cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

PENGAMBILAN UiTMPG SESI 1 2022/2023

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu UiTM Kampus Pasir Gudang Sesi 1 2022/2023. Maklumat berkaitan pelajar baharu akan disalurkan melalui channel ini dari semasa ke semasa.

Show more
MalaysiaThe language is not specifiedEducation
Advertising posts
1 115
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk makluman, berikutan proses pendaftaran pelajar baharu telah selesai, saluran ini akan ditutup dalam masa terdekat. Sehubungan itu, semua pelajar diminta beralih ke saluran rasmi UiTM Kampus Pasir Gudang melalui pautan https://t.me/uitmkpg. Informasi sepanjang pengajian akan disalurkan melalui beberapa medium rasmi universiti termasuk saluran telegram tersebut. Sekian, terima kasih. -Admin-
Show all...
UiTM Kampus Pasir Gudang Official

Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang

Photo unavailableShow in Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk makluman, berikutan proses pendaftaran pelajar baharu telah selesai, saluran ini akan ditutup dalam masa terdekat. Sehubungan itu, semua pelajar diminta beralih ke saluran rasmi UiTM Kampus Pasir Gudang melalui pautan https://t.me/uitmkpg. Informasi sepanjang pengajian akan disalurkan melalui beberapa medium rasmi universiti termasuk saluran telegram tersebut. Sekian, terima kasih. -Admin-
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Assalamualaikum W.B.T Salam Sejahtera Salam UiTM Dihatiku Kepada Semua Pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang PENTING: TARIKH AKHIR PROSES DAFTAR DAN GUGUR KURSUS SESI 1 2022/2023 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berdasarkan kalendar akademik UiTM Sesi 1 2022/2023, tarikh akhir proses daftar/ gugur kursus adalah pada 30 Oktober 2022 (Ahad). Sehubungan itu, BHEA ingin mengingatkan agar semua pelajar dapat memastikan telah membuat pendaftaran kursus melalui student portal selewat-lewatnya pada hari ini, jam 11.59 malam. 3. Pelajar yang tidak membuat pendaftaran kursus berpotensi untuk diberikan status Gugur Taraf (GT) yang akan dikuatkuasakan pada 14 November 2022. Perhatian dan kerjasama semua pelajar amat diharapkan. Sekian, terima kasih. Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang 30 Oktober 2022 | Ahad #UiTMDihatiku #KeluargaUiTMJohor #UiTMJohorPrihatin
Show all...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perhatian kepada pelajar bahagian 1 yang telah mendaftar EPT, sila semak nama masing-masing dan hadir mengikut sesi di tempat yang telah ditetapkan. Nota: Pengecualian kuliah diberikan mengikut sesi menduduki EPT sahaja. Sekian, terima kasih.
Show all...
PENTING‼️ Pelajar yang telah mendaftar English Placement Test (EPT) dinasihatkan untuk tidak bertukar kumpulan ELC121 sehingga keputusan EPT dikeluarkan. Hal ini bagi memastikan tiada masalah sepanjang proses EPT berlangsung. Terima kasih.
Show all...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PERINGATAN MESRA: MINGGU EDUCATION 5.0 SESI 1 2022/2023 Semua pelajar perlu mematuhi sahsiah rupa diri pelajar UiTM dan dinasihatkan untuk memakai pelitup muka (face mask) sebelum hadir ke PTDI. Terima kasih.
Show all...
PERHATIAN! Pelajar yang belum membuat serahan dokumen, perlu mengambil tindakan segera. Kaunter terima fail akan dibuka sehingga jam 11.00 pagi sahaja. Suka untuk diingatkan bahawa, sekiranya Bahagian Hal Ehwal Akademik tidak menerima dokumen pelajar, surat tawaran boleh ditarik semula. Pelajar hanya boleh di klasifikasi sebagai pelajar UiTM setelah selesai membuat serahan dokumen. Perhatian dan kerjasama semua pelajar amat diharapkan. Sekian, terima kasih.
Show all...
Assalamualaikum W.B.T Salam Sejahtera Salam UiTM Dihatiku Semua Pelajar Baharu UiTM Kampus Pasir Gudang PERINGATAN MESRA: HARI PENDAFTARAN AKADEMIK DAN MINGGU EDUCATION 5.0 Seperti pemakluman dalam FAQ yang diberikan sebelum ini, semua pelajar baharu diingatkan untuk membuat serahan dokumen pendaftaran mengikut ketetapan di bawah: Tarikh : 08 Oktober 2022 (Sabtu) Masa : 8.30 Pagi Tempat : DK200 & PTDI Selain itu, Minggu Education 5.0 (berkaitan akademik) juga akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 10 Oktober 2022 (Isnin) Masa : 2.00 Petang Tempat : PTDI Kehadiran semua pelajar baharu bagi kedua-dua program di atas adalah DIWAJIBKAN. Dilampirkan adalah aliran pergerakan semasa hari pendaftaran akademik untuk rujukan semua pelajar baharu. Suka untuk diingatkan bahawa tawaran pengajian boleh ditarik semula jika pelajar didapati gagal membuat serahan dokumen dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kerjasama semua pelajar amat dihargai. Sekian, terima kasih. Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang 08 Oktober 2022
Show all...