en
Feedback
Muslim Volunteer Malaysia Official

Muslim Volunteer Malaysia Official

Open in Telegram

This is an official telegram channel for Muslim Volunteer Malaysia 🌼About us : www.mvm.org.my 🌼Donate : www.donation.mvm.org.my

Show more
3 253
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-1230 days
Posts Archive
Jom Bersihkan Sungai di KTM Segambut! Sertai program “River Clean-Up” bersama kami dan @hara.maker pada 16 Mei 2026 (Sabtu) ini. Maklumat Program: Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu) Masa: 8 pagi - 9.30 pagi Lokasi: Sungai Keroh, KTM Segambut, Kuala Lumpur Jumlah Sukarelawan Diperlukan: 25 orang Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: Cik Amirah: 017- 807 4144 Daftar di sini -> https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfYNgFSXGlaqA34a3rFRlg61vXND3Zp8Pmj2lq93178tvxvOQ/viewform

Sekalung Tahniah daripada Muslim Volunteer Malaysia! Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Dzuljastri Bin Abdul Razak
Sekalung Tahniah daripada Muslim Volunteer Malaysia! Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Dzuljastri Bin Abdul Razak, Penasihat Alam Sekitar & ESG MVM, atas kejayaan memenangi “Best Paper Award” di 4th ICIBB 2026 melalui kajian beliau mengenai prinsip Toyyiban dan keselamatan makanan halal di Malaysia. Kecemerlangan ini adalah kebanggaan buat warga MVM. Teruskan cemerlang dalam memacu penyelidikan yang berimpak tinggi!

Baik pulih Surau Orang Asli Lokasi: Kampung Tebang Baru, Gerik, Perak.

Majlis Pembinaan Pusat Islam untuk Komuniti Muslim Filipina | 4 Ogos 2026. Alhamdulillah, MVM bersama-sama menyokong penuh in
Majlis Pembinaan Pusat Islam untuk Komuniti Muslim Filipina | 4 Ogos 2026. Alhamdulillah, MVM bersama-sama menyokong penuh inisiatif pembinaan Pusat Islam baharu di Mandaluyong City, Filipina. Sering kali solat Jumaat dan solat 5 waktu terpaksa berdepan kesukaran akibat kapasiti Masjid Al-Ikhlas yang sangat terhad. Insya-Allah, Pusat Islam bernilai RM6.2 juta ini bakal menjadi nadi baharu kepada 20,000 hingga 40,000 penduduk Muslim di sekitar Metro Manila. Berlokasikan kawasan yang sangat strategik berdekatan EDSA dan jaringan MRT, pusat ini bukan sahaja tempat solat yang selesa, malah menjadi pusat sehenti untuk aktiviti dakwah dan pembangunan komuniti fakir miskin di sana. Mari sama-sama kita sokong dan mendoakan agar projek pembinaan ini dipermudahkan dan berjalan lancar.

Alhamdulillah, sepanjang 2025–2026, pelbagai usaha bantuan telah berjaya disalurkan ke 5 Kabupaten di Aceh hasil sokongan anda semua. Bermula dengan agihan pek makanan, bekalan air bersih, gotong-royong membersihkan kawasan terjejas, sumbangan al-Quran, sehinggalah pelaksanaan ibadah korban—setiap bantuan membawa sinar harapan buat mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada semua yang terus mempercayai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) untuk memikul amanah ini. Insya-Allah, perjalanan ini tidak terhenti di sini. Masih banyak lagi inisiatif dan projek yang akan kami laksanakan demi terus memberi manfaat kepada masyarakat Aceh. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Baik pulih Surau Orang Asli Lokasi: Kampung Tebang Baru, Gerik, Perak.

Sebarang pertanyaan atau tajaan: 📞 Adawiyah: 017-8074 337

Kempen Feed The Future ni sebenarnya untuk siapa? Untuk adik-adik di PPR yang mengikuti kelas dan aktiviti pembangunan diri di Adab Youth Garage. Melalui sumbangan anda, mereka dapat menikmati snek ringan sepanjang sesi pembelajaran dan aktiviti, di samping menerima sokongan pendidikan yang membantu mereka terus belajar dan berkembang. Berminat nak berkongsi rezeki bersama?

Contoh sumbangan yang kami berikan melalui kempen Feed The Future

Jom Bersihkan Sungai di KTM Segambut! Sertai program “River Clean-Up” bersama kami dan @hara.maker pada 16 Mei 2026 (Sabtu) ini. Maklumat Program: Tarikh: 18 Julai 2026 (Sabtu) Masa: 8 pagi - 9.30 pagi Lokasi: Sungai Keroh, KTM Segambut, Kuala Lumpur Jumlah Sukarelawan Diperlukan: 25 orang Klik pautan di story MVM untuk mendaftar sekarang! Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: Cik Amirah: 017- 807 4144 Daftar di sini : https://forms.gle/BByz9pYGaUhcihGdA

Qr Feed The Future
Qr Feed The Future

Siapa nak belanja snek untuk adik-adik di Adab Youth Garage? Tak perlu yang mahal. Snek ringan pun sudah cukup. Selain menyediakan snek, kami juga menyalurkan bantuan pendidikan seperti buku dan alatan pembelajaran supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih baik. Kalau ada rezeki lebih, jom sama-sama berkongsi. Salurkan sumbangan anda melalui: 🏦 Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) Maybank: 5648 0164 7699 📝 Rujukan: FTF Sebarang pertanyaan: 017-8074 337 (Adawiyah)

Situasi terkini

Cara Ke Lokasi Program Recycle Baju, Fabrik & E-waste, Kertas dan Minyak Masak (Parking 1M Maeps Serdang / MAEPS Bus Parking) ——————————————— Jom “recycle” dengan kami! 📅 Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad) 🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang 📍 Lokasi: Lokasi: MAEPS Bus Parking Serdang, Selangor Jangan lupa kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan! 📞 Sebarang pertanyaan, hubungi: Syafiq: 010-423 7064 Imran: 017-6321901 #muslimvolunteermalaysia #recycle #maeps #selangor