USIM | Info Rasmi Majlis Konvokesyen Kali ke-21
Open in Telegram
Dapatkan segala info rasmi berkenaan Majlis Konvokesyen Kali ke-21 USIM dengan lebih mudah dan pantas. Layari laman web rasmi Konvokesyen Kali ke-21 USIM http://konvo.usim.edu.my
Show more1 986
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
NOTIS MAKLUMAN PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN MAJLIS KONVOKESYEN KE-21 USIM
HARI TERAKHIR SERAHAN SKROL DI DTC
Graduan boleh hadir ke DTC untuk membuat tuntutan Skrol/Transkrip sehingga jam 4:30 petang ini.
Bermula pada hari esok, Skrol boleh diambil di Pejabat PPA dan wajib membuat temujanji melalui pautan https://www.picktime.com/AmbilSkrolUSIM
Makluman kepada semua graduan
Kaunter serahan skrol dan transkrip dibuka di Kaunter DTC sehingga hari esok bermula 09:00 pagi hingga 4:30 petang.
🔴 MIN NAK AMBIL TRANSKRIP DAN SKROL NANTI KENE BAWA APA YA KE KAUNTER SKROL TU?
✅ Bagi graduan Sarjana Muda, Graduan hanya perlu bawa KAD MATRIK dan SLIP PEMULANGAN JUBAH (graduan akan dapat slip khas selepas jubah dipulangkan dari kaunter jubah)
🔴 WAKIL BOLEH KE KALAU AMBILKAN TRANSKRIP RASMI DAN SKROL IJAZAH TU?
✅ Bagi graduan Sarjana Muda, Wakil DIBENARKAN dan WAJIB mengemukakan secara hardcopy dokumen seperti berikut:
➡️Surat kuasa wakil/ borang wakil. Sila klik --> https://konvo.usim.edu.my/wp-content/uploads/2023/09/SURAT-KUASA-PENGAMBILAN-DOKUMEN-RASMI-KONVOKESYEN.pdf
➡️Salinan kad pengenalan orang yang mewakilkan.
➡️Slip pemulangan jubah.
⚠️ Wakil graduan bertanggungjawab memastikan dokumen tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter terutamanya ejaan nama. Bahagian Pengurusan Akademik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan, kehilangan atau kerosakan selepas itu serahan dilakukan.
🔴 MIN TRANSKRIP KOKO BOLEH AMBIL SEKALI KE DI BPA?
✅ Transkrip KOKO boleh ambil di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
PERINGATAN KEPADA SEMUA ALUMNI
Anda dinasihatkan supaya menjaga keselamatan dokumen yang telah di serahkan iaitu Surat Tamat Pengajian, Transkrip Akademik Rasmi dan Skrol Ijazah. Dokumen tersebut merupakan sulit/terkawal dan sekiranya berlaku salahguna merupakan satu kesalahan.
Dokumen hendaklah disimpan di tempat yang bersih, selamat (dalam folder yang telah diberikan) serta tidak lembab untuk mengelakkan dari serangan anai-anai dan air banjir.
⚠️ Laporan polis perlu dibuat untuk mendapatkan Skrol Gantian sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan.
✅ KEPADA MEREKA YANG INGIN MEWAKILKAN RAKAN UNTUK MENGAMBIL SKROL IJAZAH, MOHON ANDA CETAK DAN BAWA BERSAMA BORANG KEBENARAN WAKIL SEPERTI DI LINK https://bit.ly/borangwakilskrol
✅ BAWA BERSAMA SALINAN KAD PENGENALAN ORANG YANG MEWAKILI DAN SALINAN KAD PELAJAR
Jom lihat secara LIVE di https://www.youtube.com/live/MJ2OS72KQaM?si=Ec6hx7aFVf7EvAKk
Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.
Hari yang dinanti telah tiba 🎉
Selamat bergraduasi kepada semua 👏🏻
Gambar konvokesyen rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui Socmed berikut:
☑️ Instagram : instagram.com/academicusim
☑️ Facebook : facebook.com/academicusim
Like & share 😊
🔴 LEPAS PULANG JUBAH NAK KENA BUAT APA YA MIN? NAK AMBIL TRANSKRIP RASMI & SKROL DIMANA? BOLEH AMBIL SEHINGGA PUKUL BERAPA YA MIN?
✅ Untuk Sarjana Muda, Selepas pemulangan jubah dibuat, anda boleh mengambil Transkrip Akademik Rasmi dan Skrol Ijazah anda di Kaunter Skrol dibahagian hadapan DTC. Untuk waktu pengambilan, sila rujuk infografik diatas.
🔴 SAYA MALAS NAK BERATUR UNTUK AMBIL SKROL, BOLEH POS TAK MIN KERUMAH SAYA?
✅ Untuk Sarjana Muda, pengeposan boleh dilakukan SELEPAS 25 Disember 2023 dan kos pengeposan ditanggung oleh graduan.
🔴 MIN BOLEH KE AMBIL SKROL TU BILA-BILA DI PEJABAT PPA?
✅ OK Untuk Sarjana Muda, selepas 17 Disember ini, serahan skrol ijazah akan dibuat di Kaunter Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Aras 2 Bangunan Canselori melalui kaedah temujanji. Sila isi slot temujanji pengambilan di https://www.picktime.com/AmbilSkrolUSIM selepas 17 Disember 2023.
Graduan Sarjana Muda boleh mengambil skrol ijazah masing-masing setelah pengurniaan ijazah dan selesai pemulangan jubah di Kaunter Informasi DTC seperti di lampiran berikut.
🔴 PUKUL BERAPA WAKTU UNTUK GRADUAN DAN IBUBAPA/TETAMU HADIR YE MIN? KALAU LEWAT BOLEH MASUK DEWAN LAGI KE?
✅ Ok bersama ini kami sertakan waktu untuk para graduan dan ibubapa/tetamu hadir. Sila rancang perjalanan anda sebaiknya.
Istiadat konvokesyen ini merupakan majlis rasmi untuk anda sebagai graduan maka datang awal dan hargailah memori terindah konvokesyen anda bersama keluarga tercinta 😊.
🔴 KAWASAN PARKING YANG DIBENARKAN DEKAT MANA YA?
✅ Ok sila rujuk infografik seperti diatas
🔴 MIN DOKUMEN APA YANG DIPERLUKAN SEMASA HARI SIDANG? DOKUMEN APA YANG GRADUAN PERLU BAWA DAN DOKUMEN APA YANG IBUBAPA/TETAMU PERLU BAWA?
✅ OK pesanan kepada semua graduan, anda wajib membawa Kad Matrik dan Surat Jemputan Graduan manakala ibubapa/tetamu perlu membawa kad jemputan.
🔴 PANDUAN PENERIMAAN SKROL IJAZAH
✅ Mohon anda rujuk link https://youtu.be/ed9bwZnQth4
🔴MIN DEKAT LUAR NANTI ADA SKRIN TAK UNTUK TETAMU TENGOK?
✅ Semestinya ada untuk tetamu yang tidak masuk ke DTC 😊
Detik kegemilangan yang amat bersejarah semakin hampir. Mohon kepada semua graduan untuk membaca dengan teliti setiap notis panduan/makluman/infografik yang telah kami sediakan dari semasa ke semasa untuk demi memudahkan setiap pergerakan anda.
Segala penyampaian informasi/makluman akan dikemaskini sekerap mungkin bermula 8 Disember 2023 sehingga tamat istiadat konvokesyen.
Proses Q&A bagi soalan lazim akan berlaku sedikit kelewatan memandangkan semua petugas akan berada di kedudukan masing-masing bagi tujuan persiapan majlis. Anda boleh merujuk Q&A lalu melalui pautan https://shorturl.at/aotMO
PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN USIM
Mohon anda rujuk link https://youtu.be/yTjs0y1UdaY
🔴 MIN..SAYA DAPAT SELEMPANG TAPI CAMNER YE NAK PAKAI? PAKAI DISEBELAH KIRI KE KANAN?
✅ Haaa sekali lagi min kongsikan kaedah pemakaian selempang yang betul untuk rujukan anda semua ya 😊.
🔴 Min boleh ke kalau keluar dewan awal sebelum majlis tamat?
✅ Anda TIDAK DIBENARKAN untuk meninggalkan dewan lebih awal sebelum majlis tamat. Ini merupakan Istiadat Konvokesyen dan merupakan majlis rasmi universiti khas untuk penganugerahan ijazah kepada anda. Hormati majlis ini sepenuhnya.
🔴 Lepas ambil skrol, kira dah selesai semua urusan lah ye min?
✅ Selepas selesai tuntutan skrol dan transkrip akademik rasmi, urusan anda telah selesai sepenuhnya.
🔴 Kalau saya nak ambil skrol ijazah pada pukul 1:00 petang boleh setelah selesai pemulangan jubah?
✅ Kaunter skrol akan DITUTUP pada jam 1:00 hingga 2:15 petang untuk memberi laluan kepada perarakan graduan dan utama masuk ke dewan.
🔴 BOLEH SAYA TAHU JENIS KESALAHAN YANG BIASA GRADUAN LAKUKAN DARI SEGI PEMAKAIAN SEMASA HARI KONVOKESYEN YANG PERLU DIELAKKAN?
✅ Boleh..kami dah ringkaskan apa yang perlu graduan elakkan dari segi pemakaian semasa hari konvokesyen demi rujukan anda semua 😊
