1 750
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
1 750
Hi to all bio STPM students, you can join this grp to discuss anything about bio STPM. Make the grp active in discussions and sharing of resources and materials: https://t.me/preu_biology_group
1 750
FASA PENGEMASKINIAN UPUONLINE® LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2023/2024
27 JULAI 2023 (KHAMIS) | JAM 12.00 TENGAH HARI HINGGA 31 JULAI 2023 (ISNIN) | JAM 5.00 PETANG
KATEGORI STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM (TAHUN SEMASA) :
✅ KEMASKINI PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN KECUALI YANG TELAH DIPANGGIL TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN.
✅ HANYA PROGRAM PENGAJIAN YANG MEMENUHI SYARAT KHAS AKADEMIK SAHAJA AKAN DISENARAIKAN DALAM PILIHAN.
KATEGORI DIPLOMA / SETARAF :
✅ MUAT NAIK DOKUMEN DAN KEMASKINI KEPUTUSAN AKADEMIK SAHAJA.
LAYARI PORTAL RASMI : https://upu.mohe.gov.my/
Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kami :~
🔸 TikTok : @bkpaupu
🔸 Facebook : kemasukan bkpa jpt
🔸 Telegram : UPUONLINE CHANNEL
🔸 Instagram : @kemasukanbkpa
🔸 YouTube : bkpaUPU
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-
🔴 Hotline UPU: 03-86842363
🔴 Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
🔴 E-mel: upu@mohe.gov.my
🔴 UPUChat: https://upuchat.org/
1 750
Bagi pelajar rayuan kemasukan ke STPM, pelajar diminta mencetak semula surat tawaran yang baharu kerana surat tawaran yang lama mempunyai ralat pada tarikh lapor diri
Tarikh lapor diri yang sepatutnya adalah pada 25 Julai 2023 (Selasa) dan bukan pada 1 Ogos 2023 (Selasa)
Sekian, harap maklum.
#STPM2024
#rayuan
1 750
Dukacita dimaklumkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 9.23 malam.
Beliau telah menjalani pembedahan kerana mengalami pendarahan otak. Kemudian beliau ditidurkan sebelum meninggal dunia.
Al Fatihah
1 750
Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Kami, Team Admin STPM sedang mengumpul kertas percubaan/latihan bagi semua subjek.
Sekiranya anda mempunyai kertas percubaan/latihan bagi semua subjek Semester 2 2023, mohon pm Team Admin STPM.
Anda boleh kongsikan kertas percubaan anda kepada kami
@leesimon_1311
@Richardlim011120
@chns912
@halobudy
@Lee400
@J244552
Team Admin STPM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas kerjasama kalian.
1 750
Salam sejahtera semua.
Saya ingin mengucapkan selamat datang ke alam STPM kepada semua pelajar STPM 2024 yang akan mendaftar mulai hari ini. Tolong ingatkan diri untuk membawa surat tawaran dan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar STPM 2024.
Salam Malaysia Madani.
#STPM2024
#STPMpilihanpertama
#STPMdihatiku
1 750
MITOS VS FAKTA
MITOS
Pendidikan Tingkatan Enam dan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah sukar.
FAKTA
Pembelajaran di setiap peringkat mempunyai cabarannya yang tersendiri. Apa yang penting adalah fokus dalam pembelajaran, menyiapkan tugasan dan melakukan ulang kaji. Data terkini menunjukkan seramai 1184 calon peperiksaan STPM tahun 2022 berjaya memperoleh keputusan PNGK 4.00. Lebih 90% Lepasan STPM berjaya mendapat tempat ke universiti.
1 750
𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐊𝐏𝐌: 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟔 [𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏]
Sempena pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Fokus KPM akan mengupas mengenai Pendidikan Tingkatan 6 dalam beberapa siri.
Pendidikan Tingkatan 6 adalah salah satu laluan lepasan menengah yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selain program matrikulasi dan pendidikan guru.
Pendidikan Tingkatan 6 memberi peluang yang luas kepada murid lepasan menengah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Program yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pelajar lepasan STPM mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. Sijil STPM diiktiraf di lebih 50 buah negara dan oleh universiti-universiti terkemuka seperti National University of Singapore, Queen's University dan University College Dublin.
KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik Pendidikan Tingkatan 6 selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk memberi peluang pendidikan terbaik untuk semua murid tanpa mengira kaum atau status.
Pada waktu ini Pendidikan Tingkatan 6 ditawarkan di 643 buah Pusat Tingkatan 6 di seluruh negara. KPM akan terus berusaha untuk memberi akses pendidikan terbaik kepada semua.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
1 750
PNGK Nasional STPM 2022 yang menjadi alat ukur asas kepada pencapaian calon STPM secara keseluruhan telah meningkat berbanding tahun lepas, iaitu 2.82 berbanding 2.79 pada tahun 2021.
Pelajar kategori B40 merupakan majoriti calon yang menduduki STPM 2022 iaitu sebanyak 89.72% atau 37,414 daripada 41,701 calon. Dimaklumkan juga bahawa daripada 1,184 calon yang mendapat PNGK 4.00, 1,009 calon atau 85.22% daripadanya adalah dari kategori B40.
STPM adalah peperiksaan yang berprestij, telah diiktiraf oleh Cambridge Assessment International Education, UK setara dengan GCE Advanced Level kelolaan mereka. Bermakna kita tidak perlu menduduki A-Level untuk keluar negara kerana STPM juga diiktiraf oleh universiti luar negara. Peluang lepasan STPM bukan sahaja ke IPT di dalam negara, malahan juga ke seluruh dunia.
KPM juga sedang meneliti kelonggaran syarat rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dengan memberi autonomi kepada pengetua kolej untuk memberikan tawaran terus kepada pelajar jika masih ada kekosongan tempat.
Kita juga akan melaksanakan penjenamaan semula Kolej Tingkatan Enam dengan nama baru Kolej Pra Universiti KPM. Istilah - istilah juga akan berubah dari murid kepada pelajar, guru kepada pensyarah, pengetua kepada pengarah dan guru penolong kanan kepada timbalan pengarah.
Kita juga sedang teliti instrumen dan rubrik penilaian bagi guru cemerlang Tingkatan Enam dengan mewujudkan laluan khas untuk meningkatkan bilangan guru cemerlang tingkatan enam bagi menaikkan kualiti professionalisme guru akademik dalam pendidikan Tingkatan Enam.
#7TerasKPM
#KaramahInsaniah
#MalaysiaMADANI
🌐 Fadhlina Sidek
1 750
Soalan Penting: "Mengapakah pelajar yang mendapatkan gred yang sama bagi semua kertas dalam subjek yang sama tetapi boleh mendapatkan gred yang berbeza bagi keputusan keseluruhan?"
JAWAPAN: Gred keseluruhan untuk satu subjek boleh ditentukan oleh markah mentah, iaitu markah sebenar bagi subjek awk selepas menambah markah wajaran semua kertas anda. Walaupun anda tidak akan tahu markah mentah anda, tetapi markah tersebut adalah penting bagi menentukan gred dan pointer keseluruhan anda(GPA).
