ni ada ala2 sipi2 sama tapi tk serupa filem dukun brdasarkan kisah Bomoh Mona Fandey dulu2.. endingnya trgantung tp puas hati sbb pelakon utama nya yg hebat je😂 bole lahhhh 7🌟
Ribiu
Merewang Keluarga Pak Awang
RATING 10/10 ⭐️⭐️
*Filem komedi yg mengisahkan tentang tradisi org2 melayu..Pak Awang seorg pesara tentera yg berpangkat komender yg disegani org kampong,nak buat kenduri kawen anak bongsu die si usu besar2an..dol plak lelaki yg bekerjaya dlm kampong tu n org yg pak awang paling percaye..dol jugak bekas cinta monyet usu..nak dijdkan cerite,dol ni pembuat onar n mslh sepanjang program pak awang..pelbagai rancangan busuk si dol ni rancang utk batalkan majlis usu..kononnye die boleh dptkan balik si usu ni..apekah kesudah majlis usu??korg kene la tgk..ade oppa korg dlm ni,tunang si usu..genre komedi tp ade moral sepanjang yg disampaikan tau..bezz gilerrr..nak2 gandingan pelawak2 kite..
Pov : simple agt sbb mmg kisah merewang utk majlis kawen..x rugi tgk
Review Mami
Ribiu
Hidayah 2023 horror
Rating 10/10
*Bahri ni bekas pelajar di madrasah Al-Mukmin,waktu tu niat die nak jd ustaz muda..tp die telah difitnah oleh sesetengah org kampong yg x suke ngan die sehingge die dipenjarekan..bile die jd bekas banduan,die kerja sebagai makenik di sebuah pekan..pade awalnye,die nak lupekan kisah silam die..tp mlm tu dtg sorg sahabat die bername hassan..kebetulan,kereta hassan ade problem..so,hassan ni sampai kan hajat die..org2 kat bengkel tu x tau pon bahri ni bekas ustaz kat madrasah..so dorg juz ajuk ape yg hassan ckp..usai baiki kereta hassan,bahri nak tdo,so die dpt rase ade yg x kene..so mlm tu gak die balik ke kampong die,utk lihat ape yg si hassan ni cerite..so die jmpe la family madrasah die..abah ngan umi die percayekan die..esok nye tu hassan ni bawak die g uma ratna(si pesakit a.k.a kwn bahri)..jd tgk punye tgk,bahri kate die x boleh buat..so,hassan ni pon bg cdngan,tggl 1 mlm kat uma tu,pape hal esok die dtg..so mlm yu mule la sesi berubat..tp x brape nak selesai sbb ratna meninggal..mayat die plak x diterime bumi korg,lepas tanam tu,mayat ratna terkeluar separoh..seram tgk..kat sini la bermule nye hantu bungkus ratna ni jd x aman(roh).. roh die jd pocong pakej ade ular..die cume ganggu beberape org kampong menyebabkan kematian..pelbagai care yg mati tu..mati gugur,mati gantung diri..dsbbkan hal ni,bahri jd pelik,knp masih x aman kampong tu..ade 1 mlm tu,ade 5 org budak madrasah kene sampok,so die jd kelam kabut nak berubat..end up selesai gak..tp abah die plak yg meninggal(dlm iman bukan sbb pocong)pastu esok tu kebumi,bahri ni kene halau lg ngan org kampong tu atas alasan menolong pelacur(ratna) korg tgk nnt ade la scene si ratna ni keje ape..so mlm tu die pon naik bus,dlm bus tu la,terbongkar nnt segale kisah2 yg bahri x tau..start kat sini la ade scene yg korg x kan expect langsong..sy tgk pon auto faham ape kene mengena jln cerite ngan tajok cerite..sumpah ending mmg puas hati..
‼️ Tahap seram x berape sgt sbb sy lyn mlm..
‼️ Terkejut tu ade tp sbb muzik 😅
🔞 X sesuai tontonan umum sbb ade scene dlm bilik( ngan hantu)
PUAS HATI 1 JAM SENGAH
Review mami
REVIEWWWWWWW BAACHAN PANDEYYYY (8/10)
Baachan ni gengster kaw kaw. si Myra ni pulak new director. Myra ni nak buat filem biopik gangster kat India. dia pilih le Baachan Pandey. gigih le pegi ke kwsn Baachan ni.
Masa memula sampai, Myra n kawannye intip la keganasan Baachan ni. memang ganeh le cite nyeeee.. sebab lukeh katunn jeeee udahhh kene bako hidup hidup 🥲🥲🥲
cut it short.. ada satu babak, bila Myra kata.. xleh jadi niii.. moh leee kite intebiu Baachan.. udah byk buang masaaaaa.. sekali Baachan muncoi kat car wash tmpt Myra ni lepak hahahahahaaa.. citer ni lawak sebeno nya. yet sedih.
Mak Baachan dah 10thn xcakap dgn Baachan. sebab apa? kene le tgk. ada pengkhianat dlm clan Baachan ni. not bad. pace cepat gileeeee depan tu.. dh tengah slow sikit. paling plot twist bila nak pilih hero movie tuuu.. wajib tgk siapa hero movie biopik si Myra tu!
Ending plot twist. suka. sedih. sebak. tapi xde le smpei nageh.
maap baru sempat nk nulih review. ade ke yg rindu review kitewwww 🤪🤪🤪
ok P4P4 tqqqqqq juge selalu update movie yg best best dalam ni... nahhhh bunga 💐💐💐
kisz 💋
Title : 777 Charlie 2022
Mengisahkan Seekor anak anjing Labrador melarikan diri dari rumah penternak di mana trdapat byk anjing yang telah dikurung dan diseksa. Anak anjing itu meneruskan perjalanannya dan akhirnya sampai ke tanah jajahan di mana Dharma tinggal.
Dharma adalah seorang yg suke menyendiri dan tidak suke bergaul dengan sesiapa pun dan ditakuti dan dicemburui di kalangan penduduk sekitar perumahannya. Kehidupannya kebanyakannya bekerja di kilang, bergaduh, minum arak dan menonton rancangan Charlie Chaplin di TV. Dia seorang anak yatim, ibu bapa dan adik perempuannya telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta yang disebabkan oleh seekor anjing dan dengan itu menjalani kehidupan yang membosankan. Pesta muzik di kwsn kediamannya membuatkan anak anjing itu takut dan Dharma marah kerana tidurnya terganggu dia merosakkan segala jenis alat muzik pancaragam dan majlis tersebut kerana gangguan tersebut.
Anak anjing itu melihat Dharma sebagai penyelamatnya dan diam2 mengikutinya. anak anjing tersebut berteduh di tong sampah di luar rumahnya dan memakan sisa idli yang dilemparkan oleh Dharma tanpa pengetahuannya. Ia cuba mendapatkan perhatian Dharma, tetapi sia2. Suatu hari semasa bertolak ke kilang, anjing itu mengekorinya dan mengalami kemalangan jalan raya. Berasa kasihan terhadap anjing itu selepas melihat hubungan Charlie Chaplin dengan seekor anjing, Dharma membawanya ke hospital di mana dia dinasihatkan oleh Dr. Ashwin Kumar untuk membiarkan anjing itu tinggal bersamanya, sehingga seorang anak angkat datang ke hadapan dan menasihatinya untuk mengambil lesen anjing.
Walaupun keberatan kerana jiran2nya tidak membenarkan mmbela anjing, Dharma bersetuju dan menjaga anjing itu di mana ikatan antara dia dan anjing itu bertambah akrab sehingga Dharma menjadi orang yang lebih baik dan menamakan anjing itu sebagai Charlie sempena nama Charlie Chaplin dan menjaganya. . Pada suatu hari, Charlie tidak sedarkan diri di mana Dharma mengetahui bahawa Charlie menghidap kanser (Hemangiosarcoma of spleen) dan kecacatan genetik ini telah berlaku disebabkan oleh teknik pembiakan yang tidak diingini oleh penternak dan penyeksaan yang berterusan kerana Charlie adalah seekor anjing betina.
Dengan kecewa, Dharma memutuskan untuk memenuhi kehendak Charlie di mana dia mengetahui bahawa Charlie suka bermain salji kerana setiap kali salji muncul di TV, dia akan teruja. Dia pergi bersama Charlie ke Himachal Pradesh. Dalam perjalanan, Dharma mengetahui tentang penternak Charlie dan menerima video penyeksaan Charlie di mana dia mengetahui bahawa nama Charlie sebenarnya Keaton. Dharma mengesahkan ini dengan memanggil Charlie sebagai Keaton dengan itu Charlie bertindak balas terhadap nama itu dan ditunjukkan dalam ketakutan. sampai ke rumah penternak Dharma tros membelasahnya dan kemudian ditangkap oleh polis.
Anjing yang lain diselamatkan oleh pasukan kebajikan haiwan. Melalui pakar lesen anjing Devika, Dharma bertemu Karshan Roy, yang berjanji untuk menerbitkan kisahnya dalam majalah itu. Dharma dan Charlie bertolak ke Punjab di mana mereka bertemu seorang pencinta anjing bernama Vamshi Singh dan anjingnya Blacky, di mana Dharma dan Charlie menghabiskan beberapa hari bersama Vamshi, Vamshi menyediakan pas pertandingan anjing untuk ditonton, tetapi mereka menjadi peserta di mana Charlie melakukan lompatan jauh, dan memenangi pertandingan tersebut.
Hari demi hari tlh berlalu, keadaan kesihatan Charlie makin merosot, Dharma terlalu sedih krn tidak sanggip lagi kehilangan kasih sayang, kesudahan ctr ni mmg sangat2 sedih, permulaan cerita ini memula ade cm agak plot bosan sikit, tp dgn kehadiran charlie didlm kehidupan Dharma sedikiot sebanyak byk unsur komedi sehingga ke akhirnya... sesuai untuk tontonan seisi keluarga, byk penhajaran boleh di ambil melalui cerita ini...
Rating : ⭐ 10/10
Review zaujah
REVIEW
Panama 2022 (Action, Thriller)
Not so thrill tapi agak mendatar... sepanjang cerita wanita seksi bersepah menghiasi aksi, diikuti Party, Sex, Drugs... alahai...
Tak sesuai ye ditonton bersama keluarga sebab melampau sangat aksinya... its normal utk cerita² mcm ni, asal bisnes dadah dan senjata, wanita, sex, alcohol dan dadah mmg xlari.
Cuma mcm tenggelam la watak mel gibson.. aura dia tetap ada tp watak so so hrmm.. bosan layan cerita ni sebab issue perundingan perjanjian senjata utk kerajaan di Panama. Banyak tunjuk mcm mana otai² mafia punya lifestyle. Aksi murder tak kejam sgt... yg lemah semangat boleh tgk.. haha..
Mak bagi 5/10
Review Mak
Review Duty After School
Best..saspen.. annoying 😁
Kisah sebuah sekolah menengah yg menjadikan pelajarnya sebagai askar utk sama² berperang melawan sfera yg bergantungan di dada langit Korea. Mereka dijanjikan point yg menarik utk Lulus ke U tp dpt ke dorg ke U mslhnya sbb ramai yg mati kena serang dgn sfera sotong tu..dari takut sampai masing² jd bersemangat utk berjuang bersama dgn komander Oppa yg ganteng 😍
Yg last epi tu komander rela hati mengorbankan diri dalam sekolah demi menyelamatkan pelajar² yg lain. Ptt semua boleh Selamat tp ada pelajar yg tak sempat nak set up bom sebelum sfera semua Berkumpul dlm 1 bangunan jd terpaksa komander Oppa take over & paksa semua pelajarnya & asst nya keluar Dr bangunan tu Dan berlindung di bangunan yg lain.
Adakah komander Oppa Selamat?? Kena tunggu apa nasib dia & pelajar Korea yg lain dlm epi baru hujung bulan ni tak silap..baloi utk di tonton..ceritanya cepat xde sendu2...tp annoying la sbb cter Korea ni dorg suka terjerit2...memekik2...stress pulak tgk 😆
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10
Review Cik Puan Siti
Baru habis tengok...
Kisah puja memuja benda khurafat utk menghidupkan yg mati..
Ahli sihir ni scam laki ni konon nak hidupkan roh anak laki yg mati dulu nama Jaa ke dlm bdn anak yg baru Ing.. skrg anak dgn bini baru dh sebaya anknya yg dh mati 11 thn dlu...
Bini baru dia berani p siasat sendiri ape laki die buat stiap hari pkl 3.45 pg..nasib bkn jmpa skendel rupanya tgh menurun ilmu khurafat 😆
Rupanya bomoh tu ade agenda, nk hidupkan anak die yg lama mati ke dlm bdn si Ing bukan nk tlg laki tu hidupkan Jaa dlm bdn bdk tu...Hanat bethol 😆
Bila dh terbongkar benda dh terlambat, laki tu mati kena tikam pembantu Bomoh durjana & sempat mintak tlg roh Jaa yg ditumpang dlm patung utk tlg Ing..bini die pun sempat smpai tp terlambat roh dah berganti ank dia pun dah mati sblm sesi menyeru tu mula...sesi bergelut & tiba2 siling rumah tu runtuh hempap dorg semua..Ing bgn bunuh bomoh & pembantu tu..
Sedar2 kat hsptl, rupanya tu bukan Ing...dia Jaa yg menumpang dlm bdn Ing...Ing dh mati...frust la maknya..laki pun mati..tp akhirnya dorg hidup bersama & terima hakikat dgn berlapang dada..
Tak seram..saspen jelah..hantu pun x kluar byk kali...mcm lintasan2 je...muncul kejap2...
6/10...sbb syg bapaknya pilih jln yg salah 🥴
Home For Rent 2023
Review by Cik Puan Yanti Sani
Assalamualaikum sahabat² yang dikasihi. Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik ❤️
Akak nak rekemen cerita hindi ni bertajuk "Mission Raniganj" . Best cerita ni..lakonan Akshay Kumar sebagai Jaswant Singh Gill. Mula² ingatkan ni cerita perang, rupanya bukan. Cerita ni diilhamkan dari kisah benar yang berlaku di lombong arang batu Raniganj pada tahun 1989. Satu bencana telah terjadi dimana 65 orang pelombong telah terperangkap. Gill ni lah yang mempunyai otak yang cerdik memikirkan cara bagaimana nak menyelamatkan 65 orang pelombong ni. Akak bagi rating 9/10 🌟🌟🌟. Rugi bagi sesiapa yang tak tengok. Highly recommended untuk ditonton.
Review zuzaina zakaria
