MPP UTHM OFFICIAL
Open in Telegram
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Show more2 889
Subscribers
+6224 hours
+1927 days
+19930 days
Posts Archive
2 889
[PEMAKLUMAN PERGERAKAN BAS PADA 31 OGOS 2022]
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pada 31 Ogos 2022 (Rabu) adalah Cuti Umum bersempena Hari Kebangsaan.
2. Sehubungan itu, pada hari tersebut TIADA pergerakan bas dari Kolej Kediaman Pagoh ke Kampus Pagoh. Bas akan beroperasi semula pada 01 September 2022 (Khamis).
Sekian, terima kasih.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[TAHNIAH DAN SYABAS DI ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2 2021/22 KEPADA SEMUA MAHASISWA UTHM]
Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/22 ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Mahasiswa Universiti Tun Hussien Onn Malaysia di atas keputusan yang cemerlang pada peperiksaan semester 2 2021/22.
Semoga keputusan yang diperolehi kali ini akan menjadi pemangkin untuk terus maju pada masa hadapan.
Janganlah berputus asa dan terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan pada semester yang akan datang.
"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
Assalamualaikum dan salam sejahtera
🔊🔊
HIMPUNAN MAHASISWA ANAK KELANTAN UTHM 🟥⬜ (HIMSAK) menjemput pelajar diploma sesi 2022/2023 untuk menyertai group whatsapp Himsak Uthm Pagoh
KLATE UTHM PAGOH
👉🏼
https://chat.whatsapp.com/2EupGnv30jg1DTFyt9xoWq
ANAK KELANTAN 04
👉🏼
https://chat.whatsapp.com/CBYcFyKYv8TFyxIOedfZfX
2 889
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Perhatian kepada semua Pelajar UTHM yang menetap di Taman Universiti, Parit Raja,
Pihak MPP UTHM ingin membuat satu tinjauan mengenai pembukaan pintu pagar UTHM untuk kegunaan para pelajar di sekitar Taman Universiti, Parit Raja. Data yang kukuh sangat diperlukan bagi membantu dalam proses rundingan pembukaan pintu pagar belakang UTHM.
Sila isi borang ini:-
https://forms.gle/67tygb2S7RtumeN46
Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama untuk mengisi maklumat di dalam tinjauan ini.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Perhatian kepada semua Pelajar UTHM yang menetap di Taman Universiti, Parit Raja,
Pihak MPP UTHM ingin membuat satu tinjauan mengenai pembukaan pintu pagar UTHM untuk kegunaan para pelajar di sekitar Taman Universiti, Parit Raja. Data yang kukuh sangat diperlukan bagi membantu dalam proses rundingan pembukaan pintu pagar belakang UTHM.
Sila isi borang ini:-
https://forms.gle/67tygb2S7RtumeN46
Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama untuk mengisi maklumat di dalam tinjauan ini.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2022/2023
2 889
[ PENCARIAN FASILITATOR MINGGU HALUAN SISWA AMBILAN OKTOBER 2022/2023 ]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera ,
Merujuk kepada perkara di atas , kami sedang mencari Fasilitator bagi Minggu Haluan Siswa Ambilan Oktober 2022/2023 pada 09 - 13 Oktober 2022. Kami memerlukan Fasilitator di cawangan Pagoh dan juga Parit Raja.
Jika saudara/i berminat untuk menjadi sebahagian daripada Fasilitator MHS pada kali ini , sila lengkapkan permohonan berikut :
🔗 http://bit.ly/PermohonanFasilitatorMHSOkt
❗️PERMOHONAN DIBUKA SEHINGGA 19 OGOS 2022 ❗️
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut , boleh menghubungi :
Kampus Cawangan Parit Raja
📲 Saudari Syasya : 018-3172420
📲 Saudara Ashraf : 011-27237217
Kampus Cawangan Pagoh
📲 Saudari Husna : 017-4498595
📲 Saudara Qayyum : 011-10551706
Kerjasama anda amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Sekretariat Utama Minggu Haluan Siswa Ambilan Oktober
Program Sarjana Muda
Sesi 2022/23
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
PERMOHONAN FOOD@CAMPUS SEMESTER KHAS 2022/2023
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Bantuan Food@Campus kini dibuka!!
Inisiatif Food@Campus merupakan pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di Institut Pengajian tinggi (IPT). Oleh itu, dengan sukacitanya pelajar boleh membuat permohon melalui link ini:
https://tinyurl.com/PERMOHONANFOODATCAMPUSUTHM
Syarat-syarat penyertaan:
1) Pelajar B40
2) Mahasiswa Aktif dan Warganegara
3) Pelajar Diploma Sem Khas 22/23
Sehubungan dengan itu, pelajar yang layak boleh mengisi borang permohonan ini sebelum 21/8/2022 (Ahad) jam 5:00 petang.
TERHAD UNTUK 100 PELAJAR SAHAJA
Jika ada sebarang persoalan, boleh hubungi:-
011-39246829 (Sarah)
011-27533889 (Afina)
011-20968761 (Mimi)
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas daripada,
Jabatan Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PERMOHONAN SKIM DERMASISWA ZAKAT UTHM SEMESTER 1 SESI 2022/23 KINI DIBUKA]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Permohonan Skim Dermasiswa Zakat UTHM semester 1 sesi 2022/23 kini telah dibuka. Pemohon boleh rujuk rujuk poster di lampiran untuk maklumat permohonan. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak admin Facebook Zakat UTHM*
Pautan Borang Permohonan : https://forms.gle/Gv81GUumfR9akjUp7
"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia
2 889
Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera,
YBhg. Prof./Tuan/ Puan/Saudara/Saudari,
KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan pihak kami sedang membuat Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan terhadap perkhidmatan Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) Bagi tahun 2022. Tujuan utama kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kualiti perkhidmatan yang diberikan.
3. Proses kaji selidik ini akan berlangsung sehingga 14 Ogos 2022 (Ahad). Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dimohon untuk mengisi borang tersebut melalui capaian berikut :
BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PPA
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeIKV8ZDytmFarn5DzImc07h0XoFFNeSRFQt1lU1Ib5PlblwQ/viewform?usp=pp_url
Sekian, terima kasih.
DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA
‘WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’
Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PENGUMUMAN RASMI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 2021/2022]
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin memaklumkan bahawa Keputusan Rasmi Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2021/22 adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Ogos 2022 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi
Platform: SMAP Online
Keputusan peperiksaan akan ditahan apabila :
1) Pelajar berstatus hutang
2) Tidak melengkapkan fail pelajar
3) Tidak menghantar laporan perubatan
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
