Info Pendidikan SR
Open in Telegram
8 361
Subscribers
+324 hours
-57 days
-630 days
Posts Archive
8 360
Tips dan tarikh2 penting untuk anak2 lepasan stpm/matriks/asasi/diploma.. ππΌ
8 360
π JOM KE HARI TVET NEGARA 2026! π
TVET bukan sekadar pilihan pendidikan, tetapi laluan masa depan yang membuka peluang kerjaya berkemahiran tinggi dan berpendapatan kompetitif.
π Dataran Putrajaya
π
5 β 7 Jun 2026 (Jumaat β Ahad)
π 9.00 pagi β 10.00 malam
π Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
β
Pameran & demonstrasi TVET
β
Penerokaan peluang kerjaya dan kerjaya TVET
β
Aktiviti interaktif & pertandingan
β
Hadiah menarik dan cabutan bertuah
π¨βπ©βπ§βπ¦ Bawa seluruh keluarga dan rasai sendiri pengalaman dunia TVET yang penuh inovasi, teknologi dan peluang masa depan.
π’ Untuk pengiktirafan PAJSK, ibu bapa/penjaga perlu:
1οΈβ£ Mengimbas kod QR yang dipaparkan di mana-mana pintu masuk acara.
2οΈβ£ Melengkapkan Google Form dan memuat naik gambar anak di lokasi program sebagai bukti kehadiran.
π TVET Pilihan Utama Kerjaya
Ayuh bersama-sama memeriahkan Hari TVET Negara 2026 dan terokai pelbagai laluan kemahiran yang membentuk masa depan negara.
#kementerianpendidikanmalaysia
#HariTVETNegara2026 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPi
8 360
π’ *PELUANG SAMBUNG PENGAJIAN KE JEPUN π―π΅ | LEPASAN SPM 2025 (PENAWARAN 2026)*
π *1. INTEC Education College (Shah Alam)*
π Bidang: Kejuruteraan Teknikal / Sains & Teknologi
β³ Persediaan: 20 bulan
π Jepun: 3 tahun (Diploma β KOSEN)
β
Syarat SPM Utama:
Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam LIMA (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Matematik
c) Matematik Tambahan
d) Fizik
e) Kimia
β
Syarat Sekunder:
Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam DUA (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris
b) Sejarah
π
Tarikh: 3 April β 16 April 2026
π Link Permohonan: https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ
π *2. Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya*
π Bidang: Sains & Teknologi / Kejuruteraan
β³ Persediaan: 20 bulan
π Jepun: 4 tahun (Degree)
β
Syarat SPM Utama:
Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam LIMA (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Matematik
c) Matematik Tambahan
d) Fizik
e) Kimia
β
Syarat Sekunder:
Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam DUA (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris
b) Sejarah
π
Tarikh: 3 April β 16 April 2026
π Link Permohonan: https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM
π *3. Pusat Bahasa Teikyo (Sains Sosial β Tajaan JPA)*
π Bidang: Sains Sosial
β³ Persediaan: 20 bulan
π Jepun: 4 tahun (Degree)
β
Syarat SPM Utama:
Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam EMPAT (4) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Matematik
c) Salah satu subjek berikut:
Pendidikan Islam
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Moral
Usul Al-Din
Al-Syariah
Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah
Turath Dirasat Al-Islamiah
d) Satu (1) mata pelajaran lain
β
Syarat Sekunder:
Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam TIGA (3) mata pelajaran berikut:
a) Matematik Tambahan
b) Bahasa Inggeris
c) Sejarah
π
Tarikh: 3 April β 16 April 2026
π Link Permohonan: https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM
π *4. Pusat Bahasa Teikyo (Tajaan Petronas)*
π Bidang: Sains Sosial
β³ Persediaan: 20 bulan
π Jepun: 4 tahun (Degree)
β
Syarat SPM Utama:
Calon perlu memenuhi SEMUA syarat berikut:
Minimum EMPAT (4) subjek gred A+
Minimum EMPAT (4) subjek gred A
Subjek mesti termasuk:
Matematik
Matematik Tambahan
β
Syarat Sekunder:
Tahap Bahasa Inggeris minimum CEFR C1
π
Tarikh: 31 Mac β 10 April 2026
π Link Permohonan: https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login
π *5. UniKL β Japan University Programme (JUP)*
π Bidang: Kejuruteraan
β³ Persediaan: 36 bulan (Malaysia) -Pelajar akan di anugerahkan diploma selepas tamat di Malaysia
π Jepun: 2 tahun (Degree)
β
Syarat SPM Utama:
Calon perlu mendapat gred A dalam LAPAN (8) mata pelajaran berikut:
Bahasa Inggeris
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Empat (4) mata pelajaran lain
π
Tarikh: 31 Mac β 13 April 2026
π Link Permohonan: https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login
π’ Jangan lepaskan peluang!
Share kepada pelajar, ibu bapa & cikgu yang berminat ke Jepun π―π΅
#ALEPS #StudyInJapan #SPM2026 #LookEastPolicy #DasarPandangkeTimur
8 360
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan penempatan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.
Inisiatif pengambilan guru baharu ini adalah merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.
Proses pengambilan guru baharu ini mendapat kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Gerak kerja yang telah dijadualkan adalah seperti berikut:
Hebahan pengambilan guru : 23 Februari 2026
Permohonan dibuka : 2 β 20 Mac 2026
Proses saringan temuduga : 27 April β 14 Mei 2026
Inisiatif ini adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia.
Tahun Ini, Tahun Kita
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
