5 418
Subscribers
-324 hours
-97 days
-1230 days
Posts Archive
Bercakaplah dengan anak tentang rezeki, takdir dan ikhtiar dengan kefahaman yang betul. Sebab cara mereka memahami perkara ini akan mereka bawa sepanjang kehidupan.
Hari itu masa tuisyen, anak saya keliru antara operasi tambah dan tolak. Saya tak terlalu risau. Sudah lama kami lebih banyak mengulang darab dan bahagi. Yang itu boleh diperbaiki dengan latihan.
Tetapi apabila pasukan bola sepaknya kalah, saya nampak itu peluang untuk mengajar akidah.
Memang pasukan mereka menjadi "lauk" dalam kumpulan liga. Dia tidak terlalu sedih. Dia cuma berkata, "Dah nasib mereka menang."
Saya terus membetulkan sedikit kefahamannya.
Saya kata, "Bukan sekadar 'nasib'. Rasulullah ﷺ mengajar kita supaya berkata:
وَلَكِنْ قُلْ: قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
'Tetapi katakanlah: Qadarullāhi wa mā syā'a fa‘al (Itulah ketentuan Allah, dan apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan).'
Kemudian Baginda ﷺ menyambung:
فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
"Sesungguhnya perkataan 'kalau' membuka pintu syaitan."
(Sahih Muslim, no. 2664)
Saya sambung lagi, "Kemenangan itu rezeki daripada Allah. Tetapi Allah menetapkan rezeki melalui asbab. Mereka berlatih, mereka berusaha, dan mereka menggunakan kemahiran yang Allah kurniakan. Semua itu juga termasuk dalam takdir Allah."
"Kita pula mungkin belum menang hari ini. Jadi kita terus berlatih, baiki kelemahan dan bertawakal kepada Allah. Itulah ikhtiar yang diperintahkan."
Takdir telah ditulis, tetapi Allah tetap memerintahkan kita berusaha. Bahkan usaha itu sendiri adalah sebahagian daripada takdir Allah.
Saya lebih risau jika anak salah memahami konsep rezeki dan takdir berbanding tersilap operasi matematik. Matematik boleh diajar semula. Tetapi cara melihat kehidupan melalui lensa akidah, itulah yang akan dibawa dalam setiap keputusan mereka hingga dewasa.
Anak yang faham akidah tidak akan sombong apabila menang, tidak akan putus asa apabila kalah, dan tidak akan menyalahkan "nasib". Dia akan belajar bahawa usaha adalah ibadah, manakala hasilnya adalah ketentuan Allah.
Umm Ilham
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Anak tak perlu mak ayah yang hidup untuk dunia sehingga lupa mendidiknya al-Quran dan sunnah. Anak perlu mak ayah yang kenal Allah al-Razzaq, yang faham ajal telah ditetapkan, dan seseorang tidak akan mati sebelum sampai waktunya, faham rezeki juga telah ditetapkan, dan seseorang tidak akan meninggal dunia sehingga seluruh rezeki yang Allah tetapkan untuknya telah diperoleh. Jadi fokuslah mendidik anak untuk akhirat. Baca lagi dalil dalam artikel⤵️
Rezeki dan ajal
https://almanhaj.or.id/92909-antara-ajal-dan-rezeki.html
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Assalamu'alaikum warahmatullah.
🌸Seminar Keluarga Tadabbur 4.0: Keluarga-Keluarga dalam Al-Quran
🌸26 September 2026
🌸9.30-12.30 tgh
🌸Yayasan Ta'lim TTDI KL
🖍Daftar di sini:
https://forms.gle/Z6cKWX4K3QshzGL77
✅Hubungi admin untuk sebarang pertanyaan:
https://wa.me/60194243973
Anak-anak tidak perlukan ayah yang sempurna. Mereka perlukan ayah yang 'hadir'. Ada perkara yang harta tidak mampu beli semula: zaman kecil anak-anak, zaman remaja anak. Anak-anak tidak 'sekelip mata' dewasa. Proses itu panjang dan penuh ujian. Usahakan sentiasa kita ada bersama dalam setiap langkah hidupnya. Baca lagi⤵️
Saya masih teringat satu perkongsian daripada seorang guru tadabbur. Beliau pernah mengakui dengan penuh rasa kesal bahawa ketika anak-anak masih kecil, beliau tidak banyak meluangkan masa bersama mereka kerana terlalu sibuk.
Apabila anak-anak semakin dewasa, terutama anak lelaki, beliau merasakan hubungan itu tidak serapat yang diharapkan. Sejak itu, beliau sering berpesan kepada para bapa:
"Luangkanlah masa bersama anak-anak selagi mereka masih mahu bersama kita."
Perkongsian itu membuat saya berfikir. Seseorang yang benar-benar mentadabburi al-Quran pasti akan melihat bahawa keluarga juga adalah amanah yang akan dipersoalkan.
Allah berfirman:
«"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka..."
(Surah At-Tahrim: 6)»
Menjaga keluarga bukan sekadar memberi nafkah. Ia juga bermaksud hadir bersama mereka, mendidik mereka, mendengar mereka, dan membina hubungan yang baik agar hati mereka dekat dengan ibu bapa dan lebih mudah menerima didikan agama.
Begitulah kesan tadabbur al-Quran. Seorang lelaki akan berusaha menjadi suami dan ayah yang lebih baik. Seorang wanita pula akan berusaha menjadi isteri, ibu dan anak yang lebih baik.
Muhasabah: Jangan sampai kita sibuk mengejar dunia sehingga suatu hari nanti yang tinggal hanyalah penyesalan kerana kita tidak benar-benar hadir untuk keluarga yang Allah amanahkan kepada kita.
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
"Kalau betul ibu ini zalim... doa kepada Allah." Ada seorang ibu yang, selepas berhari-hari bersabar dijerit, dibentak dan dilawan oleh anak-anaknya, akhirnya menangis. Dia tidak membalas dengan jeritan. Dia hanya berkata,
"Pergilah solat. Berdoalah kepada Allah."
"Kalau benar ibu ini seorang yang zalim, terlalu tegas dan menyakiti hati kamu, mintalah kepada Allah supaya Allah menjauhkan kamu daripada kezalimannya. Allah pasti membantu hamba yang dizalimi."
"Tetapi jika sebenarnya apa yang ibu ini lakukan hanyalah menjalankan amanah yang Allah perintahkan, walaupun kamu tidak menyukainya kerana bertentangan dengan hawa nafsu, semoga Allah membuka hati kamu untuk memahami."
"Apa yang ibu ini ajarkan bukan untuk memuaskan hati dirinya. Dia hanya sedang berusaha melaksanakan amanah yang Allah berikan."
Kemudian dia berkata,
"Selagi Allah masih memanjangkan umur ibu ini, dia akan terus bersabar sehingga Allah menentukan ajalnya. Dia tidak meminta mati kerana tidak tahan dengan ujian."
"Maksud satu hadis Rasulullah ﷺ bahawa ada orang yang apabila meninggal dunia, dia mendapat kerehatan; dan ada pula orang yang apabila meninggal dunia, manusia mendapat kerehatan daripadanya."
"Kalau benar ibu ini zalim, anak-anak akan berehat daripada kezalimannya. Tetapi kalau anak-anak yang berlaku zalim, ibu ini pula akan berehat daripada kezaliman anak-anak."
Allah Al-Hakim. Dialah yang paling mengetahui apa yang ada di dalam setiap hati.
Semoga Allah mengurniakan hidayah, taufik dan pertolongan kepada setiap ibu dan setiap anak.
"Kadang-kadang, anak hanya nampak ketegasan seorang ibu. Tetapi Allah sahaja yang tahu berapa banyak air mata yang telah gugur sebelum seorang ibu memilih untuk terus bersabar."
Menjawab persoalan di atas, sebuah hadith daripada Abu Qatadah bin Rib’I al-Ansari R.A, katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ، فَقَالَ: «مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا المُسْتَرِيحُ وَالمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: «العَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللهِ، وَالعَبْدُ الفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ العِبَادُ وَالبِلاَدُ، وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ».
Maksudnya: Bahawa suatu ketika ada jenazah yang dibawa melewati Rasulullah SAW. Lalu Baginda bersabda: “Orang yang berehat dan orang lain berehat daripadanya.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah maksud orang yang berehat dan orang lain berehat daripadanya?” Baginda menjawab, “Seorang hamba yang beriman akan berehat daripada kepenatan dunia dan kesusahannya menuju rahmat Allah SWT. Manakala hamba yang ingkar pula, yang mana orang lain, negeri, pokok-pokok dan binatang-binatang berehat daripadanya (kejahatannya).”
Riwayat al-Bukhari (6512)
https://zulkiflialbakri.com/artikel/maksud-mustarih-mstryh-dan-mustarah-minhu-mstrah-mnh
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Ironinya, ramai takut miskin sehingga sanggup mengorbankan takwa. Sedangkan takwa itulah yang Allah jadikan pintu keluar daripada kesempitan. Ada sebab mengapa Allah tidak berfirman, "Barang siapa bekerja keras, pasti Aku beri jalan keluar." Sebaliknya, Allah mengaitkannya dengan sesuatu yang lebih besar.⤵️
Pengajaran Surah At-Talaq Ayat 2–3
Allah berfirman:
«"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan Dia akan mengurniakan rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya..."
(Surah At-Talaq: 2–3)»
Paling penting kena pasak dalam hati, takwa adalah sebab datangnya pertolongan Allah. Apabila kita menjaga perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, Allah menjanjikan jalan keluar daripada setiap kesempitan. Jalan keluar itu mungkin bukan seperti yang kita rancang, tetapi ia pasti yang terbaik menurut hikmah Allah.
Kemudian, kena ingat juga rezeki bukan hanya hasil usaha, tetapi anugerah Allah.
Islam memerintahkan kita berusaha, namun ayat ini mengajar bahawa pembuka pintu rezeki yang sebenar ialah takwa. Allah mampu mendatangkan rezeki melalui jalan yang langsung tidak terlintas dalam fikiran kita.
Jaga akidah. Jangan hadkan kuasa Allah kepada sebab yang kita nampak. Kita hanya melihat pekerjaan, perniagaan atau pelanggan. Allah melihat seluruh langit dan bumi. Dia mampu membuka pintu rezeki melalui sebab yang tidak pernah kita bayangkan.
Ini selalu orang salah faham. Tawakal dalam hati. Seorang mukmin berusaha dengan bersungguh-sungguh, kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah.
Tawakal bukan meninggalkan usaha, tetapi bergantung kepada Allah, bukan kepada usaha itu sendiri.
Ini akidah penting. Allah sahaja yang benar-benar mencukupi. Harta, jawatan dan manusia boleh hilang pada bila-bila masa. Namun Allah tidak pernah mengecewakan hamba yang benar-benar bergantung kepada-Nya.
Ingat. Matlamat utama bukan sekadar kaya di dunia. Janji Allah dalam ayat ini bukan hanya tentang rezeki, tetapi tentang kehidupan yang dituntun takwa. Rezeki yang diberkati membawa kita semakin dekat kepada Allah, bukan semakin jauh daripada-Nya.
Reminder kita: Ramai orang menjadikan kerja sebagai sumber keyakinan, tetapi Al-Quran mengajar supaya menjadikan takwa sebagai sumber kekuatan. Kita diperintah mencari rezeki, namun jangan sesekali lupa bahawa yang melapangkan rezeki ialah Allah. Berusahalah seolah-olah semuanya bergantung pada usaha, tetapi bertawakallah kerana hakikatnya semuanya berada dalam ketentuan Allah.
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
#30daysbarakahproductivity
#suritadabbursuriproduktif
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Didiklah anak kerana Allah, sayangilah mereka kerana Allah, dan berkorbanlah untuk mereka kerana Allah. Jangan sampai seluruh hidup kita hanya berputar mengikut kehendak anak sehingga kita mengabaikan hak Allah.⤵️
"Jadilah hamba Allah, bukan hamba anak.
Didiklah anak kerana Allah, sayangilah mereka kerana Allah, dan berkorbanlah untuk mereka kerana Allah. Jangan sampai seluruh hidup kita hanya berputar mengikut kehendak anak sehingga kita mengabaikan hak Allah.
Apabila Allah menjadi keutamaan, kita akan lebih bijak menyayangi anak. Kerana anak ialah amanah, bukan tempat kita menggantung seluruh tujuan hidup."
كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ.
Maksudnya:
"Setiap anak yang dilahirkan dilahirkan di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi."
Hadis ini diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Al-Rum (30:30)
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًۭا ۚ فِطْرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ٣٠
(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
— Abdullah Muhammad Basmeih
https://quran.com/ms/ar-rum/30
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Bagi seorang ibu dalam keluarga, ketenangan hati bukan sekadar memberi kesan pada dirinya, tetapi turut mempengaruhi suasana rumah seluruhnya. Apabila hati dipenuhi iman, seorang ibu lebih mudah bersabar ketika mengurus anak, lebih ringan membantu ahli keluarga, dan lebih lembut dalam memberi didikan, bukan kerana pujian manusia, tetapi kerana mengharap reda Allah.
Kerana itu, sumber kekuatan seorang ibu bukan sekadar emosi yang stabil, tetapi hati yang terpaut kepada Allah, yang menjadikan setiap tugas harian sebagai ibadah, dan setiap pengorbanan sebagai jalan menuju reda-Nya.
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Apabila seorang ibu berasa penat, tertekan atau terbeban dengan urusan rumah tangga dan anak-anak, dia sememangnya memerlukan rehat dan ruang untuk memulihkan diri. Namun, tidak semua yang dinamakan healing atau self-love benar-benar membawa kebaikan.⤵️
Ada yang memilih "healing" dengan mengabaikan solat, menjauh daripada al-Quran, membuka aurat, bergaul tanpa batas syarak, atau mencari hiburan yang melalaikan dengan alasan, "Inilah cara saya mencintai diri sendiri."
Hakikatnya, itu bukan mencintai diri, tetapi memenuhi kehendak hawa nafsu.
Allah berfirman:
﴿أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُۥ هَوَىٰهُ...﴾
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya..."
(Surah Al-Jathiyah: 23)
Ayat ini mengingatkan kita agar tidak meletakkan kehendak hawa nafsu mengatasi perintah Allah.
Self-love yang sebenar ialah memilih apa yang membawa keselamatan diri di sisi Allah, walaupun kadang-kadang ia menuntut kita melawan keinginan sendiri. Mungkin ia tidak sentiasa menyenangkan perasaan, tetapi itulah yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.
Seorang ibu yang benar-benar mencintai dirinya bukan sekadar mencari ketenangan emosi untuk hari ini, tetapi berusaha menjaga iman, mencari reda Allah, dan menjadi contoh yang baik buat anak-anak. Kerana healing tanpa tauhid mungkin menenangkan emosi buat sementara, tetapi belum tentu menyelamatkan diri kita di dunia dan di akhirat.
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Korban terbesar seorang ibu bukan penatnya. Tetapi saat dia mengorbankan kehendaknya demi reda Allah.
Umm Ilham & The Loppy Family
Untuk dunia, Allah suruh kita berjalan (فَامْشُوا). Untuk akhirat, Allah suruh kita berlumba (فَاسْتَبِقُوا). Jangan sampai kita berlari mengejar kejayaan dunia anak, tetapi berjalan perlahan dalam membina hubungan mereka dengan al-Quran dan akhirat.⤵️
Al-Mulk (67:15)
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ ذَلُولًۭا فَٱمْشُوا۟ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزْقِهِۦ ۖ وَإِلَيْهِ ٱلنُّشُورُ ١٥
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
— Abdullah Muhammad Basmeih
https://quran.com/ms/al-mulk/15
Al-Maidah (5:48)
وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًۭا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلْحَقِّ ۚ لِكُلٍّۢ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةًۭ وَمِنْهَاجًۭا ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةًۭ وَٰحِدَةًۭ وَلَـٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًۭا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ ٤٨
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
— Abdullah Muhammad Basmeih
https://quran.com/ms/al-maidah/48
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Ibu, anak tidak perlukan ibu yang tidak pernah marah. Mereka perlukan ibu yang menunjukkan bagaimana seorang Mukmin mengurus emosinya. Kerana emosi itu ujian daripada Allah, tetapi cara kita bertindak ketika emosi itulah yang menjadi model kepada anak. Mungkin anak tidak akan mengingati setiap konflik yang berlaku, tetapi mereka akan sentiasa mengingati bagaimana ibu mengendalikan konflik itu.
Ramai orang keliru antara emosi dan perbuatan.
Marah itu fitrah. Sedih itu fitrah. Kecewa itu fitrah.
Tetapi bagaimana kita bertindak ketika marah, sedih atau kecewa, itulah pilihan yang akan menjadi contoh kepada anak.
Anak tak perlukan rumah yang langsung tiada konflik. Mereka perlukan mak ayah yang tahu mengurus konflik dengan taqwa.
Jangan takut anak melihat konflik. Takutlah jika mereka tidak pernah melihat bagaimana mak ayah mengawal diri, meminta maaf, memaafkan, berlapang dada dan kembali kepada Allah.
Kerana rumah yang sihat bukan rumah yang tidak pernah bergaduh, tetapi rumah yang tahu cara berdamai.
Bukan emosi yang menentukan masa depan anak. Tetapi bagaimana kita memilih untuk bertindak ketika emosi itu hadir.
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Anak tak perlukan rumah yang langsung tiada konflik. Mereka perlukan mak ayah yang tahu mengurus konflik dengan taqwa. Jangan takut anak melihat konflik, takutlah jika mereka tidak pernah melihat bagaimana mak ayah berdamai dengan sabar, berlapang dada dan kembali kepada Allah. Kerana rumah yang sihat bukan rumah yang tidak pernah bergaduh, tetapi rumah yang tahu cara berdamai.
Bukanlah maksudnya mak ayah tak boleh berkonflik langsung di depan anak.
Yang lebih penting ialah bagaimana mak ayah menguruskan konflik itu. Adakah dengan sabar, penuh taqwa, saling menghormati, berlapang dada, fokus mencari solusi dan tidak memanjangkan pergaduhan?
Anak sedang memerhati. Mereka belajar daripada apa yang mereka lihat, bukan sekadar apa yang mereka dengar. Cara mak ayah menyelesaikan konflik akan menjadi model buat mereka apabila berdepan konflik dalam kehidupan nanti.
Kalau di rumah langsung tiada konflik dan semuanya nampak sentiasa tenang, itu bukan gambaran realiti kehidupan. Apabila dewasa, mereka mungkin sukar mengurus perbezaan pendapat kerana tidak pernah melihat contoh penyelesaian konflik yang sihat.
Jadi, bukan konflik yang paling merosakkan anak, tetapi cara kita mengendalikan konflik itulah yang akan membentuk cara mereka menghadapi manusia dan kehidupan.
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Tetaplah berbuat baik kepada ibu bapa, walaupun kita mungkin kelihatan buruk di hadapan keluarga.
Dan tetaplah berbuat baik kepada anak-anak, walaupun kita mungkin menjadi "watak jahat" dalam cerita yang mereka ceritakan kepada rakan-rakan mereka.
Kerana kebaikan tidak sepatutnya bergantung kepada pujian, penghargaan atau penilaian manusia. Kebaikan seorang mukmin lahir daripada keinginan untuk mencari reda Allah.
Ada kalanya ibu bapa tidak memahami kita. Ada kalanya anak-anak pula tidak memahami mengapa kita tegas, mengapa kita melarang, mengapa kita menetapkan batas. Lalu kita menjadi watak yang tidak disenangi dalam cerita mereka.
Namun ingatlah, tugas kita bukan memastikan semua orang melihat kita sebagai orang yang baik. Tugas kita ialah terus melakukan perkara yang benar dan baik kerana Allah.
Ali Imran (3:134)
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَـٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ ١٣٤
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
— Abdullah Muhammad Basmeih
https://quran.com/ms/ali-imran/134
Maka teruslah berbuat baik. Mungkin hari ini kita disalah fahami. Mungkin hari ini kita dipandang serong. Tetapi Allah mengetahui segala pengorbanan, air mata dan niat yang tersembunyi di dalam hati.
Tidak mengapa jika kita menjadi watak buruk dalam cerita manusia, asalkan kita tidak menjadi hamba yang buruk di sisi Allah. 🌷
Wallahualam
Umm Ilham
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Tambahan:
Untuk ditonton oleh anak
Yufid Kids
https://www.youtube.com/@YufidKids
Noorani Kids Network
https://www.youtube.com/@NooraniKidsNetwork
Refer Playlist I Am The Best Muslim
https://www.youtube.com/@FreeQuranEducation
*Senarai rujukan video untuk tadabbur by Umm Ilham & The Loppy Family*
☘️ Bahasa Melayu/Indonesia (Tafsir&tadabbur ayat by ayat/ asmaul husna)
1) Ghulam al-Dakwah
https://www.youtube.com/@GhulamAlDakwah
2) Dr Firanda Andirja
https://youtube.com/@FirandaAndirjaOfficial
Bahasa Melayu/Indonesia (by topic/ bertema)
1) YufidTV
https://www.youtube.com/yufid
2) Dr Khalid Basalamah
https://youtube.com/@FirandaAndirjaOfficial
☘️ English (Tadabbur/ asmaul husna/ bertema)
1)Yaqeen Institute- Sheikh Omer Sulayman
https://www.youtube.com/@yaqeeninstituteofficial
2) Hisyam Abu Yusuf
https://www.youtube.com/@hishamabuyusuf
Alhamdulillah tadi apply WH Questions untuk anak ADHD Disleksia (lemah comprehension) saya tadabbur al-Naba' 1-5. Nak tadabbur dengan anak-anak yang tipikal/normal memang teknik ni prompt anak berfikir. kalau neurodovergent struggle sikit tapi boleh. Yes boleh. Allah mudahkan, yakin. Saya share di komen stepsnya⤵️
Cara Ajar Anak Ponder / Reflect Ayat Al-Quran 🤍
+ Pastikan anak sudah boleh membaca ayat tersebut. Kalau sudah hafal, itu satu bonus.
+ Pastikan kita sudah berkali-kali berkongsi tafsir ayat itu dengannya. Ulang selalu. Saya sendiri mengulang tafsir ayat yang sama selama hampir setahun sebelum mula ajar dia reflect.
+ Pastikan anak hafal makna/terjemahan ayat. Anak saya juga mengulang surah itu berkali-kali sebelum saya ajar dia buat refleksi.
+ Perkenalkan soalan WH (What, Why, Who, When, Where, How). Beri pilihan soalan yang boleh digunakan dan ajar dengan contoh.
+ Minta anak gunakan soalan itu untuk bertanya kepada dirinya sendiri berdasarkan ayat yang sedang dipelajari.
+ Suruh/galak anak jawab sendiri berdasarkan pemahamannya terhadap ayat tersebut.
🌷 Kalau nak anak ponder lebih mendalam, ulang semula langkah 4 dan 5 menggunakan WH Question yang berbeza. Ini membantu mereka melihat lebih banyak pengajaran daripada ayat yang sama.
Umm Ilham
Homeschool mom
The Loppy Family
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
Ramai ibu mahu mengajar anak di rumah, tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana.
Apa yang perlu diajar?
Bagaimana hendak menyusun pembelajaran?
Macam mana hendak konsisten apabila anak ada ADHD, LD atau ASD ringan?
Dan bagaimana AI boleh membantu tanpa menggantikan peranan ibu?
Semua ini akan kami kongsikan dalam Bengkel Ibu Madrasah Pertama 101.
Antara yang bakal dipelajari:
✅ Kaedah WH Questions (What? Why? How?) untuk merancang pendidikan anak dengan lebih jelas.
✅ Cara melakukan SWOT Analysis supaya ibu dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dalam mendidik anak.
✅ Template contoh yang boleh terus digunakan:
• Jadual kelas anak yang konsisten.
• Jadual R&D ibu untuk persediaan pengajaran.
• Contoh modul pembelajaran berasaskan al-Quran dan Asmaul Husna.
• Jadual pemantauan ibu.
• Jadual pemantauan penguasaan anak.
• Template DIY Activity Sheet.
• Panduan menggunakan AI sebagai alat sokongan pembelajaran.
✅ Strategi praktikal mengajar anak:
• ADHD
• Learning Disabilities (LD)
• ASD ringan
✅ Teknik mengajar yang lebih tersusun, mudah dan berkesan walaupun ibu sibuk mengurus rumah tangga.
Matlamat bengkel ini bukan untuk melahirkan ibu yang sempurna, tetapi membantu ibu membina sistem pendidikan rumah yang jelas, konsisten dan berpaksikan al-Quran serta Sunnah.
Kerana ibu adalah madrasah pertama. Apabila ibu mempunyai pelan yang jelas, insya-Allah perjalanan pendidikan anak akan menjadi lebih tenang dan atas jalan yang lurus.
#IbuMadrasahPertama #HomeEducation #TarbiahAnak #PendidikanQuranSunnah
Berminat?
Hubungi admin program: https://wa.me/601162570353
