en
Feedback
Ustaz Hakim Mohd Nor

Ustaz Hakim Mohd Nor

Open in Telegram

Belajar untuk tenang dan menang

Show more
The country is not specifiedReligion & Spirituality18 358
6 113
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-3130 days
Posts Archive
Ramai yang cari saya di FB. Terharu saya. Seperti dijangka, akhirnya Allah izin saya fokuskan perkongsian di telegram sahaja selepas ini. Terima kasih setia follow saya di ruangan telegram. Insya Allah, Walau dimana jua berada, kita tetap pejuang agama. Kerana Allah, Demi Islam. Takbir!

Alhamdulillah, RM 500,000 telah disalurkan melalui Serantau Muslim untuk bantuan kecemasan Palestin. Sumbangan SM dihantar melalui wakil kami di Palestin dan juga melalui gabungan ngo My Aqsa Defenders. Terima kasih atas sumbangan melalui Serantau Muslim. Ayuh kita tingkatkan lagi sumbangan untuk capai target awal RM 1 juta untuk diberikan kepada rakyat Palestin. Klik untukmupalestin.com

photo content

photo content

Bantuan untuk Palestin dah sampai! Alhamdulillah https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158321999882725&id=632617724 Teruskan menyumbang untuk akhirat kita. Untukmupalestin.com

Selamat datang semua subscriber baru, insya Allah saya akan lebih banyak berkongsi di telegram selepas ini. Ada kemungkinan FB saya kena banned kerana menggerakkan kempen lawan Israel secara terbuka. Jelas, Israel memang pengecut. Tapi takpe, lawan tetap lawan. Insya Allah, bantuan Allah akan tiba. Dalam masa yang sama , kita faham yang sememangnya FB ini gelanggang mereka. Justeru, dalam senyap, team kita dah ready untuk lancarkan media sosial baru yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Doakan ya. Sudah masuk fasa akhir. Pengumuman rasmi insya Allah saya umumkan kemudian. Jangan lupa ajak lebih ramai orang subscribe telegram saya ya . T.me/ustazhakim

Israel koyak teruk!
Israel koyak teruk!

7. Serantau Muslim mengharapkan gelombang kesedaran rakyat dalam pembelaan nasib Umat Palestin ini dapat diteruskan lagi sehinggalah kita menyaksikan Al Aqsa berjaya dibebaskan dari Zionis Israel . . 8. Sebarang sumbangan untuk usaha pembelaan ini bolehlah disalurkan melalui portal untukmupalestin.com ataupun melalui nombor akaun Maybank Serantau Muslim 5641-0042-3082 . 9. Semoga Allah menurunkan pertolongan kepada kita dan memberkati usaha kita dalam rangka pembebasan bumi suci Palestin. Amin. . Terima kasih. Ustaz Mohd Hakim Bin Mohd Nor Pengerusi Serantau Muslim 03-84081789 hakim@serantaumuslim.org.my

KENYATAAN MEDIA SERANTAU MUSLIM 14 MEI 2021 JUMAAT ISRAEL KOYAK, SERANGAN TENTERA SIBER MALAYSIA BERJAYA BELA PALESTIN 1. Serantau Muslim mengucapkan tahniah kepada warganet Malaysia ataupun tentera siber Malaysia yang berjaya menghantar mesej bertubi tubi di media sosial mempertahankan Palestin sehingga menyebabkan mental pasukan Zionis Israel koyak. . 2. Rentetan peristiwa serangan Malam 27 Ramadhan iaitu pencerobohan terhadap Umat Islam Palestin yang sedang melakukan solat Tarawih di Masjidil Aqsa, pihak Israel didapati cuba memainkan sentimen mangsa (play victim) di media sosial hingga mengakibatkan kemarahan dan meluat di kalangan umat Islam khususnya Tentera Siber Malaysia. Zionis Israel cuba memutar belit fakta dengan menggambarkan seolah olah mereka adalah mangsa serangan walhal hakikatnya seluruh dunia tahu yang mereka adalah pengganas sebenar. . 3. Serantau Muslim memuji usaha perang siber yang dijalankan dengan rela hati oleh seluruh Tentera SiberMalaysia ini walaupun sedang sibuk berhari raya, namun tidak melupakan nasib saudara seakidah yang sedang diuji di Palestin. Serantau Muslim mengucapkan syabas kerana #shameonIsrael dan #israelkoyak trending di pelbagai platform media sosial. . 4. Serantau Muslim juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana dalam tempoh beberapa hari sahaja telah berjaya mengumpul dana lebih RM 2 juta dari sasaran RM 10 juta yang diletakkan. Alhamdulillah, dana ini telah pun disalurkan serta merta melalui wakil di bumi Palestin. . 5. Serantau Muslim berpandangan bahawa gelombang kebangkitan umat Islam ini haruslah di gerakkan secara berpanjangan dan bukannya bersifat sementara. Justeru, Serantau Muslim dengan ini mengisytiharkan menyertai gabungan puluhan NGO , selebriti, influencer, pihak korporat dan media dalam satu gerak kerja sistematik yang dinamakan sebagai My Aqsa Defenders. . 6. Serantau Muslim melihat usaha penubuhan My Aqsa Defender ini adalah terjemahan kepada suara rakyat yang bergema di media sosial untuk pembebasan Palestin. Usaha membela Palestin tidak seharusnya sekadar berkisar di media sosial semata, sebaliknya ia mesti diterjemahkan dalam gerak kerja yang akhirnya dapat membebaskan Al Aqsa sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saidina Umar Al Khattab dan Salahudin Al Ayubi. Justeru, Serantau Muslim mencadangkan 6 agenda bertindak yang mesti dilakukan oleh semua umat Islam untuk usaha pembebasan bumi Palestin ini. . 6 Agenda bertindak itu ialah a. Menggerakkan kempen kesedaran mengenai latar belakang ,sejarah Palestin dan sasaran gerakan agar orang ramai dapat menyebarkan maklumat yang tepat di media sosial secara berterusan dan tidak bermusim. Bahan bahan kempen penerangan secara kreatif amat digalakkan untuk dihasilkan oleh orang ramai dan disebarkan di pelbagai media dan diletakkan #myaqsadefenders b. Kempen meninggalkan barangan keluaran Israel melalui kempen BDS (Boycott, Divestment, Sanction) ditingkatkan dengan kerjasama semua pihak terutamanya pihak korporat dan pembeli. c. Menggabungkan lebih ramai NGO, Badan Korporat, NGI, Selebriti, Tokoh, Influencer dalam dan luar negara dalam front My Aqsa Defender untuk Tindakan dan gema suara yang lebih berkesan. d. Mengumpulkan dana secara cetralised melalui NGO yang terlibat dalam My Aqsa Defender untuk program rehabilasi dan pembelaan yang lebih tersusun , sistematik dan stratergik. Dana bantuan yang diterima akan dilaporkan secara telus dan integrity agar lebih ramai orang yakin untuk terus menyumbang membantu usaha pembelaan bumi Palestin. e. Menggesa Negara Negara Islam mengambil Tindakan drastik untuk menyekat sebarang akses dan hubungan dua hala dengan negara haram Israel terutamanya negara negara Arab yang berjiran dengan Palestin . f. Menyeru seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada melalui penjagaan terhadap Solat di awal waktu, mentadabbur isi Alquran setiap hari serta meningkatkan Infaq, agar bantuan Allah turun dan inilah kejayaan sebenar dalam gerak kerja ini.

Salam semua. Saya dan team dah mula gerakkan kempen habis habiskan pertahankan Palestin. Ayuh bergabung bersama dalam usaha ini. Paling kurang, sertai sebarkan #shameonisrael dan #israelkoyak. Ada rezeki lebih? Jom menyumbang ke tabung untukmupalestin.com Semua wang ini disalurkan ke Palestin melalui wakil kita di bumi Palestin iaitu Tuan Nadir Al Nuri. Insya Allah, kita menang dengan izin Allah.

(minta maaf kalau ada info tersalah kalau ada sumber yang lebih baik, saya sekadar ikut live coverage di internet. Boleh sekadar baca untuk dapat general idea.) 🙏🏻 Semoga bermanfaat.

25) Yelah, kau berlawan dengan orang yang 'nak' mati sedangkan kau takut mati. One on One memang masak la kau. 26) Zionis mula gunakan helikopter & dron dan sasarkan penempatan orang awam. Banyak apartment di Palestin runtuh dibom. Ramai syahid. 27) Hamas gandakan serangan, tapi Iron Dome masih berupaya menghalang sebahagian besar peluru berpandu. 28) Tapi Hamas berjaya bypass sistem pertahanan Iron Dome bila lepaskan peluru secara bertubi-tubi. Banyak kali dalam masa yang singkat. 29) Hasilnya ada media menyebut, bahawa bandar Ashkelon & Ashdod di Israel antara yang terkesan dengan serangan tersebut. 27) Masuk hari ketiga pertempuran, angka kematian yang dilaporkan di pihak Palestin mencecah 25 orang manakalah di pihak Zionis baru 2 orang. Betapa besarnya jurang teknologi ketenteraan ni. 28) Zionis mula gunakan aset simpanan ketenteraan mereka untul terus mengasak Hamas. Mereka percaya bahawa Hamas tak mampu bertahan lama. 29) Jet² pejuang mula memenuhi ruang angkasa Palestin dengan sasaran mereka seterusnya, masih lagi rumah orang (dasar bacul) iaitu Menara Hanadi, menara tempat tinggal terbesar di Gaza. 30) Menara Hanadi ni bangunan 18 tingkat yang dihuni kira-kira 80 keluarga. Media lapor ia 'completely destroyed' selepas serangan bom yang digugurkan oleh jet. 31) Namun tiada nyawa terkorban sebab risikan daripada Hamas yang dah warning penduduk siap². 32) Bridget al-Qassam keluarkan video - bagaimana jika kami berada di langit Tel Aviv, pusat pentadbiran Israel? Kira macam KL or Putrajaya la kalau kat Malaysia ni. 33) Untuk memudahkan pemahaman, Tel Aviv ni mungkin agak jauh la daripada sempadan Gaza, so orang tak expect akan lancarkan serangan ke sana. 33) Tapi sekali lagi gentle, diorang umum akan serang by 9 malam waktu sana, masa MU tengah main jam 1 pagi tadi. 34) Zionis keluarkan kenyataan kerek, Tel Aviv sedia diserang (sebab dia tak percaya kemampuan teknologi roket Hamas la kot). 35) Tepat 9 malam, 130 peluru berpandu dilepaskan serentak ke Tel Aviv. 36) Iron Dome berjaya tangkis sebahagian tapi sebahagian yang lain gagal sebab non-stop attack. 37) Ada laporan cakap beberapa Iron Dome tak berfungsi sebab habis bateri, kita percaya inilah bantuan Allah. 38) Media antarabangsa melaporkan tak pernah melihatkan serangan skala besar sebegini dalam sejarah Israel. 39) Kebakaran besar di Tel Aviv. Baru diorang tahu apa yang orang Palestin rasa. 40) Ada video tular pasal Zionis gelakkan je bila Hamas cakap nak attack Tel Aviv, sekali jatuh peluru depan mata, menggelupur lari. 41) Sementara di al-Aqsa, orang mula membanjiri kawasan tersebut untuk solat terawih berjemaah. 42) Tak tercapai akal kita kan, tengah suasana genting macam tu pun nak gi masjid lagi. 43) Tapi kita takkan faham, sebab diorang betul² rindukan syahid. Mungkin kalau kita kat sana, gali lubang sembunyi la kot. Dengan jet pejuang, helikopter, pelancar roket jarak jauh, tentera di darat lagi. 44) Masjid umum, rapatkan saf kalian, bersabarlah, kita tetap akan untung, samaada menang atau mati syahid. 45) Lapangan terbang Tel Aviv ditutup. Semua orang ketakutan, dan suasana kucar kacir. 46) Selain daripada sasarkan airport, Hamas juga sasarkan tangki minyak Zionis. 47) Sebagai respon, askar Zionis mula merempuh masuk menyerang jemaah di al-Aqsa. Tapi pemuda² Palestin (yang bukan tentera pun) berjaya memberi tentangan sehingga tentera Zionis terpaksa berundur. 48) Pusat janakuasa eletrik Tel Aviv berjaya diserang. Bandar pelabuhan Haifa jugak antara yang turut disasarkan. 49) Berlaku pertempuran di merata tempat, Lod (tempat dalam hadis Nabi Isa akan lawan Dajal), Hebron, Jericho antaranya. Kebakaran dan kemusnahan di mana-mana. 49) Matawang Israel mula merosot. 50) China desak PBB buat persidangan tergempar segera, suruh campurtangan. 51) Sehingga update ini, Israel declare beberapa bandarnya darurat. Dan arahkan rakyatnya untuk berkurung dalam rumah.

Kau tahu apa yang jadi kat Palestin sekarang? Mesti rasa heran jugak bila tengok orang tiba-tiba ramai cerita pasal Palestin ni kan? Meh aku share sikit. 1) Ada sekumpulan penduduk #SheikhJarrah dihalau secara paksa oleh tentera Zionis walhal itu tanah diorang. 2) Orang Palestin rasa marah, dan pakat berkumpul ramai² terawih di Masjidil Aqsa. Kat sana ada ucapan, laungan semangat yang kutuk apa yang laknatullah tu dah buat. 3) Zionis triggered. Dia pergi tangkap, gunakan kekerasan (gas pemedih mata, bom asap, rubber bullet) untuk suraikan orang kat masjid al-Aqsa. Siap buat sekatan kat sana. 4) Tapi malam selepas tu makin berbondong orang datang. Laki perempuan, semua turun limpahkan Masjid Al-Aqsa. Padahal dah tahu tentera Zionis tengah jaga kawasan tu. 5) Berlaku serangan lagi daripada Zionis. Masa ni dah ada pemuda² yang kutip batu² simpan dalam masjid. So dia jadi tentera vs orang awam, bukan tentera vs tentera. 6) Bila makin ramai orang awam dah cedera sebab pertempuran dengan Zionis, ramai jugak yang kena tahan, baru Hamas officially masuk gelanggang. 7) Abu Ubaidah (jurucakap Hamas) buat press conference, secara gentleman umum, kalau taknak kitorang serang kau, better kau keluar daripada al-Aqsa & Sheikh Jarrah, kemudian bebaskan tahanan. 8) Hamas siap bagi masa sampai 6 petang (waktu sana). Yang macam ni baru betul steady, bagi time. Bukan macam pengecut serang curi. 9) Hamas melalui Bridget Al-Qassam mula lancarkan roket jarak jauh setelah tuntutan mereka tak dipenuhi, malah tekanan kepada orang awam di masjid al-Aqsa juga tak berkurang. Siap ada cubaan bakar lagi. 10) Israel ni walaupun ada teknologi penangkis peluru berpandu, tapi cuak jugak. Depa bunyikan siren² amaran. Bertempiaran orang lari cari port selamat. 11) Sekurang²nya 10 peluru berpandu dilancarkan daripada Gaza, kalau ikut laporan last Hamas 'menyerang' ni masa 2014. 12) Tapi tak semua pun kena kat sana, sebab Israel ni kalau bab teknologi ketenteraan ni diorang kira advance jugak, ada peluru pemintas (intercept) yang gagalkan peluru berpandu al-Qassam. 13) Media Israel lapor, yang penduduk diorang lari macam anak ayam hilang mak masa siren berbunyi. Ada la video meniarap apa semua kat tepi tembok. Boleh usha sendiri kat #IsraelUnderAttack. 14) Tapi naratif yang media diorang bawak mengarut. Konon² Hamas yang serang dulu. Padahal kalau betul Hamas nak attack kau, tak payahlah bersungguh buat press conference - terus lancar roket, biar runtuh rumah kau macam kau letupkan rumah kat Gaza tu. 15) Jet pejuang Zionis mula mengebom kawasan² perumahan awam & ladang² pertanian Palestin. 16) Pertembungan berlaku seharian, makin banyak tempat di kedua² belah Israel & Palestin terkesan. Sampai ke esoknya, Mesir nak jadi orang tengah untuk gencatan senjata. 17) Hamas respon, dengan syarat asalkan Zionis penuhi tuntutan mereka, pulangkan apa yang dirampas & keluar daripada al-Aqsa. 18) Zionis acah power, diorang kata kali ini akan hancurkan Hamas sampai habis. Menteri Pertahanan Israel bagitahu Mesir takyah campur tangan. 19) Hamas steady, Bring It ON. Walaupun tengah puasa, motivasi untuk bersahur di dunia berbuka di syurga menyala². 20) Hamas tak berhenti menghantar peluru berpandu ni menyebabkan rakyat Israel makin ketakutan, sebab roket Hamas ni boleh sasar makin jauh. Aktiviti harian tergendala. 21) Iron Dome milik Zionis tu pun dah tak mampu tangkis semua, hinggakan ada peluru berpandu Hamas yang dah berjaya meletus di Israel. 22) Masuk hari kedua berbalas serangan (sebelum ni Hamas tak balas) Zionis mula menggunakan tentera darat menekan rakyat Palestin. Bilangan yang syahid mencecah puluhan dengan ratusan cedera dalam pertempuran batu vs peluru. Ada budak², remaja, wanita. 23) Bukan tu je, kapal-kapal laut Zionis mula di-parking kat tempat² strategik untuk lancarkan roket ke Palestin. 24) Tapi media lapor, Jeneral Zionis menyebut bahawa memasuki Palestin melalui jalan darat adalah satu kesilapan besar.

Zoom kejap lagi di yaminika.com/zoom
Zoom kejap lagi di yaminika.com/zoom

Malam ini zoom khas jam 10 malam, ini linknya yaminika.com/zoom

Ok. Alhamdulillah dah lebih 200 komen, insya Allah saya akan live sekali lagi , hari khamis jam 10 malam. Info live tu saya akan share dalam group ini ya =) Jangan terlepas sekali lagi ya . Pastikan lock masa dan adjust jadual anda. 😊

Ramai yang pm dan mesej minta saya repeat semula ilmu mahal macamana nak buat sejuta dengan modal rm3k. Ramai terlepas tak dapat masuk zoom. Ok gini, kalau saya buat sekali lagi live session tu, berapa ramai nak join? Kalau ada 200 orang komen nak, saya on semula. Deal?

Salam. bermula dgn modal RM3,300 digandakan 10% setiap bulan.. bulan ke-60 (next 5 years) menjadi RM1Juta ringgit.. Jom kita
Salam. bermula dgn modal RM3,300 digandakan 10% setiap bulan.. bulan ke-60 (next 5 years) menjadi RM1Juta ringgit.. Jom kita tanam niat sama2 sekarang.. nak jadi Jutawan didunia dan diakhirat sama2.. Kaya sama2 agar dapat memberi byk manfaat sama2.. Zakat.. Sedekah.. Infaq.. Saham Akhirat..

Salam. Jom sertai zoom meeting ilmu mahal https://us02web.zoom.us/j/87390363696 (Passcode: 044009)

Assalamualaikum Malam ini saya cadang nak dedah satu formula bagaimana hanya dengan RM 3,300, anda boleh dapat RM 1juta dalam masa 5 tahun, insya Allah. Ada yang nak tahu? Kalau ya, kena sertai zoom bersama saya jam 10 malam ni insya Allah.