Himpunan Doa dan Zikir
Open in Telegram
4 053
Subscribers
No data24 hours
-87 days
-3030 days
Posts Archive
Program Ramadhan 2025
17 & 27 Ramadhan 1446
Sumbangan Pek Berbuka
RM 10.00 satu pek
Maybank
Raudhah Bonda Global
5622 6355 6676
☎️ 📱 01137219853
#IFTAR
SERAHKAN URUSAN ANAKMU KEPADANYA
Al-Imam Abdul Wahhab al-Sya'rani rahimahullah mengatakan bahawa :
"Di antara akhlaknya para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri mereka, anak-anak mereka serta Ahli keluarga mereka kepada Allah taala."
Urusan pembelajaran serta penyusunan kehidupan anak-anak mereka serahkan sepenuhnya kepada Allah taala.
Jika mereka meletakkan bahawa anak-anak mereka akan menjadi serta berjaya jika mereka yang menyusun masa depan anaknya maka Allah taala akan menguji mereka dengan anak-anak mereka sendiri.
Anak-anak terkadang tidak menjadi seperti yang mereka inginkan.
Para Ulama lebih-lebih lagi diuji dengan perkara ini. Ini kerana mereka sering mengajarkan kepada Ummat tentang penyerahan sepenuhnya kepada Allah taala dalam segala urusan.
Al-Imam Abdul Wahhab al-Sya'rani rahimahullah sendiri mengatakan bahawa beliau diuji dengan anaknya Abdul Rahman yang sangat tidak berminat dengan Ilmu. Pada suatu malam beliau diberi ilham oleh Allah taala untuk berdoa dan menyerahkan urusan anaknya kepada Allah taala. Seketika itu juga dilihat anaknya Abdul Rahman mula memegang kitab dan keesokkannya menghadiri Majlis para Ulama sehingga akhirnya beliau menjadi salah seorang Ulama pada zamannya.
Al-Imam Abdul Wahhab al-Sya'rani rahimahullah juga menjelaskan kenapa anak-anak sebahagian para Ulama terkadang tidak mengikuti jalan para bapa mereka berbeza dengan anak-anak orang biasa yang bersungguh-sungguh menuntut Ilmu. Kata beliau :
" Ini kerana anak-anak ini lahir dalam keadaan melihat bapa mereka telah dimuliakan, maka mereka tidak perlu bersusah payah mencari kemuliaan tersebut. Cukup berpada dengan kemuliaan bapanya.
Berbeza dengan anak-anak petani dan masyarakat biasa ,mereka lahir dalam keadaan melihat ayahnya tidak dimuliakan seperti dimuliakan para Ulama. Malah terkadang dihina dan dipermainkan. Maka mereka perlu mencari kemuliaan. Tidak ada kemuliaan yang lebih besar dibandingkan Ilmu. Maka mereka lalu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu sehingga beroleh kemuliaan"
Saya berkata:
" Terkadang kita menjadi hairan , kenapa sebahagian anak-anak para Ulama , para Ustaz bersikap dengan sikap yang tidak menggambarkan bahawa mereka adalah anak orang-orang yang mulia?
Maka kenyataan al-Imam Abdul Wahhab al-Sya'rani rahimahullah ini memberikan gambaran jelas terhadap perkara tersebut.
Ini ujian dan teguran daripada Allah taala agar mereka kembali menyerahkan urusan keluarganya kepada Tuhan Yang membolak-balikkan hati hambaNya.
Saya setelah bertemu dengan kenyataan ini di dalam kitab Tanbihul Mughtarrin karangan al-Imam Abdul Wahhab al-Sya'rani rahimahullah maka setiap kali berdoa saya akan menyebut bahawa saya menyerahkan urusan anak-anak kesayangan saya ini kepadaNya. Dia lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya."
Semoga anak-anak Kita sentiasa dipandang dengan pandangan Kasih oleh Allah taala dan Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Moga mereka selamat di zaman mereka yang penuh dengan cabaran dan fitnah.
Mohd Nazrul Abd Nasir al-Azhari.
Doa dan Zikir Ketika Rukuk & Sujud
=====
1. Kita sudah dibiasakan dengan satu lafaz zikir saat kita rukuk dan sujud sejak kecil lagi. Namun, pada hakikatnya terdapat beberapa lagi doa yang lain, yang pernah dibacakan sendiri oleh Rasulullah ketika Baginda rukuk dan sujud.
2. Antaranya seperti yang direkodkan oleh al-Bukhari. Saidatina Aisyah menceritakan bahawa Rasulullah sering membaca tasbih dan lafaz istighfar ini ketika sujud. Kata Aisyah: Sesungguhnya Rasulullah banyak membaca zikir ini ketika Baginda sujud iaitu:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Maksudnya: Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan segala puji-pujian buat-Mu. Ya Allah Ampunkanlah (dosa-dosaku). (HR al-Bukhari)
3. Manakala dalam riwayat Muslim pula, Saidatina Aisyah turut pernah menceritakan bahawa Rasulullah juga membaca tasbih ini di dalam rukuk dan sujud Baginda. Lafaz ini mirip dengan lafaz yang sering kita ungkapkan dalam bulan Ramadan iaitu:
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ
Maksudnya: Maha Suci, Maha Quddus, Tuhan kepada seluruh Malaikat dan Ruh. (HR Muslim)
4. Saidina Auf bin Malik pula menceritakan pengalaman beliau mendirikan solat bersama dengan Rasulullah. Menurut beliau, Baginda akan membacakan zikir ini di dalam rukuk Baginda iaitu:
سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ، وَالْمَلَكُوتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ، وَالْعَظَمَةِ
Maksudnya: Maha Suci Zat yang memiliki sifat kekuasaan, kerajaan, kebesaran dan keagungan. (HR al-Nasa’i)
5. Saidina Abu Hurairah pula meriwayatkan lafaz doa yang berbeza yang diucapkan oleh Rasulullah ketika Baginda sujud. Doa tersebut ialah:
أللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ، دِقَّهُ، وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، زَادَ ابْنُ السَّرْحِ: عَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ
Maksudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosaku selurunya, yang halus atau yang besar, dari awalnya hingga akhirnya. (HR Abu Daud)
6. Oleh yang demikian, tidak menjadi halangan buat kita untuk mempelbagaikan zikir berdasarkan doa, zikir dan tasbih yang diungkapkan oleh Rasulullah sendiri. Adalah lebih andai sekiranya dapat kita hayati setiap lafaz dan maksudnya.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
DOA NABI SULAIMAN MEMINTA KEKAYAAAN
Nikmat kekayaan yang Allah bagi pada Nabi Sulaiman ni luar biasa.
Jika ada yang hari ni ada masalah kesempitan kewangan boleh amal selalu doa ni selepas solat fardhu.
Yang penting kena sentiasa ikhtiar, usaha, doa dan tawakkal kepada Allah SWT.
DOA NABI SULAIMAN MEMINTA KEKAYAAAN
Nikmat kekayaan yang Allah bagi pada Nabi Sulaiman ni luar biasa.
Jika ada yang hari ni ada masalah kesempitan kewangan boleh amal selalu doa ni selepas solat fardhu.
Yang penting kena sentiasa ikhtiar, usaha, doa dan tawakkal kepada Allah SWT.
Sesiapa yang ingin beramal, ada maharnya ya..
Sedekahkan mahar seikhlas hati ke akaun di bawah.
*Maybank*
*5550 2307 3247*
*Surau Nurul Jannah*
Mahar anda akan digunakan untuk membaiki dinding surau yang dimakan anai2.
Jazakamullahu Khoiron.
■ Bagi mereka yang berpanjangan dan tak pulih-pulih dari permasalahan gangguan jin, jaga solat fardhu sungguh-sungguh, perbanyakkan solat sunat serta amalkan zikir di bawah ini sebanyaknya yang termampu dan jadikan ia sebagai wirid harian. Zikir ini memutuskan ikatan jin pada diri seseorang.
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, wahuwa'ala kulli syay-in qadiir.
■ Maksudnya : Tidak ada ilah selain Allah Yang Maha Esa.
■ Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji.
■ Dan Dia-lah yang Maha kuasa atas segala sesuatu.
Repost from Team Raudhah Bonda
Untuk Yang 👇
🤲Sedang cari kerja
🤲Jualan kurang menyengat
🤲Rezeki sendu
🤲Ingin memiliki dan menduduki rumah sendiri
🤲Mencari jodoh yang baik
🤲Ada hajat dan keinginan
Bonda akan share SATU DOA
AMALKAN 40 HARI BERTURUT , 2 KALI SEHARI
4.30 PAGI & 4.30 PETANG
NAKKKK?
PM BONDA SEGERA,
SHARE MESEJ NI YA
YANG BENAR BENAR INGIN AMALKAN
INGIN HAJAT TERCAPAI
Solat tahajud bukanlah hadiah yang kita berikan kepada Allah tetapi ia adalah hadiah yang Allah berikan kepada para hamba pilihanNya.
Tahajjud adalah perhubungan Allah dengan hambaNya dan Allah hanya memilih hamba-hambaNya yang tertentu saja!
DOA BANGUN TIDUR
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”
Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan
DOA BANGUN TIDUR
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”
Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan.
DOA BANGUN TIDUR
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”
Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan
@quotephotovideo 🤗😊🙂
لاإله إلا الله والله أكبر
لاإله إلا الله وحده لا شريك له
لاإله إلا الله له الملك وله الحمد
لاإله إلا الله لا حول ولاقوة الابالله
*Bacaan Surah Harian*
19 Muharram 1446
25 Julai 2024
Khamis
*Surah ke -35 Fatir*
(Ayat 1- 54)✅
*Nama Pembaca*
Alhamdulillah
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Mengaji Sampai Fasih
Juzuk ke Juzuk dengan fasih, dibimbing oleh Ustazah secara percuma. Kelas diplatform Zoom setiap minggu ,link akan diberikan. https://whatsapp.com/channel/0029Vaji6IL5vKAIQ67kAn0j
Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia dapat.
WHATSAPP Bonda laju2 sebelum 11.44 pagi ni...
Kata Kuncinya : *YAKIN*
BONDA SHAREKAN DOA INI...
