Nabihah Quotes
Open in Telegram
إنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ segala perkongsian dan ilmu dalam channel ini dapat memberi manfaat kepada semua ✨ perkongsian selebihnya di ig @ainnnbhh
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
1 988
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
1 988
DOA SUPAYA ALLAH TETAPKAN IMAN KITA 🤲🏻
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi.”
📚 QS. Ali Imran: 7
–ainnnbhh
1 988
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya doa seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendoakan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan doanya. Tatkala dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Aamiin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi.”
📚HR. Muslim, 2733
Share kepada kawan-kawan kalian untuk mendapat manfaat yang sama 🤍
—ainnnbhh
1 988
"Ibu, doakan saya berjaya ya"
"Sahabat, doakan aku dapat capai 4flat sem ni"
"Adik, doakan kakak panjang umur"
Kita suka orang mendoakan kebaikan ke atas diri kita kerana antara mereka pasti terkabulnya doa, dan mereka juga menginginkan doa kita kepada mereka kerana asbab yang sama.
Apabila seseorang itu mendoakan saudaranya sedangkan saudaranya tidak mengetaui, maka malaikat juga meng-amin-kan doa tersebut sambil mendoakan bagi mereka yang berdoa tadi,
Ertinya orang yang mendoakan juga mendapatkan apa yang ia doakan kepada saudaranya.
—ainnnbhh
1 988
Tanam dalam diri sentiasa 'check' diri apabila terima sesuatu perkara buruk.
Adapun kecaman, fitnah, caci maki semua itu pasti ada juga terselit makna. Makna yang baik, makna yang ingin membantu diri walaupun caranya salah.
Sentiasa tanam makna daripada cara penyampaian.
Kita kan mahu menjadi manusia yang selalu tingkatkan kualiti diri, maka kita juga pasti akan menerima segala bentuk penyampaian demi kebaikan kelak 🤍
spread love reminder
—ainnnbhh
1 988
tips agar tidak kecewa adalah :
jangan merasa istimewa dan ikhlas dalam berbuat kebaikan tanpa meminta balasan daripada manusia.
—ainnnbhh
1 988
Pernah tak berdepan dengan pelbagai soalan yang kurang selesa untuk apabila didengar?
"dah kerja tapi tak kawen lagi?"
"sampai bila nak duduk rumah parents?"
"kamu berdua dah kawen ke?"
"bila nak pandai?"
dan bermacam-macam lagi.
Aduh stressnya bila dapat soalan yang sensetif ni 😣
Takkan nak jawab
"tunggu suami makcik nak kat saya" pulakkk. mana maunya lagi menambah sakit hati makcik tu kan😂
Gunakan 3 tips ni sahaja. yang paling penting jangan menjawab bukan bukan ya sebab kadang kadang kita taktahu niat seseorang bila bertanya.
Mungkin dia tanya bila nak kahwin sebab nak atur jadual dia untuk ke majlis kita. so think positif juga ❤️
Kalau soalan ni selalu sangat berulang ulang. contoh "kamu berdua ni dah kawen ke?" mungkin juga sebab dia selalu nampak kamu berdua-duaan dengan ajnabi. haa ni kita sendiri dah timbulkan fitnah kat situ.
jadi kena check juga diri dalam keadaan itu okes 😘
spread love reminder
—ainnnbhh
1 988
maaf atas kesunyian sharing dalam channel ni 🙏🏻
selama sebulan senyap sekejap, harini ain mula sharing macam biasa ya! moga الله redha 🕊🤍
— ainnnbhh
1 988
maaf atas kesunyian sharing dalam channel ni 🙏🏻
selama sebulan senyap sekejap, harini ain mula sharing macam biasa ya! moga الله redha 🕊🤍
@ainnnbhh
1 988
BERSIN & MENGUAP 🥱
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin,dan tidak menyukai tasa’ub (menguap). Jika seseorang bersin maka ucapkanlah hamdalah, dan merupakan hak baginya terhadap setiap muslim yang mendengarnya untuk ber-tasymit. Adapun menguap, itu dari syaitan. Maka hendaklah ia menahannya semampu mungkin. Jika ia menguap sampai mengeluarkan suara “hah” maka syaitan pun tertawa”.
📚 HR. Bukhari (6223), Muslim (2994)
1) orang yang bersin :
Alhamdulillah
2) orang yang mendengar :
Yarhamukallah (lelaki)
Yarhamukillah (perempuan)
3) Kemudian orang yang bersin itu membalas : Yahdikumullah wa yuslih baalkum
