en
Feedback
Nota Redza Zainol

Nota Redza Zainol

Open in Telegram

Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Nota Redza Zainol

Channel Nota Redza Zainol (@notaredzazainol) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 135 830 subscribers, ranking 52 in the Family & Children category and 169 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 135 830 subscribers.

According to the latest data from 18 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -1 028 over the last 30 days and by -24 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 8.00%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects N/A% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 0 views. Within the first day, a publication typically gains 0 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œIlmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 19 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

135 830
Subscribers
-2424 hours
-2347 days
-1 02830 days
Posts Archive
Seminar lusa ya (24 Mei). Malam ni last daftar. Ada rakaman juga disediakan in case tak dapat join secara LIVE. Daftar lekas
Seminar lusa ya (24 Mei). Malam ni last daftar. Ada rakaman juga disediakan in case tak dapat join secara LIVE. Daftar lekas sini : πŸ‘‰πŸ» https://akhifairuz.onpay.my/order/form/soaf2026p1v2/241

πŸ˜₯ Semasa raya barulah mak ayah mula perasan… β€œKenapa anak aku tak macam budak lain?” Ini antara yang selalu mak ayah perasan: πŸ“ Sepupu dah petah bercakap, tapi anak masih sebut sepatah dua atau tak panggil ibu/ayah. πŸ“ Nak sesuatu tapi anak tak sebut. Hanya tarik tangan kita. πŸ“ Tak ada respon bila nama sendiri dipanggil. πŸ“ Budak lain dah pandai makan sendiri, susun blok, tapi anak kita masih β€œstruggle”. πŸ“ Anak lain bermain bersama tapi anak kita hanya main seorang diri dan kurang β€œeye contact”. Raya bukan tempat untuk membanding-bandingkan, tapi peluang untuk β€œdetect” awal. #NotaRedzaZainol #didikanak

πŸ₯° Ajarkan 4 adab ini kepada anak sebelum pergi beraya. πŸ“ Tak boleh masuk bilik tuan rumah sesuka hati. πŸ“ Tak boleh merosakkan harta benda tuan rumah. πŸ“ Tak boleh mengambil barang orang lain tanpa izin. πŸ“ Tak membuka sampul raya di depan tuan rumah. #NotaRedzaZainol #didikanak

😊 3 perkara yang kita tak perlu buat kepada bayi semasa musim Raya. πŸ“ Jangan suap makanan pada bayi tanpa izin mak ayahnya. πŸ“ Jangan gomol atau cium bayi. Imuniti bayi ni masih lemah dan mudah dapat jangkitan daripada orang lain. πŸ“ Jangan membanding-bandingkan atau beri komen negatif tentang rupa paras bayi. Jaga adab, pasti semua orang beraya dengan gembira. #NotaRedzaZainol #didikanak

πŸ₯° Teringin nak anak membesar dengan β€œGrowth Mindset”? β€œDon’t let anyone tell you that you can’t. Not even me.” β€’ Bila anak melukis, jangan cepat kata buruk. β€’ Bila anak nak cuba perkara yang baru, jangan cepat kata susah. β€’ Bila anak gagal, jangan cepat kata β€œKan dah cakap”. πŸ“ Bila anak selalu dengar ayat negatif, perlahan-lahan otak mereka belajar 1 perkara: β€œAku tak boleh.” πŸ“ Sebab itu antara mindset penting yang mak ayah perlu tanam sejak kecil ialah anak mesti berani mencuba. πŸ“ Kalau gagal, latih anak untuk fikir begini: β€œAku belum pandai lagi.” β€œAku boleh belajar.” β€œAku boleh cuba lagi.” πŸ“ Inilah growth mindset. πŸ“ Anak mungkin jatuh banyak kali tapi dia tak akan berhenti. πŸ“ Kerana dalam kepalanya sentiasa ada satu suara kecil yang berkata: β€œAku mungkin belum boleh sekarang… tapi aku boleh belajar.” #NotaRedzaZainol #didikanak

πŸ₯° Nak anak belajar skil penting sebelum usia 18 tahun? 1️⃣ Kemahiran bercakap. β€’ Belajar bercakap dengan tersusun, lancar dan yakin. β€’ Ini skil penting dalam apa juga kerjaya. 2️⃣ Berlatih untuk menjadi berani. β€’ berani bergaul terutama dengan orang yang lebih berjaya. β€’ berani bertanya. β€’ berani buat keputusan. 3️⃣ Berlatih kecerdasan emosi β€’ bersabar dan tak cepat marah. β€’ mudah memuji dan berfikir dulu sebelum mengkritik. Banyak lagi kemahiran yang penting, tapi ini saja yang saya kongsikan dulu. #NotaRedzaZainol #didikanak

πŸ₯΅ Risau anak menjadi kasar? πŸ‘‰πŸ» Elak buat 3 perkara ini: πŸ“ Jangan terlampau marah, terlampau menjerit ketika marah anak. πŸ“ Kerap mengugut anak dan menakut-nakutkan anak. πŸ“ Terlalu berkeras dengan anak. Jika anak meminta sesuatu dengan baik, sekali sekala kita boleh benarkan selagi tak membawa mudarat. Anak yang dah mula menjadi kasar, susah untuk diundur semula. #NotaRedzaZainol #didikanak

πŸ₯΅ Anak yang selalu β€˜Freeze’ membesar dengan: πŸ“ kurang keyakinan diri πŸ“ sukar meluah perasaan πŸ“ mudah rasa tertekan πŸ“ rasa tak selamat dalam hubungan Ya, anak wajib ditegur jika ada perbuatannya yang salah. Pada masa yang sama, beri ruang selamat supaya anak rasa didengari dan boleh bersuara. Emosi yang dilayan akan sembuh. Emosi yang dipendam bakal meletup, sama ada cepat atau lambat. #NotaRedzaZainol #didikanak

πŸ₯΅ Antara Fight, Flight dan Freeze, yang mana paling bahaya? πŸ‘‰πŸ» Ketika kita marah anak, boleh lihat ada 3 jenis reaksi ini. πŸ“ Fight - dia melawan, membentak, mengamuk, protes. πŸ“ Flight - dia merajuk, lari, menyorok, menangis. πŸ“ Freeze - dia kaku, ketakutan, emosi dipendam, takut bersuara. β€˜Freeze’ adalah jenis paling berisiko kerana emosi tidak keluar, hanya terkumpul di dalam. Saya sambung lagi minggu depan ya. #NotaRedzaZainol #DidikAnak

πŸ‘ΆπŸ» Bayi bawah usia 2 tahun meragam sebab selsema dan hidung tersumbat?   ❌ Jangan sedut hingus dari hidung bayi menggunakan mulut secara terus. - Ibu ayah berisiko dijangkiti dan jatuh sakit. πŸ‘‰πŸ» Ibu ayah boleh cuba 2 cara ini: 1. Guna nasal spray seperti Sterimar. Contohnya: https://vt.tiktok.com/ZSHoG6pSSQULF-E5Klq/ 2. Pakai baby β€œnasal aspirator” untuk sedut hingus selepas guna Sterimar. Contohnya: https://vt.tiktok.com/ZSHoGjqqTBCbr-6mnZv/ Ulang guna Sterimar bersama Nasal Aspirator sebanyak 2-3 kali sehari. #NotaRedzaZainol #DidikAnak

πŸ₯° Nak emosi anak lebih tenang dan stabil? πŸ‘‰πŸ» Cuba minggu ni bawa anak keluar ke : πŸ“ Taman permainan πŸ“ Taman rekreasi πŸ“ Kebun atau sawah πŸ“ Halaman rumah πŸ“ Pantai Atau ke mana sahaja asalkan anak boleh bermain bebas di luar rumah. βœ… Anak lepaskan emosi negatif. βœ… Hormon gembira meningkat. Boleh? Kalau boleh, tekan emoji ❀️ #NotaRedzaZainol #DidikAnak

πŸ€” Apa lagi skill penting yang anak perlu ada? πŸ‘‰πŸ» Antara kemahiran penting yang perlu dididik sejak awal usia ialah β€˜People Skills’. Contohnya: β€’ Bersabar β€’ Berkomunikasi dengan baik β€’ Mendengar luahan β€’ Empati β€’ Bekerjasama β€’ Memimpin β€’ Berunding β€’ Mempengaruhi orang lain β€’ Belajar menjual Anak yang ada β€˜People Skills’ biasanya lebih mudah menyesuaikan diri dan β€œsurvive” di mana saja. #NotaRedzaZainol #didikanak

πŸ₯° Nak bantu anak cepat bercakap di rumah? Ini 2 tips tanpa kos. 1. Libatkan diri mak ayah dalam rutin anak βœ… 2. Libatkan anak dalam rutin mak ayah βœ… πŸ“ Ketika melakukan rutin harian, inilah masa terbaik untuk perkenalkan perkataan baru atau mengulang perkataan lama. πŸ“ Semua perkataan berkaitan rutin, pastinya perkataan yang penting. πŸ“ Contohnya, ibu sedang membasuh baju: Ajak anak tengok sambil pegang dan sebut objek yang ada. β€œBaju biru” β€œIni sabun” β€œIni buih” β€œAir” #NotaRedzaZainol #DidikAnak

πŸ₯° Apa yang anak saya boleh capai pada usia 3 tahun? πŸ“ Kayuh basikal 3 roda. πŸ“ Lukis bulatan. πŸ“ Boleh guna gunting keselamatan. πŸ“ Sebut nama penuh. πŸ“ Tahu jantina diri sendiri. πŸ“ Kenal dan sebut minima 2 jenis warna. πŸ“ Makan sendiri tanpa dibantu. πŸ“ Basuh tangan selepas makan. πŸ“ Mula faham tentang kongsi mainan. πŸ“ Tak pakai lampin waktu siang, kadang-kadang waktu malam. πŸ“ Kerap tanya 3 soalan : Apa tu? / Siapa tu? / Mana? #NotaRedzaZainol #DidikAnak

πŸ₯° Nak anak suka dan selesa dengan kita? Bila anak suka kita, dia akan lebih mudah: β€’ Bercerita β€’ Meluah perasaan β€’ Kongsi apa yang dia rasa β€’ Tanya pendapat kita Kuncinya sebenarnya mudah: πŸ‘‰πŸ» Pay Attention to Child’s Interest Cuba: πŸ“ Ambil tahu apa anak minat πŸ“ Kenal makanan kegemaran anak πŸ“ Tahu kawan baik dan hobi anak πŸ“ Kenal watak kartun kegemaran dia Binalah asas kepada hubungan yang lebih erat sebelum anak jadi remaja. #NotaRedzaZainol #DidikAnak

😊 Nak tambahkan vitamin D dalam badan anak? πŸ‘‰πŸ» Selain daripada cahaya matahari, mak ayah juga boleh berikan suplemen Vitamin D. 3 cara beri vitamin D: πŸ“ Masukkan 1 titis ke dalam mulut bayi. πŸ“ Campurkan 1 titis ke dalam susu bayi. πŸ“ Campurkan 1 titis ke dalam makanan bayi. Bayi bawah usia 1 tahun, perlukan 1 titis vitamin D atau bersamaan dengan 400 IU sehari. Contohnya: πŸ‘‰πŸ» https://vt.tiktok.com/ZSHEv1hg79r7C-SBYvq/ Kanak-kanak > 1 tahun, juga perlukan Vitamin D sebanyak 600 IU sehari. Contohnya: πŸ‘‰πŸ» https://vt.tiktok.com/ZSHEv1YED1Nsw-SajS8/ #NotaRedzaZainol #DidikAnak

πŸ₯° Vitamin apa yang penting untuk bayi? πŸ‘‰πŸ» Vitamin D yang mencukupi adalah penting untuk bayi berusia bawah 1 tahun. Ia membantu: πŸ“ perkembangan otak πŸ“ pertumbuhan tulang dan gigi πŸ“ membantu penyerapan kalsium πŸ“ kuatkan sistem imun untuk lawan jangkitan Sumber paling mudah untuk dapatkan vitamin D ialah cahaya matahari. #NotaRedzaZainol #DidikAnak

πŸ₯΅ Anak asyik merengek? πŸ‘‰πŸ» Cuba periksa : πŸ“ Tangki emosi anak πŸ“ Makan minum anak πŸ“ Cukup ke tidur anak πŸ“ Dah cukup ke perhatian dari kita πŸ“ Berkualiti atau tak tidur mereka πŸ“ Kesihatan anak πŸ“ β€œScreentime” anak. Ini semua akan mempengaruhi emosi & perasaan anak kita #NotaRedzaZainol #DidikAnak

πŸ˜” Macam mana nak β€œdetect” anak saya ada β€œspeech delay”? πŸ“ Tidak menyebut apa-apa perkataan yang bermakna (meaningful word) pada usia 18 bulan. Contohnya: nak, susu, mama πŸ“ Masih tak menyambung 2 perkataan menjadi 1 ayat pada usia 2 tahun. Contohnya: β€œnak ikut”, β€œnak makan” πŸ“ Tak bercerita pendek/ mengadu menggunakan 3 perkataan dalam 1 ayat pada usia 3 tahun. Contohnya: β€œabang tolak adik” Ini adalah 3 situasi Red Flag yang mak ayah perlu tahu. Jika berlaku Red Flag ini, dapatkan bantuan profesional. #NotaRedzaZainol #DidikAnak

😊 Anak bangun pagi terus meragam? Nak mood anak lebih stabil waktu pagi : πŸ‘‰ Peluk anak setiap kali dia bangun tidur. πŸ“ Kadang-kadang anak meragam bukan sebab dia nakal, tapi kerana dia perlukan perhatian dan rasa disayangi. πŸ“ Apabila kita peluk anak: β€’ Paras hormon oxytocin dalam badan anak dan ibu ayah meningkat. β€’ Oxytocin ialah hormon bahagia dan rasa selamat. Sebab itu selepas peluk anak, kita rasa lebih tenang dan lebih sabar. #NotaRedzaZainol #DidikAnak