INFO MAJLIS MAHASISWA ANAK PULAU PINANG 🟡⚪️🔵
Open in Telegram
https://forms.gle/h4PdfaEEQgZCMU8C9 Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) merupakan sebuah badan perwakilan untuk Mahasiswa Anak Pulau Pinang dari IPT seluruh Malaysia.
Show moreMalaysia48 811The category is not specified
1 105
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
[TAHNIAH KHAIRUL AIZAT PEMENANG DAEI MUDA YADIM 2023]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdra. Khairul Aizat bin Yusoff, Mantan Presiden MMAPP yang telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perdana Daei Muda YADIM 2023.
Kemenangan itu menyaksikan beliau membawa pulang hadiah bernilai RM40,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan
Nasional, tajaan Rakan Niaga Premium MyAngkasa Amanah Berhad dan pakej tajaan Umrah EZ Travel Sdn Bhd.
Beliau yang baru sahaja menamatkan pengajian turut merangkul Anugerah Hasan Al-Banna (Aktivis Daie Muda) bernilai RM10,000.
Tahniah sekali lagi kepada Sdra Khairul Aizat!
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang ( MMAPP)
PENCARIAN KETUA EXCO MMAPP KEBANGSAAN SESI 2023/2024
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) membuka peluang kepada bakat kepimpinan baharu bagi menerajui Ketua Exco MMAPP Kebangsaan bagi sidang 2023/2024.
Oleh yang demikian, Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) Kebangsaan mengalu-alukan semua mahasiswa anak negeri Pulau Pinang dari semua IPT untuk menyerlahkan bakat kepimpinan anda dengan menyertai pencarian ini.
Syarat-syarat :
1) Merupakan anak kelahiran Pulau Pinang (07) / Permastautin tetap di Pulau Pinang.
2) Terbuka kepada semua pelajar IPT di dalam dan luar negara.
3) Berminat dan bergiat aktif dalam aktiviti kepimpinan dan berorganisasi.
4) Mempunyai pengalaman dalam menjalankan pengurusan (persatuan/program)
Borang Pencarian Ketua Exco MMAPP sesi 2023/2024:
https://forms.gle/JvGMkcs4Dzyibxir8
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang ( MMAPP)
PENCARIAN MAJLIS KERJA TERTINGGI MMAPP KEBANGSAAN SESI 2023/2024
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) membuka peluang kepada bakat kepimpinan baharu bagi menerajui Majlis Kerja Tertinggi MMAPP Kebangsaan bagi sesi 2023/2024.
Oleh yang demikian, Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) Kebangsaan mengalu-alukan semua mahasiswa anak negeri Pulau Pinang dari semua IPT untuk menyerlahkan bakat kepimpinan anda dengan menyertai pencarian ini.
Syarat-syarat :
1) Merupakan anak kelahiran Pulau Pinang (07) / Permastautin tetap di Pulau Pinang.
2) Terbuka kepada semua pelajar IPT di dalam dan luar negara.
3) Berminat dan bergiat aktif dalam aktiviti kepimpinan dan berorganisasi.
4) Mempunyai pengalaman dalam menjalankan pengurusan (persatuan/program)
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang ( MMAPP)
*[PENGUMUMAN PARA PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MENULIS SAJAK PATRIOTIK]*
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) telah menganjurkan Pertandingan Menulis Sajak Patriotik sempena Bulan Kemerdekaan.
Berikut adalah barisan pemenang-pemenang untuk pertandingan. Kami dari pihak MMAPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta yang telah berjaya dinobatkam sebagai pemenang.
Sekian, terima kasih.
Ikuti perkembangan kami di laman media rasmi Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP).
Facebook: https://m.facebook.com/mmappofficial07
Instagram: https://www.instagram.com/mmapp_kebangsaan/
Telegram: https://t.me/mmappofficial07
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Saksikan secara langsung diskusi bersama Nur Fatin Adila Binti Mohd Sabri Ahli Majlis Kerja Tertinggi Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang Kebangsaan yang akan membincangkan topik Kebolehpasaran Graduan di BERNAMA TV yang boleh ditonton melalui saluran Astro 502, Unifi TV 631, MYTV 121 serta laman Facebook dan Youtube BERNAMA TV.
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang ( MMAPP)
[TAHNIAH TERPILIH AHLI SIDANG WANITA PULAU PINANG ]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Nur Kamilia Binti Khairul Ed’zuan dan Saudari Nur Fatin Adila Binti Mohd Sabri yang telah terpilih sebagai Ahli Sidang Wanita Negeri Pulau Pinang penggal 2023/2023.
Semoga dapat membawa suara wanita negeri Pulau Pinang ke peringkat yang lebih tinggi dan dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya.
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang ( MMAPP)
[PERTEMUAN KEPIMPINAN MMAPP 2023 BERSAMA YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG ]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Tuan Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang atas kesudian meluangkan masa mengadakan sesi pertemuan bersama barisan kepimpinan MMAPP 2023.
Beberapa hasrat MMAPP mewakili seluruh mahasiswa Pulau Pinang telah disampaikan kepada YAB Ketua Menteri dalam pertemuan tersebut. Besarlah harapan sekiranya hasrat itu dipertimbangkan dan direalisasikan oleh pihak kerajaan negeri.
YAB Tuan Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau juga menyambut baik segala usaha dan agenda yang telah di bawa oleh Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang dan akan diketengahkan kepada kementerian atau pihak bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
Semoga Pulau Pinang akan terus maju jaya dan mengekalkan kestabilan demi kemakmuran negeri tercinta ini.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP)
[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2023]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) bersama YB Daniel Gooi Zi Sen Exco Belia, Sukan & Kesihatan Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga 16 September tahun ini dapat meningkatkan semangat perpaduan dan cinta akan negara dalam diri kalangan rakyat Malaysia kini.
#TekadPerpaduanPenuhiHarapan
Sekian, terima kasih.
‘Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita’
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP).
[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2023]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga 16 September tahun ini dapat meningkatkan semangat perpaduan dan cinta akan negara dalam diri kalangan rakyat Malaysia kini.
#tekadperpaduanpenuhiharapan
‘Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita’
Ikuti perkembangan kami di laman media rasmi Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP).
Facebook: https://m.facebook.com/mmappofficial07
Instagram: https://www.instagram.com/mmapp_kebangsaan/
Telegram: https://t.me/mmappofficial07
Sekian, terima kasih.
*[Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang Tahun 2024]*
Terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Oktober 2023 (Jumaat).
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Zakat Pulau Pinang.
Ikuti perkembangan kami di laman media rasmi Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP).
Facebook: https://m.facebook.com/mmappofficial07
Instagram: https://www.instagram.com/mmapp_kebangsaan/
Telegram: https://t.me/mmappofficial07
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
TAMBANG FERI 2023
Tambang TERBARU bagi pengguna Feri Pulau Pinang bagi pejalan kaki dan kenderaan dua roda akan bermula pada 7 September 2023.
Tambang feri ini akan dikenakan caj dua hala untuk penumpang di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) serta Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).
Sila rancang perjalanan anda sebaiknya.
Terima kasih.
#penang #port #ferry #freefare #GeorgeTown #Butterworth #penangport
PERMOHONAN iBita PENANG 2023
Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sesi 2 2023 telah dibuka mulai 1 SEPTEMBER 2023 hingga 30 SEPTEMBER
2023 bagi sesi kemasukan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Permohonan adalah bagi pelajar yang menerima surat tawaran pada bulan JANUARI 2023 sehingga SEPTEMBER 2023.
* Tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
*Permohonan terbuka kepada pelajar Diploma & Ijazah Sarjana Muda.
Maklumat Lanjut:
https://upuonline.net/permohonan-ibita-pulau-pinang/
🔗 Link Permohonan:
https://ibita.penang.gov.my/public/index.php
Ikuti perkembangan kami di laman media rasmi Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP).
Facebook: https://m.facebook.com/mmappofficial07
Instagram: https://www.instagram.com/mmapp_kebangsaan/
Telegram: https://t.me/mmappofficial07
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP)
[SUKMMAPP 2.0: BOLING WARISAN MMAPP 2023]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) akan menganjurkan SUKMMAPP 2.0 : Boling Warisan bersempena Hari Malaysia 2023 yang akan dirasmikan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen Exco Belia, Sukan & Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP)
*[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA YANG KE-66]*
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-66 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kemerdekaan kali ini disambut dengan meriah dan bersemangat sekali.
#tekadperpaduanpenuhiharapan
‘Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita’
Ikuti perkembangan kami di laman media rasmi Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP).
Facebook: https://m.facebook.com/mmappofficial07
Instagram: https://www.instagram.com/mmapp_kebangsaan/
Telegram: https://t.me/mmappofficial07
Sekian, terima kasih.
[JELAJAH MERDEKA MMAPP 2023 ]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) telah mengadakan program Jelajah Merdeka MMAPP 2023 yang bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 27 Ogos 2023 bersempena bulan kemerdekaan negara.
Terdapat beberapa aktiviti seperti edaran bendera Jalur Gemilang, Speakers' Corner dan juga nyanyian lagu patriotik.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Fahmi bin Zainol, Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang turut serta mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada orang awam sekitar kawasan Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP).
[SUKMMAPP 2.0: BOLING WARISAN MERDEKA MMAPP 2023 ]
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) akan menganjurkan SUKMMAPP Boling Warisan bersempena bulan kemerdekaan negara.
Oleh demikian, kami mengalu-alukan penyertaan semua mahasiswa Pulau Pinang untuk memeriahkan lagi SUKMMAPP pada kali ini.
Potongan yuran istimewa untuk 15 kumpulan terawal yang berdaftar melalui Google form akan dikenakan yuran sebanyak RM20 sahaja untuk satu kumpulan (2 orang untuk satu kumpulan).
Jadi, jom daftar sekarang!
Link penyertaan: https://forms.gle/FooNQi8JfDv95k11A
Sekian, terima kasih.
Ikuti perkembangan kami di laman media rasmi Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP).
Facebook: https://m.facebook.com/mmappofficial07
Instagram: https://www.instagram.com/mmapp_kebangsaan/
Telegram: https://t.me/mmappofficial07
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
#BersamaLagiBagus
#merdekammapp2023
[JELAJAH MERDEKA MMAPP 2023]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) akan mengadakan program Jelajah Merdeka MMAPP 2023 yang akan dirasmikan oleh YB. Tuan Fahmi bin Zainol Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi
Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat di samping menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Bersama Untuk Negeri Kita”
Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP)
[MAJLIS PELANCARAN MERDEKA MMAPP 2023 #BersamaLagiBagus]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada tanggal 17 Ogos 2023, Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang Kebangsaan telah mengadakan Pelancaran Merdeka MMAPP 2023 #BersamaLagiBagus.
Merdeka MMAPP 2023 telah dirasmikan oleh YB Tuan Rashidi Zinol EXCO Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar Negeri Pulau Pinang.
Program ini merupakan program tahunan yang akan diadakan pada setiap tahun sepanjang bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan.
Tujuan Merdeka MMAPP diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan anak muda.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai program menarik Merdeka MMAPP 2023!