Video Akhir Zaman
Open in Telegram
Video peringatan tentang akhir zaman
Show moreThe country is not specifiedReligion & Spirituality35 053
3 190
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
3 190
1 MINGGU SELEPAS BOOSTER
ULU TIRAM , JOHOR
UMUR 33 THN
SUSPECT BLOOD CLOT OTAK
DOKTOR LEPAS TANGAN
Sebenarnya bukan isu dos 1 ok, dos 2 ok, dan booster x ok. Tapi disebabkan tubuh badan dah x mampu nak tanggung segala kerosakan dan keracunan yang kita tadah ke dalam tubuh badan kita, maka "tumbang" lah. Di tambah lagi dengan gaya pemakanan yang kebanyakannya fake dan langsung tidak berkhasiat. Pengambilan ubat-ubatan dadah yang berterusan setiap hari juga penyumbang kepada kerosakan dalam tubuh badan.
Sebab itu ada yg dos 1 pun dah tumbang. Bila sampai tahap booster, ramai² tumbang, maknanya takat itu je lah majoriti ketahanan tubuh badan rakyat Malaysia.
Tak hairanlah apabila Doktor Sucharit Baghdi pernah cakap, jika ambil booster, sediakanlah surat wasiat awal².
3 190
vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.
HARAM MENYEBAR HADIS PALSU
Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).
Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).
Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.
Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.
Wallahu a'lam.
3 190
Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."
Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis PALSU ialah:
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
3 190
BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN
Oleh:
Dr.Arieff Salleh bin Rosman,
Felo Fatwa
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.
Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.
Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.
Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).
Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.
'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.
3 190
SEBARKAN!!! SEMUA RAKYAT WAJIB TAHU..
INILAH JENAYAH KEMANUSIAAN YANG PALING KEJAM DALAM SEJARAH PERADABAN MANUSIA DAN SISI GELAP DALAM PENGHASILAN VAKSIN UNTUK MEROSAKKAN KETURUNAN MANUSIA.
3 190
LARI MASUK HUTAN NAK HIDUP SORANG²?
Ramai planning nak lari bersembunyi masuk hutan. Kenapa perlu lari sebelum tiba betul² waktunya? Kita nak lari ke mana? Kita nak lari daripada mati ke? Atau nak lari daripada ujian Allah? Ujian Allah tetap akan sampai.
Yang menyelamatkan kita adalah Rahmat Allah. Rahmat Allah datang apabila kita bersama Sunnah Rasulullah. Bukan bersama ketakutan. Allah akan tolong kita apabila kita bersama Sunnah Rasulullah, Iman dan Taqwa.
Kisah Ashabul Kahfi dan hijrah nabi, last minute baru mereka lari, last minute baru nabi berhijrah. Esok nak kena panggil, esok nak kena mengadap, malam ni baru hijrah. Tapi, sebelum hijrah, buatlah persiapan dengan rapi. Persiapan bersama-sama jemaah. Jangan bergerak solo. Apabila bersama jemaah, InshaAllah ada keberkatannya di situ.
Jangan lari masuk hutan sebab takut kena vaksin. Lari dari vaksin. Adakah kita takut kepada vaksin melebihi takut kepada Allah? Kena ingat, vaksin masih lagi tidak diwajibkan.
Buat persiapan ikut sunnah. Bukan ikut emosi dan sangkaan. Ikut sunnah maknanya gerakkan Jihad, Dakwah dan Tarbiyah. Jika ramai² lari masuk hutan, siapa yang nak gerakkan kerja dakwah? Di mana tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini? Sekarang ni, tempoh dakwah masih lagi berlangsung. Masih banyak lagi ruang untuk kita berdakwah. Benar, akan tiba satu masa, dakwah tidak dapat dilaksanakan lagi dan ketika itulah, kita lari menyelamatkan iman dan aqidah kita.
Jangan berhenti kerja atau belajar atau jual rumah semata-mata untuk lari bersembunyi dalam hutan. Teruskan bekerja macam biasa. Habiskan belajar macam biasa. Di samping itu, buatlah persiapan @ prepping.
Melainkan berhenti kerja atau belajar untuk persiapan jemaah citer lain la. Jangan panik, jangan lari sebab takut mati. Sekiranya lari masuk hutan, nak hidup sorang², apa beza kita dengan mereka yang ada penyakit al-wahn? Cinta dunia, dan takut kepada mati.
Ingat balik. Projek sunnah ialah projek bekalan mati@akhirat. Sentiasa gerakkan Jihad, Dakwah dan Tarbiyah. Fahami apa itu JIHAD, apa itu DAKWAH dan juga TARBIYAH. Jika kita dari awal lagi sudah lari dari sunnah, jaminkah kita akan mendapat Rahmat Allah Ta'ala?
Wallahua'lam..
3 190
KALAU SEMUA NASIHAT TELAH DIBERIKAN TAPI MASIH BERDEGIL LAGI..
فَذَرهُم يَخوضوا وَيَلعَبوا حَتّىٰ يُلٰقوا يَومَهُمُ الَّذي يوعَدونَ
"Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)"
Kalau para penentang masih menentang kebenaran wahyu, maka Allah suruh biarkan mereka dalam keadaan mereka. Biarkan apa sahaja yang mereka nak kata. Kalau kita dakwah tapi orang tak dengar, biarkan mereka. Bukan kita yang boleh beri taufik. Tugas kita hanyalah menyampaikan sahaja. Biarkan mereka bermain-main dan bergembira dengan kehidupan dunia mereka.
Keputusan dari Allah untuk mereka menerima azab telah ditentukan. Bukannya mereka tidak diberitahu, tapi telah berkali-kali disampaikan kepada mereka. Mereka akan rasakan bencana dari kesesatan mereka. Maka biarkan mereka, nanti mereka sendiri akan menerima balasan kerana penolakan mereka.
3 190
https://www.facebook.com/bendahara.alamwarisan/videos/662693164854318/
Fitnah kepada mereka yg membuat persiapan…. Tv alhijrah ni bakal kena saman ni…
3 190
Kalau ada member ejek² buat prepping, abaikan. Sedangkan tentera dajjal ugut dgn vaksin pun pakat² pi tadah cucuk racun haram tu. Diorang ingat dajjal keluar nanti gedebuk jatuh dari langit. Lepas tu baru nk plan strategi 😂
3 190
SEL JANIN DALAM VAKSIN
Bukan vaksin covid je yg ada sel janin ni. Vaksin yg dicucuk masa kita kecik² dulu sampailah sekarang pun masih lg terpakai sel janin ni. Fakta ini dinyatakan sendiri oleh syarikat pengeluar vaksin.
Yang peliknya kenapa agamawang seluruh dunia menghalalkan pembunuhan dan benda haram ini dimasukkan ke dalam tubuh badan kita semua? Atas dasar "darurat kononnya" walhal rekaan semata-mata untuk merosakkan keturunan manusia.
Fikirkan balik kenapa zaman sekarang terlalu banyak penyakit yang pelik² muncul. Ditambah lg dengan gaya pemakanan yang sudah rosak. Gula putih yg merupakan makanan sel kanser diambil secara berterusan. Ingatlah, syaitan iblis akan menyerang kita di segenap penjuru. Atas bawah, kiri kanan. Kita telah diserang pelbagai aspek. Tapi kita semua masih lagi leka dan lalai. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah masuk ke lubang biawak.
3 190
19 January 2022/Selangor
Makluman Awal Terkini Ada Orang Meninggal Di Dalam Restoran Salam Sentosa , Bukit Sentosa Rawang Tengah Sarapan Pagi Ini .... Katanya Sakit Jantung & Baru Sahaja Lepas Ambil BOOSTER .... Sekarang Tengah Menunggu AMBULANCE & POLIS .
https://t.me/msiavaxevent/7949?comment=470826
3 190
Assalamualaikum semua sahabat2 yang terbaca status kchef ni. Tksh sudi luangkan masa seketika menatapi bingkisan ni.
Ni bonda kchef. Dah 3x klua masuk hosp. Hosp sg buluh 2x, skrg warded lg kt hosp kuala krai plak. Dia br je smggu lebih blk kampung (atas kehendk dia). Mak yg sihat sebelum ni tapi lepas booosster ni lah yg mak trpksa tggung. Organ dalaman mak semua pelan2 dh rosak 😔. Bila2 masa mak akn dipindh kan ke CCU. Cuma msih tertangguh sbb xde kekosongan. Tidor pon smbil duduk. Dh xdaya nk tido sedap2 mcm kita. Batuk kuat, sakit seluruh tubuh. Kita sbg anak, sggup ke nk tgk mak kita mcm ni😥😥😥😥😥.
Apa daya lagi nk ikhtiar utk kesihatan, kebaikan mak. Xde lagi wajah ceria mak. Xde lagi terima call mak. Yg suka membawang kami dua branak. Mak trpksa lawan, trpksa tggung sakit. Smlm doktor msukkan cecair mcm toxid +-, meraung mak sakit & panas dlm badan sbb dktor nk rawat, ktnya mak ada radang paru2. Mak dijadikan bahan ujikaji ubat plak.
Kisah benar apa yg kami skluarga tgh lalui. Yg tak lalui memg x kan faham. Mak pnah kata, menyesal ambk boosster. Ambk sbb nk p umrah 6dec ritu. Tapi 6dec tu mak dlm ward d hosp sg buluh. Aku yg nk nangis kuat2 rasa. Fhm keadaan & prasaan mak. Mak.....klu lah tau ini akan berlaku, kami xkan bw mak p cocok ritu. Maafkan kami.
Tksh hubby Mat Mat Ali byk bantu uruskan hal mak. Dan anak2 peneman tido nenek mrk spnjg mak kami jaga. Nurul Amaliya, adik(alesa) & baby (zahirah).
Lepas boosster (2nov2021) 2jam mak jd mcm ni smpai sekarang makin teruk.
#makstrugglebooster
#maksakityangterlampau
#makkenakuat
https://www.facebook.com/100008470680663/posts/2787820841510245/
3 190
Semalam, aku duduk di balkoni. Melihat drama sebuah keluarga. Memandang ragam taska di bawah. Anak kecilnya menangis tidak mahu dilepaskan. Guru taska sudah sedia menyambut jika tangan mula diserahkan. Anak nya masih mencengkam kuat si ibu.
.
Sang ayah keluar dari kereta. Memujuk anak supaya dilepaskan ibunya. Akhirnya anaknya ditarik juga cikgu taska dengan sedikit kuat tenaga. Sang ibu berdiri kaku berbelah bagi melihat anak masih menangis teresak-esak. Sang ayah menolak ibunya ke dalam kereta lalu bergegas ke tempat kerja.
.
Anaknya masih berteriak memanggil ibu saat kereta berlalu. Aku melihat dengan pandangan pilu. Dilihat mata anak kecil seolah-olah mengatakan, "Ibu, jangan tinggalkan aku. Di usia ini aku sangat perlu kan mu. Aku tak betah di dunia asing lagi luar bagi aku."
.
Itu hanya khayalan ku. Kalaulah aku tahu apa yang sebenarnya dalam fikiran anak ini, mungkin luruh seluruh jantungku.
.
Aku tidak menyalahkan wanita bekerja.
Aku tidak menyalahkan ibu yang terpaksa letak anak kepada ibu bapanya atau taska.
Aku tidak menyalahkan suami yang dapat kerja biasa-biasa.
Aku tidak menghina mereka suami isteri yang bersusah payah kena bekerja.
.
Aku tidak menyalahkan, maupun menghina siapa-siapa. Aku cuma ingin bercerita. Inilah zaman yang sangat menyakitkan yang kita tinggal. Sistem yang kita hidup sekarang adalah sistem berdosa.
.
Mematikan fitrah asal wanita. Menghancurkan fitrah asal pemuda. Apakan daya inilah kita. Sistem kita tinggal meninggalkan cara hidup mengikut al Quran dan Sunnah. Malang, ia telah disistemkan. Umat ini, berat sungguh ujian kita.
.
Yang elit, terus kaya. Yang susah, makin payah.
.
Yang elit sedang bergelak ketawa dengan makanan mewah terhidang beraneka, baju tukar setiap masa.
Yang miskin menguis telur di dalam peti hanya tinggal sebiji. Yang miskin berkongsi talam makan berenam. Namun, senyum mereka lebih tulus setia berbanding ketawa elit pendusta.
.
Kau tidak pelik kenapa doa orang yang dhoif dan miskin adalah ijabah?
.
Kau tidak pelik kenapa sang miskin paling ramai di syurga?
.
Benarkah kehidupan nenek moyang kita yang kita tuduh TIDAK MAJU, KOLOT, MISKIN itu menyakitkan? Atau itulah cara hidup orang beriman sebenar? Sederhana dan tenang.
.
Kau tak mengerti mengapa rasul dan para sahabat sudah terbiasa mengikat perut dengan batu menahan lapar?
.
Dan kau masih lagi sibuk cari doa untuk kaya raya. Masih lagi beramal untuk rezeki kononnya ingin kaya mengalahkan raja. Masih lagi menggunakan akhirat demi dunia.
.
Kau mati, sesen pun tak boleh bawa pergi. Apatah lagi bangunan berkilat 24 tingkat. Satu pun tak boleh kau angkat. Inikan pula jadi teman masa jumpa malaikat.
.
Kau masih belum faham nampaknya. Mengapa kau dihantar ke dunia?
.
Belajar lah tauhid. Fahamilah siapa diri kau. Apa tujuan kewujudan kau.
.
P/s dah lama taip tapi tak berani nak post. Bismillah. Moga ada berkah. Katakan yang benar, walaupun pahit
Kredit Izzah Nur
3 190
Kau akan lihat zaman itu.
Manusia akan lebih percaya penipuan dari kebenaran. Dan kau akan pelik, walau banyak mana kebenaran dihidang.
Mereka akan tetap percaya kepada penipuan.
Imam Al-Nawawi berkata:
“Ia berasal dari perkataan Al-Dajl yang membawa makna menyembunyikan perkara yang sebenar dan mempersembahkan sesuatu yang tidak bernilai, Mereka ini terdapat pada setiap zaman.“
(Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 18/45).
"Bahkan jika dilihat pada zaman Rasulullah SAW terdapat beberapa orang yang dipanggil sebagai dajal. Antaranya Ibnu Sayyad, Musailamah dan ramai lagi. Maulana Anwar Syah Al-Kashmiri menyebut bahawa Ibnu Sayyad itu bukannya dajal yang sebenar," katanya.
Ini berdasarkan satu kenyataan yang terdapat dalam Musannad Abdurrazzaq: “Wahai orang ramai, sesungguhnya Ibnu Sayyad itu bukanlah dajal yang besar.”
Maka dinamakan sebagai dajal kerana sifat dustanya dan penuh dengan penipuan. - (Rujuk Faidh Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 3/120).
"Dajal yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah bersifat umum yang bermaksud penipu, pembohong dan pendusta yang suka menyebarkan pembohongan sehingga dipercayai oleh ramai orang,"
Bila kita belajar tafsir, baru akan sedar kenapa disunatkan baca Al-Kahfi.
Dulu yang Abang tau surah Kahfi ni untuk elak fitnah dajjal. Takat tu je la Abang tau. Rupanya fitnah dajjal ni datang dalam macam-macam bentuk.
Antaranya dugaan kekayaan dan pengikut (popular).
Kahfi, ayat 46 "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan".
Maksudnya, selain harta, ada makbapak yang rasa sangat bangga dengan prestasi anak-anak sehinggakan terbawak-bawak kebanggaan tu depan masyarakat.
Inilah rupanya antara fitnah dajjal yang kita tak sedar, bilamana kehendak persekitaran memaksa kita untuk berbangga dengan anak-anak. Kita rasa benda tu biasa je, tak salah. Tapi rupanya ia adalah satu bentuk fitnah juga.
Kadang-kadang Abang rasa makin belajar banyak benda, makin Abang sedar rupanya banyak benda 'biasa' yang jangan dibiasakan buat.
Baru Abang faham apa maknaya "Dunia ini bagaikan penjara bagi orang yang beriman".
Rupanya banyak benda yang kita kena avoid diri kita dari buat.
Apa yang majoriti buat tak semuanya kita kena ikut.
Tapi bila kita dah berada di kelompok yang menjadikan sesuatu perkara tu sebuah kebiasaan, nak taknak kita terikut-ikut juga. Sungguh lah, besar betul ujian duduk atas dunia ni.
Ayat ni juga mentafsirkan tentang dugaan populariti (banyak pengikut). Ini petikan Al-Kahfi ayat 45, kisah tentang pemilik dua kebun.
Dajjal sesatkan kita dengan kekayaan.
Di zaman ni dikala cash jadi king, semakin kaya orang itu, semakin berharta orang tu, maka semakin kuat pengaruhnya, makin ramai followersnya.
وَ إِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِى الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَ إِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan."
(QS. Al-An'am 6: Ayat 116)
Baru 2 ayat je tapi dia punya tafsir melangkaui zaman.
Rupanya kisah membangga-banggakan anak and cash is king ni dah ada dalam Al-Kahfi lama dah.
Kena rajin-rajin sikit baca Al-Kahfi setiap minggu.
Rasanya apa yang disebut dalam Al-Kahfi tu semua dah muncul sekarang.
Zaman fitnah macam gelombang, zaman kaya tak pernah cukup, zaman kumpul pengikut, zaman membanggakan harta dan anak.
Yang dikatakan gigit sunnah dengan geraham, inilah zamannya.
Salam Jumaat,
Kredit tulisan : Page Shauqi Hasan
3 190
"Kita selawat banyak, tapi sedikit pun tidak rasa sayang kepada Nabi SAW."
-Hamba Akhir Zaman
3 190
TATACARA SOLAT MAZHAB 👁️
Kita solat untuk siapa? Kenapa mengikut tatacara WHO? Sudahkah kita redha dgn tatacara tersebut? AWAS semua!!
3 190
Padu Non-Stop 🔥 khutbah akhir zaman.
Wahai agamawang² sekalian. Sekiranya kamu orang² yang bertaqwa, takutlah kalian kepada Allah Taala.
#GenggamBaraApi
3 190
Fakta sebenar mengenai matahari yang kita semua tidak tahu dan disembunyikan. Lapangkan dada dan kosongkan fikiran. InshaAllah nampak dengan jelas.
"Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu."
(Surah Ibrahim:33)
