en
Feedback
✨Erham Benefits✨

✨Erham Benefits✨

Open in Telegram

Pengajian & Perkongsian Ust Erham Hisham.

Show more
544
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
photo content

Majlis Ke - 5 bersama Ustaz Irham Bab Pakaian Perang, Serban, Kain Sarung & Cara Berjalan Rasulullah ﷺ https://meet.google.com/rrp-yrzu-rko

photo content

photo content

Bab Bersuci (Air).pdf10.17 MB

Bab kesembilan : Kelebihan Berjemaah Hadis 1 : "Wahai Abu Hurairah, solatlah kamu dengan berjemaah walaupun dalam keadaan duduk, sesungguhnya Allah akan memberi kamu pada setiap solat berjemaah itu pahala 25 kali ganda solat yang tidak berjemaah" Hadis 2 : "Kelebihan solat berjemaah berbanding solat seseorang secara bersendirian adalah 25 darjat. Dan kelebihan solat sunat di rumah berbanding di masjid seperti kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendirian" Hadis 3 : "Solat secara berjemaah itu 27 darjat lebih baik daripada solat bersendirian" Hadia 4 : "Sebaik-baik solat fardhu di sisi Allah adalah solat Subuh pada hari Jumaat secara berjemaah" Hadis 5 : "Siapa yang solat Subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, maka itu akan menjadi penutup dan penghalang dirinya daripada api neraka" Hadis 6 : "Solat seaeorang itu secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian dengan 25 darjat. Jika solat berjemaah itu dilakukan di tanah gersang, kemudian mereka menyermpurnakan wudhu' mereka, rukuk dan sujud mereka, ganjanran solatnya 50 darjat" Hadis 7 : "Siapa yang mendapat solat berjemaah selama 40 hari, maka Allah tulis baginya pelepasan dari api neraka dan sifat munafik" Hadis 8 : "Siapa yang pada dua waktu sejuk (Subuh dan Isyak) secara berjemaah, masuk syurga tanpa hisab" Hadis 9 : "Siapa yang menghadiri solat berjemaah, maka Allah tuliskan bagi 10 kebaikan ketika pergi dan pulang, dan dihapuskan 10 kesalahan, dan dinaikkan 10 darjat" Hadis 10 : " Tidak dikira solat bagi orang yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid" Hadis 11 : "Solat berjemaah itu adalah rahmat yang lebih baik daripada dunia dan seisinya, berjemaah adalah rahmat dan berpisah itu adalah azab"

✨Diskusi Risalah Muzakarah✨ Malam ini ! Jam 9 Malam Bersama Ust Erham Hisham di platform Google Meet: https://meet.google.com
✨Diskusi Risalah Muzakarah✨ Malam ini ! Jam 9 Malam Bersama Ust Erham Hisham di platform Google Meet: https://meet.google.com/dpn-cgvu-tbj Sebarang infaq boleh salurkan ke acc: 151213096677 Maybank Moga kita mendapat barakah majlis ilmu🤲🏻✨

Bismillah Alhamdulillah. Infaq Makanan Siri ke-1 kepada pelajar pondok dan madrasah telah ditutup kerana sudah mencukupi 90 p
Bismillah Alhamdulillah. Infaq Makanan Siri ke-1 kepada pelajar pondok dan madrasah telah ditutup kerana sudah mencukupi 90 pack untuk 90 orang pelajar. Jutaan terima kasih kepada semua penginfaq makanan. InsyaAllah menjadi asbab kebaikan di dunia dan akhirat. Kata Syeikh Abdul Qadir alJailani, "Mengisi perut orang yang sedang lapar lebih baik daripada membina 1000 masjid" Maka bagaimana pula orang yang sedang lapar itu penuntut ilmu di jalan Allah. Moga kalian mendapat pahala lebih baik daripada bina 1000 masjid. Amin ya Rab. Bagi yang tidak sempat mengambil peluang infaq makanan. Jangan risau. Akan ada Infaq Makanan Siri ke-2 selepas ini. InsyaAllah.

Bab kelapan : Kelebihan Azan Hadis 1 : "Siapa yang melaungkan azan untuk solat selama 7 tahun dengan penuh pengharapan kepada Allah, maka Allah tuliskan baginya pelepasan dari api neraka" Hadis 2 : "Siapa yang melaungkan azan selama 12 tahun, wajib baginya syurga" Hadis 3 : "Siapa yang melaungkan azan untuk solat 5 waktu dengan penuh keimanan dan pengharapan daripada Allah, diampunkan apa yang telah berlalu daripada dosa-dosanya" Hadis 4 : "Tiga golongan yang mendapat perlindungan Allah daripada azab kubur: orang yang mati syahid, tukang azan, dan orang yang mati pada hari atau malam Jumaat" Hadis 5 : "Kalaulah manusia itu tahu ganjaran pada seruan azan dan saf pertama (solat berjemaah), kemudian mereka tidak temukan ganjaranya kecuali harus diundi, pasti mereka akan mengundi. Kalaulah manusia itu tahu ganjaran pada 'Tahjir' (solat awal waktu), pasti mereka akan berlumba mendapatkannya. Kalaulah manusia itu tahu ganjaran pada solat berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh, pasti mereka akan datang walaupun dengan merangkak" Hadis 6 : "Siapa yang mendengar seruan azan dan dia mencium kedua ibu jarinya kemudian meletakkan pada kedua matanya dan mengucapkan مرحبا بذكر الله تعالى قرة أعيننا بك يا رسول الله , maka aku yang akan beri syafaat kepadanya dan menjadi petunjuk jalan ke syurga" Hadis 7 : "Apabila waktu azan, dibuka pintu-pintu langit, dimustajabkan doa-doa, dan apabila waktu iqamah, tidak akan ditolak doa-doanya" Hadis 8 : "Siapa yang mengucapkan ketika azan, مرحبا بالقائلين عدلا مرحبا بالصلوات أهلا , maka Allah tuliskan baginya 1000 kebaikan, dihapuskan 1000 kesalahan, dan dinaikkan 1000 darjat" Hadis 9 : "Siapa yang mendengar azan dan tidak mengucapkan sepertimana ucapan muazzin, maka dia dilarang untuk sujud pada hari kiamat ketika bersujud para muazzin" Hadis 10 : "Tiga golongan yang mendapat naungan pada hari tiada naungan kecuali naungan Allah: Pemimpin yang adil, Muazzin yang menjaga (adab azan) dan pembaca alQuran pada setiap hari 200 ayat"

Bab ketujuh : Kelebihan Siwak Hadis 1 : "Dua rakaat dengan bersiwak lebih baik daripada 70 rakaat tanpa bersiwak" Hadis 2 : "Bersiwaklah kalian, sesungguhnya siwak itu alat membersihkan mulut dan penyebab keredhaan Tuhan" Hadis 3 : "Enam perkara yang menjadi sunnah para rasul: rasa malu, berlapang dada, berbekam, bersiwak, berwangi-wangian, dan ramai isteri" Hadis 4 : "Tiga perkara yang sangat dianjurkan bagi setiap muslim : mandi pada hari Jumaat, bersiwak, dan memakai wangian" Hadis 5 : "Bersihkan mulut kalian dengan siwak kerana mulut itu adalah laluan alQuran" Hadis 6 : "Moga Allah rahmati orang yang menyikat rambut dan bulu ketika berwudhu' dan orang yang menyikat gigi dari makanan di kalanagn umatku" Hadis 7 : "Jangan kalian menyikat gigi dengan kayu As, kayu Raihan dan kayu Qasb, sesungguhnya ia merosakkan gigi" Hadis 8 : "Solat dengan bersiwak lebih baik daripada 70 solat tanpa bersiwak" Hadis 9 : "Sentiasa Jibril mewasiatkan kepadaku untuk bersiwak sehingga aku takut merosakkan gigiku" Hadis 10 : "Aku sentiasa diperintah untuk bersiwak sehingga aku takut akan gigiku rosak"

Bab keenam : Kelebihan Wudhu' Hadis 1 : "Siapa yang mengambil wudhu' untuk solat dan memperbaik wudhu'nya, kemudian mendirikan solat, sesungguhnya akan keluar daripadanya dosa-dosa sehingga seperti hari dilahirkan ibunya" Hadis 2 : "Siapa yang berwudhu' untuk solat, kemudian dia mendirikan solat, Allah hapuskan dosa-dosa antaranya dengan solat lain yang akan datang" Hadis 3 : "Siapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', kemudian mati menjemputnya pada malam tersebut, maka disisi Allah dia adalah syahid" Hadis 4 : "Orang yang tidur dalam keadaan berwudhu', seperti orang yang berpuasa dan mendirikan solat" Hadis 5 : "Siapa yang memperbaharui wudhu', ditulis baginya 10 kebaikan" Hadis 6 : "Tiada solat bagi orang yang tiada wudhu', dan tiada wudhu' bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya" Hadis 7 : "Wudhu' itu bahagian daripada iman" Hadis 8 : "Asal wudhu' itu satu kali, siapa yang berwudhu' dua kali, baginya dua lipat ganda pahala. Dan siapa berwudhu' 3 kali, maka itu adalah wudhu' para nabi dari sebelumku" Hadis 9 : "Allah tidak menerima solat kalian jika kamu berhadas sehinggalah kamu berwudhu' " Hadis 10 : "Wudhu' atas wudhu' adalah cahaya atas cahaya"

✨Diskusi Risalah Muzakarah✨ Malam ini ! Jam 9 Malam Bersama Ust Erham Hisham di platform Google Meet: https://meet.google.com
✨Diskusi Risalah Muzakarah✨ Malam ini ! Jam 9 Malam Bersama Ust Erham Hisham di platform Google Meet: https://meet.google.com/dpn-cgvu-tbj Sebarang infaq boleh salurkan ke acc: 151213096677 Maybank Moga kita mendapat barakah majlis ilmu🤲🏻✨

Bab kelima : Kelebihan Iman Hadis 1 : "Iman itu mengetahui dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan dilakukan dengan anggota" Hadis 2 : "Iman itu telanjang, dan pakaiannya adalah taqwa, dan perhiasannya adalah malu (melakukan maksiat), dan hasilnya adalah ilmu" Hadis 3 : "Tidak sempurna iman bagi siapa yang tidak amanah" Hadis 4 : "Tidak sempurna iman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri" Hadis 5 : "Iman itu di dada seorang mukmin, dan tidak sempurna iman kecuali dengan sempurnanya amalan fardhu dan sunnah, dan tidaklah rosak iman itu kecuali dengan mengingkari amalan fardhu dan sunnah. Maka siapa mengurangi fardhunya tanpa mengingkarinya, akan diberi balasan kepadanya. Dan siapa yang menyempurnakan fardhunya, wajib baginya syurga" Hadis 6 : - Hadis 7 : "Iman itu mempunyai dua bahagian, sebahagian adalah sabar dan sebahagian lagi adalah syukur" Hadis 8 : "Iman itu adalah ikatan daripada membunuh, dan orang mukmin itu tidak membunuh"   Hadis 9 : "Allah menciptakan iman dan menghiasinya serta menyanjungnya dengan murah hati dan rasa malu. Dan Allah menciptakan kekufuran dan mencelanya dengan kedekut dan keras hati" Hadis 10 : "Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga dan ahli neraka masuk ke dalam neraka, Allah memerintahkan untuk dikeluarkan daripada neraka siapa yang dalam hatinya terdapat sebesar zarrah daripada iman"

photo content

Bab keempat : Kelebihan berselawat kepada Nabi. Hadis 1 : "Siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya 10 kali" Hadis 2 : "Siapa yang berselawat kepadaku 1000 kali, tidak akan mati sehingga diberi khabar gembira akan syurga" Hadis 3 : "Siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya 10 kali, dan siapa yang berselawat kepadaku 10 kali, maka Allah berselawat kepadanya 100 kali, dan siapa yang berselawat kepadaku 100 kali, maka Allah berselawat kepadanya 1000 kali, dan siapa yang berselawat kepadaku 1000 kali, maka api neraka tidak akan menyentuhnya" Hadis 4 : "Siapa yang lupa berselawat kepadaku, maka dia tersalah jalan ke syurga" Hadis 5 : "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat aialah mereka yang paling banyak berselawat kepadaku" Hadis 6 : "Selawat kalian kepadaku adalah penghapus dosa" Hadis 7 : "Siapa yang berselawat kepadaku pada setiap Jumaat 40 kali, maka Allah menghapus dosanya secara keseluruhan" Hadis 8 : "Tiadalah satu doa itu kecuali antara doa itu dengan langit terdapat hijab sehingga seseorang itu berselawat kepadaku. Maka apabila dia berselawat kepadaku, nescaya terbelah hijab tersebut, lalu diangkat doanya' Hadis 9 : "Siapa yang berselawat kepadaku setiap hari 100 kali, maka Allah tunaikan 100 hajat baginya, 70 hajat ukhrawi dan 30 hajat duniawi" Hadis 10 : "Siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah dan malaikat berselawat kepadanya 20 kali, dan tidak akan mati sehingga diberi khabar gembira akan syurga"

Bab ketiga : Kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم Hadis 1 : "Tidaklah seorang hamba itu mengucapkan بسم الله الرحمن الرحيم kecuali syaitan akan cair sepertimana cairnya timah pada api" Hadis 2 : "Tidaklah seorang hamba mengucapkan بسم الله الرحمن الرحيم kecuali Allah memerintahkan malaikat pencatat untuk mecatat dalam buku amalannya 400 kebaikan" Hadis 3 : "Siapa yang mengucapkan بسم الله الرحمن الرحيم sekali, tidak kekal daripada dosanya walaupun sebesar zarrah" Hadis 4 : "Siapa yang menulis بسم الله dan menjaganya kerana memuliakan Allah, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah berlalu dan dosa-dosa yang akan datang" Hadis 5 : "Jika kalian menulis بسم الله الرحمن الرحيم maka hendaklah memanjangkan الرحمن " Hadis 6 : "Sesungguhnya Allah Taala menghiasi langit dengan bintang-bintang. Dan menghiasi para malaikat dengan Jibril. Dan menghiasi syurga dengan bidadari dan istana. Dan menghiasi para nabi dengan Muhammad. Dan menghiasi hari-hari dengan Jumaat. Dan menghiasi malam-malam dengan Lailatul Qadar. Dan menghiasi bulan-bulan dengan Ramadhan. Dan menghiasi masjid-masjid dengan Ka'bah. Dan menghiasi kitab-kitab dengan Alquran. Dan menghiasi Alquran dengan بسم الله الرحمن الرحيم " Hadis 7 : "Siapa yang mengucapkan بسم الله الرحمن الرحيم ditulis namanya dikalangan Abrar (Orang yang berbuat baik) dan dijauhkan daripada kufur dan nifaq" Hadis 8 : "Siapa yang mengucapkan بسم الله الرحمن الرحيم diampunkan baginya dosa-dosa yang telah berlalu" Hadis 9 : "Jika kalian hendak bangun maka katakanlah بسم الله الرحمن الرحيم وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم, sesungguhnya manusia jika mereka ingin mengumpat kamu maka malaikat akan halangi mereka daripada melakukannya" Hadis 10 : "Jika kalian duduk dalam satu majlis maka ucaplah بسم الله الرحمن الرحيم وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم, sesungguhnya siapa yang melakukannya maka Allah akan mewakilkan baginya satu malaikat menghalang manusia daripada mengumpat sehingga mereka tidak mampu untuk mengumpat kalian"

Bab Kedua : Kelebihan لا إله إلا الله Hadis 1 : “Siapa yang mengucapkan pada setiap hari لا إله إلا الله محمد رسول الله 100 kali, dia akan datang pada hari kiamat dengan wajah seperti bulan purnama” Hadis 2 : “Sebaik-baik zikir لا إله إلا الله dan sebaik-baik doa الحمدلله “ Hadis 3 : “Firman Allah Taala: لا إله إلا الله adalah perkataanku dan aku adalah Dia (Allah), siapa yang mengucapkannya, dia telah masuk dalam bentengku. Dan siapa yang masuk dalam bentengku, dia aman daripada azabku” Hadis 4 : “Tunaikanlah zakat badan kalian dengan perkataan لا إله إلا الله “ Hadis 5 : “Tidaklah seorang hamba itu mengucapkan لا إله إلا الله محمد رسول الله melainkan Allah akan mengatakan “Benar kata hambaku. Akulah Tuhan yang tiada Tuhan kecuali Aku. Wahai malaikat bersaksilah bahawa aku telah mengampunkan apa yang telah berlalu daripada dosanya dan dosa yang akan datang” Hadis 6 : “Siapa yang mengucapkan لا إله إلا الله dengan ikhlas dan tulus dari hati, akan masuk ke dalam syurga” Hadis 7 : “Siapa yang awal ucapannya لا إله إلا الله dan akhir ucapannya لا إله إلا الله sedangkan dia telah melakukan 1000 kesalahan walaupun hidup 1000 tahun, Allah tidak akan tanya daripadanya walaupun akan satu kesalahan” Hadis 8 : “Siapa yang mengucapkan لا إله إلا الله tanpa perasaan kagum, akan terbang seekor burung di bawah arasyh sambil bertasbih bersama orang-orang yang bertasbih hingga hari kiamat dan ditulis baginya pahalanya” Hadis 9 : “Siapa yang mengucapkan لا إله إلا الله محمد رسول الله diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan” Hadis 10 : “Jika seorang mukmin itu lalu di perkuburan dan mengucapkan لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيى ويميت بيده الخيروهو على كل شيء قدير maka Allah akan menerangkan perkuburan tersebut kesemuanya dan diampunkan bagi pengucapnya dan ditulis baginya 100000 kebaikan, diangkat 100000 darjat, dan dihapuskan 100000 kesalahan”