en
Feedback
PEMUDA PERIKATAN NASIONAL

PEMUDA PERIKATAN NASIONAL

Open in Telegram
2 363
Subscribers
+224 hours
+17 days
+130 days
Posts Archive
JOM PERBANYAKKAN AMALAN SUNAT HARI ARAFAH Hari Arafah, 9 Zulhijjah, adalah hari yang penuh dengan rahmat dan pengampunan dari
JOM PERBANYAKKAN AMALAN SUNAT HARI ARAFAH Hari Arafah, 9 Zulhijjah, adalah hari yang penuh dengan rahmat dan pengampunan dari Allah SWT. Marilah kita memperbanyak doa dan istighfar, serta berpuasa untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Semoga kita semua diberkati dengan rahmat dan maghfirah Allah SWT. Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda: خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)] Selamat menyambut Hari Arafah! #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST

Abang Bidin: Calon rakyat untuk Sungai Bakap Perikatan Nasional telah memposisikan calon teknokrat, berintegriti dan kompeten
Abang Bidin: Calon rakyat untuk Sungai Bakap Perikatan Nasional telah memposisikan calon teknokrat, berintegriti dan kompeten dalam PRK DUN Sungai Bakap. Abidin Haji Ismail, anak jati Sungai Bakap. Lahir dan membesar di Sungai Bakap yang sudah sekelian lama menabur bakti dan berkhidmat untuk masyarakat di Sungai Bakap. Orang kanan Almarhum Ustaz Zam yang sentiasa bersama ke hulu ke hilir menyantuni rakyat, menyelesaikan masalah dan beban rakyat. Selayaknya rakyat tempatan menggelar 'calon rakyat'. Pengundi DUN Sungai Bakap, usah ragu lagi dalam memilih calon PRK nanti. Ayuh sama-sama ajak keluarga dan sahabat handai undi Abang Bidin pada 6 Julai nanti. Bersama menyambung legasi Abang Zam. #AbangBidin4SgBakap #SgBakapKitaKekal #CalonRakyat #UndilahPerikatanNasional #PemudaPN

Berita duka menyelubungi tanah air hari ini dengan pemergian seniman, penyair dan penulis negara, Almarhum Pyan Habib atau na
Berita duka menyelubungi tanah air hari ini dengan pemergian seniman, penyair dan penulis negara, Almarhum Pyan Habib atau nama penuhnya, Mohd Supyan Bin Abdul Rahman. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa sekitar jam 9.30 malam di kediamannya di Hulu Klang. Pemuda Perikatan Nasional amat berdukacita atas pemergian Almarhum Pyan Habib. Kami mengucapkan takziah buat keluarga dan teman taulan Almarhum. Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya buat jenazah Almarhum. “Ya Allah, ampunilah dia, kurniakan rahmat dan kesejahteraan serta ampunilah dia!” #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 2024 Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Ucapa
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 2024 Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 03 Jun 2024 bersamaan 25 Zulkaedah 1445H. Pemuda PN mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi kesejahteraan. DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU ! #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST

Pemuda PN diwakili YB Wan Ahmad Fayhsal, Ahli Parlimen Machang merangkap Timbalan Ketua Pemuda PN bersama Saudara Faiz turun
+4
Pemuda PN diwakili YB Wan Ahmad Fayhsal, Ahli Parlimen Machang merangkap Timbalan Ketua Pemuda PN bersama Saudara Faiz turun ke Bangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi menyerahkan memorandum menggesa kerajaan memutuskan penglibatan GIP-BlackRock keatas pegangan saham terhadap Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB). Perjuangan menentang genosid terhadap Israel tidak sesekali menjadi hujah membenarkan hubungan ekonomi dengan mereka yang bekerjasama dengan Israel. #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST

SERANGAN DI ULU TIRAM: DUA ANGGOTA POLIS TERBUNUH, SEORANG CEDERA Pagi ini, kita menerima berita mendukacitakan mengenai sera
SERANGAN DI ULU TIRAM: DUA ANGGOTA POLIS TERBUNUH, SEORANG CEDERA Pagi ini, kita menerima berita mendukacitakan mengenai serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Sehingga meragut nyawa dua anggota polis bertugas. Manakala seorang lagi anggota polis mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI). Pemuda Perikatan Nasional memandang serius akan kejadian ini kerana menyebabkan kegusaran masyarakat terhadap keselamatan mereka. Semoga Allah permudahkan segala urusan mangsa dan diberikan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga Allahyarham untuk menghadapi ujian ini. Al-Fatihah. #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST

KENYATAAN MEDIA GLOBAL INFRASTRUCTURE PARTNERS (GIP) YANG DIMILIKI BLACKROCK, SYARIKAT PRO-ISRAEL MEMILIKI SAHAM MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD (MAHB) 17 MEI 2024 1. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang saham pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP) yang merupakan anak syarikat kepada sebuah syarikat dari Amerika Syarikat iaitu Blackrock. BlackRock merupakan pemilik kepada pemegang saham semua syarikat pembekal senjata yang membolehkan IsraHell terus melakukan genosid ke atas rakyat Palestin. 2. Hal ini tidak sepatutnya berlaku, dan sebarang syarikat yang Pro-IsraHell tidak seharusnya diberi ruang untuk bertapak di Malaysia, lebih-lebih lagi di tempat-tempat strategik seperti lapangan terbang. 3. Malaysia sudah jelas dan tegas dengan pendirian bahawa kita tidak akan menormalisasikan sebarang hubungan dengan IsraHell. Hatta, hubungan perdagangan sekalipun kerana keuntungan-keuntungan inilah yang membolehkan IsraHell terus menggila di bumi Palestin. 4. Dalam pada itu, apakah signifikannya syarikat ini diberi kebebasan untuk memiliki saham di MAHB sedangkan rekod-rekod pengurusannya di lapangan-lapangan terbang lain yang dimilikinya dilihat teruk dan gagal. Oleh itu, Pemuda PAS kesal dengan keadaan yang sedang berlaku kini dan menuntut penjelasan daripada pihak berkenaan, terutamanya pihak kerajaan yang dilihat hanya berdiam diri sehingga kini. 5. Pemuda PAS ingin menegaskan bahawa sebarang hal atau perkara yang mempunyai hubungan dengan IsraHell perlu dibatalkan serta-merta tanpa kompromi. Tiada guna hanya suara lantang di peringkat antarabangsa, tetapi tindakan di belakang lain nadanya. YB Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden Ketua Pemuda Perikatan Nasional #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST

photo content

Sentuhan kasih wanita pertama tidak bertepi adalah oleh seorang bergelar 'ibu'. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seo
Sentuhan kasih wanita pertama tidak bertepi adalah oleh seorang bergelar 'ibu'. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab: أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ “Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.” Riwayat Muslim (2548) Pemuda PN mengajak untuk semua merenung kembali hubungan kita dengan ibu. Manfaatkanlah peluang yang ada ini sebaiknya selagi mereka masih berada bersama kita ☺️. Selamat Hari Ibu Sedunia 🫰 #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST

TERIMA KASIH BUAT WARGA KUALA KUBU BAHARU Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi
TERIMA KASIH BUAT WARGA KUALA KUBU BAHARU Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi Tuan jadi kenangan Tahniah kepada semua warga Kuala Kubu Baharu kerana berjaya menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi. Terima kasih tidak terhingga khususnya buat pengundi Perikatan Nasional. Anda adalah wira kami. Jasamu tidak mampu kami balas.Terima kasih kerana bersama kami sehingga ke hari pengundian. Apa jua keputusan, sama ada menang atau kalah, Perikatan Nasional akan terus mengorak langkah ke hadapan. Kami akan terus konsisten memperjuangkan nasib rakyat yang semakin terbeban di bawah pemerintahan Kerajaan Madani ini dan membawa Malaysia ke arah lebih baik. Bersama Perikatan Nasional, for a Better Malaysia. #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST

SELAMAT MENGUNDI Selamat mengundi buat rakyat Kuala Kubu Bharu pada esok hari. Paling penting, jangan lupa membawa kad pengen
SELAMAT MENGUNDI Selamat mengundi buat rakyat Kuala Kubu Bharu pada esok hari. Paling penting, jangan lupa membawa kad pengenalan dan periksa saluran mengundi anda. Jangan sia-siakan undi anda, kerana undi anda penentu masa depan negara! اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا Maksudnya: “Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.” #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST #KualaKubuKitaBangkit #KhairulKomitedBerkhimat

WAHAI ANAK MUDA BANGKITLAH!!! “Sejak kerajaan perkenalkan SST sebanyak lapan peratus, saya rasa harga barangan agak membebankan untuk saya dan semua rakyat terutama persiapan sekolah serta menyambut ramadhan ini” "Sekarang jika mahu beli barang dapur dengan membawa RM500 pun tidak mencukupi, ““Orang Islam kesal penjualan stoking kalimah Allah”. Wahai anak muda, pernahkah kau mendengar rintihan dan rungutan seperti ini dari ibu bapa kamu atau orang sekeliling? Tidakkah kamu tahu negara kita sedang tenat? Dilanda pula dengan masalah pemimpin yang mementingkan diri dan kuasa. Ada juga pemimpin yang tidak menerima realiti kesusahan rakyat. Ada juga yang 'claim' sudah menghapuskan kemiskinan tegar di bandar-bandar, namun masih terdapat lagi rakyat yang kelaparan, anak-anak yang tidak cukup makan disebabkan oleh harga barang yang tinggi. Bukan itu sahaja, malah ada pemimpin-pemimpin yang menyentuh tentang sensiviti agama, tidak malu-malu menyebarkan Islamaphobia secara terang-terangan. Anak muda tidakkah kamu sedar semua itu? Masihkah kamu ingin melihat ibu ayah kamu susah payah mencari rezeki demi untuk hidup dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi? Adakah tiada belas kasihan apabila melihat anak-anak kelaparan di bandar? Masihkah kamu ingin melihat mereka menginjak-injak kesucian agama kita. Wallahi, jangan biarkan mereka menconteng arang di muka kita. Wahai anak muda, sedarlah, anda adalah harapan rakyat yang mampu membawa perubahan. Kebangkitanmu mampu menggegarkan dunia dan menggerunkan musuh. Anak muda, pulang lah ke Kuala Kubu Baharu. 11 Mei ini hari penentu kepada masa depan ibu,ayah dan keluarga kamu di Kuala Kubu Baharu. Buktikan kepada mereka bahawa kamu tidak sewenang-wenangnya diperbodohkan dan dipermainkan oleh mereka. Jadikan medan ini sebagai titik permulaan kepada kebangkitan rakyat Malaysia menolak pemimpin ultra kiasu. Ayuh anak muda, bersatulah bersama pemimpin berjiwa rakyat, anak tempatan dari parti yang prihatin rakyat. Bangkitlah dan undi calon Perikatan Nasional, calon no 1 anda. Undilah Perikatan Nasional. #PemudaPN #PNBEST #PNTetapBEST #KualaKubuKitaBangkit #KhairulKomitedBerkhimat

photo content

Dahulu PMX pernah sebut semua bangsa ialah anaknya. Namun, janji-janji yang pernah diucapkan kepada kaum-kaum bukan Melayu ti
Dahulu PMX pernah sebut semua bangsa ialah anaknya. Namun, janji-janji yang pernah diucapkan kepada kaum-kaum bukan Melayu tidak pernah ditunaikan. #PNBEST #PNTetapBEST #KualaKubuKitaBangki

Sungguh pelik! Hari ini PMX umum lain, esok menteri cakap lain. Macam mana sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep 'perpaduan
Sungguh pelik! Hari ini PMX umum lain, esok menteri cakap lain. Macam mana sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep 'perpaduan' ini boleh saling bercanggah satu sama lain! #PNBEST #PNTetapBEST #KualaKubuKitaBangki

Zahid hanyalah mengutamakan kepentingan diri sehingga menggadaikan prinsip parti. Beliau tidak pernah hirau akan 'survival' U
Zahid hanyalah mengutamakan kepentingan diri sehingga menggadaikan prinsip parti. Beliau tidak pernah hirau akan 'survival' UMNO. #PNBEST #PNTetapBEST #KualaKubuKitaBangki

Kerajaan yang ada ini masih berminda pembangkang! Masih takut dengan pembangkang sehingga hilang fokus terhadap tanggungjawab
Kerajaan yang ada ini masih berminda pembangkang! Masih takut dengan pembangkang sehingga hilang fokus terhadap tanggungjawab membela rakyat. #PNBEST #PNTetapBEST #KualaKubuKitaBangki

Betapa kucar-kacirnya kerajaan hari ini sehingga polisi dikeluarkan tanpa melalui perbincangan yang tuntas di peringkat kemen
Betapa kucar-kacirnya kerajaan hari ini sehingga polisi dikeluarkan tanpa melalui perbincangan yang tuntas di peringkat kementerian. Kerajaan jenis apakah ini? Tiada arah tuju... #PNBEST #PNTetapBEST #KualaKubuKitaBangki

Parti DAP ini prinsip mereka hanyalah 'menunggang'! Mereka akan tunggang parti yang bersama mereka. MCA sudah sedar. Wahai sa
Parti DAP ini prinsip mereka hanyalah 'menunggang'! Mereka akan tunggang parti yang bersama mereka. MCA sudah sedar. Wahai sahabat-sahabat MIC, kalian perlu bangkit pertahankan parti daripada 'ditunggang' oleh DAP. #PNBEST #PNTetapBEST #KualaKubuKitaBangki

Dimanakah maruah UMNO sekarang? Sanggupkah kalian menggadaikan perjuangan yang sudah lama kita perjuangkan! Sedarlah wahai UM
Dimanakah maruah UMNO sekarang? Sanggupkah kalian menggadaikan perjuangan yang sudah lama kita perjuangkan! Sedarlah wahai UMNO, kalian sedang ditunggang oleh DAP. #PNBEST #PNTetapBEST #KualaKubuKitaBangki