PIBG SMKBSD1 2026/27
Open in Telegram
1 243
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-2230 days
Posts Archive
1 243
TAHNIAH & TERIMA KASIH KEPADA KELAS-KELAS YANG TELAH MENYELESAIKAN SUMBANGAN PENUH PIBG!
Pencapaian ini bukan sekadar tentang jumlah sumbangan, tetapi tentang kesedaran, tanggungjawab dan keinginan kita untuk bersama-sama membina persekitaran pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak.
Kepada ibu bapa yang telah menyelesaikan sumbangan, terima kasih kerana memilih untuk bersama-sama membantu.
Anda telah membuktikan bahawa apabila kita bergerak bersama, lebih banyak yang mampu PIBG lakukan untuk anak-anak kita.
Kepada yang masih belum menyelesaikannya, marilah kita sama-sama usahakan sehingga selesai.
Sumbangan PIBG bukanlah satu kewajipan, tetapi ia adalah tanda sokongan dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa terhadap sekolah dan masa depan anak-anak.
Jangan kita melihatnya sebagai “perlu bayar”, tetapi lihatlah sebagai:
“Apa yang mampu kita bantu supaya anak-anak kita mendapat lebih banyak?”
Setiap sumbangan, kecil atau besar, apabila dikumpulkan bersama akan menjadi kekuatan besar untuk PIBG membantu sekolah, guru dan anak-anak kita.
Ayuh, kita lengkapkan sumbangan ini bersama-sama.
Bukan kerana diwajibkan, tetapi kerana kita mahu mengambil tanggungjawab dan memberi yang terbaik untuk anak-anak kita.
**BERSAMA KITA BANTU PIBG.
BERSAMA KITA BANTU SEKOLAH.
BERSAMA KITA BINA MASA DEPAN ANAK-ANAK.**
1 243
Salam sejahtera kepada semua ibu bapa SMK Bandar Sri Damansara 1 serta seluruh warga SMK BSD1.
Sekali lagi, saya ingin mengingatkan dan memohon kerjasama daripada ibu bapa yang masih belum membuat pembayaran sumbangan PIBG agar dapat menyelesaikannya secepat mungkin.
Sehingga kini, kita masih mempunyai jumlah ibu bapa yang agak ramai yang belum membuat pembayaran. Keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan pihak PIBG untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang berkait rapat dengan kebajikan serta kepentingan anak-anak kita.
Sebagai contoh, pada masa ini pihak PIBG sedang berdepan kekurangan dana untuk melaksanakan Program Pecutan SPM. Memandangkan peperiksaan SPM semakin hampir pada bulan November, program ini amat penting untuk membantu persediaan anak-anak kita. Walaupun begitu, pihak PIBG tetap perlu mencari jalan untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan.
Untuk makluman semua, pihak PIBG telah berusaha sedaya upaya melaksanakan pelbagai perkara untuk kepentingan murid-murid dan sekolah. Namun, tanpa sokongan kewangan yang mencukupi daripada ibu bapa, banyak perancangan dan program yang sepatutnya dapat dilaksanakan mungkin terpaksa ditangguhkan atau dikurangkan.
Pada masa ini, kadar pembayaran PIBG masih sekitar 70% sahaja, dan masih ramai ibu bapa yang belum membuat bayaran. Sekiranya keadaan ini berterusan, ia akan menjadi semakin sukar untuk pihak PIBG dan sekolah melaksanakan program-program yang telah dirancang.
Jadi, saya sangat-sangat memohon jasa baik dan kerjasama semua ibu bapa. Tolonglah laksanakan pembayaran PIBG sebelum atau secepat mungkin. Setiap sumbangan yang diberikan akan kembali kepada anak-anak kita dalam bentuk program, kemudahan, kebajikan dan sokongan pendidikan mereka.
Sekiranya ada ibu bapa yang benar-benar menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membuat pembayaran, jangan segan untuk berjumpa atau berhubung dengan pihak PIBG. Kita boleh berbincang dan mencari jalan penyelesaian bersama.
Ini bukan sekadar soal pembayaran, tetapi soal usaha kita bersama untuk memastikan anak-anak kita mendapat sokongan dan kemudahan yang terbaik.
Saya berharap semua ibu bapa dapat memahami keadaan ini dan memberikan kerjasama sepenuhnya.
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua. Semoga usaha kita bersama dapat memberi manfaat kepada anak-anak SMK BSD1. 🙏
Jk SMK BSD 1
1 243
Salam Malaysia Madani
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Tahniah diucapkan kepada *SMK Bandar Sri Damansara 1* mendapat 🥈Naib Johan dalam
Pertandingan Petah KPM Bicara Berirama peringkat Negeri Selangor 2026.
Terima kasih kepada semua yang terlibat🌹
Syabas dan tahniah!
1 243
Terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang telah membuat sumbangan PIBG bagi sesi 2026/2027
Sumbangan tuan/puan amat kami hargai dan menjadi nadi atas segala usaha kami demi kebaikan anak-anak kita bersama.
Sebagai wakil ibu bapa yang diberi amanah, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita bukan sahaja dalam aspek akademik, tetapi juga aspek sukan, kebajikan, dan keselesaan mereka sepanjang berada di sekolah.
Antara keperluan yang telah dan akan terus kami usahakan melalui sumbangan PIBG termasuklah:
1. Penyediaan modul mata pelajaran.
2. Penyelenggaraan kipas di dalam kelas dan dewan.
3. Penambahbaikan kemudahan tandas.
4. Pembaikan kerosakan kecil di sekolah.
5. Penyediaan kemudahan lain yang diperlukan pelajar.
Semuanya bertujuan agar anak-anak kita belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa.
Sokongan dan sumbangan daripada tuan/puan amat kami perlukan untuk meneruskan usaha ini. Bantulah kami, agar kami dapat terus membantu anak-anak kita.
Antara manfaat hasil sumbangan PIBG:
1. Pelajar cemerlang SPM akan menerima token penghargaan dalam bentuk kewangan.
2. Penghargaan untuk pencapaian akademik sepanjang tahun.
3. Sambutan dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam sukan melalui Hari Kecemerlangan HEM dan KOKO.
Kami komited memastikan keseimbangan dalam memenuhi keperluan pelajar dari pelbagai aspek.
Kami hanyalah pemegang amanah kepada dana sumbangan yang tuan/puan salurkan, dan kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kepercayaan itu.
Sumbangan tuan/puan adalah pelaburan untuk masa depan anak-anak kita.
Marilah kita sama-sama menyokong dan menjayakan usaha ini.
Terima kasih,
PIBG 2026/2027
1 243
Selamat berhujung minggu buat semua.
Berhentilah seketika daripada mengejar apa yang tidak pernah habis.
Kerana urusan kerja akan sentiasa menunggu, tetapi waktu bersama keluarga dan insan tersayang tidak akan berulang dengan cara yang sama.
Hari ini, izinkan diri untuk berehat.
Letakkan seketika segala beban kerja, lepaskan apa yang berat di fikiran dan berikan ruang untuk hati bernafas.
Pergilah mencari ketenangan.
Luangkan masa bersama keluarga.
Nikmati secawan kopi, sebuah perbualan, gelak tawa anak-anak atau sekadar duduk diam menikmati hari tanpa memikirkan apa yang belum selesai.
🌸 Kita juga manusia. Kita perlu berhenti, bukan kerana mengalah, tetapi kerana kita mahu terus kuat.
Semoga hujung minggu ini menjadi ruang untuk kita mengumpul kembali tenaga, menenangkan hati dan menyembuhkan penat yang mungkin tidak terucap.
*Recharge hati. Tenangkan jiwa. Hargai keluarga.*
Dan apabila esok tiba, semoga kita kembali melangkah dengan hati yang lebih lapang, fikiran yang lebih tenang dan semangat yang baharu.
Saya sayang cikgu-cikgu saya.
Ikhlas daripada
PIBG
1 243
Tahniah Anak-anak dan ibu bapa SMKBSD1!
Terima kasih atas sumbangan PIBG yang telah disempurnakan. Keprihatinan anda mencerminkan rasa tanggungjawab bersama dalam menyokong pembangunan akademik, kokurikulum, sukan, sahsiah serta kebajikan seluruh warga sekolah.
Bersama menyumbang, bersama mencipta kecemerlangan.
Buat yang belum menyumbang kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda untuk keperluan anak-anak kita bersama. Terima kasih sekali lagi.
1 243
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
*Selamat pagi ibu ayah hebat SMK Bandar Sri Damansara 1.*
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita pada hari ini dalam mencari rezeki yang halal, mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya serta menguruskan kehidupan keluarga dengan penuh keberkatan.
Marilah kita merancang setiap langkah dengan sebaiknya, sentiasa bersangka baik, menjauhi sifat hasad dengki dan iri hati, serta mendoakan yang terbaik buat semua.
Sesungguhnya doa yang baik untuk orang lain akan kembali kepada diri kita dengan kebaikan yang tidak disangka-sangka.
Semoga hari ini dipenuhi ketenangan, kesihatan, rezeki yang melimpah dan keberkatan buat kita semua.
Selamat menjalani tugas dan semoga segala urusan dipermudahkan. Aamiin
