639
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
639
Repost from Penulis Jalanan 🚶🏻
"Ada yang hadir tapi tidak menjadi takdir. Ada yang tetap bertahan, tapi hanya sebatas tempat persinggahan."
639
Repost from Afifah Alwi
Kata bijakpandai.
"Jangan marah pada takdir Allah, sebaliknya belajarlah sesuatu daripada takdir Allah."
Ketika kita marah, takdir telahpun berlaku.
kalau kita risau, takdir tetap juga akan berlaku.
Takdir itu akan tetap menyinggah walau bagaimana sekalipun keadaan kita.
Sederhana, tiada takdir yang terlalu 'buruk' namun yang ada adalah takdir terbaik. Itu saja.
AfifahAlwi
Masih juga belajar
639
terlalu cepat untuk jatuh cinta, hingga lupa kalau kita hanya rumah singgah disaat dia bosan
639
Repost from Afifah Alwi
Seringkali rasa kecewa itu hadir apabila kita terlalu tinggi meletakkan harapan dan ia tidak seperti yang kita sangkakan.
Sederhanalah, bukan kerana takut kehilangan semata, namun agar takdir mendatang kita tidak mudah menghukum Tuhan..
Begituhhhhhh
639
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang sepatutnya.
Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita. Bukan bermakna Allah tak sayangkan kita.
639
Allah itu Maha Adil.
Dia mendengar setiap permintaan kita. Setiap pengharapan. Setiap bait-bait doa.
Walaupun kita seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan soa-doa kita. Tanpa sebarang perasaan benci.
639
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah keadaan diri mereka sendiri
Surah ar-Ra’d : 11
639
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar.
