Spm With F&W ❤️
Open in Telegram
All the notes that i posted here is not mine , except the ones that i credited to myself
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
282
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
tak payah la bincang guys , apa la faedah daripada korang bincang tu 😔 kalau penat , tidurla eh . Kalau masih segar , cuba la study² sikit vocab² dgn grammar. Ataupun tgk cth² essay 📑 . Goodluck 📍❤️🩹
- F
SENARAI PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN TEMA / HURAIAN DALAM KARANGAN
TEMA 1 – KERJASAMA
(a) bagai aur dengan tebing
(b) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(c) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(d) terendam sama basah, terampai sama kering
(e) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
TEMA 2 – KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN
(a) bagai lebah menghimpun madu
(b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(c) genggam bara api biar sampai jadi arang
(d) hati hendak semua jadi
(e) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
TEMA 3 – KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-INGAT
(a) Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(d) sediakan payung sebelum hujan
(e) sudah terhantuk baru tengadah
TEMA 4 – KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK-ANAK
(a) bagai menatang minyak yang penuh
(b) anak emas
(c) bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik
(d) bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa)
(e) melentur buluh biarlah dari rebungnya
TEMA 5 – REMAJA / BAKAL PEMIMPIN / HARAPAN NEGARA
(a) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(b) rajin usaha tangga kejayaan
(c) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
(d) kepimpinan melalui teladan
(e) guru kencing berdiri, murid kencing berlari (ajaran guru)
TEMA 6 – KEMALANGAN / PERKARA MALANG / KESUSAHAN
(a) hari ini hari orang, esok mungkin hari kita
(b) berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
(c) malang tidak berbau
(d) kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari
(e) pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat
TEMA 7 : WARISAN BANGSA / PERMAINAN TRADISIONAL
(a) tak kenal maka tak cinta
(b) tak basah dek hujan, tak lekang dek panas
(c) tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(d) biar mati anak, jangan mati adat
(e) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Word Of The Day ❤️
Atrocity
an extremely wicked or cruel act, typically one involving physical violence or injury.
"a textbook which detailed war atrocities"
Source : Google ❤️
Esok nak exam BM SPM kan. Jom try buat kuiz ni. Boleh uji kefahaman masing-masing.
Kuiz 1 : bit.ly/KUIZBMSPM1
Kuiz 2 : bit.ly/KUIZBMSPM2
Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan.
Repost from study with xuen!
Kata kunci dalam prosa tradisional
Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada
1. senantiasa beringgit : selalu berbalah
2. menyampaikan titah raja: memberitahu perintah sultan
3. peliharakan baik-baik : jaga dengan hati-hati
4. dewal orang berzikir : berdoa sekeliling kota
5. mengadukan halnya : melaporkan masalahnya
6. menyuruh berlengkap : memerintahkan persiapan
7. sungguhlah tuan keramat : Tuan Sidi Arab memang hebat
8. kelakuannya gila-gila bahasa : perlakuannya pelik-pelik sedikit
9. jangan kemakanan matanya : supaya tidak tumpul
10. sesaat itu juga ditalak baginda : pada waktu itu juga diceraikan oleh Sultan
11. demikian fiil tuan : begitu perangai kamu
12. beranak dengan isterinya : dilahirkan oleh isterinya
13. terlalu hairan melihat kelakuan : sangat pelik menyaksikan kelakuan
14. orang berasal : orang berketurunan
15. suluh perahu Siam itu : mengintip kapal perang Siam
Kepimpinan Melalui Teladan
1. pada firasat patik itu : mengikut kata hati laksamana
2. dilihatnya seorang perlente mati : melihatnya seorang yang berani meninggal dunia
3. dapat manira alahkan dengan seorang kula : Kertala Sari berjaya menewaskan seorang tanpa bantuan orang lain
4. dibubuhnya suatu hikmat : diletaknya suatu mantera / jampi
5. penjurit : perajurit / pahlawan / askar upahan / pejuang (need to read text to determine whether its perompak or pahlawan)
6. terlalu gemuruh bahananya : terlalu kuat suaranya
7. seperti laku orang berkelahi : seperti perbuatan orang bergaduh
8. penjurit yang berani dan kepetangan : pahlawan yang berani dan cerdik
9. membaca pustakanya : melafazkan manteranya / jampinya
10. jadi muafakatlah : membentuk sesuatu persetujuan / perdamaian
11. terlalu sukacita hatinya : sangat gembira perasaannya
12. datang pula balah : mengakibatkan musibah / bencana
13. kedep tembang laku : menuduh Sultan Melaka dan Laksama kurang ajar
14. kerana ia sedia anak bendahara : Bendahara Paduka Raja itu sememangnya anak bendahara
15. penjurit jawa yang tahu-tahu : pahlawan jawa yang bijaksana
Repost from ౨ৎ 𝗘𝗫𝗘𝗥𝗖𝗜𝗦𝗘 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗘𝗡𝗧𝗦™ ౨ৎ
TEKNIK MENULIS RESUME BERSERTA CONTOH
Disediakan oleh PUAN SHARINA ADENA
♡₊˚. @exercise_students *ೃ🍯༄
