Trading Idea Jerung π₯
Open in Telegram
Segala chart adalah kajian dan pembelajaran untuk sama-sama kita buat profit dalam saham
Show more1 308
Subscribers
+324 hours
+67 days
+830 days
Posts Archive
Bila belajar Technical Analysis, antara perkara paling asas yang saya rasa penting untuk difahami ialah trendline.
Trendline nampak simple. Cuma satu garisan pada chart.
Tapi sebenarnya ia membantu kita membaca struktur pergerakan harga.
Bila harga bergerak dalam uptrend, kita akan nampak pembentukan Higher High dan Higher Low. Sebab itu trendline biasanya dilukis dengan menyambungkan Swing Low ke Swing Low.
Bila harga berada dalam downtrend pula, struktur berubah kepada Lower High dan Lower Low. Trendline biasanya disambungkan dari Swing High ke Swing High.
Kalau market sideway, trendline condong mungkin tidak begitu sesuai. Dalam keadaan ini, Support dan Resistance selalunya lebih membantu untuk membaca kawasan harga.
Satu perkara penting tentang trendline ialah....
2 titik sudah cukup untuk kita melukis satu trendline. Tetapi sentuhan ketiga menjadikan trendline itu lebih signifikan.
Semakin banyak harga datang semula ke kawasan trendline dan memberikan reaction, semakin jelas trendline itu diperhatikan oleh market.
Namun trendline tidak perlu dipaksa supaya kena setiap wick atau setiap candle.
Kita sebenarnya sedang mencari satu garisan yang paling sesuai mewakili majoriti price action.
Dan yang paling penting untuk trader baru faham ialah "Trendline bukan signal BUY atau SELL."
Ia adalah alat untuk membaca...
β’ arah trend
β’ dynamic support
β’ dynamic resistance
β’ kawasan rebound atau rejection
β’ kelemahan trend
β’ kemungkinan breakout atau breakdown
Sebab itu bila harga pecah trendline, kita juga tidak terus membuat kesimpulan bahawa trend sudah reversal.
Kita masih perlu melihat market structure, candlestick, volume dan price action sebagai confirmation.
Dalam Technical Analysis, semakin kita faham asas, semakin mudah kita membaca chart tanpa perlu terlalu banyak indicator.
Belajar baca harga dahulu.
Indicator datang kemudian.
β
Ilmu dan tips saham PERCUMA π
Backtest dia nampak hebat. Bila trade live, hasilnya mula berbeza.
Rupanya entry sejarah dipilih selepas candle tamat. Tiada emosi terlibat. Trade yang βhampir setupβ dibuang apabila rugi tetapi dikira apabila untung.
Masalahnya bukan market merosakkan sistem.
Andaian sejak awal sudah menulis cerita yang terlalu sempurna.
Backtest anda menguji sistemβatau mempertahankan ego?
β
Ilmu dan tips saham PERCUMA π
β
STRATEGI INTRADAY
Sila baca dengan teliti. Strategy ini mungkin jadi 'spark' untuk anda jadi intraday trader yang berjaya π
π― 1. Sasaran Profit & Risiko
Modal: RM50,000
Cadangan pecahan:
Risiko 0.5%-1% per trade β RM250-RM500
4β5 trade sehari (maksimum)
Sasaran harian: RM400-RM500
β Sasaran bulanan (15 hari trading): RM7500
Ini agak realistik berbanding cuba βmembunuh marketβ setiap hari.
π 2. Setup Kaunter Yang Layak Untuk Intraday
Fokus pada kaunter:
- Volatility tinggi (range > 3% sehari)
- Volume > 200 ribu
- Harga RM0.30 β RM3.00 (lebih liquid & mampu buat volatility)
π 3. Entry Rule
β
Breakout Entry
Gunakan chart 5-minit / 15-minit.
Buy apabila:
- Harga break previous day high ATAU intraday resistance
- Volume spike > 150% dari candle sebelumnya
- Candle tutup atas VWAP
Entry confirmation:
- 5-min EMA20 β¬οΈ
- Price kekal di atas VWAP 5-10 minit
β
VWAP Pullback Entry
Jika terlepas breakout awal.
Buy apabila:
- Harga retrace ke VWAP
- Candle rejection / hammer / bullish engulfing di VWAP
- Volume kecil semasa retrace, volume besar semasa reversal
Entry confirmation:
- RSI (5) > 50 lepas rebound
- MACD histogram mula mengecil (momentum kembali positif)
𧨠4. Exit Rule (Ambil Profit & Stop Loss)
Take Profit
- TP 1: +2% β jual 50%
- TP 2: +3β5% β jual baki
Atau gunakan trailing stop (EMA8/EMA20).
Cut Loss
- Jika harga tutup bawah VWAP (untuk breakout strategy)
- Atau hit SL 1β1.5%
Jangan hold intraday trade ke esok hari.
π 5. Position Sizing (Contoh Nyata)
Modal: RM50,000
Per trade (20% modal):
β RM10,000
Jika beli kaunter RM1.00
β Boleh beli 10,000 unit.
Jika capai target harian:
TP 2% = RM200
TP 3% = RM300
Mungkin buat 2β3 trade saja sehari sudah cukup.
π§ 6. Apa Yang Anda Perlu Monitor
- Top Gainers (9.00β9.15am)
- Volume Leaders
- VWAP level
- Market sentiment (index hijau = aggression tinggi)
- News catalyst (QR, kontrak baru, sektor hot)
π
7. Jadual Harian Intraday
9:00β9:15am
- Scan kaunter volume tinggi
- Tandakan resistance & support
9:15β11:30am
- Cari breakout trade
12:30β2:30pm
- Biasanya slow, trade minima
(tunggu VWAP pullback)
2:30β4:45pm
- Golongan volume masuk
- Trader momentum dan BTST mula masuk cari peluang
- Buat trade terakhir sebelum 4.30 pm
- Tiada intraday hold selepas 4:45pm
π‘ 8. Risk Management Paling Penting
- Jangan entry kaunter rendah volume
- Jangan entry tengah-tengah (wait for breakout or pullback)
- Jangan revenge trading
- Max loss sehari = RM500
- Stop trade bila hit daily target
Semoga bermanfaat & selamat mencuba π
β
Ilmu dan tips saham PERCUMA π
https://t.me/jerungidea
Dalam market, entry terbaik bukan semestinya pada harga paling rendah. Yang lebih penting ialah bila risk sudah boleh diukur tetapi upside masih terbuka.
Saham yang jatuh 20% belum tentu murah jika seller masih menguasai flow. Sebaliknya, saham yang baru selesai pullback dan mula membentuk higher low boleh menawarkan setup lebih berkualiti walaupun harganya sedikit lebih tinggi.
Pada pandangan admin, fokus pada tiga perkara: support bertahan, selling pressure berkurang dan volume buyer mula kembali.
Kita tak perlu tangkap bottom. Kita cuma perlu masuk ketika probability sudah berpihak kepada kita.
Buy confirmation, bukan sekadar harga murah.
β
Ilmu dan tips saham PERCUMA π
https://t.me/jerungidea
EMOSI & CANDLE π
Candlestick bukan sekadar corak.
Ia adalah gambaran emosi buyer dan seller.
π’ Hijau = Buyer menguasai.
π΄ Merah = Seller menguasai.
βοΈ Doji = Pasaran ragu-ragu.
Jangan baca bentuk candle. Baca cerita di sebaliknya.
Price tells you what happened. Candle tells you who won. Volume tells you how strong they fought.
β
Ilmu dan tips saham PERCUMA π
Bila market retrace, masa yang sesuai untuk mengkaji chart.
Cari key level/BRN/mega support yang sesuai dengan risk reward ratio. .
Set alert & standby untuk bertindak. Jangan baru terhegeh2 nak belek chart bila market buka nanti.
Market pullback = opportunity = low risk.
β
Ilmu dan tips saham PERCUMA π
