cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Akhi Aiman

Welcome to Akhi Aiman Hiasi diri dengan❤️ -Sabar -Redha -Ikhlas Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Creator @akhi_aiman

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
217Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

📝 KAEDAH PENDAFTARAN PENGAJIAN SAHIH AL-BUKHARI BERSAMA YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 1. Sila daftar akaun di laman web yang tertera sebelum membuat pembayaran https://maktabahalbakri.com/dashboard/ 2. Masuk ke web www.maktabahalbakri.com dan pergi ke ruangan Kursus. Pilih Pengajian Sahih al-Bukhari. 4. Klik add to cart dan lakukan pembayaran mengikut langkah yang tersedia. 5. Setelah selesai proses pembayaran, masuk semula ke https://maktabahalbakri.com/dashboard/. Anda kini telah mendaftar dan bersedia untuk mengikuti kursus yang disediakan!
Show all...
Dashboard

Sebahagian Manusia Sebahagian manusia mempelajari erti kesucian agama melalui manusia itu sendiri. Menunjukkan akhlak yang baik juga sebagai satu dakwah. Kebanyakan orang bukan islam tidak mempelajari tentang Islam melalui kitab ulama ataupun penulisan ilmiah. Tetapi dengan mereka melihat, sikap dan perwatakan penganut agama Islam. Kembali kepada sebaik-baik zaman, Rasulullah mempunyai sifat yang sangat terpuji, baik daripada kelakuan, tingkah laku dan budi pekerti. Hal ini menyebabkan ramai masyarakat jahilliah berminat untuk memeluk islam. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.
Show all...
Kelas Bahasa Arab (Dewasa) Penat membaca Alquran tetapi tidak faham makna? Mahu belajar Bahasa Arab bermodul ? Kami mencari pelajar yang ingin belajar bahasa arab tanpa ada sebarang basic. Syarat : Mampu membaca dalam bahasa arab. Menggunakan sistem: Durus Lughah (Dr. V abdurrahim) Platform: Google Meet Kelas: Terdiri 10 orang sahaja untuk memberi focus kepada pelajar. Nota dan rakaman disediakan Yuran berpatutan Target :Para pelajar mampu membina ayat mudah serta memahami basic bahasa arab. Untuk bertanya ataupun kelas review www.wasap.my/60182254353/kelaspreview
Show all...
Berita Gembira Buat Semua 📚Daurah Akidah : Kitab Misbahul Munir Oleh : Tuan Guru Hj Azrihisham bin A Rahman Timbalan Syeikh Kuliyyah Pondok, Pasir Tumboh Sohib Manhal al-Nushiyyah Kitab karangan Tuan Guru Abdul Aziz bin Ismail al-Fathoni adalah kitab yang membicarakan berkenaan iktikad Ahlu Sunnah wal Jamaah secara tuntas dan mendalam. Ibarat dan huraian yang digunakan ringkas dan santai serta mudah untuk difahami oleh orang awam. Butiran Daurah. 📌 Hari : 5 hari seminggu (Bermula Rabu 10 November 2021) ⏱Masa : Jam 11.00 pagi 💡 25 pertemuan 🖥Medium : Zoom (Rakaman disediakan) 5 Kelebihan Daurah : 1. Rakaman pengajian penuh 2. PDF Kitab Percuma 3. Peluang untuk bertanya soalan kepada Tuan Guru 4. Sijil Penyertaan Daurah 5. Poster Rumus Dhobit Kitab Jangan lepaskan peluang untuk mendalami asas Akidah Ahlu Sunnah wal Jama`ah Pendaftaran boleh whatsapp: http://www.wasap.my/60182254353/pendaftaranAkidah #DarulFateh #LamanTalaqqiOnline #DaurahAkidah #MisbahulMunir
Show all...
Bismillah, Hargai gurumu walaupun dia melakukan kesilapan. Kerana kamu berguru dengan manusia bukannya Malaikat. Manusia pasti akan ada kekurangannya dan kesilapannya.
Show all...
Berita Gembira Buat Penuntut Ilmu 📚Daurah Nahu : Kitab Mutammimah Ajrumiah Bersama : Ustaz Khairul Faris Calon Master Bahasa Arab, Universiti al-Azhar Kitab ini adalah pelengkap kepada Matan Ajrumiah. Kaedah yang tidak disebut dalam Ajrumiah disempurnakan dalam kitab ini. Penguasaan asas Bahasa Arab adalah titik mula untuk memahami al-Quran. Butiran Daurah. 📌 Hari : 5 hari seminggu (Bermula 31 Oktober 2021) ⏱Masa : 8.00 malam waktu Malaysia 2.00 waktu Mesir 💡 20 pertemuan ( 30 Jam) 🖥Medium : Zoom (Rakaman disediakan) 6 Kelebihan Daurah : 1. Percuma PDF Kitab Mutammimah Ajrumiah 2. Peta Minda Mutammimah olahan Ustaz Khairul Faris sendiri 3. Sanad Kitab bersambung sehingga Pengarang Asal 4. Sijil Penyertaan Daurah 5. Rakaman pengajian penuh 6. Poster Rumus Dhobit Kitab Untuk Pendaftaran sila tekan link berikut : www.wasap.my/60182254353/pendaftaran #DarulFateh #LamanTalaqqiOnline #DaurahNahu #MutammimahAjrumiah
Show all...
Hamba

Business Account

Bismillah Secara amnya saya tidak bersetuju dengan saudara Aiman banna. Terdapat kesalahan dalam memberikan pandangan iaitu muzik bukanlah Ijma' ulama tetapi jumhur ulama. Cuma terdapat beberapa ulama yang mengharuskan muzik dengan beberapa prinsip iaitu lagu tersebut tidak boleh lucah, tidak boleh ada kata-kata kesat, tidak boleh ada video clip yang seksi dan lain-lain lagi. Kedua, Institusi Mufti adalah institusi yang ada autoriti untuk memberikan fatwa. Dan para ulama berkumpul untuk memberikan pandangan. Dan pandangan tersebut bersesuai dengan persekitaran yang sesuai diamalkan oleh orang awam. Para ulama ini adalah orang yang mengetahui kebenaran melebihi kita. Dan jika kita tidak mengetahui maka bertanya kepada mereka. Isu muzik adalah satu bentuk khilaf para ulama, dan tidak perlu dibahaskan secara panjang lebar kerana ia tidak akan pernah habis. Maka bersangka baik dengan semua orang Sebagai orang islam yang tidak terlampau ahli dalam bidang agama maka rujukan yang terbaik untuknya adalah fatwa seorang mufti. Semoga Allah permudahkan urusan kita dan menjadikan kita seorang muslim yang baik yang patuh akan agama. Dan semoga Allah memberikan kefahaman kepada saudara Aiman banna. Saya menyeru kepada semua untuk tidak menjadikan saudara aiman banna sebagai tempat mengambil pandangan disebabkan saudara aiman banna bukan ahlinya. Nota Kaki: - Jumhur ulama adalah kesepekatan majoriti para ulama - Ijma' ulama adalah kesepekatan secara keseluruhan
Show all...