Trading Idea Jerung 🔥
Open in Telegram
Segala chart adalah kajian dan pembelajaran untuk sama-sama kita buat profit dalam saham
Show more1 306
Subscribers
-124 hours
+47 days
+730 days
Posts Archive
✅NAK BERTAHAN LAMA DALAM SAHAM?
Ada 5 outcome dalam trading ni:
1. Big win
2. Small win
3. Break even
4. Small loss
5. Big loss.
Eliminate no 5, insyaAllah boleh pergi jauh dalam jangka masa panjang.
Caranya ialah jangan guna teknik harapan. Follow trading plan. Jika kena cutloss, cutloss. Insya Allah ada rezeki kaunter lain pula.
✅Elakkan juga superpenny jika tak mahir. Fokus kaunter atas 50 sen ke Rm1 dulu. FA pun biasanya bagus. Cepat rebound.
✅Beli masa ketika ada setup yang cantik.
✅Fokus swing, baru intraday. Intraday high risk.
✅Guna modal kecil dulu jika baru bermula. Dah mahir baru scale up modal besar.
✅Diversify modal dalam beberapa kaunter dan pilih sektor yang in play.
Jom join channel kami 😊👇
https://t.me/jerungidea
✅ 5 TIPS SWING TRADING
Semua orang boleh menjadi swing trader. Tak kisah apa latar belakang anda. Asalkan anda ada kemahuan dan berani ambil risiko. Tetapi itu semua perlu diterjemahkan dengan ilmu pengetahuan bukan zero tak tahu apa-apa nak terjah masuk pasaran.
Berikut 5 Tips Swing Trading :
1. Sedar Diri Dengan Modal Yang Ada
Ini perkara utama yang kena kita kena clear. Sedar diri. Modal kena realistik. Mindset cepat kaya kena buang jauh-jauh.
2. Mencari Saham Yang Mempunyai Momentum
Menjadi swing trader, kita tidak akan fokus kepada buy and hold position. Mindset kita adalah winning position.
Oleh itu penguasaan ilmu Teknikal Ananlisis adalah amat penting. Perlu diketahui, pasaran global dan pasaran Bursa Malaysia adalah dua entiti yang berbeza perangainya. Jadi, apa yang digunakan di pasaran global tidak semestinya sesuai digunakan di Bursa Malaysia.
3. Entry Hanya Bila Market Betul Steady Dan Ada Entry Atau Reversal Signal
Manusia ni ada satu perangai suka adakan entry. Bagi mereka news-news ni benda biasa. Di global anda perlu ambil tahu news-news semasa. Terutama tarikh earning report sesuatu saham.
4. Jangan Kejar Harga
Ini pantang larang untuk menjadi swing trader. Jika anda kejar harga, memang kena lipat dengan pasaran. Kebanyakkan mereka yang terkena sebab kejar harga, tiba-tiba berubah menjadi seorang “Pelabur Jangkamasa Panjang”. Gara-gara hope, sedapkan hati bisnes saham syarikat yang dibeli bagus.
Akhirnya modal tersangkut, sedangkan ada banyak kaunter saham lain mencanak naik. Dan anda hanya mampu melihat dari tepi. Dan tak tahu kenapa waktu ni tahap kesabaran jadi tinggi. Tiberrrr…
5. Disiplin Take Profit Dan Cut Loss
Untuk swing trading, kita mesti ada target take profit dan cut loss. Range take profit adalah sekitar 10% – 30% setiap trade. Dan range cut loss tidak lebih daripada 10%.
Kesilapan biasa yang sering berlaku kepada swing trader adalah tidak cut loss secepat mungkin tetapi take profit sepantas mungkin. Hal ini menyebabkan portfolio mereka semakin teruk dan modal semakin ciput.
Nasihat kami. Kenali diri dahulu sebelum lakukan swing trading. Praktis dahulu, mantapkan teknik, disiplin dan emosi. Baru trade guna real akaun, real money.
✅ Ilmu dan tips saham PERCUMA 👇🏻
https://t.me/jerungidea
