Kalam Hamba🌸
Open in Telegram
✨اصلح نفسك وادعوا غيرك✨ “perbaikilah diri kamu dan pada masa yg sama ajaklah org lain”
Show more1 008
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
1 008
1 Hari 1 Hadis
Mendapat Doa Malaikat
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.'
(Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah.
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.
2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.
3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan adalah mustajab. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:
Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.
(Riwayat Muslim No: 4914)
Status: Hadis Sahih
دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak"
(HR Al-Bazzar: 500)
Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.
1 008
Zikir Hari Rabu🌷
اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ
“Aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung”
1 008
Daily Selawat Reminder🌷
×1000 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
1 008
1 Hari 1 Hadis
Jangan Marah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَب
Daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: "Berilah aku wasiat?" baginda bersabda: "Janganlah kamu marah." Laki-laki itu mengulangi pertanyaannya, baginda tetap menjawab: "Janganlah kamu marah."
(HR Bukhari No: 5651)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah meninggalkan pesanan penting agar "Jangan Marah" yang diulang jawapan yang sama apabila ditanya berulang oleh sahabat. Menunjukkan pesanan ini amat penting.
2. Marah adalah pokok berbagai kejahatan, dan menahan diri darinya adalah pokok segala kebaikan.
3. Marah akan menimbulkan perbuatan yang diharamkan seperti memukul, menyakiti orang, mengeluarkan perkataan-perkataan yang diharamkan termasuk dalam bentuk tulisan seperti memfitnah, mencaci maki, berkata kotor, dan berbagai bentuk kezaliman termasuk mencederakan dan membunuh.
4. Imam Ahmad menafsirkan bahawa akhlak yang baik adalah dengan meninggalkan sifat marah.
5. Ibnu Mubarak apabila ditanya apakah himpunan akhlak yang baik yang terhimpun dalam satu kalimah!” Beliau menjawab, “Meninggalkan Marah.”
Berusahalah kita mengawal sifat marah yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW.
1 008
Zikir Hari Selasa🌷
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad”
1 008
Zikir Hari Isnin🌷
لَا حَولَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ
“Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah Yang Maha Besar”
1 008
Daily Selawat Reminder🌷
×1000 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
1 008
1 Hari 1 Hadis
Kehormatan Darah Seorang Muslim
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ: لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بإِحْدَى ثَلاثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِيْ، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّاركُ لِدِيْنِهِ المُفَارِقُ للجمَاعَةِ
Daripada lbnu Mas’ud RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidak halal darah seorang muslim kecuali disebabkan salah satu daripada tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa (membunuh orang) dan orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jamaah (murtad).”
(HR Bukhari No: 6484).
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Tidak boleh menumpahkan darah kaum muslimin kecuali dengan tiga sebab, iaitu : zina muhsan (orang yang sudah berkahwin), membunuh manusia dengan sengaja dan meninggalkan agamanya (murtad) berpisah dari jamaah kaum muslimin.
2. Islam sangat menjaga kehormatan, nyawa dan agama dengan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka yang mengganggunya seperti pelaku zina, pembunuh dan murtad.
3. Setiap Muslim perlu menjauhkan diri daripada ketiga-tiga kejahatan dan berwaspada agar tidak terjerumus ke dalamnya.
4. Hukum jenayah seperti hudud dalam Islam sangat keras, hal itu bertujuan untuk mencegah (preventive) dan melindungi.
5. Kita perlu mendidik diri dan masyarakat agar takut kepada Allah dan sentiasa muraqabah (merasai segala gerak geri kita diperhati Allah) sama ada dalam keadaan tersembunyi atau terang-terangan.
6. Hadis ini menunjukkan pentingnya menjaga kehormatan dan kesucian diri, keluarga dan masyarakat.
1 008
Zikir Hari Ahad🌷
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ
“Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal”
1 008
Daily Selawat Reminder🌷
×1000 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
1 008
Daily Selawat Reminder🌷
×1000 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
1 008
[ Checklist Hari Jumaat 🌷]
• Membaca Surah Al-Kahfi
• Perbanyakkan selawat
• Perbanyakkan berzikir
• Berdoa
• Mandi sunat
• Potong kuku
• Bersedekah
“Jika tak mampu buat semua,
jangan tinggal semua.” 😉
1 008
Daily Selawat Reminder🌷
×1000 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
1 008
1 Hari 1 Hadis
Jauhi Syubahat Agar Jiwa Tenang
عَنْ أَبِي محمد الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّبن أبي طالب رضي الله عنهما قَالَ :حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ
Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW: "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran atau kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan."
(HR Tirmizi No: 2518)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Maksud perkataan الريبة adalah meninggalkan apa yang mendatangkan syak (keraguan) dalam hati pada sesuatu perkara dan berpegang kepada sesuatu yang tidak mendatangkan syak (keraguan) pada perkara tersebut.
2. Tinggalkan sesuatu yang syubahat atau meragukan agar jiwa kita sentiasa tenang.
3. Galakan untuk bersifat benar kerana itu adalah sumber kepada kebaikan dan peringatan untuk menjauhi sifat dusta kerana itu adalah punca bagi setiap keburukan.
4. Hendaklah seseorang itu menjauhi perkara yang mendatangkan syubahat (keraguan) kepadanya dan berpegang kepada perkara yang jelas lagi nyata kerana sesiapa yang menjauhi perkara syubahat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Sebaliknya sesiapa yang terjatuh dalam perkara syubahat, maka dia telah jatuh dalam perkara yang haram.
5. Dalam setiap perkara sama ada dalam urusan keduniaan atau akhirat, seseorang itu hendaklah setiap individu berpegang dengan hukum asal yang diyakini dan menghilangkan syak serta ragu-ragu yang mengganggu fikiran.
6. Berusahalah memastikan sesuatu itu yang benar dan soheh bukan yang meragukan apatah lagi yang palsu atau penipuan scammer.
