en
Feedback
Pendosa ☾

Pendosa ☾

Open in Telegram

HAMBA YANG MENCARI KEREDHAAN-NYA. ✨🌙 Terlalu banyak perkara yang kita perlu perbaiki. Mari bersama menuju ke Jannah. Jumpa di Syurga ! 🤍 60% owner & admin 40% socmed bot ; @tasbihpendosahelper_bot

Show more
6 884
Subscribers
-724 hours
-387 days
-15430 days
Posts Archive
Jika kamu mahu meminta, maka mintalah kepada Allah. — Tasbih Pendosa ☾

Tetaplah kedua tangan kamu berpegang pada tali Allah dengan kuat. Kerana Dia adalah sandaran ketika semua sandaran lain mengkhianati kamu. — Tasbih Pendosa ☾

“Muslimah, sesungguhnya menutup aurat itu juga merupakan salah satu cara kamu menunjukkan bahawa kamu cinta kepada bapa kamu.” - Tulisan م🕯️ - — Tasbih Pendosa ☾

Selawat jom. 🤍 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Alhamdulillah. 🌸

251/365

sticker.webp0.00 KB

“Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak membaca Al-Quran. Orang yang mencintai Al-Quran akan sentiasa mencari masa untuknya.” - Ustaz Wadi Annuar - — Tasbih Pendosa ☾

Kadang-kadang Allah hadirkan segala macam ujian untuk kita sedar bahawa langit tidak selalunya cerah. Tetapi apabila kita sudah lepas ribut taufan, insyaAllah segalanya akan indah. Tetaplah percaya kepada-Nya, terdapat ribuan hikmah di sebalik setiap kejadian. — Tasbih Pendosa ☾

Kita tidak wajib pun maafkan orang yang sakitkan hati kita, kutuk kita. Tetapi jika kita maafkan mereka, kita dapat masuk Syurga. Tahu atau tidak, mengapa semua orang ini hadir dalam hidup kita? Kerana amalan kita tidak cukup. Kebanyakan orang yang masuk Syurga itu, semuanya diberi kesusahan dan ujian. — Tasbih Pendosa ☾

Selawat jom. 🤍 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Alhamdulillah. 🌸

250/365

sticker.webp0.00 KB

Solat. Kerana kita yang perlukan Allah, bukan Allah yang perlukan kita. — Tasbih Pendosa ☾

Ketika kehilangan dunia, kita masih ada Allah. Tetapi ketika kita kehilangan Allah, kita akan kehilangan segalanya. — Tasbih Pendosa ☾

Bukan kita yang hebat, tetapi Allah yang mudahkan. Bukan kita yang mampu, tetapi Allah yang mampukan. Percayalah, pada saat kamu ikhlas dengan keadaan kamu, di situlah Allah merencanakan kebahagiaan untuk kamu. — Tasbih Pendosa ☾

Jika tidak dipertemukan dengan yang faham agama, semoga dipertemukan dengan yang sama-sama ingin memperbaiki diri. — Tasbih Pendosa ☾

“Sesibuk ataupun sekeras manapun hidup kamu, jangan lupa, bahawa kamu masih lagi ada sejadah untuk bersujud dan Allah untuk mendengar segala luahan kamu.” - Tulisan م🕯️ - — Tasbih Pendosa ☾

Jika semuanya mudah, nanti kita lupa caranya berdoa dan bersyukur. — Tasbih Pendosa ☾

Aku memang jauh daripada perkataan ‘taat’, tetapi setiap kali hidup aku sedang berserabut, yang pertama akan aku cari tetap Allah. — Tasbih Pendosa ☾

Bukankah itu adil? Allah tidak memberikan kamu hidup seperti apa yang kamu inginkan kerana kamu juga tidak hidup seperti apa yang Allah inginkan. — Tasbih Pendosa ☾