en
Feedback
Hijrah ☾

Hijrah ☾

Open in Telegram

🇵🇸 ; “Dunia ini hanyalah mimpi, kamu akan terbangun ketika kamu mati.” Saluran yang dicipta khas untuk menyebarkan kebaikan dan berunsurkan keagamaan. Doakan saya, dan tegurlah saya jika terdapat banyak kesalahan dalam menulis. ― Pendosa 🥀

Show more
4 971
Subscribers
-524 hours
-137 days
-6930 days
Posts Archive
Kerana setiap perubahan dalam hidup kamu itu akan dimulai dengan ujian daripada Allah. ― Coretan Penghijrah ☾

Orang yang hidup dia bergantung kepada Allah ini, tenang dia is another level. Ada apa-apa masalah saja, mesti dia cakap “tidak mengapa, Allah selalu ada” sambil-sambil dia usahakan. Saya lihat walaupun hidup dia banyak ujian, tetapi tidak pernah dia bersangka buruk dengan Allah. ― Coretan Penghijrah ☾

Kadang-kadang, dengan rasa sakitnya ditinggalkan itulah cara Allah menyelamatkan maruah kamu daripada tercemar. ― Coretan Penghijrah ☾

Selawat jom. 🤍 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Alhamdulillah. 🌸

251/365

sticker.webp0.00 KB

Buat semua yang bergelar ibu. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu semua, memanjangkan usia dalam kesihatan dan kebahagiaan, serta membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dengan dibalas Syurga dan bahagia seisi keluarga. ― Coretan Penghijrah ☾

Atas segala ketidakmungkinan, aku percaya bahawa doa itu boleh mengubah apapun. ― Coretan Penghijrah ☾

‎Bismillah. ‎اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ‎Semoga Allah membukakan jalan yang terbaik, mempermudahkan setiap urusan dan melapangkan rezeki kita semua. ― Coretan Penghijrah ☾

Selawat jom. 🤍 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Alhamdulillah. 🌸

250/365

sticker.webp0.00 KB

Jika sepotong buah yang aku makan hari ini sudah menjadi milik aku sejak benihnya ditanam, bererti jodoh aku adalah milik aku sejak rohnya ditiup ke janinnya. Lantas apa yang harus dikhawatirkan perihal rezeki yang tidak akan pernah tertukar? ― Coretan Penghijrah ☾

Tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang kekal. Maka ukirlah cerita yang indah sebagai kenangan, kerana dunia ini memang sebuah cerita. ― Coretan Penghijrah ☾

Tidak semua yang kamu cintai akan membahagiakan kamu, dan tidak semua yang kamu benci akan menyedihkan kamu. Seperti pisau yang tajam tetapi dapat melukai kamu, dan ubat yang pahit tetapi dapat menyembuhkan kamu. ― Coretan Penghijrah ☾

“Kita memiliki dua telinga dan satu mulut sehingga kita dapat mendengarkan dua kali lebih banyak daripada berbicara.” - Epictetus - ― Coretan Penghijrah ☾

Akan datang suatu hari nanti, di mana kamu menoleh ke belakang ― dan tersenyum kecil. Bukan kerana semua berjalan sesuai rencana kamu, melainkan kerana kamu akhirnya mengerti bahawa disebalik gelisah yang panjang, ada tadbir Ilahi yang tidak pernah keliru. Apa yang tidak kamu genggam, ternyata dijaga. Apa yang hilang, ternyata diselamatkan. Dan apa yang tertunda, ternyata sedang dipersiapkan ― dengan cara yang lebih indah daripada seluruh harapan kamu. ― Coretan Penghijrah ☾

Allah akan membangunkan kamu kembali tepat di depan orang-orang yang menghancurkan hidup kamu. Bersabarlah. Kamu tidak perlu membalas dendam, yang kamu perlukan itu hanya iman yang kuat untuk tetap bersabar. ― Coretan Penghijrah ☾

Jika pelaku maksiat itu tahu bahawa kenikmatan dan kegembiraan beribadah itu jauh lebih besar daripada kenikmatan dan kegembiraan maksiat, nescaya dia akan bersegera kepada-Nya lebih daripada dia bersegera kepada keseronokan maksiat. Kenikmatan beribadah itu jauh lebih mendalam dan membahagiakan daripada keseronokan maksiat. ― Coretan Penghijrah ☾

Tolong, percayalah kepada proses. Allah akan menggantikan semuanya dengan sesuatu yang lebih baik, setelah kamu berani meninggalkan sesuatu yang buruk. ― Coretan Penghijrah ☾