cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

NILAM SK ABDUL SAMAT📚

Show more
Malaysia28 254The language is not specifiedEducation
Advertising posts
243
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Ummu Hasanayn: Hari ini 19 tahun yang lalu, tsunami dahsyat membadai Aceh, Indonesia. Pada 7.59 pagi itu, gempa bermagnitud 9.3 berlaku di dasar Lautan Hindi 160 batu dari barat pulau Sumatera yang berlanjutan selama 10 minit. Ia menghasilkan tsunami yang tenaganya dianggar 2x ganda seluruh bom yang diledakkan ketika Perang Dunia II. Tidak sampai 20 minit, gelombang tsunami itu sampai ke pantai pulau Sumatera & memusnahkan wilayah utara pulau itu, Aceh. Ombaknya tinggi mencecah 80 hingga 100 kaki, melenyapkan seluruh komuniti di situ dalam masa beberapa minit. Arus deras yang membawa bersama objek & serpihan meragut sekitar 130,000 hingga 160,000 nyawa daripada keseluruhan 320,000 populasi Aceh, dengan lebih 500,000 hilang tempat tinggal. 1/3 daripada mangsanya adalah kanak-kanak. Ketika Aceh sedang musnah, gelombang tsunami berkelajuan 800 km/j itu tiba di Thailand sejam setengah selepas detik bermula gempa, membadai wilayah Phang Nga & Phuket. Ia mengorbankan hampir 5,400 nyawa termasuk 2,000 pelancong luar. Malaysia tidak terkecuali apabila ombak besar turut menyapu negeri pantai barat & meragut 67 nyawa. Negeri yang paling teruk terkesan adalah Pulau Pinang dengan 52 kematian, diikuti Kedah dengan 12 korban, 2 di Perak & 1 di Selangor. Tsunami tersebar ke serata Laut Hindi & turut membadai Sri Lanka, 90 minit selepas gempa. Tidak sekuat di Aceh atau Thailand, tetapi sekitar 30,000 nyawa juga terkorban sebelum sampai ke Chennai, India di mana lebih 10,000 penduduk terbunuh. Malah, tsunami itu merentas sejauh 5,000 batu & sampai ke pantai timur Afrika - 10 maut di Tanzania, 3 di Seychelles & 1 di Kenya. Malah 2 orang turut terkorban di Afrika Selatan, tempat terjauh dari titik gempa yang menerima kesannya. Secara keseluruhan, dianggarkan hampir 228,000 nyawa melayang - sekitar 190,000 disahkan terkorban dengan 40,000-45,000 hilang/dipercayai maut. Ia antara bencana alam paling membunuh dalam sejarah yang direkodkan. Sumber: History, Britannica #PeristiwaHariIni
Show all...
Add a comment
Hari ini 114 tahun yang lalu, Masjid Jamek Kuala Lumpur dibuka secara rasmi. Sebelum wujudnya Masjid Jamek, sudah ada beberapa buah masjid kecil dibina di Jalan Melayu & Jalan Jawa (kini Jalan Tun Perak) oleh komuniti Melayu yang mendiami kawasan itu. Masjid Jamek merupakan masjid besar pertama di Kuala Lumpur. Ia dibina di atas tanah perkuburan Melayu lama di pertemuan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak. Batu asasnya diletakkan oleh Sultan Selangor ke-5, Sultan Alauddin Sulaiman Shah disaksikan Residen British di Selangor, H.C. Belfield pada 23 Mac 1908. Pembinaannya menelan belanja lebih $32,000 yang mana hampir separuh daripadanya adalah hasil kutipan dana oleh masyarakat pelbagai kaum & kedudukan dari sekitar Kuala Lumpur serta sumbangan daripada kerajaan British Selangor. Seni binanya direka oleh Arthur Benison Hubback, ketua arkitek kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tadbiran British. Ia menampilkan unsur Moor & Indo-Saracenic, diinspirasikan daripada masjid di Cordova serta binaan era Empayar Mughal di India. Dinamakan daripada perkataan Arab jama’ yang bermaksud ‘berkumpul’, masjid ini memiliki 2 menara utama setinggi 26.8 meter & berbelas menara-menara kecil. Kubah utama di dewan solatnya pula setinggi 21.3 meter yang diapit 2 kubah sampingan. Persekitarannya diredupkan dengan pepohon nyiur. Sejak ia siap & dirasmikan pada 23 Disember 1909 oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Masjid Jamek menjadi masjid utama di Kuala Lumpur sehinggalah Masjid Negara dibina tidak jauh dari situ yang siap & dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Pada 23 Jun 2017, ia dinamakan sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad oleh Sultan Selangor ke-9, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Sultan Selangor ke-4, memandangkan ia dibina di tanah yang dahulunya sebahagian daripada wilayah Selangor. Masjid Jamek adalah masjid yang tertua di Kuala Lumpur yang masih berdiri teguh di antara dua sungai, dibayangi bangunan-bangunan moden ibu kota & terus dihadiri ribuan jemaah sehingga hari ini. Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Star, Utusan Malaysia, Pertubuhan Arkitek Malaysia #PeristiwaHariIni
Show all...
Add a comment
Ibu bapa boleh menonton webinar di link berikut untuk memahami kepentingan NILAM dalam PAJSK. https://www.youtube.com/watch?v=w7YhOGBDoSc 🔑 murid hanya perlu 'key-in' sebanyak 144 buah buku setahun, bersamaan 12 buah buku sebulan untuk mencapai 5 bintang NILAM pada tahun 5 nanti. 🖊️ Jom ibu bapa semua, jom bantu anak-anak utk key in NILAM bermula dr tahap 1. 😃😃
Show all...
WEBINAR : KEPENTINGAN NILAM DALAM PAJSK: KE ARAH MENINGKATKAN KEFAHAMAN IBU BAPA DAN MURID-MURID.

Webinar Nilam dalam Pajsk : ke arah meningkatkan kefahaman ibu bapa dan murid-murid. Memberi pendedahan kepada ibu bapa dan murid-murid kepentingan Nilam dalam Pajsk dan menggalakkan budaya, membaca dan konsep pencarian ilmu sepanjang Hayat. Bersama tetamu jemputan khas Pn. Norafizah binti Abdul Razak Ikon GPM Kebangsaan 2019. Sijil penyertaan diberikan utk semua peserta. Link kehadiran :

https://forms.gle/vkJ82BRq89jgZnac9

(akan ditutup pada Sabtu, 2 Okt 2021, jam 1.00 petang. SPLKPM juga disediakan.

Add a comment
Photo unavailableShow in Telegram
Add a comment
Photo unavailableShow in Telegram
Poster berikut menerangkan bahan bacaan yang boleh direkod dalam NILAM.
Show all...
Add a comment
Photo unavailableShow in Telegram
Add a comment
Photo unavailableShow in Telegram
Salam murid-murid... jom tambah bacaan nilam.. Tahukah kamu bahawa bunga Faqqua Iris merupakan bunga kebangsaan negara Palastine..😊😊
Show all...
Add a comment
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.