MPP UTHM OFFICIAL
Open in Telegram
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Show more2 889
Subscribers
+6224 hours
+1927 days
+19930 days
Posts Archive
2 889
Makluman!!!
Berikut merupakan tarikh Sesi Temubual Bantuan Zakat Semester 1 Sesi 2022/2023 bagi KAMPUS INDUK.
Pemohon diminta hadir dan bawa bersama borang permohonan yang lengkap diisi (Google Form yang diterima di emel) BERCETAK dan DOKUMEN SOKONGAN pada masa yang dinyatakan.
Terima Kasih.
2 889
[FUNNIVAL 2.0: DJ IN THE MAKING]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pusat Pengajian Bahasa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (PPB UTHM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UTHM (MPP UTHM) akan menganjurkan program 'DJ in the Making Workshop' pada ketetapan berikut:
Tarikh : 04 November 2022, Jumaat
Masa : 3.30p.m - 5.30p.m
Tempat: Blok Gunasama B6 UTHM (BSA3)
Pelajar yang berminat untuk menyertai program, boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pendaftaran pada poster atau melalui pautan yang disediakan.
Pautan pendaftaran:
https://forms.gle/fuwA6Mo1Ew6wRv5d7
Sekian, terima kasih.
"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[ PENCARIAN PASUKAN SUKARELAWAN UTHM : PROGRAM KELUARGA SAKINAH UTHM]
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pelajar, UTHM Prihatin dan Yayasan UTHM akan mewujudkan Pasukan Sukarelawan UTHM bagi Program Keluarga Sakinah UTHM
Oleh yang demikian, pihak kami sedang mencari mana-mana pelajar yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi misi tersebut. Pencarian ini terbuka kepada semua pelajar Parit Raja UTHM.
Butiran pergerakan adalah seperti berikut :
Tarikh : 4 November 2022
Hari : Jumaat
Tempat : Parit Sulong, Batu Pahat
Pakaian : Bebas dan Sopan (berlogo UTHM)
Para pelajar yang berminat boleh mengisi maklumat yang telah disediakan pada borang berikut
https://forms.gle/LryVSRCMRJRPib9y8
Pengangkutan, Makanan dan SMAP disediakan
TERHAD KEPADA 40 ORANG PELAJAR SAHAJA
Sekian, terima kasih.
Jabatan Pembangunan Pelajar Dan Kompetensi
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
Peringatan!!!
Diminta pelajar yang belum membuat Permohonan Bantuan Zakat Semester 1 Sesi 2022/2023 untuk segera membuat permohonan kerana permohonan akan ditutup pada 3 November 2022.
Diminta para pelajar yang lain untuk menyampaikan kepada rakan-rakan lain yang berkelayakan untuk membuat permohonan untuk mengelakkan berlakunya permohonan diluar waktu ini.
Terima Kasih.
2 889
[MEMO PENDAFTARAN PERALATAN ELEKTRIK BAGI PELAJAR YANG MENETAP DI KOLEJ KEDIAMAN UTHM SEM 1 SESI 22/23]
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan pelajar yang menetap di Kolej Kediaman Semester 1 Sesi 2022/2023 diwajibkan membuat pendaftaran peralatan elektrik. Pendaftaran ini dibuka bermula 26 Oktober 2022 sehingga 13 November 2022.
2. Pelajar dikehendaki membuat pendaftaran peralatan elektrik di SMAP Online dan dapatkan sticker di Pejabat Kolej Kediaman masing-masing pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh pihak Kolej Kediaman.
3. Pihak kolej kediaman akan mengambil tindakan ke atas pelajar yang gagal membuat pendaftaran peralatan elektrik.
Sekian, terima kasih.
āKeterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswaā
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[ PEMAKLUMAN OPERASI JEJANTAS BAGI PEJALAN KAKI DI UTHM KAMPUS CAWANGAN PAGOH ]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UTHM) dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa jejantas yang berada di UTHM kampus cawangan Pagoh sudah memulakan operasi pada hari ini (27 Oktober 2022)
Majlis Perwakilan Pelajar berharap agar semua pelajar di Kampus Cawangan Pagoh yang ingin melintasi jalan raya sila pastikan anda semua menggunakan jejantas demi pelihara keselamatan bersama.
Sekian, Terima Kasih
āKeterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa ā
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PERMOHONAN SABIL AL-HIKMAH SEMESTER 1 2022/2023]
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Bantuan Sabil Al-Hikmah kini dibuka!!
Syarat-syarat untuk memohon :
1) Pelajar B40
2) Mahasiswa Aktif dan Warganegara Malaysia
Anda boleh mohon di sini :
https://tinyurl.com/GFORMSABILALHIKMAHUTHM
Sehubungan dengan itu, pelajar yang layak boleh mengisi borang ini sebelum 26/10/2022 (Rabu) jam 5:00 petang. Pelajar yang layak akan ditemuduga pada waktu yang akan diberitahu kemudian.
Jika terdapat sebarang persoalan, boleh hubungi:-
https://wa.me/601139246829?text=SabilAlHikmah (Sarah)
https://wa.me/601127533889?text=SabilAlHikmah (Afina)
https://wa.me/601120968761?text=SabilAlHikmah (Mimi)
āKeterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswaā
Ikhlas daripada,
Jabatan Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
*[KURSUS ASAS PENGUKUHAN DAN PENGUASAAN PERISIAN AUTOCAD]*
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
2. Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP-UTHM) Sesi Akademik 2022/2023 dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa syarikat Layya Tech akan menganjurkan Kursus Asas Pengukuhan dan Penguasaan Perisian AutoCAD secara atas talian. Kursus ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 29 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat: _Google Meet_
Yuran: RM150/pax
3. Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 dimana setiap peserta akan dibekalkan dengan perisian AutoCAD, E-Modul, E-Sijil dan pemasangan perisian secara percuma oleh pihak Layya Tech. Kursus ini akan merangkumi beberapa asas penting dalam penggunaan perisian AutoCAD dan cara mengaplikasikan perisian ini dalam industri pada masa hadapan AutoCAD.
4. Pendaftaran dibuka dari hari ini hingga 28 Oktober 2022. Sehubungan itu, mahasiswa yang berminat, boleh mendaftar dengan klik pautan di bawah atau mengimbas kod QR pada poster untuk menyertai kursus ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Azlin melalui talian di 019-5613128.
Terima kasih.
āā
*[AUTOCAD SOFTWARE INTEGRATION AND MASTERY BASICS COURSE]*
Assalamualaikum and Good Day.
2. Studentsā Representative Council, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPP-UTHM) Academic Session 2022/2023 is pleased to inform that Layya Tech will be hosting an online AutoCAD Software Integration and Mastery Basics Course. This course will be held as follows:
Date: October 29st, 2022 (Saturday)
Time: 8:30 a.m. to 5:30 p.m.
Venue: Google Meet
Fee: RM150/pax
3. Each participant will be charged RM150 where each participant will be provided with AutoCAD software, E-Module, E-Certificate and software installation for free by Layya Tech. This course will cover some important basic knowledge about the use of AutoCAD software and how to apply the software in the upcoming AutoCAD industry.
4. Registration is open from today until 28th October 2022. Accordingly, interested students can register by clicking the link below or scanning the QR code on the poster to participate in the course. Any inquiries can contact Cik Azlin via 019-5613128.
Thank you.
āā
Pautan pendaftaran/Registration link:
https://forms.gle/nRTcE3wzCS2xQ1c18
Facebook: Layya Tech
Instagram: @layyatech
āā
2 889
[PEMAKLUMAN CUTI KHAS KEPADA PELAJAR UTHM SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI DEEPAVALI 2022]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Merujuk perkara diatas, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/22 ingin memaklumkan bahawa cuti Perayaan Deepavali adalah pada 23 sehingga 25 Oktober 2022.
Sekian Terima kasih
''Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa''
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PERMAKLUMAN KAEDAH PEMBELAJARAN KURSUS BAHASA INGGERIS SEMESTER 1 SESI 2022/23]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/22 ingin memaklumkan bahawa kaedah pembelajaran bagi kursus Bahasa Inggeris Semester 1 Sesi 2022/23 adalah seperti yang tertera.
Selamat Menjalani Kuliah!
Sekian Terima Kasih.
āKeterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswaā
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia
