cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Advertising posts
15 316
Subscribers
+124 hours
+67 days
-930 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Photo unavailableShow in Telegram
Kata Al-Hāfiz Ibn Al-Jauzi (w. 597 h) : وليكن لك مكان في بيتك تخلو فيه ، وتحادث سطور كتبك Terjemahan : Hendaklah kamu mempunyai suatu tempat di dalam rumah kamu yang kamu boleh bersendirian padanya, serta kamu berbicara dengan kitab-kitab kepunyaanmu. Rujuk Said Al-Khātir (Halaman 246). Cetakan Darul Qalam, Dimasyq. ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Show all...
38👍 3
Photo unavailableShow in Telegram
Kata Al-Hāfiz Ibn Al-Jauzi (w. 597 h) : ونعم المذكر كتب العلم Terjemahan : Sebaik-baik pemberi peringatan ialah kitab-kitab ilmu. Rujuk Said Al-Khātir, Ibn Al-Jauzi (Halaman 237). Cetakan Dar Al-Qalam, Dimasyq.
Show all...
23
Photo unavailableShow in Telegram
Kata Al-Syaikh Mahmūd Hassūn Al-Khalaf (pentahkik kitab Hāsyiah Al-Qalyūbi ‘ala Syarh Ibn Qāsim Al-Ghazzi Fathul Qarīb Al-Mujīb cetakan Dār Al-Dhiyā) : “Al-Azkār Al-Nawawiyyah, Said Al-Khātir”. Kedua-dua kitab ini sangat bermanfaat dalam meluruskan tarbiah dan keperibadian, dan aku banyak terkesan dengan keduanya. Yang pertama (Al-Azkār), bermanfaat untuk memperbaiki hubungan dengan Khāliq (Allah). Yang kedua (Said Al-Khātir) bermanfaat untuk memperbaiki hubungan dengan makhluk, serta hal-hal terkait hubungan dengan isteri dan para sahabat, bahkan juga cara berurusan dengan musuh. Padanya faedah-faedah yang begitu menarik buat penuntut ilmu yang mana boleh jadi tidak terdapat pada kitab selainnya. Terjemahan ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Show all...
18👍 7
Bagi yang boleh berbahasa Arab, dan ingin mendapatkan banyak nasihat bermanfaat buat kehidupan, silakan baca kitab Said Al-Khātir karangan Al-Imam Ibn Al-Jauzi ini.
Show all...
صيد_الخاطر_مذيلاً_بكتاب_لفتة_الكبد_إلى_نصيحة_الولد.pdf12.25 MB
14👍 1
Salah satu feqh dalam berdoa ialah, kita berdoa semasa senang sama keadaannya seperti kita berdoa saat dalam kesusahan. Ramai manusia ini apabila dia dalam keadaan senang, dia abaikan berdoa. Atau sekurangnya berdoa, tetapi tidak bersungguh. Namun saat dalam kesusahan, begitu bersungguh dia berdoa. Menangis, berdoa berulangkali, rayu dan terus merayu untuk diberi jalan keluar dari sukar. Sedangkan antara faktor Allah SWT menolong kita saat kita susah ialah, kita banyak mengingat Allah saat kita senang. Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah hadis : تَعَرَّفْ إلَى اللَّهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفُك فِي الشِّدَّةِ Terjemahan : Kenalilah Allah semasa senang, nescaya Dia akan mengenali kamu semasa kamu susah. Riwayat Ahmad (2803). Al-Imām Ibn Qayyim Al-Jauziyyah (w. 751 h) ada menukilkan sebuah atsar yang menyebut : Seorang hamba yang taat yang sentiasa mengingati Allah, apabila kesulitan menimpanya, atau apabila dia meminta sebarang hajat, para malaikat akan berkata : يا رب ، صوت معروف من عبد معروف Terjemahan : Wahai Tuhan, ini adalah suara yang dikenali, dari seorang hamba yang dikenali. Rujukan Al-Wābil Al-Sayyib, Ibn Al-Qayyim (Halaman 87) ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Show all...
101👍 17
Photo unavailableShow in Telegram
Kata Al-Imām Abū ‘Isa Al-Tirmizi (w. 279 h) : صنفتُ هذا الكتابَ فعرضته على علماءِ الحجاز فرضوا به، وعرضتُه على علماء العراق فرضوا به، وعرضته على علماء خراسان فرضوا به، ومن كان في بيته هذا الكتاب فكأنما في بيته نبي يتكلم Terjemahan : Aku telah mengarang kitab ini dan membentangkannya kepada para ulama Hijaz, lalu mereka redha dengannya. Aku bentangkan pula kepada para ulama Iraq dan mereka pun redha dengannya. Aku bentangkan juga kepada para ulama Khurasan, dan mereka pun turut redha dengannya. Sesiapa yang ada di dalam rumahnya kitab ini, seolah-olah di dalam rumahnya ada seorang Nabi yang sedang berbicara. Siyar A’lām Al-Nubalā’, Al-Zahabi (13/274). ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Show all...
23👍 6
Kita baru sahaja memasuki tahun baharu 1446 hijrah. Al-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (w. 852 h.) menukilkan kata-kata ‘Abdullah bin Hisyām R.A : كَانَ أصْحَابُ رسول الله صلى الله ُ عليهِ وسلَّم يتعلَّمونَ الدُّعَاءَ كما يتَعَلَّمونَ القرآنَ إذا دخل الشَّهْرُ أو السَّنة Terjemahan : Para sahabat Rasulullah SAW mempelajari doa (berikut) sebagaimana mereka mempelajari Al-Quran apabila masuknya bulan baharu atau tahun baharu : اللهمَّ أَدْخِلْهُ عَلَينَا بالأَمْنِ والإِيمَانِ ، والسَّلَامَةِ والإِسْلَامِ ، وَجِوَارٍ مِنَ الشَّيطَانِ ورِضْوَانٍ من الرَّحْمَن Terjemahan : Ya Allah, masukkanlah ia (bulan atau tahun baharu) kepada kami dengan keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, mendapat perlindungan daripada syaitan, serta mendapat keredaan daripada Al-Rahmān. Rujuk Mu’jam Al-Sahābah, Al-Baghawi (3/543), Al-Isābah fī Tamyīz al-Sahābah, Ibn Hajar (4/218). ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Show all...
75👍 19
Kata Al-Syaikh Abu ‘Ali Al-Hasan bin ‘Ali Al-Jauzjāni : البخل هو ثلاثة أحرف ، الباء وهو البلاء ، والخاء وهو الخسران ، واللام وهو اللوم فالبخيل بلاء في نفسه ، وخاسر في سعيه ، وملوم في بخله Terjemahan : Bakhil itu ialah tiga huruf. Huruf ba’ merupakan bala (ujian). Huruf kha’ merupakan khusrān (kerugian). Manakala huruf lam merupakan al-laum (celaan). Orang yang bakhil itu suatu bala pada dirinya, rugi pada perbuatannya, dicela pada kebakhilannya. Rujuk Tabaqāt Al-Sūfiyyah (1/197). ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Show all...
👍 46 13
Saat kesedihan atau ketakutan, jangan pendam dan simpan. Luah dan ceritakan, khususnya kepada orang kepercayaan dan kesayangan. Ketika Rasulullah S.A.W berada dalam ketakutan sekembalinya baginda dari gua Hira’, baginda meluahkannya kepada isterinya Khadijah R.Anha. Kata Baginda : لَقَدْ خَشِيتُ عَلَى نَفْسِي Terjemahan : Sesungguhnya aku berasa takut sesuatu berlaku kepada diriku. Sebagai orang yang mendengar masalah pula, cuba ucapkan kata-kata yang memberi kekuatan dan ketenangan. Ini penting dalam menangani emosi seseorang yang sedang dalam kesedihan dan ketakutan. Lihat apa jawapan Khadijah : كَلاَّ وَاللَّهِ مَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا، إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَحْمِلُ الْكَلَّ، وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ، وَتَقْرِي الضَّيْفَ، وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ Terjemahan : Sama sekali tidak, demi Allah. Allah selama-lamanya tidak akan menghina kamu. Sesungguhnya kamu menghubungkan ikatan kekeluargaan, kamu memikul beban orang yang susah, kamu memberikan pertolongan kepada mereka yang tidak memiliki apa-apa, kamu memuliakan tetamu, dan kamu membantu dalam kebenaran. Riwayat Al Bukhari (3) Inilah serba sedikit panduan agama dalam mengurus emosi. ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Show all...
104👍 29
Akhlak Al-Imām Al-Nawāwi - رحمه الله - Dalam kitab beliau yang masyhur, iaitu Al-Azkār Al-Nawāwiyyah, beliau ada meletakkan sebuah bab : (بابٌ في ألفاظٍ حُكي عن جماعةٍ من العلماءِ كراهتُها وليستْ مكروهةً) Terjemahan : Bab berkenaan lafaz-lafaz yang diceritakan daripada sekumpulan ulama akan kemakruhannya, sedangkan lafaz-lafaz tersebut tidaklah makruh. Kemudian Al-Nawāwi - رحمه الله - berkata : إعلم أني لا أُسمّي القائلينَ بكراهةِ هذهِ الألفاظ لئلا تسقطَ جلالتُهم ويُساءُ الظنّ بهم، وليس الغرض القدح فيهم، وإنما المطلوب التحذير من أقوال باطلة نُقلت عنهم، سواء أصحّتْ عنهم أم لم تصحّ Terjemahan : Ketahuilah bahawa aku tidak menyebutkan nama-nama mereka yang memakruhkan lafaz-lafaz ini supaya tidak menjatuhkan kemuliaan mereka serta tidak timbul sangka buruk terhadap mereka. Tujuannya bukanlah untuk mengaibkan mereka. Akan tetapi yang dituntut adalah mentahzir (beri amaran) terhadap kenyataan-kenyataan batil yang dinukilkan daripada mereka, sama ada kenyataan tersebut sahih daripada mereka mahupun tidak. Rujuk Al-Azkār, Al-Nawāwi (1/382-383) Inilah akhlak yang sangat baik untuk kita zahirkan dalam menegur kenyataan-kenyataan tokoh agamawan sekiranya terdapat padanya kesilapan. Fokuskan kritikan dan pembetulan pada kenyataan. Tanpa perlu kita sebutkan nama (meski orang ramai lebih suka jika nama disebut supaya menjadi lebih hangat - Allahul Musta’ān). Lihatlah akhlak ini, beliau benar-benar membuktikan apa yang beliau sebutkan - رحمه الله رحمة واسعة - عن بعضِ العلماء أنه كره أن يُقال Daripada sebahagian ulama bahawa beliau memakruhkan untuk dikatakan ... أيضًا عن هذا القائلِ المتقدّم أنه كره Juga daripada individu sebelum ini bahawa beliau memakruhkan ... Rujuk Al-Azkar, Al Nawawi (1/383) والله الموفق وعليه التكلان ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Show all...
20👍 13
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.