عَينٌ شَهْمِي🥀
Open in Telegram
﷽ اذا نابني امر وضاق به صدري تلقاه لطف الله من حيث لا ادري. Instagram•Twitter @ainsyahmie_
Show more1 230
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-230 days
Posts Archive
1 230
Bergembira hatiku di bulan nan suci,
Rabiul Awwal datang membawa erti.
Tiada bandingannya, tiada pengganti,
Bulan kelahiran junjungan Nabi.
Bulan bahagia, bulan mulia,
Tempat lahir insan yang utama.
Dialah rahmat, cahaya semesta,
Penghubung kita dengan Yang Esa.
Selawat dan salam takkan berhenti,
Mengalir indah bagai air di kali.
Kerana padanya tertanam janji,
Syafaat diberi di hari nanti.🌷
☕️| T.me/ainsyahmiee
1 230
Bergembiralah hatiku menyambut bulan mulia,
Khabar gembira disampaikan, cahaya pun menyala.
Rabiul Awwal, bulan penuh anugerah,
Tiada bandingannya, tiada yang setara indah.
Di bulan ini lahir insan termulia,
Hamba pilihan, penghubung dengan Pencipta.🤍
☕️| T.me/ainsyahmiee
1 230
Habib Umar Ben Hafidz حفظه الله berpesan supaya kita banyak membaca zikir ini pada bulan Rabi‘ul Awwal 1447H
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مِفْتَاحِ أَبْوَابِ رَحْمَاتِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَأَهْلِ مَحَبَّتِكَ وَطَاعَاتِكَ وَتَدَارَكْ أُمَّتَهُ بِسَرِيعِ إِغَاثَاتِكَ.
“Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada pembuka pintu-pintu rahmat-Mu, iaitu junjungan kami Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabatnya, dan orang-orang yang mencintai-Mu dan taat kepada-Mu. Dan berilah pertolongan yang cepat kepada umat baginda.”
🔖Bacalah sebanyak tujuh ribu kali, dan sesiapa yang menambah, Allah akan menambah lagi kurnia-Nya.
وبالله التوفيق.
1 230
تسخر بالدعاء وتزدريه؟
وما تدري بما صنع الدعاء
سهام الليل لا تخطئ ولكن
لها أمد وللأمد انقضاء.
“Adakah engkau memperolok dan meremehkan doa, sedangkan engkau tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh doa?
Anak panah di malam hari (doa yang dipanjatkan) tidak pernah tersasar, tetapi ia mempunyai waktu tertentu, dan setiap waktu itu pasti akan berakhir (tiba masanya untuk terkabul).”
•الإمام الشافعي رحمه الله تعالى•
☕️| T.me/ainsyahmiee
1 230
ما علّق العبد آمالا بخالقه إلا رآها الصبح مبتهجا.
“Tidaklah seseorang hamba menggantungkan harapannya kepada Penciptanya, melainkan dia pasti akan melihat harapan itu bersinar seperti cahaya pagi yang cerah dan menggembirakan.”
☕️| T.me/ainsyahmiee
1 230
Wahai si pencela yang lantang bersuara,
sedang cela pada dirimu berlapis-lapis jua.
Berapa banyak cacat yang kau sembunyi,
tapi tetap mencari silap insan lain setiap hari.
Lihatlah cermin sebelum mengata,
kerna lidahmu mungkin tajam tak kena tempatnya.
Aib orang kau jadikan bahan bicara,
sedang dosamu sendiri tak pernah kau kira.
☕️| T.me/ainsyahmiee
1 230
Kau sentiasa dalam nikmat Tuhan,
sama ada senang mahupun ujian.
Jika kau dalam lapang dan tenang,
bersyukurlah — itu kunci kemenangan.
Kerna Allah janji pada yang bersyukur,
ganjaran-Nya luas, tiada yang terkubur.
Dan jika kau diuji dalam sempit dan getir,
bersabarlah — walau hati terasa getir.
Kerna ganjaran bagi yang tetap tabah,
diberi tanpa hitungan, limpah tak berubah.
☕️| T.me/ainsyahmiee
1 230
اذا بكيت بجوف الليل مبتهلا
ففي الصباح باذن الله تبتسم
وان اتتك جيوش الهم غازية
فبالصلاة على المختار تنهزم.
“Jika kau menangis dalam sunyi malam,
menadah tangan di balik kelam,
maka esok pagi akan datang senyum,
dengan izin Tuhan Yang Maha Penyayang.
Dan jika sedih menyerang tanpa belas,
bagai tentera yang tak kenal lelah,
maka kirimkanlah selawat penuh kasih,
nescaya resah itu akan punah.
☕️| T.me/ainsyahmiee
1 230
وقل للنفس إن فقدت رجاها
وصار اليأس يوهنها قواها
ثقي بالله كم خافت نفوس
من الدنيا وخالقها كفاها.
Bisikkan pada hati yang hilang arah,
Saat harapan rebah, dan jiwa makin lelah.
Jangan takut pada gelap yang datang,
Kerna Tuhan sentiasa memegang.
Percayalah pada kasih-Nya yang tak pernah sirna,
Berapa ramai jiwa pernah gentar pada dunia,
Namun Pencipta mereka cukupkan segalanya—
tanpa mereka pinta, tanpa mereka duga.
☕️| T.me/ainsyahmiee
1 230
🤲🏻 Doa Hari ‘Asyuro Habib Umar Selepas Fajr (arabic).
📆 Sabtu, 10 Muharram 1447h.
📍Dar Mustofa, Tareem.
1 230
لا دارَ للمرءِ بعد الموتِ يسكنها
إلا التي كانَ قبلَ الموتِ بانيها
فإن بناها بخيرٍ طابَ ساكنُها
وإنْ بناها بشرٍّ خابَ بانيها.
“Tiada rumah untuk seseorang selepas kematian yang dapat dia diami, kecuali rumah yang telah dia bina sebelum kematiannya.
Jika dia membinanya dengan kebaikkan, maka indahlah tempat tinggalnya. Dan jika dia membinanya dengan keburukkan, maka kecewalah orang yang membinanya.”
☕️| T.me/ainsyahmiee
1 230
خلّص نفسك من التعلّق بعيوب الآخرين،
فإن هذا من أعظم عيوبك أنت.
“Bebaskan dirimu daripada sibuk memikirkan atau mencari-cari kesalahan orang lain, kerana itu sendiri adalah salah satu daripada kesalahan terbesar dalam dirimu.”
•سيدي الحبيب عمر بن حفيظ حفظه الله•
☕️| T.me/ainsyahmiee
