en
Feedback
Coretan Pendosa ♡

Coretan Pendosa ♡

Open in Telegram

Terima Kasih Allah 🤍

Show more
1 096
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-930 days
Posts Archive
Boleh jadi kita hanya perlu mengerti bahawa kita punya Dia Untuk sekian banyaknya luka yang berantakan, Hanya dakapanNya yang menyembuhkan. Setelah badai badai yang telah kau tempuhi, Cukuplah namaNya yang kau genggam hingga kini, Hempaskan nama yang menyakitimu berulang kali, Tidak kira seberapa banyak kenang yang kau terokai, Tetap saja kau masih menjadi hamba kepada Ilahi. Kamu berantakan, Kamu hilang kepercayaan, Kamu hilang arah tujuan, Dan kamu mulai melihat keburukan serta terus mempersoalkan. Adakah kerana manusia kamu berubah sedemikian? Sehingga kamu menekuk diri sendiri hendak menanggalkan kehidupan? Apapun persepsimu terhadap dunia yang sedang kau diami, tetap sahaja perlu kamu ingat bahawa Tuhanmu dan Tuhanku sentiasa menemani. Terkadang, Dia titipkan ujian untuk kau mengerti bahawa kau punya Dia untuk dijadikan tempat berhenti dan mengadu isi hati. RahmatNya tidak berputus untuk dirimu yang perlu ditemani. Aku tahu, walau riuh di kepalamu tidak ada habisnya, Begitu banyak luka yang belum kau dapati ubatnya. Tidak mengapa, kerana semua akan berjalan sesuai dengan ketetapanNya. Aku dan kamu punya Dia.

Semoga Allah mempermudah dirimu, agar menjaga perasaanmu dengan baik. Ketika kamu mulai jatuh cinta pada seseorang, berdoalah pada Allah agar perasaanmu itu dipandu pada dasar yang benar. Tidak mengandalkan hawa nafsu semata mata. Biarlah cinta itu tetap terjaga, menjadi rahsia yang hebat antara kamu dan Allah tanpa satupun ciptaannya mengetahui apa yang sedang dirasakan sehinggalah kamu benar benar bersedia. Sebagaimana cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang suci, bahkan tiada seorang pun yang mengetahuinya. Mereka benar benar menjaganya sehingga mereka dipertemukan dalam ikatan suci pernikahan. Indah bukan? Maka pendamlah perasaan cinta yang belum pada waktunya. Jangan sampai cinta yang dasarnya adalah fitrah namun menjadi fitnah kerana perbuatanmu yang membawa kepada keburukan dan membinasakan. Dan semoga Allah mempermudah dirimu, agar menjaga perasaanmu dengan baik. Sehingga pada akhirnya, Allah menemukan kamu dengan dia yang benar benar menjaga perasaannya untukmu juga. Jangan ragu untuk berdoa, bahkan disaat kamu tidak menemukan kata untuk dipanjatkan, Allah selalu mengerti setiap isi hati yang terpendam.

photo content

Aku selalu menyangka bahawa kehidupan ini hanyalah tentang halal dan haram, hitam dan putih, benar dan salah. Sehingga pada akhirnya aku menemui manusia yang salah kerana alasan, yang hitam kerana kesedihan dan yang haram kerana keputusasaan. Jangan ditiru dosanya, jangan pula menghakimi tuan yang melakukannya kerana itu kerja Allah, Tuhan kita. Aku juga menyedari bahawa yang kasar itu tidaklah selalunya terlihat buruk, begitu juga yang halus tidak selalunya terlihat baik. Seperti kelapa parut yang mempunyai manfaat sebaliknya lumut yang berisiko menjatuhkan. Maka berdamailah, setiap persepsi negatif yang terkait dengan diri sendiri atau orang lain itu tidak selalunya benar. Justeru, manusia tidak perlu untuk menjauh sesama dan Allah hanya kerana dosa. Kerana Allah itu menunggu setiap titisan air mata taubat dari hambanya bahkan mencintainya. ‎قُلْ يَاعِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ “Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53)

photo content

Kita punya kendala sedangkan Allah punya kendali. Kita sering menyalahkan diri sendiri jika sesuatu yang kita harapkan tidak sesuai ekspetasi sehingga jiwa berasa kacau dan tidak tenang. Mungkin tentang pekerjaan yang terkendala, Tentang jodoh yang tak kunjung tiba, Tentang masa lalu yang dirundung perasaan hiba, Atau mungkin sesuatu yang mustahil untuk kita dapat kembalikan? Perit bukan? Kita mencuba, namun kenapa masih tetap sama? Sahabat, Ketahuilah bahawa sebahagian besar dari ketenangan jiwa akan engkau dapatkan ketika engkau kembali berdamai dengan dirimu sendiri, ketika engkau menerima dengan ikhlas keadaanmu seperti apapun itu, engkau akan sedar dan mengukurnya dengan realiti bahawa ini adalah dunia, Bukan syurga dan bukan juga neraka. Maka berlemah lembutlah dengan dirimu sendiri. Dan pada akhirnya, tidak akan ada kehancuran bagi hati yang dipenuhi keyakinan bahawa Allah yang mengurus segala hal dan kita hanya punya kendala. Bukan kendali.

Jodoh itu perlu pacaran? Normal pada masa kini jika pacaran dikatakan jalan menuju perkahwinan bukan? Padahal tiada jaminan mereka akan menikah, Bahkan mungkin saja ajal menemukannya dahulu. Banyak yang menaruhkan maruah mereka, rela bermaksiat yang kononnya lambang cinta sejati, malah hujungnya ditinggal pergi. Sudahlah ditinggal, emosi makin merosak. Sudahlah dibiarkan, terkapar pula. Ingat, Jaminan pernikahan melalui pacaran itu belum pasti, namun dosanya sudah pasti. Bahkan jika cinta yang suci itu diikat dengan cara yang salah sebelumnya, apa yang kamu cari selain daripada keberkahan? “Tidak ada pacaran dalam Islam,sekalipun tujuannya pernikahan. Kemaksiatan tetaplah kemaksiatan, meskipun tujuannya adalah kebaikan” [raaziqsihab] Oleh kerana itu, cukup kamu sendirian dalam ketaatan, agar kamu dan dia bertemu dan saling menguatkan pada dasar yang telah ditetapkan.

Tuhanmu lebih mengetahui apa yang terkandung di dalam hatimu.

“Di antara riuhnya manusia yang mencemburui dunia yang fana, semoga kita menjadi hening yang mencemburui mereka yang bertaqwa"

Ada seorang Insan yang sangat menyayangi kita melebihi dirinya sendiri, bahkan lebih memahami penderitaan yang kita rasakan. Baginda sentiasa menitipkan pesan sabar dan redha, merasai derita oleh semesta namun tidak pernah berputus asa semata cinta Rabbnya dan demi melihat kita tidak terus terombang ambing dengan dunia. 🤍 Mencintai baginda bukan satu pilihan, tetapi ianya adalah kewajipan kepada kita yang mengaku beriman. Pernah terbaca satu ungkapan yang mengatakan: Perjuangkan siapa yang memperjuangkanmu, Hargai siapa yang menghargaimu. maka selayaknya cinta yang perlu diperjuangkan dan dihargai itu adalah cinta baginda Nabi SAW.  Tapi sejauh mana kita mengenal kekasih kita? Adakah ia sekadar luahan kasih di bibir sahaja? Atau sebaliknya? Semoga detik ini menjadi asbab untuk kita memperbaiki diri dan lebih mengenal kekasih kita Muhammad SAW. اللهم صل على سيدنا محمد اللهم صل على سيدنا محمد اللهم صل على سيدنا محمد Salam Maulidur Rasul 1445H Tiada harapan selain Allah. Tiada ikutan selain Nabi. Tiada kata seindah Al-Quran. Tiada jalan selurus Sunnah. Tiada perjuangan selain Islam.

photo content

Jangan berhenti melangkah hanya kerana kamu takut tersalah arah Perihal yang telah berlalu. Kita selalu menyalahkan dan menyesali hal yang langsung tidak boleh kita kembalikan. Memang, menjaga hati bukanlah sesuatu yang mudah. Akan selalu ada perbezaan antara akal dan nafsu. Sesekali akal mendahului. Menghiraukan nafsu yang membawa kezaliman pada diri sendiri dan melawan godaan syaitan yang terkutuk. Pada waktu yang lain pula akal dikalahkan. Kita terbuai dengan nafsu dan mula mengejar bahagia dunia yang hakikatnya semu. Itu semua proses, jangan menyimpulkan bahawa kamu itu tidak berguna. Oleh kerana itu, teruskan melangkah walau sesekali tersalah arah. Teruskan saja menapak maju menuju cinta yang tiada batas iaitu cinta Dia. Tuhanku dan Tuhan kamu. 🍃

Tentang penerimaan Setiap hal yang Allah tangguhkan pemberiannya untukmu, akan selalu ada kebaikan yang terkadang tidak terbayang atau terfikir oleh akal fikiran kita. Entah soal jodoh, pencapaian akademik, rezeki bahkan seluruh urusan dunia yang kau impikan. Mungkin, boleh jadi jika Allah memberikannya pada waktu itu kamu belum siap menerimanya. Justeru, menjadi salah satu malapetaka bagi dirimu. Ada beribu hal yang perlu kita syukuri, Ada perkara yang perlu kita renungi, Ada juga berjuta perkara yang perlu kita pelajari. Oleh itu, Seberapa banyak harapan yang kamu panjatkan kepada Dia, jangan lupa untuk kita siapkan penerimaan kita terhadap apa yang akan berlaku. Namun, jangan pernah kamu meremehkan keajaiban doa. Semua orang di dunia ini inginkan kehidupan yang baik, namun terkadang untuk mencapai kata “baik” itu perlunya ujian untuk menyedarkan kita bahawa kita itu milik Allah. Maka penerimaan tentang apa yang berlaku haruslah diapresiasikan dengan cara yang telah dicadangkan iaitu sabar dan redha. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)

I find it so beautiful how there’s always comfort in knowing that Allah knows best, whatever happens, we might not like the outcome of things but we trust and know that Allah knows best and did what is best for us, that he sees farther in the future than we can ever comprehend. Hope

photo content

Pada akhirnya, penerimaan tentang apa yang telah terjadi jauh lebih lekas menyembuhkan berbanding pertanyaan “mengapa ini terjadi?” Atau “Bagaimana ia berulang kembali?”. Mari kita merayakan luka itu dengan baik dan mari kita belajar mengendalikan diri sendiri daripada apa yang tidak boleh kita ubah, menurunkan ego untuk tidak memaksakan diri sendiri akan perkara yang akhirnya menjadi bayangan semata mata. Setiap hal yang Allah titipkan kepada kita baik ujian mahupun nikmat, selalu ada pengajaran dan hikmah untuk kita selami. Zahirkan semua pemberian itu dengan kata kunci utama iaitu solat. Jika diberi ujian kita bersujud, Jika diberi nikmat kita juga bersujud. Membesarkan Dia yang Maha Tahu. Kata orang “sujud itu hebat, kita berbisik ke tanah terdengar sampai ke langit”. Indah bukan? "Ya Allah, Kami memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”