en
Feedback
Coretan Pendosa ♡

Coretan Pendosa ♡

Open in Telegram

Terima Kasih Allah 🤍

Show more
1 096
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-930 days
Posts Archive
Terlihat seolah olah taat, padahal masih terombang ambing dalam mengemudikan keimananan... Jangan pernah kau kagumi jiwa yang tampil taat itu, Kagumilah Allah yang sempurna menutup aibnya. ")

Pada akhirnya kita akan berterima kasih pada Tuhan atas segala kesusahan yang menimpa diri kita berkali-kali hingga menjadika
Pada akhirnya kita akan berterima kasih pada Tuhan atas segala kesusahan yang menimpa diri kita berkali-kali hingga menjadikan diri kita pada hari ini lebih kuat. Jangan pernah menyesali hari-hari yang sudah berlalu, hari yang baik memberimu kebahagiaan dan hari yang buruk memberimu pengalaman dan keduanya penting untuk hidup yang lebih berjaya. لا تكن سجينا لماضيك، لقد كان درسا فقط وليس حكما مؤابد. Jangan biarkan dirimu menjadi tahanan untuk masa lalumu, itu hanyalah pengajaran untukmu bukan hukuman seumur hidup. -Nota distingtif-

Tentang Syukur Terkadang aku lupa, Untuk menghargai dan mengingati, Ketika aku mula longlai dibaham dengan godaan dunia, Aku sedar, Aku terlalu mengejar sesuatu yang tidak kekal lama, Membuatkan aku selalu lemah dalam mengingatiNya. “)

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik hayatku adalah di penghujungnya, sebaik-sebaik amalku adalah pada penutupnya, jadikanlah sebaik-baik saat dalam hidupku adalah ketika aku bertemu dengan-Mu.

it's just so sad realizing ourself getting far away from Allah
it's just so sad realizing ourself getting far away from Allah

photo content

Repost from HOPE
Bila manusia mula meletakkan kehendak Tuhan melebihi kehendaknya, dia akan mengenal ikhlas, Bila manusia mula percaya tak semua impian akan diperkenan Tuhan, dia akan mengenal ikhtiar, Bila manusia mula berhenti persoalkan segala ujian yang mendatang, dia akan mengenal redha, Bila manusia mula punya kekuatan untuk memaafkan hal yang kecil, dia akan mengenal sabar, Bila manusia mula berasa senang dengan kurniaan yang biasa, dia akan mengenal syukur, Dan bila manusia mula mengenal Tuhan, dia akan mengenal segalanya. Hatinya tenang, walau apapun ujian dan nikmat yang mendatang.

Sahabat, Ketahuilah orang yang beruntung dah bahagia itu adalah orang yang selalu berbaik sangka pada manusia apatah lagi Rabbnya. Dalam kehidupan, Mereka tiada masalah dalam hubungan sesama manusia dan juga Tuhan. Maka belajarlah untuk sentiasa bersangka baik. Cukuplah Allah menjadi sebaik baik tempat untuk menumpahkan segala yang bermain di fikiran. اللهم صل على سيدنا محمد 📿

photo content

Mengapa Mengapa seurat perasaan, Membuatmu berani menghiraukan ketakwaan? Mengapa seorang ajnabi, Membuatmu hilang kehormatan? Mengapa keobsesan mengejar, Membuatmu terpesong dari jalan yang benar? Mengapa sesaat “kesenangan”, Membuatmu nekat merosak keimanan? Tentang mengapa, Hanya dirimu sahaja yang mengetahui, Juga tidak tercicir dari pengetahuan Rabbmu. Maka renungkan sejenak, kenapa kau masih bertekad? Untuk terus melangkah jauh dari tuhanmu. Sedang hati kecilmu benci dan rimas dengan semua itu. 🍃🍂

Sahabat, Sehebat dan semegah manapun dunia kita, akhirnya tanah juga yang akan kita tiduri. Kerana dunia hanyalah sebatas permainan dan khayalan, akan hilang daripada genggaman tatkala jasad kehilangan kudrat. Kerana itu, Jadikan akhirat sebagai tujuan. Bukan bermakna engkau meninggalkan segala urusan dunia, tetapi berpadalah… Agar kau dan aku tetap dalam lindunganNya.

Terima Kasih Allah 🤍

photo content

اللهم صل على سيدنا محمد 🤍⛅️
اللهم صل على سيدنا محمد 🤍⛅️

Sahabat, Sebuah harapan dan janji yang selalu kita impikan adalah, Kita akan berada di tempat yang Allah Redhai. Kaki kita takkan melangkah ke tempat yang Allah Murkai. Juga Tentang Apa Yang Allah Larangi.

Kata orang “Healing” itu bukan sahaja tentang kopi, Tetapi Juga luahan kepada Ilahi. Hazelnut latte ☕️
Kata orang “Healing” itu bukan sahaja tentang kopi, Tetapi Juga luahan kepada Ilahi. Hazelnut latte ☕️

photo content

Dibalik sabar dalam senyap, ada syukur yang tak mudah lenyap. Dibalik cinta dalam diam, ada doa yang lalu lalang. Dibalik kecewa paling dalam, ada harapan yang salah sasaran. Dibalik cinta dalam iman, ada doa yang saling mendekatkan. Dibalik hati yang bermaksiat, ada Iman yang mulai rosak. hydhow 🍃