cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Terkini Palestin

Dapatkan perkembangan terbaru mengenai Palestin melalui channel ini 1️⃣ Salurkan Infaq Ji.Had anda ke akaun *Kelab Perwira Malaysia*: https://bit.ly/Bkpalestin https://bit.ly/Bkpalestin

Show more
Malaysia28 951The language is not specifiedNews & Media31 938
Advertising posts
1 523
Subscribers
No data24 hours
+157 days
+3930 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Photo unavailableShow in Telegram
Pegawai Medan Briged Abu Ali Mustafa mengesahkan yang ketika ini di Kem Jabalia, pejuang dari Briged Al-Quds dan Briged Al-Qassam bersama-sama berganding bahu mempertahankan Kem Jabalia dan membunuh pasukan IOF. Mereka menyasarkan markas perintah operasi di timur Jabalia di utara Semenanjung Gaza dengan beberapa peluru mortar. Mujahidin Briged Al-Quds terlibat dalam pertempuran dengan pasukan Zionis menggunakan mesingan di Jalan Al-Ternis mengakibatkan kematian yang disahkan di kalangan tentera Zionis. Subuh tadi, mujahidin Briged Al-Quds berjaya meletupkan alat kejutan kilat pada kereta kebal Merkava 4 berhampiran stesen Tamraz di Utara Gaza. Sumber : Gazadaily Insight
Show all...
00:27
Video unavailableShow in Telegram
Video ini menunjukkan pejuang bermati-matian mempertahankan bumi Palestin. Tanpa senjata canggih, mereka diawasi dari udara. Namun mereka tetap tidak berganjak, lalu gugur syahid. Kematian mereka disiar oleh media pihak musuh sebagai kebanggan mereka tanpa sepatutnya mereka malu kerana pejuang tidak sesempurna kelengkapan seperti mereka. Sumber : Dunia Palestin
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez akan mengetuai Kesatuan Eropah (EU) bagi mengiktiraf P4lest1n sebagai sebuah negara berdaulat. Sanchez mengumumkan perkara itu dalam satu perhimpunan di Catalonia di mana cadangan itu akan dibawa ke Parlimen pada Rabu ini. Katanya, pengiktirafan itu satu-satunya cara bagi meraih keamanan dan keselamatan di P4lest1n. Ireland, Malta dan Slovenia dijangka akan menyokong usaha itu dan sudah memberikan persetujuan untuk memulakan langkah awal. Sumber: Euro News
Show all...
👍 2🥰 1🫡 1
Photo unavailableShow in Telegram
Kumpulan Pro-P4lestin Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) Malaysia menuntut kerajaan segera membatalkan keputusan untuk memasukkan syarikat senjata berkait Isr4el iaitu ‘BlackRock’ ke dalam pengurusan syarikat Malaysia Airport Holding Sdn Bhd (MAHB). Jelas BDS Malaysia, ‘BlackRock’ dikatakan dibenarkan menyertai MAHB menerusi sebuah anak syarikat milik penuh Global Infrastructure Partners di dalam konsortium Gateway Development Alliance yang menguasai kesemua saham di MAHB. Difahamkan, MAHB mengendalikan serta memiliki sebanyak 39 syarikat penerbangan di Malaysia. Sehubungan itu, BDS berkata sokongan kerajaan Malaysia terhadap perjuangan P4lestin akan dilihat sebagai kata-kata kosong semata-mata, dengan membenarkan aset strategik negara seperti lapangan terbang negara dikendalikan oleh pihak yang sangat bersimpati kepada Z10n15. Sumber: Kenyataan Media BDS Malaysia
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian P4lestin (UNRWA) mengumumkan pada hari Jumaat bahawa tindakan ketenteraan 15rael di Rafah memaksa 30,000 orang lagi melarikan diri. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNRWA, penduduk G4za masih dipindahkan secara paksa, dan sejak serangan tentera ke atas Rafah bermula pada 6 Mei, lebih 630,000 orang terpaksa meninggalkan kawasan itu. Penghijrahan beramai-ramai itu telah memberi kesan yang ketara kepada Deir al-Balah di tengah Semenanjung G4za, di mana ramai rakya P4lestin yang berpindah telah mencari perlindungan, kata agensi PBB itu, sambil menyifatkan keadaan di sana sebagai terlampau sesak dan teruk. Sekurang-kurangnya 35,303 rakyat P4lestin telah terbunuh dalam serangan berterusan 15rael ke atas Gaz4 sejak 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan tempatan pada Jumaat. Sumber : Agensi Anadolu
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Operasi pembataian beramai-ramai terhadap rakyat P4lestin oleh rejim haram Isr4el kini mula tertumpu di kem pelarian Jabalia di utara G4z4. Pegawai Kesihatan P4lestin memaklumkan, jenayah genosid yang dilakukan rejim Zi0nis telah mengakibatkan sebanyak 15 rakyat P4lestin terbunuh dan berpuluh-puluh lagi mengalami kecederaan yang pelbagai dengan menggunakan kereta kebal beserta kenderaan berperisai. Kem J4balia adalah salah satu daripada lapan kem pelarian yang terbesar di G4z4 dan kini ia menjadi satu titik lokasi terbaharu operasi ketenteraan tentera haram Isr4el setelah R4f4h dibedil sepenuhnya. Sumber: Awani
Show all...
00:17
Video unavailableShow in Telegram
Seorang lelaki P4lestin berusaha membangunkan semula tapak kediaman yang telah musnah akibat diserang Z10nis 15rael di G4za. Lebih menarik, usaha yang dilakukan itu turut dibantu seorang anak kecil yang berada di kawasan runtuhan kediaman berkenaan. Sumber : Eye On P4lestin3
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA). Jurucakap WHO, Tarik Jasarevic berkata penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar". "Bekalan perubatan terakhir yang kami terima di Gaza adalah sebelum 6 Mei,” katanya. Sumber: Ismaweb
Show all...
00:41
Video unavailableShow in Telegram
Kanak-kanak yang disangka telah terkorban selepas serangan udara 15rael di G4za secara tidak dijangka ditemui hidup dan bersatu semula dengan keluarga mereka di sebuah hospital di Beit Lahia. Namun, salah seorang kanak-kanak P4lestin itu ketika menemui bapa dan adiknya, menangis dengan sedih dan bertanya, "Ayah, di mana ibu? Tolong beritahu saya dia keluar." Serangan 15rael ke atas G4za yang terkepung, kini memasuki hari ke-223, telah membunuh sekurang-kurangnya 35,233 orang, majoritinya bayi, kanak-kanak dan wanita dan mencederakan lebih 79,141 manakala lebih 10,000 rakyat P4lestin dikhuatiri tertimbus di bawah serpihan bangunan yang dibom. Sumber : Yeni Safak English
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
15rael mendakwa terdapat empat batalion H4mas kini berada di Rafah bersama-sama tebusan yang diculik semasa serangan 7 Oktober. Kenyataan itu dijadikan sebagai alasan mereka terus mengepung Rafah yang merupakan kawasan terakhir rakyat P4lestin untuk berlindung. "Kami melemahkan H4mas," kata Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant, mengumumkan bahawa lebih banyak tentera akan dikerahkan di Rafah, di mana beliau berkata beberapa terowong telah dimusnahkan. Dalam pada itu katanya, kereta kebal 15rael sedang bergerak menuju ke Utara G4za. Sumber : Reuters
Show all...
👍 1