1 291
Subscribers
-224 hours
-97 days
-1330 days
Posts Archive
1 291
Salam ibu ayah yang dihormati. Alhamdulillah selesai Ujian Bertulis Peperiksaan Percubaan SPM hari pertama bagi subjek BM 1 &2
BIL TH : 6 ORANG
1 291
Salam Ibu ayah yg dihormati.. Ini adalah subjek Ujian Bertulis utk esok. Semoga Allah mudahkan perjuangan anak² kita🤲
1 291
Assalamualaikum & Salam sejahtera ibu ayah yang dihormati.
Esok akan bermula Ujian Bertulis bagi Peperiksaan Percubaan SPM.
Mohon cakna dengan peringatan yang telah dikeluarkan oleh JK Unit Peperiksaan SMK Kuala Selangor
Sebarang ketidakhadiran WAJIB DIMAKLUMKAN KEPADA GURU KELAS SEGERA & DISERTAI DENGAN SURAT DOKTOR ATAU SURAT DARIPADA IBU BAPA.
Bagi melancarkan pelaksanaan peperiksaan anak², diharapkan ketidakhadiran adalah atas perkara yang tidak dpt dielakkan kerana TIADA PEPERIKSAAN ULANGAN AKAN DIJALANKAN BAGI ALASAN YANG TIDAK KUKUH SEPERTI BANGUN LAMBAT & TIADA KENDERAAN.
Terima kasih atas kerjasama ibu ayah🤲
#kuselexcellent
1 291
Assalamualaikum ibu ayah yg dihormati. Berikut adalah jadual Kelas Bimbingan SAKTI (Sesi Akademik Kelas Tambahan Intensif) Ting 5 untuk makluman ibu ayah.
Harap maklum
1 291
Salam ibu ayah yang dihormati.
Alhamdulillah anak² calon SPM telah selesai menjalani UTQH, Ujian Amali SRT SPM, Ujian Amali Sains, Ujian Bertutur & Ujian Mendengar bagi Peperiksaan Percubaan SPM 2026. Mulai 6 JULAI 2026, anak² calon SPM akan menjalani Ujian Bertulis sehingga 4 Ogos 2024.
Mohon pastikan anak² hadir sepanjang tempoh peperiksaan dengan berpakaian uniform sekolah yang lengkap.
Terima kasih🌺
#kuselexcellent
1 291
Repost from Kusel Broadcast
Salam ibu ayah yg dihormati
Kami masih memerlukan Dana untuk menaiktaraf sistem audio utk kegunaan Ujian Mendengar Peperiksaan SPM.
Terima kasih🌺
1 291
📌EDARAN UNTUK IBU BAPA
📢 MAKLUMAN PENTING: KEHADIRAN SEPANJANG MINGGU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dihormati.
Sila ambil maklum mengenai ketetapan penting sepanjang pelaksanaan
Peperiksaan Percubaan SPM anak-anak seperti berikut:
Kehadiran Adalah WAJIB: Kehadiran semua calon SPM sepanjang minggu peperiksaan ini adalah wajib. Calon TIDAK DIBENARKAN tidak hadir tanpa alasan yang kukuh.
Masalah Kesihatan: Sekiranya calon tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan, ketidakhadiran *MESTI disusuli dengan Sijil Cuti Sakit (MC) daripada klinik atau hospital.
Tindakan Ibu Bapa: Sila maklumkan kepada guru kelas dengan kadar segera sekiranya anak tuan/puan tidak dapat hadir atas sebab kecemasan atau kesihatan bersama bukti (MC) tersebut.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat dihargai bagi memastikan urusan peperiksaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang keciciran.
Semoga anak-anak kita dimudahkan segala urusan dan dikurniai kejayaan dalam peperiksaan percubaan ini.
Terima kasih atas kerjasama ibu bapa.
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
