cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Berita Terkini Sensasi Timur Tengah

Perkongsian Terkini mengenai Palestin dan Bumi Anbia.

Show more
Malaysia35 526The language is not specifiedNews & Media37 761
Advertising posts
955Subscribers
+624 hours
+217 days
+9530 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Keadaan bertambah buruk di Rafah dengan masalah tumpahan kumbahan, isu sisa dan gelombang haba. Foto: Haitham Imad/EPA-EFE
Show all...
😭 1
Perhimpunan besar-besaran telah diadakan di Maghribi sebagai solidariti dengan Palestin dan Gaza 🇵🇸
Show all...
Detik ketika pesawat pejuang penjajah Israel menjatuhkan peluru berpandu ke atas sebuah rumah di Beit Lahya, utara Gaza. Setiap hari di Gaza, rakyat Palestin mengalami ketakutan seperti ini di tengah-tengah perang Israel. Tiada siapa boleh menjangkakan masa atau lokasi serangan udara Israel.
Show all...
Demonstrasi besar-besaran untuk Palestin di Bologna, Itali.
Show all...
Peminat kelab Al-Ahly Mesir menggegarkan Stadium Antarabangsa Kaherah dengan laungan menyokong Palestin. Sumber: Al-Jazeera
Show all...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 🔴 Kenyataan Akhbar Hamas Dikeluarkan oleh Dr. Khalil Al-Hayya, Timbalan Ketua Hamas di Semenanjung Gaza dan Ketua Pejabat Perhubungan Arab dan Islam, menyatakan perkara berikut: Hari ini, Hamas menerima maklum balas rasmi penjajah Zionis terhadap kedudukan Hamas, yang disampaikan kepada pengantara Mesir dan Qatar pada 13 April 2024. Hamas akan mengkaji cadangan ini, dan setelah selesai mengkajinya, kami akan mengemukakan jawapannya. Sabtu: 18 Syawal 1445 Hijrah Bersamaan: 27 April 2024 Sumber: Hamas
Show all...
Yair Lapid: Israel tidak mempunyai tentera yang mencukupi dan Netanyahu mesti meletakkan jawatan. Sumber: Al-Jazeera l
Show all...
Netanyahu berkata sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa tidak akan menjejaskan tindakan Israel. Sumber: Anadolu Agency
Show all...
Jawatankuasa Pemandu (FFC), Ann Wright memaklumkan misi Break the Siege: Freedom Flotilla to G4z4 tidak dapat meneruskan misi bantuan penghantaran mereka ke G4z4 pada kali ini. Jelas Wright, kesemua delegasi yang terdiri daripada negara-negara antarabangsa termasuklah Malaysia sendiri diminta pulang ke negara masing-masing. FFC mendakwa, rejim haram Isr4el sedang memberi tekanan yang hebat kepada Republic Guinea Bissau sehingga menyebabkan negara itu mengemukakan syarat yang remeh sehingga meminta FFC perlu menandatangani dokumen yang mereka tidak akan menggunakan kapal penumpang untuk menghantar bantuan ke G4z4. Sumber: Kenyataan Media Freedom Flotilla Coalition (FFC)
Show all...
Israel disyaki curi organ mayat dari kubur besar Khan Younis Ada jahitan tak konsisten pada perut mangsa GAZA, 18 Syawal 1445H, Sabtu - Paramedik dan pasukan penyelamat yang terbabit dalam mengesan mayat orang awam di kubur besar di Kompleks Perubatan Nasser bimbang jika terdapat kemungkinan tentera Israel mencuri organ mangsa. Berikutan pengunduran tentera Israel dari bandar Khan Younis, tiga kubur besar yang mengandungi sekurang-kurangnya 392 mayat ditemukan di kompleks perubatan itu. Menurut agensi berita Wafa, 165 daripada mayat ini masih tidak dikenal pasti identitinya kerana mengalami kecacatan. Video dan gambar tubuh mangsa menunjukkan tanda-tanda jelas diseksa, di mana sebahagiannya ditutup dengan plastik. Pasukan paramedik dan penyelamat melaporkan menemui mayat dengan tangan terikat dan luka di bahagian perut dengan cara jahitan tidak konsisten seperti dalam amalan perubatan, yang disyaki berkait kecurian organ. Apatah lagi, pasukan penyelamat menemukan mayat seorang gadis yang dicacatkan memakai gaun pembedahan, dan disyaki ditanam hidup-hidup. Beberapa mangsa juga ditemukan dengan kesan tembakan di kepala. Tentera Israel disyaki melakukan hukuman mati di lapangan. Kebanyakan mayat dibalut dengan plastik dan nilon hitam serta biru, tidak seperti warna kain kafan yang biasa digunakan di Gaza, dipercayai bertujuan untuk menaikkan suhu badan bagi mempercepatkan pereputan serta menyembunyikan bukti. Wafa melaporkan, mayat mangsa juga tertimbus lebih tiga meter di bawah tanah dan bertimbun di antara satu sama lain. Berdasarkan bukti yang dikumpul, penyelamat menganggap tindakan ini sebagai petunjuk jenayah kemanusiaan dan hukuman mati di lapangan yang dilakukan rejim Israel di dalam Kompleks Perubatan Nasser. Penemuan ini berlaku selepas berpuluh mayat turut ditemukan dalam kubur besar di Kompleks Perubatan Al-Shifa dan Hospital Kamal Adwan setelah pengunduran pasukan Israel. Susulan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan Perancis menggesa siasatan bebas dibuat terhadap kubur besar berkenaan.- Agensi
Show all...