cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

F2 Easy Sejarah With Cikgu Shah

Selamat datang ke channel Telegram Cikgu Shahzalina. Channel ini khas untuk kelas online, perkongsian bahan dan latihan subjek Sejarah Tingkatan 2 sahaja. Untuk tingkatan 1, go to t.me/sejarahform1cikgushah

Show more
Malaysia34 955The language is not specifiedEducation72 628
Advertising posts
991
Subscribers
-624 hours
-147 days
-2930 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Yuran kepandaian: RM20 sahaja. Hubungi @CikguShah untuk pendaftaran dan pertanyaan. #easysejarahwithcikgushah
Show all...
Repost from Santaisejspm
Congrats and welldone leftenan muda Chan Ming Youn.👍
Show all...
👍 1
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • • Assalamualaikum★* 。 • ★Salam Sejahtera★ 。* • ° 。 ° ˛˚˛ * _Π_*。*˚ ˚ ˛ •˛•˚ * /___/\。˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門  | ˚ Pelita diletak diatas para, Hendak dinyalakan di tepi perigi, Pesanan dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di Aidilfitri. ⭐️🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri🌙⭐️ ⭐️🌙Maaf Zahir dan Batin🌙⭐️ Kami mendoakan semoga selamat perjalanan pulang ke kampung halaman & dipermudahkan semua urusan. ☘️Ikhlas daripada Cikgu Shah & keluarga
Show all...
👍 3
Peristiwa Nuzul Quran yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan tanggal 6 Ogos tahun 610 Masihi ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira adalah detik penting turunnya ayat pertama al-Quran kepada baginda Rasulullah. 'Nuzul' perkataan bahasa Arab bermaksud turun dan lima ayat Surah al-Alaq diturunkan oleh Allah SWT kepada baginda Rasulullah melalui Malaikat Jibril, menekankan peri pentingnya membaca dan belajar pelbagai ilmu supaya dapat menghapuskan kejahilan dalam kalangan manusia. Commitment to Excellence Berdisiplin - Berilmu - Cemerlang #smksetiaalamofficial #smksetiaalam
Show all...
Anyone who's free can join the class tonight.
Show all...
👍 4
Maths F2 Algebraic Fraction with Tutor Raj Wednesday, March 27⋅9:00 – 10:30pm Join Zoom Meeting https://us02web.zoom.us/j/89469373213?pwd=WUxjYjNBdDREMzBNQU9maUU1UkRrQT09 Rajinder Singh is inviting you to a scheduled Zoom meeting. Join Zoom Meeting https://us02web.zoom.us/j/89469373213?pwd=WUxjYjNBdDREMzBNQU9maUU1UkRrQT09 Meeting ID: 894 6937 3213 Passcode: tutorraj Telegram https://t.me/MathTutorRaj
Show all...
Namun apabila berlaku perubahan ekologi dan pergantungan terhadap sumber air yang semakin menyusut disebabkan kemarau panjang maka memaksa penduduk berpindah ke tempat lain terutamanya ke selatan. Ditulis oleh: Megat Hisemudin Megat Kasim .
Show all...
Empayar Angkor Empayar Angkor juga disebut sebagai Empayar Khmer adalah negara asal bagi Kemboja sekarang. Ia juga penerus kepada kerajaan Funan dan Chenla yang telah memerintah sebahagian besar Indochina yang bersempadan dengan barat daya China, ke selatan hingga ke Vietnam dan ke barat hingga ke Mynmar sekarang. Angkor berasal dari perkataan Sanskrit yang bermakna bandar, ia juga merupakan ibu kota utama bagi Empayar Angkor. Empayar ini memerintah antara tahun 802 hingga 1431 yang mempunyai 25 orang raja yang memerintah. Ahli-ahli sejarah barat menggelar era tahun 802 - 1431 sebagai Era Angkor hanyalah sebagai satu peristilahan untuk membezakan kerajaan 真腊 Zhēn là atau Chenla sebelum Jayavarman II membentuk kerajaan baru di tahun 802 dan selepasnya sahaja. Namun dalam catatan China masih menyebutnya sebagai Chenla bagi keseluruhannya. Contoh pada tahun 1296 terdapat seorang utusan China semasa Dinasti Yuan bernama 周达观 Zhōu dáguān telah sampai ke Angkor dan tingga selama 3 tahun di sini. Kemudiannya beliau telah menulis sebuah buku 真腊风土记 Zhēn là fēngtǔ jì yang telah menceritakan dengan jelas keadaan penduduk, masyarakat, pentadbiran dan budaya di Angkor ketika itu yang menjadi rujukan utama para ahli sejarah kemudiannya. Beliau tidak menyebut Angkor tetapi kekal menulisnya sebagai Chenla. Begitu juga dalam 郑和航海图 Zheng He Navigation Map pada abad ke 15 menyebut 真腊 Chenla yang merujuk kepada Empayar Angkor. Walaupun Empayar Angkor telah meninggalkan peradaban yang tinggi namun ia tidak meninggalkan sebarang catatan bertulis melainkan prasasti dan catatan yang kita perolehi sekarang kebanyakannya bersumberkan daripada catatan China. Menyusuri sejarah, orang-orang Funan telah berkerajaan selama 400 tahun dan kemudiannya di abad ke 6 telah dimusnahkan oleh kerajaan Chenla yang memerintah lebih daripada 200 tahun. Sehinggalah di tahun 802 阇耶跋摩二世Jayavarman II (802 - 835) telah mendirikan Empayar Angkor dengan menggelarkan dirinya sebagai 转轮王 Chakravantin yang bermakna maharaja bertempat di Phnom Kulen. Phnom dalam bahasa Khmer bermaksud gunung. Jayavarman II sebenarnya adalah putera raja kerajaan Chenla Air yang telah ditawan oleh Dinasti Sailendra dari Jawa sebelum itu dan kemudiannya dikembalikan ke Chenla dengan menyatukan Chenla Air dan Chenla Darat untuk membentuk sebuah kerajaan baru. Chenla kemudiannya telah merdeka dari Dinasti Sailendra yakni Empayar Mataram Kuno. Jayavarman II telah memulakan kerajaannya di Vyadhapura iaitu di runtuhan bandar Banteay Prey Nokor yang terletak ke timur Kemboja sekarang. Ini kerana terdapat banyak kuil kuno di Phnom Kulen seperti Prasat Damrei Krap yang mempunyai ciri-ciri kesenian Jawa. Kemudiannya Jayavarman II telah meluaskan jajahan takluknya dan membina ibukota baru di Hariharalaya yang berdekatan dengan bandar Roluos sekarang. Sebenarnya di sinilah bermulanya asas Empayar Angkor yang gemilang itu. Raja-raja pengganti Jayavarman II kemudiannya telah meluaskan lagi Empayar Angkor terutamanya semasa Indravarman I (877 - 889) yang telah memulakan projek pembinaan bangunan, meluaskan perdagangan dan meningkatkan hasil pertanian dengan pembinaan sistem saliran air yang baik untuk pertanian. Semasa Indravarman I juga telah dibangunkan Bakong di Hariharalaya yang hampir menyerupai candi Borobudur di Jawa dari segi senibinanya. Ketika itu juga terdapat pertukaran pengembara dan utusan antara Angkor dan Jawa walaupun ketika itu di Jawa bukan lagi dari Dinasti Sailendra. Ini kerana Sailendra hanyalah sebuah dinasti atau wangsa yang memerintah bagi Empayar Mataram Kuno. Dari abad ke 9 - 11 adalah era kebangkitan Angkor. 陀罗跋摩二世 Indravarman II (877一889) telah membina 巴肯石寺 Kuil Phnom Bakheng yang merupakan satu bentuk senibina kuil yang masih boleh dilihat sehingga ke hari ini. Semasa pemerintahan Raja Yashovarman I (889 - 910) telah memindahkan ibukotanya ke Yasodharapura atau Angkor. Ia juga merupakan ibukota yang paling lama diduduki oleh raja-raja Empayar Angkor. Tentang Yashodharapura telah tercatat dalam prasasti yang menyebutnya sebagai Phnom Kandal.
Show all...
1
Abad ke 12 - 13 adalah merupakan era kecemerlangan Empayar Angkor. Ketika pemerintahan 苏耶跋摩二世 Suryavarman II (1113一1150) adalah raja yang paling masyhur, dituliskan “有战象二十万” mempunyai gajah perang berjumlah 200,000 ekor. Ini kerana kekuatan sesebuah kerajaan juga diukur dengan pemilikan gajah perangnya. Disebutkan tanah jajahannya sampai ke 加罗希 Jialuoxi yakni Grahi iaitu Chaiya sekarang yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu berdekatan Segenting Kra. Ketika Vietnam dan Angkor berebut untuk menawan Champa, akhirnya tentera Angkor telah berjaya menawan ibukota Champa dalam tahun 1145. Bagaimana pun dalam tahun 1177 ketika Champa di bawah pemerintahan 阇耶因陀罗跋摩四世 Jaya Indravarman IV telah berjaya menawan Angkor. Sehinggalah semasa Angkor di bawah pemerintahan 阇耶跋摩七世 Jayavarman VII barulah Angkor terlepas dari pentadbiran Champa. Dan kemudiannya pula di tahun 1203 sekali lagi Angkor menghantar bala tentera untuk menawan Champa. Hanya di tahun 1220 barulah Champa bebas dari penguasaan Angkor. Sejak abad ke 14 Empayar Angkor telah mula beransur lemah. Di barat Angkor, orang-orang Siam di bawah Dinasti Sukhothai dan kemudiannya Ayuthaya telah mula menyerang sempadan negara dan ia menjadi musuh utama Empayar Angkor. Di tahun 1352, Dinasti Ayuthaya di bawah pemerintahan raja 乌通王 Uthong telah mengepong dan menawan kota Angkor. Beberapa tahun kemudian barulah Angkor memperolehi pembebasan. Namun demikian sekali lagi dalam tahun 1394 Dinasti Ayuthata di bawah pemerintahan raja 拉梅萱 Ramesuan Angkor telah ditawan. Raja Angkor, 博涅亚 Ponhea Yat berpendapat bahawa mereka tidak lagi dapat bertahan dan akhirnya di tahun 1431 terpaksa memindahkan ibukota ke 金边 Phnom Penh. Sejak itu ranaplah Empayar Angkor. Selepas itu barulah wujudnya kerajaan Kemboja sekarang. Semasa pemerintahan Empayar Angkor telah membina lebih daripada 600 buah kuil Buddha yang berselerak dalam kawasan 40 km persegi. Antaranya yang termasyhur ialah Angkor Wat yang didirikan pada abad ke 12 iaitu di tahun 1113 – 1150 dengan mengambil masa selama 37 tahun untuk disiapkan. Selain itu terdapat juga Angkor Thom yang melambangkan kesenian orang-orang Angkor ketika itu. Seorang ahli arkeologi Perancis bernama Henri Mouhot telah menjumpai Angkor Wat yang terletak sekitar 311 km dari wilayah Siem Reap setelah lebih 400 tahun Angkor Wat ditinggalkan di dalam hutan belantara. Sebaik saja berita ini tersebar, ia mendapat liputan luas ke seluruh dunia. Setelah dibaikpulih akhirnya Angkor Wat disenaraikan sebagai satu daripada 7 barang ajaib di dunia. Dalam tahun 1992 diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menjadi pusat pelancongan utama di Kemboja sekarang. Para pengkaji sejarah dan arkeologi sehingga kini masih tidak dapat merungkaikan mistri bagaimana lenyapnya Empayar Angkor. Terdapat beberapa teori yang dikaitkan dengan perubahan iklim dan geopolitik ketika itu. Para pengkaji berpendapat terdapatnya hujan lebat dari monsun timur laut yang kuat menyebabkan banjir besar dan diikuti oleh beberapa kali musim kemarau yang panjang. Dengan ini ia memusnah infrastruktur sistem pengairan. Pertukaran antara banjir yang melimpah dan musim kemarau yang bertukar ganti juga menyebabkan penduduk berhijrah ke selatan dan meninggalkan beberapa bandar utama Empayar Angkor. Melalui pengimejan satelit mendedahkan dalam tempoh kecemerlangan Empayar Angkor dari abad ke 11 - 13 terdapatnya pra-industri bandar yang kompleks. Para pengkaji menyimpulkan bahawa Empayar Angkor telah mencipta satu sistem penjagaan kesihatan yang mempunyai 102 buah hospital. Berpandukan imej satelit juga didapati pengeringan East Baray adalah satu indikasi berlakunya perubahan iklim di kawasan ini. Para ahli sains yang mengkaji "Greater Angkor Project" percaya bahawa terdapatnya sistem empangan dan terusan yang tersusun yang digunakan untuk keperluan bekalan air minuman, pertanian dan digunakan sebagai jalan perhubungan.
Show all...