AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)
Open in Telegram
Laman yang menghimpunkan faedah-faedah ilmu Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله- Dikendalikan oleh Ustaz sendiri dan beberapa orang admin dalam kalangan ahli keluarganya. نسأل الله يجعلها خالصًا لوجه الله الكريم
Show more2 148
Subscribers
-224 hours
-87 days
-2330 days
Posts Archive
Antara tanda seseorang itu benar-benar alim menurut al-Quran ialah kemampuannya memahami dengan mendalam amsal (perumpamaan) yang Allah bentangkan. Firman Allah:
وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ ۖ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلَّا الْعَالِمُونَ
“Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami bentangkan untuk manusia, dan tidak ada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.”
Imam al-Sam‘ani rahimahullah berkata:
﴿وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ﴾ أي: الأشباه التي يقع بها التمثيل. وقوله: ﴿وَمَا يَعْقِلُهَا إِلَّا الْعَالِمُونَ﴾ أي: العالمون بمعاني كلامي. وعن بعض السلف قال: يستحب أن يقف عند كل مثل في القرآن، فإن الله تعالى يقول: ﴿وَمَا يَعْقِلُهَا إِلَّا الْعَالِمُونَ﴾.
“Maksudnya: perumpamaan-perumpamaan yang digunakan sebagai kiasan. Dan firman-Nya, ‘Tidak ada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu’, yakni mereka yang memahami makna kalam-Ku. Sebahagian salaf berkata: disukai seseorang berhenti dan merenungi setiap perumpamaan dalam al-Quran, kerana Allah berfirman: ‘Tidak ada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.’” [ Rujuk Tafsir al-Sam'ani ]
Seseorang itu adalah benar-benar "alim" bukan diukur berdasarkan kelulusan akademik, atau bilangan guru, sanad, ijazah dan masyaikh tetapi tahap penguasaan dan keluasan ilmunya terhadap al-Amsal atau juga disebut al-Asybah wa al-Nazaair (Ilmu Kiasan).
Wallahualam.
M.FAZ
بسم الله الرحمن الرحيم
MAJLIS SYARAHAN KITAB
AL-TUHFAH AL-WUSABIYYAH
Fi Tashil Matn al-Ajurrumiyyah
Pembimbing:
Ustaz al-Qil Muhammad Fashan Ahmad Ziadi
Pengasas Akademi Ya’rub bin Qahtan
⸻
KEPENTINGAN KITAB
Sesuai sebagai langkah pertama untuk mengenali dan mempelajari asas ilmu nahu Arab.
Antara syarah yang mudah, jelas dan dekat dengan kefahaman pelajar.
Diperkaya dengan dalil daripada al-Quran serta penekanan terhadap kaedah i‘rab.
Membimbing pelajar memahami ilmu nahu secara sistematik.
Membantu memelihara lidah daripada kesalahan serta memudahkan pemahaman asas terhadap al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ.
⸻
CIRI-CIRI PENGAJIAN
Syarahan ringkas dan padat dalam Bahasa Arab.
Terjemahan dan penjelasan dalam Bahasa Melayu.
Nota dan latihan bagi mengukuhkan kefahaman.
Ujian penilaian pada akhir setiap tahap.
Pelajar yang lulus akan meneruskan pengajian ke tahap berikutnya.
Waktu fleksible, di atas talian sepenuhnya. Rakaman akan diberikan untuk murajaah/ulangkaji.
Terbuka untuk semua peringkat usia, kanak-kanak 8, 9, dan 10 tahun ke atas, juga untuk dewasa.
Untuk penyertaan satu keluarga, seorang wakil sahaja perlu membayar Yuran. Bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan, ibu tunggal boleh dipertimbangkan bayaran.
⸻
MAKLUMAT KELAS
Tarikh Bermula
4 Ogos 2026 (Selasa)
9:00-10 Malam (Pertemuan Pertama, Sesi Pengenalan dan Taklimat)
Platform
Google Meet
Yuran Komitmen
RM20 sebulan (RM120 : Untuk 6 Bulan)
PREVIU KELAS PERTAMA – PERCUMA!
Tempoh Pengajian
6 bulan
⸻
DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod QR atau klik pautan pendaftaran untuk menyertai kelas.
“Bahasa Arab bukanlah sekadar bahasa pertuturan, bahkan ia merupakan bahasa wahyu, bahasa ilmu dan kunci untuk memahami al-Quran, al-Sunnah serta khazanah keilmuan Islam. Penguasaannya ialah langkah pertama menuju kefahaman agama yang sahih.
+3
NASKHAH RASULIYYAH SAHIH AL-BUKHARI DAN SAHIH MUSLIM
Sebuah naskhah diraja yang sangat berharga dari Yaman, dikenali sebagai Naskhah Rasuliyyah, mengandungi Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Naskhah ini disalin oleh Muhammad bin Sukkar al-Syafi‘i, dengan Sahih al-Bukhari selesai pada tahun 739H dan Sahih Muslim pada tahun 741H.
Penyalinannya dilakukan atas perintah Sultan Rasuliyyah Yaman, Al-Abbas bin Ali bin Dawud bin Yusuf bin al-Mansur Umar bin Rasul al-Afdal al-Ghassani (w. 778H). Sultan tersebut kemudian membaca kedua-dua kitab itu di hadapan ahli hadis terkenal Yaman, Jamal al-Din al-Huthaithi (w. 791H).
Pada akhir naskhah terdapat catatan sama‘ dan ijazah bertarikh 771H, menunjukkan al-Huthaithi mengijazahkan kedua-dua kitab tersebut kepada Sultan al-Afdal serta dua puteranya, Ismail dan Abdullah, dan pengesahan itu ditulis dengan tangan beliau sendiri.
Naskhah ini disalin di Tha‘bat, sebuah kota bersejarah yang kini menjadi sebahagian daripada Taiz. Ia merupakan bukti kecintaan para pemerintah dan ulama Yaman terhadap pemeliharaan sanad dan warisan hadis Nabi ﷺ
Untuk mengetahui hubungan dan perkaitan antara Imam al-Bukhari dengan sejarah Yaman purba, saya telah menghuraikannya dengan lebih lanjut dalam Novel Biografi Imam al-Bukhari. Di dalamnya, saya membawakan pelbagai riwayat sejarah serta beberapa bukti epigrafi yang menarik dan jarang diketengahkan kepada pembaca.
Dapatkan naskhah anda hari ini.
https://s.shopee.com.my/6ff2M4vDKz
https://s.shopee.com.my/3qK6uw5p5C
Alhamdulillah. Novel biografi Imam al-Bukhari. Boleh pra tempah di sini:
DAULAT TUANKU!
Ada yang bertanya kepada saya apakah maksud sebenar “Daulat” dalam bahasa Arab.
Saya jawab dengan ringkas, ia berasal daripada kata دول yang mempunyai banyak maksud yang berkembang dalam penggunaannya. Antara maksud asalnya ialah tahawwul (perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain), kemudian ia juga digunakan untuk merujuk kepada maksud “berlegar” atau “kitaran”.
Daulat pula dalam bahasa Arab digunakan mengikut konteks. Jika berkaitan harta benda, ia disebut “Dulah”, iaitu berlegar. Contohnya ayat 7 dalam Surah al-Hasyr:
كي لا يكون دُوْلة بين الأغنياء
Maksud “Dulah” di situ ialah yatadāwal, yakni harta yang hanya berlegar dalam kalangan orang kaya.
Dalam konteks peperangan dan kenegaraan pula, ia disebut “Daulah”, iaitu merujuk kepada makna al-idālah wal ghalabah (kemenangan dan dominasi). Antara penggunaannya ialah dalam hadis wafd (delegasi) Thaqif dalam Sunan Abi Daud no. 1393:
ندال عليهم ويدالون علينا
“Ada waktu kami menang dan ada waktu mereka menang”, yakni menyifatkan berlegarnya tabiat peperangan yang berterusan; kadang-kadang kalah dan kadang-kadang menang.
Sebab itu, apabila sebuah negara kuat dan mendominasi, ia disebut sebagai Daulah. Contohnya Daulah Bani Abbasiyyah, Daulah Bani Umayyah, Daulah Uthmaniyyah, Daulah al-Su‘udiyyah dan seumpamanya.
Konteks Bahasa Melayu
Jadi, apabila kita menyebut “Daulat Tuanku”, ia sebenarnya bermaksud doa agar Allah memenangkan Raja dan Sultan kita ke atas mereka yang derhaka atau golongan yang jahat.
Kemudian, sudah menjadi kesepakatan orang Melayu yang memahami Bahasa Melayu bahawa “Daulat” digunakan untuk mendoakan kebahagiaan, menyambut titah diraja, serta menjadikannya berwibawa. Inilah yang dimaksudkan dengan “daulat” yang difahami dalam Bahasa Melayu sekarang. Boleh rujuk Kamus Dewan terkini.
Daulat bukan bermaksud kita menyembah Raja atau mengangkatnya lebih daripada sepatutnya, ataupun menyokong kezaliman mereka apabila mereka melakukan kezaliman. Namun, dalam konteks sekarang, apabila rakyat sudah muak dengan ahli politik yang cakap tidak serupa bikin, khianat, dan banyak berwayang, maka rakyat tidak nampak lagi tempat berpaut melainkan kepada harapan yang masih ada, iaitu Raja dan Sultan.
Justeru, apabila kita menyebut “Daulat Tuanku!”, sebenarnya kita sedang berdoa agar Allah memelihara dan menjaga Raja serta Sultan kita. Ya, itulah maksud terakhir yang difahami oleh nenek moyang kita, orang Melayu dahulu kala, dan yang masih difahami hingga sekarang.
Jadi, adakah ia bercanggah dengan akidah? Jawapannya, langsung tidak. Bahkan, ia dituntut ketika ada golongan yang cuba menjatuhkan kewibawaan Sistem Beraja dalam negara kita.
Apa pun, doakanlah kepada Raja dan Sultan kita agar mereka sentiasa dipelihara dan dimenangkan oleh Allah.
Wallahu a‘lam.
DAULAT TUANKU!!
M.FAZ
apa maksud riwayat Bazan? M.FAZ akan live jam 9:30 malam ni di sini insya-Allah!!
Insya-Allah malam ini ada live di telegram bersama Ustaz M.FAZ, jam 9:15 malam
Membaca apa yang terletak di luar ufuk
adalah latihan hati dan akal, membuka jendela pada dunia yang lebih luas, agar pandanganmu tidak terkurung oleh sempadan yang sempit.
- M.FAZ
🌪️🌪️🌪️
preorder.karyapis.com/mfaz
