cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Penadarihati🌻

•Perkongsian dakwah dan pengalaman seorang pelajar di bumi para Anbiya'. Kata Ibnu Qayyim, Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah.

Show more
Advertising posts
385
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-230 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

00:16
Video unavailableShow in Telegram
1
Ustazah Ummu Khadeeja حفظها الله تعالى Ketaqwaan yang hakiki , sifat taqwa , sifat takutkan Allah itu tidak hanya tergantung di hadapan manusia , tetapi apa yang kita persembahkan dihadapan Allah ialah apa yang ada didalam hati Perlu ada rasa malu dengan Tuhan , macam mana boleh malu dengan manusia lain maka sepatutnya dengan Tuhan itu yang perlu kita dahulukan
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Pesan pada hati, jangan pernah berpatah balik pada benda yang Allah dah jauhkan. Semoga kita semua sentiasa kuat, sabar dan berlapang dada dengan setiap ujian yang datang.
Show all...
1
Adab Makan 1. Doa Mengangkat Pinggan atau hidangan sebelum makan : ( الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مُسْتَغْنىً عَنْهُ رَبُّنَا ) 2. Membaca Basmalah. - Sekurangnya dengan lafaz ( بسم الله ) - Jika terlupa membacanya sebelum makan, bacalah ( بسم الله أوَّلَهُ وآخِرَهُ ) . - Jika seseorang mengamalkannya syaitan tidak akan mampu untuk makan bersamanya. Dan jika seseorang terlupa lalu dia membaca ( بسم الله أوَّلَهُ وآخِرَه ) syaitan akan memuntahkan balik makanannya, sepertimana kisah seorang sahabat yang mengamalkannya kemudian baginda SAW tertawa kerana syaitan memuntahkan kembali makanannya. 3. Makan dari apa yang dekat dengannya. 3. Membaca Doa Selepas Makan. ( الحمد لله الذي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ ) Sumber Rujukan : Riyadussolihin - Imam Nawawi
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Usaha sebab memang kita kena buat tapi jangan pegang sebab tu. Semuanya Allah. Sapa yg mensyuhudkan makhluk tidak ada perbuatan, semuanya adalah daripada Allah. Dia telah sucikan hati dari syirik khofi. Itu tips kejayaan , gantung pada Allah. Nak buat apa-apa, solat hajat dulu. Jangan pandai-pandai buat. Kita takdak apa. Semuanya Allah. Kita kena belajar, melangkah dengan cermat. Kuliah Subuh | SYEIKH ZAINUL ASRI.
Show all...
Hebatnya mereka, mampu bertahan sejauh ini. Hanya kalimah "cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Allah sebaik-baik pelindung" berulang kali keluar dari mulut mereka saat ini. Hebatnya mereka, anak kecil di sana sudah dididik untuk melibatkan Allah dalam sekecil-kecil urusan hinggalah saat keluarga bahkan ibu bapa mereka pergi buat selamanya hanya kalimah ini yang mereka ucapkan. "Ibu dan ayah kita berjumpa saat di syurga nanti, tunggu aku di sana ya" Tabahnya mereka. Cekalnya mereka. Manakan mampu untuk aku menjadi sekuat mereka. Diuji sedikit terus mempersoal begitu dan begini. Diberi kesenangan kadang terlupa untuk bersyukur lantas mempersoal saat jatuh kenapa aku diuji seteruk ini padahal diri yang selalu leka dan lupa. Akhirnya,kita faham dan belajar melalui kehidupan mereka. Hidupkan jiwa dan hati hanya dengan mengingati Allah itu adalah satu ketenangan yang luar biasa. Mereka telah hilang segalanya, segala yang mereka sayang. Tetapi mereka tidak hilang, Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang di hati. Ya Allah, kuatkan mereka. Tabahkan mereka. Terus tunjukkan usaha kita membantu mereka di sana. Kami bersama kalian duhai insan hebat. Catatan 14 Mei 2024. Kuliyyah Syariah Yarmouk.
Show all...
1
Photo unavailableShow in Telegram
Andai kamu melihat seseorang mempunyai kekurangan, janganlah kamu menyindirnya pada kebaikan yang dia lakukan, kerana hanya dengan kebaikanlah dia dapat menghapus segala keburukannya/kekurangannya. -penadarihati https://t.me/PENAfromHATI
Show all...
Penadarihati🌻

Kata Ibnu Qayyim, Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah.

2
Photo unavailableShow in Telegram
(Mendapatkan Malakah dalam Keilmuan) Ilmu yang kamu pelajari di awal-awal bersifat "haliyan/seketika" yang bererti belum kukuh. Kalau kamu melanjutkan membaca matan, syarah dan hasyiyah secara bertahap dan tekun mengulangi pembelajaran, maka sifat "haliyan" akan berubah menjadi jadi "malakah/kukuh" yang bererti sebuah kemampuan luar biasa kuat yang boleh melenyapkan sebuah gunung dan kemampuan tersebut tidak akan pernah hilang. Permasalahan banyak orang saat ini adalah mereka sudah tidak lagi belajar padahal masa awal menuntut ilmu dan sedang berada pada keadaan "haliyan" bukan "malakah". Makanya kamu akan sering mendengar bahwa seseorang lupa terhadap pelajaran yang dia dapatkan dari gurunya. Jikalau mereka bersabar hingga sampai ke tahap "malakah" maka pastilah ilmu yang telah dia pelajari tak akan pernah hilang. -Syeikh Sidi Fauzi- (Sumber Suara Al-Azhar)
Show all...