Coretan Pendosa ♡
Open in Telegram
1 096
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-930 days
Posts Archive
1 096
“Cerita kita berbeza, namun pengakhiran kita tetap sama”
Andai suatu hari nanti,
kau melihat hanyalah malapetaka dan tiada kedamaian, ketahuilah kau tidak akan dapat kembali…
Andai suatu hari nanti,
Kau tercengang di tengah teriknya padang pasir yang luas dengan jutaan manusia, ketahuilah kau tidak akan dapat memperbaiki segala keluhan mu…
Andai satu hari nanti,
Kau menderita dengan maraknya api yang membakar dengan siksaan yang sangat pedih, ketahuilah kau di situ bukan berbulan apatah lagi sehari.
Dan andai sekarang kau belum melihat dan merasai kesemua itu, maka ketahuilah kau masih bisa kembali…
Kepada Allah.
1 096
“Cerita kita lain lain, namun pengakhiran kita tetap sama”
Andai suatu hari nanti,
kau melihat hanyalah malapetaka dan tiada kedamaian, ketahuilah kau tidak akan dapat kembali…
Andai suatu hari nanti,
Kau tercengang di tengah teriknya padang pasir yang luas dengan jutaan manusia, ketahuilah kau tidak akan dapat memperbaiki segala keluhan mu…
Andai satu hari nanti,
Kau menderita dengan maraknya api yang membakar dengan siksaan yang sangat pedih, ketahuilah kau di situ bukan berbulan apatah lagi sehari.
Dan andai sekarang kau belum melihat dan merasai kesemua itu, maka ketahuilah kau masih bisa kembali…
*Kepada Allah.*
1 096
Ya Allah, sebagaimana engkau telah menyampaikan kami di bulan Sya'ban, maka sampaikan umur kami di bulan Ramadhan, dan takdirkan kami termasuk golongan orang orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan dasar iman dan berharap pahala. Hingga akhirnya kami beruntung mendapat pengampunan dosa dan bertempat tinggal dalam syurga dan bebas dari sentuhan api neraka.
1 096
Ya Allah, sebagaimana engkau telah menyampaikan kami di bulan Sya'ban, maka sampaikan umur kami di bulan Ramadhan, dan takdirkan kami termasuk golongan orang orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan dasar iman dan berharap pahala. Hingga akhirnya kami beruntung mendapat pengampunan dosa dan bertempat tinggal dalam surga dan bebas dari sentuhan api neraka.
1 096
Bittaufiq wannajah kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan!
Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dan diberi kefahaman yang sesungguhnya dalam ilmu yang dituntut. 🤍
1 096
Kelihatannya gelap seolah tersisa jalan mati,
Hati yang telah dikaburi oleh kerak kerak dosa yang tebal menyelebungi…
Wahai diri yang sedang berbicara,
Adakah hatimu sudah mati?
Diinjak injak oleh perbuatanmu sendiri?
Apakah dirimu masih punya hati?
Atau ia sekadar menghidupkan jasad yang sedang berdiri,
Namun bukan lagi pada rohani?
Wahai diri,
Bukan waktunya untuk menyesali,
Kerana setiap hari adalah hari permulaan bagi menjadi lebih baik dan mempelajari sesuatu yang belum diketahui,
Maka syukurilah,
Renungilah,
Moga pengakhiran yang baik menanti…
1 096
Ya Allah, Kuatkan kami...
Kerana perjalanan dan perjuangan yang paling berat adalah melawan hawa nafsu kami sendiri. Jangan Kau biarkan kami terus hanyut dalam kerosakan yang kami tidak sedari dan menikmati dunia tanpa ada batasnya.
1 096
Ada seorang Insan yang sangat menyayangi kita melebihi dirinya sendiri, bahkan lebih memahami penderitaan yang kita rasakan.
Baginda sentiasa menitipkan pesan sabar dan redha, merasai derita oleh semesta namun tidak pernah berputus asa semata cinta Rabbnya dan demi melihat kita tidak terus terombang ambing dengan dunia. 🤍
Mencintai baginda bukan satu pilihan, tetapi ianya adalah kewajipan kepada kita yang mengaku beriman.
Tapi sejauh mana kita mengenal kekasih kita?
Adakah ia sekadar luahan kasih di bibir sahaja?
Atau sebaliknya?
Semoga tahun ini menjadi asbab untuk kita memperbaiki diri dan lebih mengenal kekasih kita Muhammad SAW.
اللهم صل على سيدنا محمد
اللهم صل على سيدنا محمد
اللهم صل على سيدنا محمد
