✨APPS YANG USEFUL UTK PELAJAR ✨
Writer: originally typed By Shafiqah Auna (
@immayeet)
Hello! Hari ini,saya mahu kongsikan beberapa app yang agak useful for u guys utk belajar. Mungkin apps2 yang saya recommend ni takdelah berguna sangat tapi saya doakan supaya korang dapat manfaat dari tips2 ni,amin...
🍙🍙🍙🍙🍙🍙🍙
1. Pomodoro Timer
Ini adalah app utk korang yang guna teknik pomodoro. Basically,teknik pomodoro ni korang belajar contohnya 25 minit dan selepas tu rehat 5 minit sebagai ganjaran. Macam ni takdelah burn out atau terlalu memaksa diri. Saya guna app Pomodoro Timer dari Tatkov Lab tapi ikut kehendak koranglah. Tapi yang lebihr popular sekarang ni adalah Forest ataupun Focus Plant sebab bukan setakat rehat je,awak dapat tambah pokok2 macam dalam game utk setiap 25 minit jadi ianya lebih menguatkan motivasi korang utk belajar.
🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘
2. WaterDo
WaterDo ni macam to-do list mana awak boleh dapatkan pelbagai hadiah kalau awak selalu siapkan to do list. Ia macam dalam bentuk buih air jadi lebih banyak kita letupkan,lebih dekatlah kita utk dapatkan hadiah. Bukan setakat tu je,app ni kan to do list,jadi lebih banyak kerja siap,bukankah kita patut rasa lebih lega?
🍙🍙🍙🍙🍙🍙🍙🍙🍙🍙🍙
3. I Am Sober
App ni mungkin bukan untuk belajar tapi app ni bertujuan utk sesiapa yang ada masalah yang diorang nak hentikan macam dopamine detox la. Contohnya,awak addict dekat TikTok dan awak nak hentikannya,boleh je awak set kat situ. Bukan setakat TikTok je,untuk orang2 yang di luar sana yang mempunyai masalah mental health pun boleh hentikan self harm kat situ. Ada jugak post2 dari orang luar yang ada masalah yang sama jadi korang takdelah lonely sangat kan? Mana tahu,suatu hari nanti kau memang takkan buat dah self harm lagi,kan elok tu?
🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘
4.Lofi Music
Utk pelajar2 yang jenis auditori(sukakan muzik,etc),waktu belajar korang nanti korang boleh buka app ni utk mainkan muzik. Jangan risau,ada je yang offline ataupun boleh search kat YouTube. Yang saya guna ni memang tak makan data melainkan nak download music2 lain.
🍙🍙🍙🍙🍙🍙🍙🍙
5.Flashcards(Quizlet,AnkiDroid,etc.)
Ni saya mula guna flashcards sejak saya tengok satu video dekat YouTube dari Thomas Frank,flashcards ni gunanya utk ingat dengan lebih efektif disebabkan oleh spaced repetition so ia memang bergunalah utk ingat contohnya huruf2 hiragana dan katakana dalam Bahasa Jepun,sains dan formula matematik.
🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘🍘
6. Discord/any chat app
Percaya ataupun tidak,sebenarnya app2 group chat/video conference macam Discord,WhatsApp,Google Meet,etc. ni korang boleh guna utk ciptakan study group korang sendiri! So korang bolehlah letak minimum 3 orang dan tidak lebih daripada 6 orang dalam satu chat tu utk korang belajar sama2,bijak bukan?Discord pun sebenarnya ada satu channel study namanya Study Together,korang bolehlah cari ni kat Google. Senang je,cari Disboard,lepas tu kan website dia korang boleh cari mana2 channel yang korang suka jadi korang taiplah kat situ study ke apa ke,nanti ia keluar. Korang boleh cari banyak lagi channel study group di situ.
⭐Semoga Bermanfaat😊
#studytips #studyhacks