10 Tips Skor Straight A+ dalam SPM
1) Letakkan target markah pada setiap subjek
= Pastikan target yang realistik. Jangan target terlalu tinggi, atau terlalu rendah. Yakin pada diri!
2) Buat sebanyak mungkin kertas model SPM
=Biasakan diri ke kedai-kedai buku seperti Popular dan MPH yang menjual buku-buku model SPM
=Simpan duit perbelanjaan, habiskan duit dengan membeli buku atau berkongsi dengan rakan-rakan
=Pastikan buku lusuh! Jangan biarkan buku-buku latihan dipenuhi sarang labah-labah
=Beli dan buat!
=Beli buku yang mempunyai skema jawapan
=Jangan kedekut duit untuk membeli buku
3) Semak latihan yang dibuat dengan skema jawapan
=Lepas habiskan latihan, semak jawapan dengan skema jawapan yang disediakan
=Jangan buat latihan banyak-banyak, tetapi tidak semak jawapan, akhirnya kita akan syok sendiri!
4) Buat sebanyak mungkin latihan sehingga mencapai target markah, dan terus berlatih tubi
=Pelajari melalui kesilapan yang dibuat ketika latihan, dan latih diri supaya tidak mengulanginya
=Apabila sudah mencapai target, cuba naikkan target markah kepada yang lebih tinggi!
=Ingat! Kecuaian(careless mistake) adalah musuh utama bagi pelajar yang terlalu yakin
5) Jangan beli terlalu banyak buku rujukan!
=1 buku rujukan yang tebal sudah mencukupi. Jika hendak jimat, kongsi dengan rakan anda.
=Terlalu banyak buku rujukan akan menyebabkan anda semakin pening dengan keutamaan yang diberikan pada buku-buku tersebut. Anda tidak tahu hendak rujuk buku yang mana dahulu, akhirnya anda tidak rujuk langsung!
=Jika anda tidak mampu membeli buku rujukan, pinjam dari perpustakaan atau dari rakan anda, kemudian salin sebanyak mungkin nota-nota penting yang tidak terdapat di dalam buku teks.
=Pastikan nota-nota tersebut disusun kemas!
6) Tulis nota ringkas bagi subjek yang memerlukan hafalan
=Sebahagian subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Islam memerlukan hafalan oleh pelajar
=Antara kaedah untuk memudahkan hafalan adalah seperti dalam tips 2 hingga 4
=Namun, kaedah lain ialah dengan menulis nota setiap hari dan membacanya ketika bosan
=Koyakkan satu helai kertas dari buku kosong yang tidak digunakan, tuliskan dengan ringkas fakta-fakta penting seperti ciri-ciri masyarakat Paleolitik
=Pada mulanya anda menulis, anda akan rasakan bahawa anda sudahpun menghafalnya, namun ingat, itu hanyalah short term memory! =Pastikan nota tersebut sentiasa dalam poket anda, kerana anda akan sentiasa mengingati bahawa terdapat fakta-fakta penting dalam poket anda!
=Beginilah saya melatih diri untuk mendapatkan long term memory dan skor A+ Sejarah!
7) Sentiasa fokus di dalam kelas
=Kosongkan meja dari bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan kelas ketika itu
=Jika kelas Biologi sedang berlangsung, simpan buku Sejarah atau buku =Fizik! Biar buku Biologi sahaja yang ada di hadapan anda!
8) Jangan ponteng kelas tambahan!
=Jika sekolah anda menyediakan kelas tambahan, jangan ponteng!
=Inilah masa yang sesuai untuk memecut markah anda kepada yang lebih tinggi!
=Jika kelas tambahan pada waktu petang, ikuti langkah ke 9
=Jika kelas tambahan pada waktu malam, elakkan dari bersukan terlalu lama di waktu petang. Simpan sebahagian tenaga anda untuk kelas tambahan
=Kelas tambahan adalah waktu yang sesuai untuk anda bertanyakan teknik-teknik menjawab soalan SPM
9) Dapatkan tidur yang cukup
=Pastikan anda tidur sebaik-baiknya 6 jam pada waktu malam,
=Namun, ada sebahagian pelajar yang berlainan corak tidurnya, jadi mereka tidak memerlukan tidur yang panjang
=Cuba tidur seketika sekitar 15-20 minit selepas habis waktu persekolahan, ini dinamakan power sleep. Ketika anda bangun tidur, anda akan rasakan diri anda segar terus!
=Jangan tidur 30 minit ke atas pada waktu tengah hari/ petang, ia akan menyebabkan badan anda berasa malas dan disoriented. Setkan alarm!