cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

novelis

૮ ♡ new gαrden coming ! ૮ ˶• 0 •˵ ა 🧩 — α lot of novels with different genres ꤠ pfp ⨾ ꒰ @pfpcrush_bot ꒱ ꤠ kitten dαy ⨾ ꒰ 23/12/2020 ꒱

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
3 011
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪ #mpmbbab8 "Sebelum tu encik Haidar boleh saya tau nama anak encik ?" Tanya Fatin. "Nama dia Thaqif, and One more thing jangan panggil aku encik, just call me Haidar or Isyraf" kata Haidar. Fatin mengangguk. "Thaqif jom kita keluar ikut papa" Fatin mengajak Thaqif lantas anak itu memaut tangan Fatin. Haidar terkesima dengan perbuatan anaknya itu. Mereka bertiga jalan menuju ke kereta.Fatin membuka pintu hadapan lalu membantu Thaqif masuk. "Kau duduk depan jaga Thaqif" pinta Haidar. "Eh tak apalah saya duduk belakang" tolak Fatin. "Aku boss ke kau boss ?" Tanya Haidar dingin. Lantas Fatin akur dengan permintaan Haidar. Sikit sikit ugut. Di dalam kereta suasana sepi sahaja. Tiba tiba Thaqif menarik tudung Fatin. "Mama...mama" Fatin tersentak dengan panggilan itu begitu juga Haidar. "Erkk ya Thaqif kenapa ?" Thaqif menunjuk ke arah luar jendela. Dia melihat pemandangan yang sungguh indah. "Thaqif suka ke ?" Tanya Fatin. Lantas dia mengangguk laju. Tanpa sedar Haidar melukis segaris senyuman di bibirnya lalu mereka meneruskan perjalanan. Mereka tiba dia sebuah pantai. Fatin ingin mendukung Thaqif namun di halang oleh Haidar. "Tak payah biar aku dukung dia kau tak larat" kata Haidar. "Ingat saya tak larat ke" balas Fatin lalu dia mencebik. Mereka beriringan jalan ke pantai. Sudah sebuah keluarga gayanya. Sampai sahaja di pantai Haidar menurunkan Thaqif. Lantas dia berlari lari di situ. "Eh nak pergi mana Thaqif" kata Fatin. "Biarkan dia main" kata Haidar. "T-tapi" "Biarkan je duduk sini" pelawa Haidar yang duduk di bawah pokok kelapa itu. Fatin mengambil jarak antara Haidar sebelum duduk. "Kenapa Thaqif panggil saya mama tadi ?" tanya Fatin. Haidar mengeluh. "Mungkin dia rindukan mama dia" balas Haidar acuh tak acuh. "Erkk kalau saya tanya ni jangan marah" Kata Fatin lagi. "Apa dia ?" "Mama dia mana ?" Haidar tersentak dengan pertanyaan itu. Apakah dia harus menjawab atau diam sahaja. "Aku dah bercerai dengan mama Thaqif dan aku tak bagi dia jumpa dengan Thaqif" "T-tapi kenapa awak buat macam tu, tak baik pisahkan dia dengan mama dia, dia pun perlukan kasih sayang seorang ibu" kata Fatin. "Fatin kau tak faham apa yang aku rasa selama ni jadi jangan pandai pandai kau cakap macam tu, kau tak kenal aku sapa !" Kata Haidar dengan nada yang keras. Fatin tersentak dengan percakapan Haidar. Haidar yang sedar dia telah terlanjur itu lantas meminta maaf. "S-sorry aku tak patut marah kau" Haidar meminta maaf. "Ta-tak apa saya sepatutnya kena mintak maaf sebab saya tanya macam tu" kata Fatin. Haidar hanya berdiam diri sahaja. Dia masih kesal dengan perbuatan bekas isterinya kepada dia dan anaknya. "Minggu depan aku nak kau masuk kerja, nanti aku suruh amsyar hantar kau dekat rumah mama aku" kata Haidar lalu dia bangun dari duduknya. Begitu juga Fatin. "Thaqif sini" Panggil Haidar. "Aku nak kau teman aku Harini untuk jaga Thaqif" pinta Haidar. Fatin mengangguk perlahan dia hanya akur dengan permintaan Haidar. Seharian Fatin mengikut Haidar berjalan jalan di kampungnya. Selepas selesai dia menghantar Fatin pulang ke rumah. Puan Maria yang sedang menyapu sampah di luar rumah hairan melihat sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan rumahnya. "Siapa pula datang petang petang ni" ngomelnya sendiri. Fatin keluar dari kereta begitu juga Haidar dan Thaqif. "Eh lelaki mana pulak si Fatin ni bawa" kata Puan maria "Assalamualaikum umi" Fatin menyalami tangan Maria. Dia menyambut huluran salam itu. "Kamu bawa siapa ni ?" Tanya puan Maria kepada Fatin. Haidar tersenyum lalu dia meletakkan tangan di dada tanda hormat. "Assalamualaikum makcik, saya Haidar kawan Amsyar" Haidar memperkenalkan dirinya. "Oh ye ke eh jemputlah masuk dulu Amsyar ada dekat dalam" jemput puan Maria ramah. Haidar dan Fatin beriringan masuk ke dalam rumah. "Wah lama kau bawa adik aku berjalan" tegur amsyar lalu dia bersalaman dengan Haidar. "Aku ingat nak bawa balik KL dah tadi" sindir Haidar. Amsyar tergelak kecil. "Duduk lah dulu" Fatin berjalan meninggalkan mereka dan masuk ke dalam biliknya.
Show all...
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪ #mpmbbab7 Ruang di dalam kereta sunyi sepi. Hanya kedengaran suara di corong radio. Tiba tiba Fatin membuka bicara. "Abang sebenarnya adik nak cari kerja" kata Fatin. Amsyar lantas memandang adiknya sekilas. "Serius lah adik abang nak cari kerja, wahh" balas Amsyar. Fatin buat muka meluat. "Iyaa and adik ingat adik nak kerja dekat b-bandar" kata Fatin lagi. Kali ini amsyar betul betul tidak percaya. Biar betul adiknya ini. "Engkau biar betul dik" tanya Amsyar untuk kepastian. "Ya Allah betul takkan adik nak tipu" "Kau nak kerja apa dekat bandar ?" Tanya Amsyar lagi. "Apa apa je janji kerja halal" jawab Fatin. Amsyar hanya berdiam diri. Dia agak khawatir dengan keputusan Fatin. Setelah beberapa minit mereka sampai di sebuah restoran mewah. "Kita makan dekat sini ke ?" Tanya Fatin. Amsyar mengangguk lalu mereka berdua beriringan masuk ke dalam. Fatin tidak biasa dengan suasana seperti ini. "Haidar" panggil amsyar dari jauh. Lantas Fatin melihat lelaki yang di panggil oleh abangnya itu. Alangkah terkejutnya bila dia melihat imej seorang lelaki itu. "what takkan mamat ni kawan abang" desisnya dalam hati. Amsyar bersalam dengan Haidar. "Haidar kenalkan ni adik aku Fatin, Fatin ni kawan abang Haidar" Amsyar memperkenalkan Haidar kepada Fatin. Haidar hanya beriak biasa begitu juga Fatin. "Duduk lah" kata Haidar. Fatin duduk bersebelahan dengan seorang kanak kanak lelaki. Dia melambaikan tangan kepada kanak kanak itu. Kanak kanak itu turut menyambut lambaian ya. Haidar terkesima. Dia kenal anaknya itu, anaknya seorang yang selalu nakal ketika jumpa orang asing, namun tidak ketika bertemu dengan gadis ini. Sepertinya gadis ini ada sesuatu yang menarik minat anaknya. "Aku rasa aku memang kena cari Babysitter untuk anak aku" kata Haidar. Seketika Fatin terkejut. What anak dia?. "Aku dah cakap, kau je yang tak nak, alang alang kau dah cakap macam tu, adik aku ni tengah cari kerja, aku rasa dia boleh jaga anak kau sebab adik aku ni pun dulu pernah kerja dekat tadika" pelawa Amsyar. Fatin dia mengangkat kepalanya apabila namanya di sebut. Haidar memandang Fatin dengan pandangan yang sinis. Perempuan ni nak jaga anak aku ? Bawa motor pun sampai nak langgar aku. "Kalau kau nak tau, 'adik' kau ni lah yang langgar aku semalam" kata Haidar. Amsyar yang sedang minum air itu tersedak. "Betul ke Fatin ?". Fatin diam tak terkata. "Dia yang bawa kereta tak tengok kiri kanan, bukan salah adik" bantah Fatin. Kita kaum perempuan tak boleh kalah. Haidar mengurangkan biji mata. "Kau yang tak reti bawa motor lepas tu kau salah kan aku" mereka berdua sudah bertikam lidah. Amsyar yang naik serabut itu lantas memberhentikan pertengkaran itu. "Dah cukup, Haidar kita dekat public kan malu sikit dekat orang" kata Amsyar. Lantas mereka berdua diam. "Aku taknak adik aku kerja jauh dari aku, atleast kalau dia kerja dengan kau aku boleh tengok tengokkan dia" saran Amsyar. Haidar diam sejenak. Dia memandang anaknya itu. "Okey boleh, tapi aku nak dia buktikan yang dia boleh jaga anak aku dalam masa sebulan, kalau dia tak boleh aku akan buang dia kerja" kata Haidar. Amsyar terkejut dengan keputusan Haidar. Hadui Haidar Haidar. "Kau faham faham lah anak aku macam mana" kata Haidar. Amsyar mengangguk. Ya anak kepada si Haidar ini memang seorang yang nakal dan ganas. Fatin diam tidak terkata. Biar betul aku kena jaga anak dia ni. Mereka menjamu selera. Selepas makan amsyar meminta diri untuk pulang. "Am aku nak pinjam adik kau boleh ?" Kata Haidar sambil dia memandang Fatin. Fatin tergamam "Pahal mamat ni nak pinjam pinjam aku pulak, fikir aku barang ke" katanya dalam hati. Amsyar tersenyum. "Boleh ambik lah, tapi jangan lupa hantar dia sebelum maghrib" amsyar memberi izin kepada Haidar. Dia mempercayai Haidar. Haidar mengangguk. "Hati hari dengar cakap dia jangan melawan, hormat dia macam kau hormat abang" pesan Amsyar. Fatin hanya mengangguk sahaja. "Your job starts now" kata Haidar.
Show all...
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪ #mpmbbab6 "Assalamualaikum Abah esok Along gerak balik kampung" kata Amsyar di talian. "Waalaikumussalam awalnya balik kata Jumaat baru kamu balik" balas Encik Sufian. "Along dapat cuti awal tu yang ingat nak balik terus, lagipun kawan Along ada yang kat sini, jadi Along ingat nak bawa dia jalan jalan sekali" terang Amsyar. "Iyalah hati hati balik esok" kata Encik Sufian. "Baik abah, Along tutup dulu assalamualaikum" "Waalaikumussalam" jawab encik Sufian "Kenapa abah ?" Tanya Fatin yang baru tiba dia ruang tamu sambil menatang secawan kopi untuk diberikan kepada abahnya. "Along call abah, dia kata esok dia balik" kata Encik Sufian lalu dia mencapai cawan tersebut dan menghirupnya perlahan Lahan. "Wahh Along balik esok lah Nuh" kata Fatin teruja. "Haah" Fatin diam sejenak lalu dia tersenyum. "Abah Fatin naik bilik dulu ya" izin Fatin. "Pergilah". Segera Fatin meninggalkan abah bersendirian di ruang tamu lalu naik ke biliknya. Dia duduk di birai katil sambil termenung keluar jendela. Cahaya bulan malam menemaninya. "Kalau Along dah balik, maknanya bolehlah aku ikut Along kerja dekat bandar kan" ngomelnya sendirian. Fatin berbaring di atas katilnya lalu tertidur disitu. Keesokan harinya... Bunyi kicauan burung di luar menyedarkan Haidar dari tidurnya. Dia bangun lalu duduk di birai katil sebentar. Dia memandang wajah anaknya yang sedang tidur lalu diusap kepalanya serta mencium dahi anaknya. Dia bangun lalu mencapai tuala dan segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Selesai mandi dia mengejutkan anaknya. "Thaqif wake up" kata Haidar. Thaqif hanya menggeliat dengan mata yang tertutup. Haidar tersenyum melihat anaknya berkelakukan seperti itu. "Thaqif bangun, kejap lagi kita nak keluar breakfast" kejut Haidar sekali lagi. Kalini Thaqif telah terjaga dari tidurnya, lantas dia duduk menghadap Haidar. "good morning dear, let's take a shower and then we'll go out for a walk okey" kata Haidar lalu mencium pipi anaknya. Dia mendukung Thaqif masuk ke dalam bilik air lalu mandikan anaknya itu. Selesai menyiapkan Thaqif, Haidar berjalan keluar dari chalet itu. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mencari nama Amsyar untuk di hubungi. "Hello ha kenapa ?" Kata Amsyar di hujung talian. "Kau dah sampai kampung ke ?" Tanya Haidar. "Lagi 10 minit aku sampai kenapa ?" "Aku nak ajak kau breakfast sekali ni" kata Haidar. "Boleh je tapi kau kena tunggu aku dulu, aku nak bilik rumah jumpa umi dengan abah aku dulu" jelas amsyar. "Boleh, nanti aku share location nak breakfast kat mana" kata Haidar. "Oritee siap boss" kata Amsyar lalu menamatkan panggilan. Haidar masuk ke dalam kereta lalu menuju ke sebuah Restoran berdekatan. Amsyar pov "Assalamualaikum Abah, umi Along dah sampai" amsyar memberi salam dari luar rumah. "Waalaikumussalam" jawab encik Sufian lalu amsyar bersalam dengan encik Sufian. "Adik, angah , umi mana ?" Tanya Amsyar. "Angah ikut mak kamu ke pekan cari barang, Fatin ada dekat bilik dia" kata Encik Sufian. Amsyar mengangguk lalu dia masuk ke dalam biliknya. Selepas meletakkan barang barang di biliknya dia menuju ke bilik adiknya. "Oi abang balik pun kau tak perasan eh" terjah Amsyar. "Oh mak ko pocot terpelanting" latah Fatin yang sedang duduk di meja belajarnya. "Abang !" Lantas Fatin memeluk abangnya. "Sihat tak ?" Tanya Amsyar. "Sihat, abang sihat ke ?" "Alhamdulillah, eh dik kau sorang je kan dekat rumah, teman abang jumpa kawan abang jom" ajak Amsyar. "Lelaki ke perempuan ?" Tanya Fatin. "Lelaki" "Malas lah lelaki" kata Fatin. "Alah jom lah Fatin teman abang" rayu amsyar. Akhirnya dia akur dengan permintaan abangnya. "Adik siap kejap" pinta Fatin "Baik abang tunggu dekat kereta, jangan lama sangat" Dia mencapai sehelai tudung bawal berwarna putih lalu dia mengenakannya dengan blouse berwarna cream. Dia mencapai stokin dan beg tangannya lalu berjalan keluar dari biliknya. "Nak kemana ?" Tanya encik Sufian. "Abang ajak keluar" kata Fatin. Encik Sufian mengangguk lalu memandang kepergian anaknya itu
Show all...
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪ #mpmbbab5 Bunyi azan zohor yang berkumandangan membangun Fatin dari tidurnya. Dia berjalan ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai mengambil wuduk dia bersiap untuk menunaikan solat zohor. Selesai melaksanakan kewajibannya, dia mencapai sehelai tudung bawal berwarna hitam lalu turun ke bawah dan berjalan ke arah luar rumahnya. "Umi orang nak keluar sekejap" kata Fatin. "Nak kemana ?" "Pusing pusing kampung" kata Fatin. "Jangan balik lambat sangat" kata Puan Maria. Fatin mengangguk lalu dia berjalan ke arah motorsikal di bawah rumahnya. Dia menghidupkan enjin motorsikal itu lalu pergi meninggalkan halaman rumah. Sedang dia menikmati permandangan di kampung itu, tiba tiba sebuah kereta keluar dari simpang lalu melanggar Fatin. "Arghhh" jerit fatin lalu terjatuh di tepi jalan. "Aduhh" Fatin mengaduh. "Woi kau buta ke" kata pemuda itu. Lantas Fatin mengangkat muka. "Hello, siapa yang buta, awak ke saya, dah lah nak belok tak bagi signal lepastu salahkan orang lain" Bidas Fatin. "Ah lantak lah, lain kali bawa motor tu pakai mata bukan pakai lutut" kata pemuda itu lagi. "Encik ada nampak ke mata saya kat lutut tak ada kan, suka suka je" cebik Fatin. Malas dia ingin melayan Fatin lalu dia mengeluarkan 3 keping Not 100 lalu menghulurkan kepada Fatin. "Kau ambik duit ni, lepastu kau pergi ubat apa yang jadi dekat kau, dah bla" kata lelaki itu lalu dia masuk ke kereta semula lalu meninggalkan Fatin. Fatin terkedu. "Eihh dasar mamat sombong, masuk kampung bawak perangai bandar tu" protes Fatin. Dia kembali ke rumah nya, tidak ada mood untuk berjalan lagi selepas dia sudah dilanggar oleh 'mamat kerek' itu. "Orang dah balik" kata Fatin lemah. "Aik sekejap je ke ?" Tanya Puan Maria. "Tak ada mood lah, umi nak tau tak, tadi ada orang langgar Fatin" Fatin mengadu kepada puan Maria. "Ya Allah kamu ada cedera apa apa tak, tulah Umi dah pesan bawa motor tu hati hati" langsung Puan Maria berjalan ke arah anak perempuannya itu untuk cek keadaan Fatin. "Okey je umi tak ada calar pun, cuma sakit sikit tangan ni" Fatin cuba menenangkan keadaan Uminya. Puan Maria menggeleng sahaja. "Dah pergi naik atas mandi, lepastu kejutkan sekali akak kamu tu, anak dara tidur petang" bebel Puan Maria. Fatin mengangguk lalu dia naik ke atas. "NAJWA SOFEA BINTI AHMAD SUFIAN BANGUN DAH ASAR !" jerit fatin cuba mengejutkan kalanya yang sedang tidur di ruang tamu itu. Lantas Najwa bangun. "Kau kalau tak kejut elok elok tak boleh eh" kata Najwa dalam keadaan mamai. "Tak boleh sebab kau kalau dah tidur, tidur mati. Mana reti nak bangun" kata Fatin, dia menjeling Najwa lalu melangkah meninggalkan kakaknya. (Haidar pov) "Tak guna punya perempuan, aku fikir datang sini boleh tenangkan fikiran" bebel Haidar sendiri di dalam kereta. Dia menghentak stereng keretanya. Dia meneruskan perjalanan sehingga menuju ke sebuah pantai. Setelah tiba disitu, dia mengejutkan anaknya. "Thaqif bangun sayang, kita dah sampai" kejut Haidar. Thaqif yang masih mamai di angkat oleh Haidar keluar dari kereta. Mereka berpimpin tangan ke arah pantai itu. Terlihat ramai orang sedang bersantai di pantai itu. "Papa, aqif apar" kata Thaqif. "Jom kita cari makanan" kata Haidar lalu dia menggendong anaknya. Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama 'Amsyar' disitu. "Ha kenapa ?" Tanya Haidar setelah mengangkat panggilan itu. "Woo lek lek, nak tanya, kau dah sampai dekat kampung aku ke ?" Tanya Amsyar. "Dah baru je kenapa ?" Tanya Haidar lagi. "Tak ada saja nak memastikan kau jumpa kampung aku tu je" kata Amsyar. "Jumpa. Aku nak bawa anak aku pergi makan dulu ni, nanti apa apa kau whatsapp je aku" kata Haidar. "Okey okey enjoy your holidays" "Kau bila balik sini am ?" "InshaAllah esok, okey lah enjoy your holidays" ucap amsyar lalu menamatkan panggilan. Lalu dia menyambung misinya untuk mencari makanan. Mereka berhenti di sebuah gerai keropok lekor. Selesai membeli dia memberikannya kepada Haidar.
Show all...
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪ #mpmbbab4 "Best tak belajar dekat bandar ?" Tanya Fatin. "Best gila weh, kau tak nak sambung belajar ke ? Sia sia lah 11 A+ kau tu kalau tak sambung belajar" kata Isya. Dia mengangumi rakan baiknya itu. Sudahlah cantik pandai pula. Fatin mengeluh. "Macam kau tak kenal Abah aku tu" kata Fatin hampa. Isya mengangguk. Dia mengenali sikap Encik Sufian yang tidak membenarkan anak perempuan untuk menyambung pelajaran. Cermerlang bagaimana pun keputusan anaknya dia tidak akan membenarkan dengan alasan 'alah anak dara belajar tinggi tinggi ke dapur juga nanti'. "Aku cadangkan aku nak kerja dekat bandar, nanti dah ada duit poket aku nak sambung belajar" kata Fatin. Isya membutang kan matanya. "Serius lah kau nak cari kerja dekat bandar ? Abah kau kasi ke ?" Tanya Isya. "Abah aku kasi tapi kena tunggu abang long aku balik dulu, baru aku boleh ikut dia ke bandar" kata Fatin. "Bila abang long kau balik ?" "Minggu depan mungkin" kata Fatin "Assalammualaikum" percakapan mereka berdua terhenti selepas mendengar orang memberi salam "Waalaikumussalam, lambat umi balik ?" Sambut Fatin "Biasalah kalau dah jumpa makcik Hajar tu, semua cerita dia nak buka, kalau umi melayan gamaknya kamu tak makan tengah hari lah" kata Puan Maria. "Assalamualaikum makcik" tegur Isya lalu dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Puan Maria. "Eh Isya ! Mintak maaf ye nak makcik baru perasan kamu" kata Puan Maria lalu menyambut huluran tangan itu. "Eh tak apa makcik, saya singgah pun sekejap je nak tengok si Fatin ni" kata Isya. "Ha ye lah, Fatin kamu borak dulu dengan Isya. umi nak ke dapur" kata Puan Maria. Fatin hanya mengangguk. "Kau ingat lagi tak Hazim ?" Tanya Isya. "Hazim Hakim ?" Tanya Fatin kembali "Haah" "Budak skema kelas sains tu, ha kenapa ?". "Dia satu universiti dengan aku, by the wat dia tak skema dah weh hensem nok dia" puji Isya. Fatin hanya membuat riak biasa sahaja. Lelaki yang pernah mengoratnya pada zaman sekolah dulu, walaupun sudah ditolak beberapa kali, namun dia masih berusaha mendapatkan dirinya. "Eh Fatin aku nak kena gerak balik ni, kang nanti mak aku bising pulak merayap je" kata Isya. Fatin bingkas bangun lalu bersalam dengan Isya. "Nanti free free lagi datanglah sini lagi, aku bosanlah" kata Fatin. "Yelah Fatin, okey okey aku gerak dulu byee" Isya melambaikan tangan kepada Fatin lalu dia berlalu meninggalkan perkarangan rumah Fatin. Fatin menutup pintu utama lalu berjalan ke dapur. "Dah balik dah Isya ?" Tanya Puan Maria. "Dah umi" "Kak ngah kamu mana ?" "Dalam bilik" kata Fatin. Puan Maria menyambung kerjanya kembali. Fatin membantu umumnya di dapur. "Siapa datang tadi umi ?" Tanya Najwa. "Isya" balas Fatin. "Oh kenapa dia datang ?" "Saja nak jumpa adik, rindu katanya". "Minggu depan abang long balik kan umi ?" Tanya Fatin. "Haah kenapa ?" "Ermm sebenarnya macam ni, Fatin ingat Fatin nak ikut abang long pergi KL" Puan Maria dan Najwa memandang Fatin serentak. "Biar betul kau ni dik, kau pergi nak sana buat apa, nanti nak duduk mana, siapa nak tanggung makan minum kau" kata Najwa. "Alah adik nak pergi sana sebab nak cari kerja lah, nak sambung belajar abah tak bagi" protes Fatin. "Dekat kampung ni dah tak ada kerja langsung ke sampai nak pergi KL sana tu" sindir puan Maria. Fatin mengeluh. "Bolehlah umi please, kalini je umi" rayu Fatin. Najwa dan Puan Maria saling berpandangan. "Kamu tanya abah lah nanti, kalau abah bagi baru umi bagi" kata Puan Maria. Fatin mengangguk lalu dia berjalan masuk ke dalam biliknya. "Aku akan keluar dari kampung ni dan cari kerja dekat bandar nanti" dia mengomel seorang diri.
Show all...
sorry sbb is busy sngt dngn asrama skrng 😔 is balik pun kdng ii sebulan sekali , so memang tak sempat nak handle 😔 skrng plak is ada problem sikit , is tngh cri org yg boleh dptkan ig lama is 😭😭 so for those yg tau cara ataupun boleh tolong is dptkan ig yg is tak ingat pass , num fon dh tukar pastuu email pun tak ingat 😭😭 hope ada org yg boleh tolong 😭😭 just pm is @simp4mieyy
Show all...
sini tap baca cerita yg dh complete yg ongoing tu best jugaa💐
Show all...
10 orang lagi hijrah sini join @pendosatojannah 🧤👑
Show all...
need recommended wattpad malaysia ? here @wattpadmalaysiaa 𔔀 ⛲ ˒ ݉
Show all...
10 orang need icon and wallpaper join @pixirezewallpaper 🦖
Show all...