MPP UTHM OFFICIAL
Open in Telegram
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Show more2 889
Subscribers
+6224 hours
+1927 days
+19930 days
Posts Archive
2 889
[ SESI PENGAKTIFAN KAD PRIHATIN SISWA ]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman kepada semua mahasiswa/i aktif (Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah) UTHM diminta untuk hadir ke Sesi Pengaktifan Kad Prihatin Siswa yang akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :
KAMPUS INDUK PARIT RAJA
Lokasi : Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
FKAAB & FPTV (10 Dis 2022 | 8 am - 5 pm)
FKMP & FSKTM (11 Dis 2022 | 8 am - 5 pm)
FPTV & PPUK (12 Dis 2022 | 8 am - 5 pm)
FPTP & FKAAB (13 Dis 2022 | 8 am - 5 pm)
FKEE (14 Dis 2022 | 8 am - 12 pm)
KAMPUS CAWANGAN PAGOH
Lokasi : Dewan A9, Kolej Kediaman Pagoh
PPD (18 Dis 2022 | 8 am - 5 pm)
FTK (19 Dis 2022 | 8 am - 5 pm)
FAST (20 Dis 2022 | 8 am - 5 pm)
Pelajar diminta hadir mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi mengurangkan kesesakan.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PEMAKLUMAN: PENDAFTARAN UJIAN MUET SESI 1 TAHUN 2023 BAGI PUSAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA]
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin memaklumkan bahawa pendaftaran Ujian MUET bagi Sesi 1 Tahun 2023 di Pusat Universiti Tun Hussein Onn Malasyia telah dibuka pada 29 November 2022 dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 Januari 2023 (Selasa).
2. Turut disertakan panduan pengguna bagi memudahkan pelajar untuk mendaftar Ujian MUET Sesi 1 bagi Pusat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
3. Kami berharap para pelajar cakna akan tarikh pendaftaran MUET Sesi 1 Tahun 2023 yang berpusat di UTHM bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan pada masa akan datang.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Sekian, terima kasih.
Jabatan Akademik dan Kebolehpasaran Graduan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
🎉 *EKSKLUSIF DI PTTA* 🎉
🌈 *MAJLIS PENUTUP PROGRAM PEMERKASAAN BUDAYA ILMU UTHM*
📆 *29 NOVEMBER 2022 (SELASA)*
⏰ *2.00 PETANG - 5.00 PETANG*
📍 *BIG STAGE, ARAS 2, PTTA*
🔥 *YANG MENARIK & TERTARIK*
📚Book Talk@PTTA
🧕oleh Cik Hawa Rizwana Ahmad Redzuan (Pengacara MELETOP)
⏰2.00 petang - 4.00 petang
🥳 *YANG SANTAI DAN SERONOK*
🎗️Library Fun Day
⏰9.30 pagi - 12.00 tengah hari
✅Ada Info Hunt
✅Ada Book Hunt
✅Ada Teka Kata
✅Ada Teka Jumlah Buku
⚠️ *YANG PERLUKAN BANTUAN*
‼️Ada Kaunter SMPU dan Klinik Turnitin (Pening SMPU tak disahkan lagi!)
‼️Ada Kaunter Clearance (Migraine!! buku hilang!!)
‼️Ada Fakulti Liaison Officer Meet & Greet bersama Warga Fakulti
✍️Ayuh datang selesaikan masalah dan dapat 🎁gift misteri
🎈 *Majlis Penutup akan disempurnakan oleh YBhg Prof Naib Canselor*
✅ Ada Pengumuman Pemenang Pertandingan Reading Corner@Fakulti/PTJ
✅ Ada Pengumuman Jaguh UTHM dalam semua pertandingan Library Fun Day
👉Semua warga UTHM dijemput hadir.
👉Mari kita sama-sama gegarkan PTTA
👉Semoga semua beroleh ilmu yang bermanfaat
_*Bahagian Promosi dan Koleksi Khas PTTA*_
_07-453 3334_
#UTHMJohor #GTU2030
#UTHMproducesprofessionals
#UTHMLibrary #PTTALibrary #pttauthm
2 889
[SELAMAT MENGUNDI MAHASISWA/I : JOM TURUN MENGUNDI]
Asalamualaikum wbt. Salam Sejahtera,
Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menjalankan tanggungjawab kita dalam menentukan masa depan negara. 19/11/2022 telah menjadi tarikh penting kepada semua warga negara Malaysia. Oleh itu marilah kita sama sama pergi mengundi dah buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pemimpin yang terbaik demi masa depan negara kita. Pihak MPP UTHM berharap agar semua warga UTHM bersama sama turun mengundi pada 19 November 2022 ini.
"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa "
Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia
2 889
📣Pencarian atlet memanah UTHM sesi 2022/2023🏹
Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi maklumat di link google form yang disediakan di bawah
📎https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc7M6El8pu3ZeNGYBgfSnUIsrUdaLfV_IWpilli6PH3TGAVaw/viewform?usp=pp_url
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon berikut:
📲 017-2548058 (Lukman)
2 889
📕📗 PERTANDINGAN TEKA JUMLAH BUKU TELAH BERMULA📘📙
Sempena Program Pemerkasaan Budaya Ilmu UTHM, PTTA menganjurkan Pertandingan Teka Jumlah Buku📚📚📚
Jom sertai‼️
🏍️🚘🚴🏿♂️Datang ke PTTA dan teka jumlah buku bertempat di Anjung Tinjau Aras 1
🎯 Tempoh Pertandingan:
9 - 28 November 2022
🎁HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG 🎁
⭐Ayuh ITM [Imbas, Teka dan Menang]
#UTHMJohor #GTU2030
#UTHMproducesprofessionals
#UTHMLibrary #PTTALibrary #pttauthm
2 889
[PEMAKLUMAN GALAKAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA DALAM KAWASAN UNIVERSITI]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UTHM) ingin memanjangkan surat mengenai galakan pemakaian pelitup muka dalam kawasan Universiti.
Galakan pemakaian pelitup muka ini merupakan inisiatif Universiti bagi mengekang penularan jangkitan virus Covid-19. Universiti amat MENGALAKKAN pemakaian pelitup muka oleh warga Universiti di dalam kawasan kampus.
Amalkan kawalan kesihatan kendiri bagi mengekang penularan jangkitan dengan membiasakan memakai pelitup muka dengan betul di kawasan tumpuan orang ramai dan sesak. Selain itu, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan pensanitasi tangan serta mengamalkan TRIIS (Test. Report. Isolate. Inform. Seek)
Sekian, terima kasih
‘ Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa’
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 21/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[DJ IN THE MAKING WORKSHOP]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/22 ingin memaklumkan bahawa Program 'DJ in the making Workshop' telah diadakan pada 4 November 2022 di B6 (BSA3).
Terima kasih diucapkan kepada peserta yang telah menghadirkan diri dan menjayakan program ini.
Sekian terima kasih.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia
2 889
[ PEMAKLUMAN TIADA PENGGABUNGAN CUTI SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM KE-15 DAN CUTI PERTENGAHAN SEMESTER SESI 1 2022/2023]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UTHM) ingin memaklumkan bahawa cuti sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak akan digabungkan bersama Cuti Pertengahan Semester sesi 1 2022/2023.
Oleh hal yang demikian, semua pelajar boleh merujuk kepada kenyataan di atas mengenai tarikh-tarikh cuti tersebut.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UTHM) ingin menyeru kepada semua mahasiswa UTHM untuk pulang ke kampung halaman bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk turun mengundi selaras dengan penguatkuasaan Undi18
Sekian, terima kasih
‘Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa’
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 21/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
Makluman!!!
Berikut merupakan tarikh Penambahan Sesi Temubual Bantuan Zakat Semester 1 Sesi 2022/2023 bagi KAMPUS PAGOH.
Pelajar Kampus Pagoh yang belum hadir diminta hadir dan bawa bersama borang permohonan yang lengkap diisi (Google Form yang diterima di emel) BERCETAK dan DOKUMEN SOKONGAN pada masa yang dinyatakan.
Terima Kasih.
