cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

๐Ÿ“– Motivasi Harian ๐Ÿ“–

"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" -Nabi Muhammad (SAW) #MotivasiSetiapHari #Darihatikehati

Show more
Advertising posts
3 464
Subscribers
+1024 hours
+557 days
+23730 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Jika hatimu penat dengan urusan dunia,  maka ubatilah hatimu dengan urusan akhirat. https://t.me/Motivasi_Harian_islam
Show all...
๐Ÿ”ฅ 6โคโ€๐Ÿ”ฅ 4๐Ÿ‘ 3
Zaman sekarang bukan lagi zaman berlumba-lumba untuk dunia. Bukan lagi zaman untuk bermegah-megah dengan harta yang ada. Kerana kita sekarang hidup dalam dunia akhir zaman. Ubahlah kehidupan kita daripada untuk dunia kepada untuk akhirat. CHECKLIST 40 HARI 1. Puasa Isnin dan Khamis 2. Baca al-Waqiah setiap hari 3. Baca al-Mulk setiap hari 4. Baca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah 5. Baca al-Kahf setiap malam Jumaat 6. Baca surah Yasin dan malam Jumaat 7. Baca surah kursi, al-Ikhlas 3 kali, istighfar 3 kali, ayatul kursi, al-lkhlas 3 kali, istighfar 3 kali, doa perlindungan untuk diri dan keluarga, dan baca doa sebelum tidur 8. Maafkan semua orang sebelum tidur 9. Tahajud 2/4 rakaat 10. Mandi sebelum subuh 11. Solat subuh tepat waktu 12. Solat Sunat Qabliyah 13. Solat Sunat Dhuha 2/4 rakaat 14. Dengar bacaan Quran 10 minit 15. Solat penuh 5 waktu tepat waktu 16. Selepas solat fardu, zikir (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, selawat 10x) dan baca ayatul kursi https://t.me/Motivasi_Harian_islam
Show all...
โค 8
Jom Jadi DEWASA Perbezaan antara menjadi "TUA" dan "DEWASA" Menjadi TUA adalah faktor semulajadi kerana semua akan menjadi "TUA". Tapi, menjadi DEWASA adalah faktor "PILIHAN" Menjadi TUA tidak semestinya kita menjadi DEWASA. Tetapi untuk menjadi DEWASA kita tidak perlu menunggu TUA! Orang DEWASA memiliki ciri-ciri KEDEWASAAN (walaupun muda), antaranya : 1. Mudah memaafkan sekalipun dia dilukai tanpa alasan 2. Tidak membiarkan dirinya "terikat dengan luka hati" (sensitif) 3. Berfikir secara DEWASA dalam menanggapi berbagai perkara 4. Bersikap terbuka dengan setiap nasihat dan teguran 5. Berfikir panjang dalam menilai dan menghukum sesuatu 6. Orang DEWASA bukan "MANUSIA SUPER", masih tetap manusia biasa, namun terus ingin belajar untuk bertambah DEWASA 7. Bukan pendendam, tidak menyimpan kepahitan, tidak mudah kecewa! Mereka memilih berdamai kerana mereka tahu bahawa "KEDEWASAAN" adalah "PILIHAN HIDUP BIJAK" ! Sekalipun kita tidak memilih untuk menjadi TUA, kita pasti akan TUA, kerana faktor SEMULAJADI...! Jom Jadi BIJAK, untuk menjadi DEWASA.. https://t.me/Motivasi_Harian_islam
Show all...
โค 8
jom selawat ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู Semoga kita semua mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak โœจ https://t.me/Motivasi_Harian_islam
Show all...
โค 8
โค 13
#AlleyesonRAFAH
Show all...
๐Ÿ‘ 2
Kanak-kanak Gaza ya Allah ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ’”
Show all...
๐Ÿ˜ข 14๐Ÿ˜ญ 4
Hari Ibu disambut dengan kesedihan di Gaza Tidak harap hadiah, hanya mahu perang tamat GAZA, 3 Zulkaedah 1445H, Ahad - Sambutan Hari Ibu tidak lagi memberikan sebarang makna buat ibu-ibu di Semenanjung Gaza, yang menderita akibat kehilangan anak disebabkan perang Israel ke atas wilayah terkepung itu. Serangan tanpa henti pasukan penceroboh Israel ke atas Gaza sejak Oktober menyebabkan ramai ibu di Gaza kehilangan anak mereka, selain ramai kanak-kanak turut menjadi yatim piatu. Di sebalik kesedihan yang dialami, ibu-ibu yang kehilangan anak, pasangan dan ahli keluarga tetap meneruskan kehidupan dengan ketabahan luar biasa meskipun bergelut kesukaran. Mereka yang kini tinggal di khemah pelarian di Rafah, hanya menyambut Hari Ibu dengan kesedihan dan kesakitan akibat kehilangan. Tiada ucapan menggembirakan atau hadiah istimewa yang diharapkan buat ibu-ibu di Gaza selain hanya mahu perang di wilayah itu berakhir dan mereka kembali meneruskan hidup dengan selamat. Hanaa Abu Jabal, 55, ibu kepada lapan anak berkongsi kesakitannya kehilangan salah seorang daripada mereka akibat serangan Israel. "Kehilangan seorang anak bagi seorang ibu bermakna hilang seluruh jiwanya," katanya. Maha Hasnan turut berkongsi duka yang sama apabila dia kehilangan anak lelakinya berusia 9 tahun dan anak perempuannya parah dalam pengeboman rejim. "Perang ini mesti berakhir dan kami meminta negara-negara di dunia memastikan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza," katanya.- Agensi
Show all...
๐Ÿ˜ญ 10๐Ÿ‘ 1