Tholibul Ilmi
Open in Telegram
طَلَبُ العِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَّ مُسْلِمَةٍ mencari ilmu wajib bagi muslim laki-laki dan muslim perempuan
Show more1 490
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
1 490
Dajjal akan muncul dan mengaku sbg tuhan. Lalu ramai org akan mempercayainya. Dan itu termasuk org Islam.
Justru, knp senang2 je dajal blh meraih kepercayaan begitu sdgkan tuhan adalah sesuatu yg kudus dan sakral.
Tidak mudah utk seseorang mendakwa tuhan lalu dipercayai secara besar2an. Satu org dakwa jd wali pun masih lg blm dipercayai, apatah lagi tuhan.
Guru kami, al-mukarram PM Dr Abdul Manan menjelaskan - proses tersbt tidak dtg secara langsam, bahkan beransur dan bertahap.
Caranya ialah menanam dlm fikiran umat Islam rumus dan sifir ayat2 mutasyabihat diterima sbg muhkamat atau dgn kata lain, difahami secara literal atau zahir.
Dulu, pejuang2 fahaman literal bersungguh meletakkan tuhan di atas arasy. Tak lama lepas itu, ia berada di langit. Kenyataan tersebut dihiasi dgn menyerahkan bagaimana berada, bagaimana duduk, kpd Allah.
Ahlussunnah wal jamaah tidak pernah mahu membahaskan isu secara meluas dan mendalam ini krn ia bkn usul akidah bahkan terdapat larangan membicarakan zat Tuhan. Bahkan menentang pahaman ini agar akidah umat Islam selamat.
Kita mendidik umat dgn kaedah sifat 20 utk mengesahkan hakikat Tuhan yg esa dan menyucikanNya utk beribadat dan menyembahNya secara benar.
Namun, org yg ada zayghun (penyimpangan) dlm hati tetap bersikeras membahas, berdebat dan berusaha meletakkan pahaman ini dlm fikir dan hati umat Islam. Golongan ini telah disebut dlm Quran Ali-Imran ayat 7. Bahkan menempelkan pahaman ini kpd ulama2 ahlussunah wal jamaah yg masyhur dgn mentafsirkan kalam mrk dgn pahaman ini.
Akhirnya bila paham ini dh terbiasa dibicarakan, maju pulak setapak, Allah turun ke langit dunia. Cuma caranya tidak sama dgn makhluk. Lama2 bila dh reda, diajar pula Allah ada tangan.
Begitulah nnti sikit ayat2 mutasyabihat ditanam dlm pemikiran umat Islam. Allah ada wajah, Allah ada kaki. Sehingga nnti tidak mustahil ayat : Allah ada bersama kamu (وهو معكم أين ما كنتم) akan dipahamkan secara literal jgk.
Pada ketika itu, manusia blh menerima tuhan berada di kalangan mereka dgn pahaman literal ini apabila mereka sdh tertanam rumus ayat2 mutasyabihat sbg ayat yg blh difahami secara literal. Bahkan skrg ini juga slogannya sudah ada : "Allah kata Dia ada tgn, terima jelah. Kan Tuhan yg sebut" dan seumpamanya.
Maka, tidak mustahil ketika paham ini mesra molek dlm pemikiran umat Islam, mudah2 shj dajal akan diterima sbg tuhan krn ciri2 tuhan tlh dinormalisasikan dgn ciri2 yg ada pd makhluk.
Pada masa ini, mmglah blm lg blh berlaku keadaan spt itu krn pejuang2 ahlussunnah wal jamaah masih lg Allah berikan kesempatan dan kedudukan utk menerang dan mempertahankan kefahaman yg sahih dr nas yg samar.
Tidak mustahil nnti mufti2, para ulama yg berjawatan, yg menguasai sumber maklumat dan pengajian adalah yg berfahaman literal bahkan lbh jauh drpd itu, yg menjadikan masyarakat sdh keliru dlm memahami permasalahan ini.
Dan jgn kita sangka dajal akan keluar dgn muka bengis, cacat, mcm terencat akal sbg gambaran2 para ilustrator. Bahkan dia akan membawa keajaiban2 yg memukau manusia pada ketika itu.
Oleh itu, peganglah akidah Ahlussunnah wal jamaah yg menjadi sawadul a'zam atau kumpulan terbesar sepanjang zaman...dgn mahjaj Asyairah dan Maturidiah dlm pengajian akidah, berpegang kpd salah satu daripada empat mazhab yg muktabar - Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, bertasawuf dgn suci hati yg disusun khususnya oleh Imam Ghazali dan tarikat2 yg muktabar.
Nabi s.a.w. sebut: من شذ شذ في النار
Sesiapa yg menyimpang drpd sawadul a'zam ini, maka dia akan menyimpang ke dlm neraka.
1 490
PESANAN UNTUK MUSLIMAH MODEN
Dalam siri Daurah Kubro 9.0 di Pondok Baitul Qurro’ yang lalu, berkesempatan untuk bersama Ustaz Zulkifli Ismail dan peserta muslimat yang lain selepas tamatnya majlis penutup.
Dan detik-detik ini sangat berharga untuk dilepaskan begitu sahaja.
Maka, terkeluarlah dari mulut ini sebuah soalan yang telah lama dipendam mencari jawapan dan penyelesaian. Moga dengannya, lebih kukuh dan kuat lagi niat ini diteruskan.
"Ustaz, boleh berikan kami sedikit pesanan untuk para muslimat yang perlu ke hadapan baik dari sudut kerjaya atau pun dakwah?
Terutama sekali bilamana keadaan atau persekitaran itu memerlukan kami untuk bekerjasama dengan jantina berbeza.
Dan di akhir zaman ini, bagaimanakah kami dapat istiqamah dalam mengikuti jejak langkah para ummahatul mukminin dalam menjaga diri serta mengekalkan sifat malu?"
Jawab Ustaz Zul begitu ringkas tetapi berbekas,
“Jangan tinggalkan bacaan Al-Quran, jangan tinggalkan bacaan Azkar. Jadikan itu amalan yang menemani kita dimana sekali pun kita berada. Walau siapa pun kita dan apa pun keterlibatan kita, bila kita tak tinggalkan Quran dan Azkar, maka kita pada hakikatnya kita dimiliki oleh Allah dan Rasulullah SAW, dan para ummahatul mukminin.
Kita dari kalangan mereka, kita berada di sana (terkehadapan) keterlibatan kita menunaikan kewajipan syariat tetapi identiti kita yang sebentar pada Al-Quran, bacaan wirid dan Azkar yang kita baca.
Jadi apabila kita tak tinggalkan itu, insyaAllah kita akan sentiasa ada dalam keadaan memelihara jati diri kita sebagai seorang Muslimah.
Dan kita tidak akan mudah terbawa-bawa dengan suasana yang mendatang dalam keterlibatan yang kita perlu laksanakan.
Jaga amalan wirid kita dan jaga batas-batas syariat.
Dalam nak menjaga batas-batas syariat ini, amalkan hukum wara’. Segala perkara yang syubhah, tinggalkan. Sama ada dalam pergaulan atau apa-apa pun.
Kerana hukum wara' itu tujuannya adalah hifzulsilah ma’Allah, nak menjaga hubungan kita dengan Allah bi hifzil qalb, dengan kita menjaga hati kita.
Nabi bersabda, siapa yang menjaga syubhah, maka dia telah memelihara dan melindungi agamanya dan maruahnya. Maka apa sahaja tindakan, perbuatan yang kalau kita rasa hal itu ada unsur-unsur yang kurang baik, tinggalkan.
Dan kalau kita nak mengelakkan perkara itu sedangkan kita tetap perlu melalukannya, maka kita perlu lakukan secara berjemaah dengan para muslimah. Jangan lakukan sendirian dan perlu dilakukan dengan menutup aurat (terpelihara dari fitnah).
InsyaAllah.”
Jawapan ini benar-benar lengkap dan menjawab sehingga ke dasar persoalan.
Kita berada di zaman malu adalah sebuah sifat bertentangan dengan permodenan dan kemajuan.
Adakalanya menjadi tertanya sendiri, kita yang terlalu jumud atau mereka yang terlalu terbuka.
Sering kali prinsip diri selalu di salah erti dan tak kurang pula, ia bertentangan dengan dunia teknologi.
Adakah salah seorang muslimat terkehadapan dalam masyarakat dan sebagainya?
Tidak, selagi engkau mengenal batas syarak dan atas kepentingan apa kita di sana.
Kehadapan atas perhatian manusia atau meninggikan kalimah Tuhan?
Itu menjadi tunggak persoalan. Yang selalu menjadi garis tengah, titik kritikal yang menjadi pembahagi sama ada membawa manusia kepada diri kita atau kepada Tuhan yang Menciptakannya.
Bagaimana tatacara dan adab untuk seorang muslimah?
Bersifatlah dengan sifat wara' dan meninggalkan syubhah. Sekiranya berlebih-lebihan dalam bergambar boleh menjadikan kita lebih menarik berbanding dakwah atau apa saja yang kita bawa, maka di situ, mintalah fatwa dari hatimu.
Jujurnya, menjadi wanita dan muslimah moden tak semudah yang diucapkan. Begitu banyak prinsip yang selalu bersalahan dan melawan arus yang telah lama menjadi ikutan di medan segala kemajuan perlu diterokai.
Apa pun yang kita lakukan, bidang apa sekali pun yang kita ceburi, teguhlah berprinsip.
Semoga segala jerih payah dalam meninggikan 'iffah, 'izzah dan al-Haya dalam dirimu, menjadikan Allah menghimpunkanmu dengan para pimpinan syurga di sana kelak.
اللهم اجعلنا من أهل الفاطمة 🤲🏻
1 490
Quotes mbah kholil bangkalan
اَلنَّحْوُ زَيْنُ الفَتَى وَالفِقْهُ حِلْيَتُهُ وَمَنْ عَدَا مِنْهُمَا فَاعْدُدْهُ فِى البَقَرِ
Ilmu nahwu adalah hiasan kaum muda, sementara ilmu fiqh adalah batu permatanya
Barang siapa kosong sama sekali dari keduanya maka anggap saja bagian dari sapi
Bagiku beliau termasuk waliyulloh jalur ilmu Nahwu
Dan termasuk
"من تبحر في علم اهتدى به إلى سائر العلوم"
Tak ayal beliau memberi banyak hikmah dengan hanya tamsil nahwu
#tholibulilmi #nahwu #nahwushorof #santri #santrisuci #mbahkholilbangkalan #pondokpesantren
1 490
" Nasihat buat para Tholibul ilmi "
Imam asy-Syafi’i menulis di dalam salah satu syairnya :
العِلمُ صَيدٌ والكِتابةُ قَيدُهُ قَيِّدْ صيودكَ بالحِبالِ الواثِقَة
فَمِن الحَماقَةِ أَنْ تَصيدَ غَزالَةً وتَترُكها بَينَ الخَلائقِ طالِقة
“ Ilmu itu bagaikan binatang buruan, dan tulisan adalah tali untuk mengikatnya...maka ikatlah binatang buruanmu dengan tali yang kuat.
Dan merupakan kebodohan jika anda sudah mendapatkan kijang sebagai binatang buruan kemudian anda membiarkannya bebas lari diantara makhluq-makhluq lainnya. “
1 490
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
AL-FATIHAH buat TUAN GURU BABA HAJI ABDUL RAHMAN (1917- 28.06.2024)
Telah meningggal dunia pada: 28 Jun 2023 (Jumaat)
Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga.
Semoga roh Al-Marhum dirahmati oleh ALLAH diberi pengampunan, ditinggikan darjat dan dihimpunkan bersama orang-orang soleh 🤲
1 490
Para Nabi disoal tentang dakwah mereka bukan sebab Nabi pendosa tetapi nak tunjuk tanda tanda keadilan Allah dalam sidang mahkamahNya kelak.
Dalam al A'rof
فَلَنَسْـَٔلَنَّ الَّذِيْنَ اُرْسِلَ اِلَيْهِمْ وَلَنَسْـَٔلَنَّ الْمُرْسَلِيْنَۙ
6. Maka pasti akan Kami tanyakan kepada umat yang telah mendapat seruan (dari rasul-rasul) dan Kami akan tanyai (pula) para rasul,
Dalam surah al Maidah Al Maidah
۞ يَوْمَ يَجْمَعُ اللّٰهُ الرُّسُلَ فَيَقُوْلُ مَاذَٓا اُجِبْتُمْ ۗ قَالُوْا لَا عِلْمَ لَنَا ۗاِنَّكَ اَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوْبِ
109. (Ingatlah) pada hari ketika Allah mengumpulkan para rasul, lalu Dia bertanya (kepada mereka), “Apa jawaban (kaummu) terhadap (seruan)mu?” Mereka (para rasul) menjawab, “Kami tidak tahu (tentang itu). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang gaib.”
Dalam surah Al Mulk pula:
تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِۗ كُلَّمَآ اُلْقِيَ فِيْهَا فَوْجٌ سَاَلَهُمْ خَزَنَتُهَآ اَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيْرٌۙ
8. hampir meledak karena marah. Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, “Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?”
قَالُوْا بَلٰى قَدْ جَاۤءَنَا نَذِيْرٌ ەۙ فَكَذَّبْنَا وَقُلْنَا مَا نَزَّلَ اللّٰهُ مِنْ شَيْءٍۖ اِنْ اَنْتُمْ اِلَّا فِيْ ضَلٰلٍ كَبِيْرٍ
9. Mereka menjawab, “Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, “Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar.”
Baba Nawawe sebut tadi keadaan di mana Patani skrg byk yg bebas dakwah dan buat majlis agama serta tiada tindaman keras mcm dulu akibat byk ulama dan orang mengaji terlibat dalam kerajaan, sektor penting yang menguntungkan umat Islam di Patani.
Baba sebut bagaimana semasa Dr Mursi pegang sekejap Mesir dulu buku fikrah dan dakwah dicetak luas dan orang Ikhwan byk berada dlm sektor bukan agama sedangkan mereka hafiz al Quran juga. Cumanya islamisasi drastik tidak sesuai waqi semasa di sana.Dan Baba sebut penting orang pondok, orang mengaji ambil peduli isu ummat, masa depan ummat, siasah dan dakwah. Jangan tumpu turath sampai tidak tahu hal Palestin dll.
Kitab Tazkirah, Ayah Dir Sekam
Baba Nawawee
1 490
CARA KUATKAN INGATAN OLEH AL-A'LLAMAH AL-MUJADID AS-SYEIKH MUHAMMAD HASSAN BIN AHMAD KHADIM AS-SYANQITI.
1.Bertaqwa kepada Allah SWT.
2.Solat pada waktu malam(1/3 malam)
3.Membaca Al-Quran dengan melihat mushaf.
4.Membaca Bismillah ketika mahu mutholaah kitab lalu membaca:
بسم الله سبحان الله والحمد لله و لا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم العزيز الحليم عدد كل حرف كتب ويكتب أبد الآبدين ودهر
الداهرين.
5.Selepas solat fardhu membaca:
آمنت بالله الواحد الأحد الحق وحده لا شريك له وكفرت بما سواه.
Dan selawat kepada Rasulullah SAW.
6.Membaca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ketika mahu melakukan perkara tentang ilmu.
7.Meninggalkan maksiat , diantara sebab paling kuat ingatan dan kefahaman ialah dengan bertaqwa kepada Allah SWT.
Kata Allah SWT dalam Al-Quran:
وَتَّقُوا اللهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللهُ
"Dan bertaqwalah kepada Allah SWT , Allah SWT akan memberi pengetahuan kepadamu".(Al Baqarah)
إِن تَتَّقُوا اللهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانً
"Jika kamu bertaqwa kepada Allah SWT , maka Dia akan memberikan furqan (boleh beze baik dan buruk) kepadamu"
8.Melakukan ibadat sunat kerana ia dapat membersihkan hati.
9.Kerapkan penggunaan Sugi , Siwak
10.Minum Madu
11.Minum Susu
11.Makan kismis 21 biji sehari
12.Jangan banyakkan dosa kerana dosa punca utama lupa ilmu banyak.Kata Syeikh dalam kitabnya :
رُوحُ البَيَانِ قَالَ في العِصْيَانِ
هُوَ مِنَ اقْوَى سَبَبِ النِّسْيَانِ
13.Makan yang sedikit kerana kenyang akan jadi malas dan nafsu tinggi.
14.Jangan terlalu sedih perkara yang melibatkan duniaan.
15.Makan manisan dari buah-buahan
16.Jangan Cinta Dunia
Rujukan Kitab إعانة المتفهّم في آداب المتعلّم.
(Karangan Beliau , Nazom Bagi Kitab Ta'lim Muta'alim oleh Syeikh Zanurji)
SENARAI INI TIDAK BERKESAN KEPADA YANG MALAS(SENTAP)
Mauritania , 2020
1 490
HUKUM CHILDFREE LIFESTYLE PADA TELAAH AWAL SAYA
Childfree yang membawa maksud kawalan kehamilan disebabkan faktor² yang syarie seperti kesihatan dan kewangan adalah pilihan yang diharuskan berdasarkan dalil² yang membenarkan hukum 'azal (ejakulasi di luar faraj). Termasuk dalam pengertian ini ialah hukum tanzim al-nasal (birth control).
Childfree yang membawa maksud tiada keinginan langsung untuk melahirkan zuriat hanya semata² keinginan berkahwin, pada telaah saya adalah makruh yang tidak menepati sunnah Rasulullah SAW yang menganjurkan umatnya memiliki anak di mana Baginda berbangga dengan orang tersebut. Namun ia tidaklah haram secara mutlak.
Childfree yang jika dijadikan polisi oleh pihak berkuasa untuk mencegah kehamilan atau menyuntik kempen separa sedar kepada orang ramai agar tidak memiliki anak untuk tempoh berpanjangan adalah haram. Ia menyalahi maqasid syariah yang menjaga kemaslahatan keturunan dan fitrah manusia. Dalam situasi ini, ia menyamai hukum tahdid al-nasal yang diharamkan oleh hampir keseluruhan ulama Islam.
Jika diamati hadis² Nabi SAW mengenai kelebihan beranak pinak, pengamal childfree akan mengalami kerugian di dunia dan juga akhirat. Contohnya;
1. Terhijab daripada kesempurnaan sifat Ibdaurrahman yang mendoakan agar Allah mengurniaakan isteri dan zuriat yang soleh sebagai qurratuain (al-Furqan : 74).
2. Ketiadaan anak soleh yang mendoakan kebaikan untuknya di dunia di saat semua amalannya terputus selepas mati (HR Muslim).
3. Anak² perempuan yang dididik di dunia dgn baik bakal menjadi pelindung dari api neraka (HR Bukhari) dan sang ibubapabakal berdamping dengan Baginda dalam syurga kelak (HR Muslim).
4 Menyelisihi sunnah para Nabi SA yang mahukan zuriat keturunan yang soleh seperti kisah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman dan Nabi Zakariyya termasuk Nabi Muhammad SAW.
Kesimpulan saya mengenai isu childfree pengertian kedua, pasangan terbabit mungkin pada awalnya merasa bahagia pada awal kehidupan rumahtangga kerana tiada hiruk pikuk anak². Namun pada hujung kehidupan, mereka pasti akan merasa menyesal apabila harta² kekayaan mereka nanti akan hilang kepada ahli waris lain yang bukan berbinkan nama mereka. Tiada siapa lagi yang akan mengingati mereka dalam doa secara spesifik. Tiada siapa yang akan cakna kebajikan mereka di kala tidak sihat terbaring di atas katil.
Anak-anak pada permulaannya memang suatu yang membebankan. Namun akhirannya adalah qurratuain yang menjaga dan menyayangi kita di saat orang lain sibuk dengan urusan masing². Kita bukan seperti warga Barat yang pada hujung usia mereka berkawan dengan anjing tetapi termahjub dari kasih sayang seorang insan bernama anak.
Ini pendapat peribadi saya setakat yang difahami dan hasil rumusan daripada bacaan pelbagai fatwa para ulama dan hujahan mereka. والله اعلم
Dr HK
23.6.2024
1 490
Saya semakin memahami kenapa seorang guru sangat tinggi darjatnya dalam agama. Guru bukan hanya seorang yang mengajar seorang murid dari tidak tahu kepada mengetahui tetapi guru juga menanggung setiap masalah muridnya.
Jika dulu saya hanya mengajar kuliah masjid2 tetapi apabila membuka tempat pengajian sendiri saya lebih mengerti sebesar apa pengorbanan yang perlu untuk benar-benar bergelar seorang guru.
Doakan untuk kami warga Pondok Assobirin
1 490
4) Berdasarkan 7 kitab ini, Imam Ibnu Iraq al-Kinani memilih hadis-hadis yang benar- benar maudhu yang disepakati oleh Jumhur Muhadithin muktabar lagi adil sahaja. MAKA lahirlah kitabnya yang bernama:
تنريه الشريعة المرفوعة عن الاحاديث الشنيعة الموضوعة
(Tanzih Al-Syariah Al-Marfu'ah ann Al-Ahadith Al-Syaniah Al-Maudhuah)
5) Kitab ini merupakan kitab terbaik untuk meneliti sesuatu hadith itu benar-benar maudhu' atau tidak. Setiap dakwaan Wahabi tentang hadis maudhu' perlu ditimbang tara dengan kitab ini untuk memastikan darjat hadith itu.
[Semua maklumat ini diperolehi daripada guru kami, Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi]
Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)
1 490
MENELITI HADIS DHAIF, MEMAHAMI HADIS MAUDHU
(Nota Daripada Maulana Hussein Abdul Kadir al-Yusufi)
1) Pada zaman fitnah ini, ramai manusia yang berlagak 'Muhadith' @ 'pakar hadith', bermudah-mudah menghukum sesuatu hadis itu maudhu atau dhaif. Mereka mengambil satu pandangan muhadith dan meninggalkan pandangan lain.
2) Sedangkan di sisi muhadithin muktabar ada beberapa kaedah untuk mengambil pendapat ulama yang menghukum hadith itu dhaif atau maudhu.Antaranya:
3) Apabila salah seorang antara dua orang muhaddis mempunyai sikap terlalu ketat dalam kajian hadis (tasyadud) sementara seorang lagi mempunyai sikap sederhana (mu’tadil).
♢ Maka pendapat yang sederhana itu akan ditarjihkan seperti Ibnu Jauzi adalah mutasyadid sementara Ibnu Hajar mu’tadil maka Imam Ibnu Hajar DIUTAMAKAN.
♢ Ulama hadith yang mutasyadid masih dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah namun, penilaian atau kritikan mereka terhadap sesuatu hadith tidak diambil kira/tidak diutamakan kerana mereka dikenali sebagai mutasyadid (golongan keras dalam penilaian hadith).
4) Imam Ibnu Hajar berkata bahawa mengikut peredaran masa ada empat generasi (tabaqat) dalam kalangan Imam-Imam Pengkritik atau Pengesah Sanad (Aimmah al-Jarh wa al-Ta’dil).
5) Al-Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan siapa Mutasyadid (bersikap terlampau ketat) dan siapa pula Mu’tadil (bersikap sederhana) pada tabaqat (generasi) itu:
i) Tabaqat Pertama: (Syu’bah dan Sufyan al-Thauri)
● Imam Syu’bah bin Al-Hajjaj adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyadud.
ii) Tabaqat Kedua: (Yahya bin Said al-Qattan dan Abdul Rahman bin Mahdi)
● Maka Imam Yahya bin Said Al-Qattan adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyadud.
iii) Tabaqat Ketiga: (Yahya bin Ma’in dan Ali bin al-Madini)
● Maka Imam Yahya bin Ma’in adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyadud.
iv) Tabaqat Keempat: (Ibnu Abi Hatim dan Imam Bukhari)
● Imam Abi Hatim Ar-Razi adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyadud.
6) Oleh itu, apabila didapati perselisihan di antara mereka maka hendaklah mengambil qaul (pendapat) yang sederhana atau pertengahan dan meninggalkan qaul yang tasyadud.
7) Syeikh Abdul Haiyi Lakhnawi berkata, kemudian daripada tabaqat yang empat ialah Al-Hafiz Ibnu Jauzi, al-Hafiz Sakhani dan Ibnu Taimiyyah dianggap mutasyadid
♢ manakala al-Hafiz Ibnu Hajar, al-Hafiz Iraqi dan al-Hafiz Zaila’i dianggap mutawassit dan mu’tadil dan pendapat mereka ini akan DIUTAMAKAN.
_______
Untuk memastikan sesuatu hadis maudhu atau tidak, terdapat beberapa kitab yang perlu diteliti:
1) Pada peringkat awal, kitab yang menghimpunkan hadith maudhuk membincangkan mengenai rawi-rawi yang lemah dan memberi peringatan riwayat-riwayat dhaif dan maudhuk dari mereka seperti:
* Al Kamil karya Ibn 'Adi
* Al Dhuafa' karya Imam 'Uqaili
* Al Batiil karya Imam Juzqani
2) Setelah itu, Imam Ibnu Jauzi Al Asy'ari telah menulis kitab Al-Maudhu'at Al-Kubra berbentuk susunan bab hadith.
i. Ia menyatakan kekurangan dalam sanad dan menyatakan perawi yang meriwayatkan hadis maudhu dan sebagainya.
ii. Namun, ulama muhadithin SEPAKAT menyuarakan bahawa Imam Jauzi adalah seorang muhadith yang amat keras menentukan hadith maudhu (tasyadud)
iii. Sikap tasyadud ini mendorong Imam besar ini memaudhukan satu hadith dalam Sahih Bukhari, 23 hadith dalam Sunan Tirmidzi dan sebahagian besar hadith dalam Musnad Ahmad.
iv. Kemudian, datang Amirul Mukminin fil Hadith Imam Ibnu Hajar Al Asqalani terpaksa menjawab dan mengangkat kembali darjat hadith yang ditentukan maudhu' oleh Imam Ibnu Jauzi
3) Selepas itu, muncul Al-Allamah Imam Ibnu Iraq menghimpunkan dan mengkaji halus setiap hadith yang dikemukakan sebagai maudhu' melalui kitab yang ditulis oleh:
i- Imam Ibnu Jauzi
ii- Imam Juzqani
iii- Imam Uqaili
iv- Imam Ibnu Adi
v- Syeikhul Islam Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
vi- Al-Hafiz Imam Suyuthi
vii- Mulla Ali Al-Qari
1 490
ketenangan pada hati itu diperolehi dari sifat syukur.
Antara Janji Allah swt kepada manusia :
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ.
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ ﴿ ٧
“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.”
(Surah Ibrahim ayat : 7)
APA ITU SYUKUR ?
🪶 Syukur merupakan ungkapan rasa pengakuan diri seorang hamba atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
🪶 Allah S.W.T berjanji untuk menambah kenikmatan bagi hamba-hambaNya yang bersyukur.
🪶 Sikap kufur akan segala nikmat akan mengundang azab Allah S.W.T.
PENGAJARAN
🪶 Selalulah bersyukur walau sekecil perkara sekalipun. Nikmat Allah S.W.T kepada kita semua adalah terlalu banyak dan tidak terhitung.
🪶 Orang yang bersyukur adalah orang yang tahu berterima kasih. Tidak kira sedikit atau banyak rezeki dan nikmat yang telah diberi oleh Allah S.W.T, sentiasalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T.
🪶 Sebagai umat Islam, kita seharusnya malu untuk mengeluh kerana Allah S.W.T telah memberikan nikmat yang melimpah ruah.
🪶 Ambillah iktibar daripada kisah-kisah kaum terdahulu yang telah ditimpakan azab oleh Allah S.W.T akibat tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakanNya.
🪶 Zahirkanlah rasa syukur dengan tindakan contohnya, nikmat kesihatan yang diberikan kemudian dimanfaatkan untuk beribadah kepada Allah S.W.T, dan nikmat harta benda yang dikurniakan Allah, kita zahirkannya dengan berkongsi dengan orang lain melalui zakat, sedekah dan infaq.
- Alfakir
1 490
Sheikh Ali Tantawi pernah ditanya apakah kata hikmah paling indah yang pernah beliau dengar.
Jawab beliau :
"Aku telah membaca selama 70 tahun dan aku tidak pernah jumpa kata hikmah seindah yang telah diriwayatkan oleh Ibn Jauzi.
Katanya :
"Sesungguhnya kesukaran dalam ketaatan akan hilang namun pahalanya akan kekal. Sesungguhnya keseronokan maksiat juga akan hilang tetapi seksaanya akan kekal. Sentiasalah bersama Allah. Hulurkanlah dua tanganmu di kegelapan malam dan berkatalah :
"Wahai tuhan, dunia ini tidak akan indah melainkan dengan mengingatiMu, akhirat tidak akan indah melainkan dengan keampunanMu dan Syurga juga tidak akan indah melainkan dengan melihatMu"
Credit: Kun Anta
1 490
Dipagi hari jumaat ini marilah kita perbanyakkan selawat keatas nabi junjungan Rasulullah saw
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Insya'allah moga ada keberkatan di hari jumaat yang mulia ini 📍
1 490
لماذا نقرأ سورة الكهف يوم الجمعة
سورة الكهف.. تشمل:
٤ قصص = ٤ فتن= ٤ قوارب نجاة...
١- أصحاب الكهف = فتنة الدين
قصة شباب مؤمنين كانوا يعيشون في بلده كافرة فعزموا على الهجرة والفرار بدينهم بعد مواجهة بينهم وبين قومهم.
كافأهم الله برحمة الكهف ورعاية الشمس... استيقظوا فوجدوا القرية مؤمنة بكاملها!
قارب النجاة منها: (الصحبة الصالحة)....
.................
٢- صاحب الجنتين = فتنة المال والولد
قصة رجل أنعم الله عليه فنسى وأهان النعمة.. فطغى وتجرأ على ثوابت الايمان بالطعن والشك ولم يحسن شكر النعمة رغم تذكرة صاحبه.
هلاك الزرع والثمر.. الندم حين لا ينفع الندم!
قارب النجاة منها: (معرفة حقيقة الدنيا).
.................
٣- موسى والخضر = فتنة العلم
عندما سئل موسى من أعلم أهل الأرض فقال أنا.
فأوحى الله اليه أن هناك من هو أعلم منك فسافر إليه موسى ليتعلم منه كيف أن الحكمة الإلهية قد تغيب أحياناً ولكن مدبرها حكيم. مثال: السفينة.. الغلام
قارب النجاة منها: (التواضع).
.................
٤- ذي القرنين = فتنة السلطة
قصة الملك العظيم الذي جمع بين العلم والقوة وطاف الأرض يساعد الناس وينشر الخير في ربوعها.. تغلب على مشكلة يأجوج ومأجوج ببناء السد واستطاع توظيف طاقات قوم لا يكادون يفقهون قولا!
قارب النجاة منها: (الإخلاص).
.................
•• في وسط السورة يظهر أن ابليس هو المحرك الأساسي للفتن (أفتتخذونه وذريته أولياء من دوني وهم لكم عدو بئس للظالمين بدلا)
ماعلاقة سورة الكهف بالمسيح الدجال؟
سيظهر الدجال قبل القيامة بأربع فتن:
١- يطلب من الناس عبادته من دون الله (فتنة الدين).
٢- سيأمر السماء بالمطر ويفتن الناس بما في يديه من أموال (فتنة المال).
٣- فتنة العلم لما يخبر الناس به من أخبار (فتنة العلم).
٤- يسيطر على أجزاء كبيرة من الأرض (فتنة السلطة).
قوارب النجاة:
١- الصحبة الصالحة: (وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطاً) (الكهف:٢٨).
٢- معرفة حقيقة الدنيا: (وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاء أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيماً تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِراً).
٣- التواضع: (قال ستجدني إن شاء الله صابرا ولا أعصي لك أمراً).
٤- الإخلاص: ( قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً).
•• اللهم نجنا من الفتن ما ظهر منها وما بطن 🏻
فهل عرفتم سر قراءة سورة الكهف يوم الجمعة و دورها في الوقاية من فتن الدنيا وفي العصمة من المسيح الدجال. ..
منقول للفائدة ..
1 490
_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu," (Ibrahim: 7)_
*10. Di Antara Sedekah Yang Disukai Allah*
*اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ*
_"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat *pahala yang mulia.*" (Al-Hadid 18)_
_Demikian dahsyatnya keutamaan² memberi makanan pada orang yang lapar dan berpuasa._
_Lebih² lagi jika disalurkan tajaan makanan mengikut keperluan dan maslahat._
_Semoga dapat *menginspirasi* untuk kita sama² mengamalkan khususnya sepanjang Ramadan tahun ini ._
اللهم أعز الاسلام والمسلمين ، اللهم انصر اخواننا المجاهدين والمستضعين في فلسطين ، اللهم ثبت ايمانهم وانزل السكينة في قلوبهم ووحد صفوفهم ، اللهم حرير مسجد الاقصى من اليود اللهم صل وسلم وبارك على محمد وعلى اله وصحبه اجمعين يارب العالمين ويامجيب الساءلين 🤲
C&P
Sharing is caring❤
1 490
*DAHSYATNYA GANJARAN MENJAMU/MENAJA ORANG BERBUKA PUASA*
*1. Pahala Puasa Berganda*
*مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا*
_"Siapa *memberi makan* orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga." (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)_
*2. Diampuni Dosa-Dosa*
*وَمَنْ أَشْبَعَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ*
_“Dan sesiapa yang *memberi kekenyangan* kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya” (HR Ibn Khuzaimah)_
*3. Dijanjikan Syurga*
_"Sesungguhnya di syurga terdapat bilik² yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya." Lantas seorang Arab Badawi berdiri sambil berkata, "Untuk siapakah bilik² itu diperuntukan wahai Rasulullah?"_
_Nabi saw menjawab, "Untuk orang yang berkata benar, *yang memberi makan* dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia sedang tidur." (HR Tirmidzi)_
*4. Sebab Dijauhkan Dari Neraka*
*اتَّقُوْا النَّارَ وَلَوْ بِشِقٍّ تَمْرَةٍ*
_“Takutlah kamu dari seksaan api neraka walaupun dengan *bersedekah separuh buah tamar.*” (al-Bukhari dan Muslim)_
Nabi SAW bersabda;
_“Api neraka merasa takut walaupun dengan *sebiji kurma* (yang kalian berikan kepada orang yang lapar).” (HR. Bukhari)_
*5. Didoakan Para Mukminin & Mendapat Selawat Para Malaikat*
_Dari Kitab Keutamaan oleh Imam an-Nawawi, hadis berikut ini diriwayatkan oleh Ibu Dawud dengan isnad sahih._
_Dari Anas ra, bahawasannya Nabi saw datang kepada Sa'ad bin Ubadah ra, lalu saat menghidangkan roti dan minyak, kemudian Nabi saw makan. Setelah selesai beliau mengucapkan doa yang ertinya:_
_"Orang-orang yang berpuasa *telah berbuka di tempatmu* dan orang-orang yang berbakti telah makan makananmu dan para Malaikat memohonkan kerahmatan atasmu."_
*6. Amalan Yang Dipuji Nabi SAW*
Tak hanya berpahala, memberi makan bahkan dipuji oleh Nabi SA;,
_“Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani)._
Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW;
_“Perbuatan apa yang terbaik dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)_
*7. Pintu Khusus Di Syurga*
Nabi SAW informasikan;
_“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” (HR. Thabrani)_
*7. Dipermudahkan Allah Menempuh Kesulitan Hidup*
Di dalam Alquran menyatakan bahawa orang yang memberi makan akan dapat menempuh jalan mendaki dan sukar. Allah swt bertanya dalam firmannya bermaksud;
_“Dan tahukah kamu apakah kiranya jalan yang mendaki dan sukar itu?” (al-Balad : 12)_
Soalan ini dijawab sendiri oleh Allah SWT dalam firmannya“
_"Memberi makan pada hari kelaparan.” (QS. al-Balad :14)_
*8. Bertemu Allah Dalam Keadaan Mulia*
Di dalam hadis Qudsi menyatakan orang yang memberi makan akan bertemu Allah swt di sisi orang yang lapar.
_“Wahai anak Adam, Aku minta makan kepadamu, tetapi kamu tidak mau memberi makan kepada-Ku”. Orang itu bertanya, “Wahai Tuhan, bagaimana caranya aku memberi makan kepada-Mu, sedang Engkau Tuhan penguasa alam semesta?”_
Allah menjawab;
_“Ketahuilah, apakah kamu tidak peduli terhadap seorang hamba-Ku, yakni si fulan. Ia telah datang meminta makan kepadamu, namun kamu tidak memberinya makan. Ketahuilah, sekiranya kamu mahu memberinya makan, maka kamu akan menemui-Ku di sisinya.” (HR. Muslim)_
*9. Tanda Mensyukuri Nikmat Allah*
Falsafah kesediaan memberi makan dapat difahami dari hadis Qudsi ini;
_“Pada hari ini Aku menahan kurnia-Ku darimu sebagaimana kamu telah menahan kelebihan sesuatu yang sebenarnya bukan merupakan hasil usahamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)._
Sebenarnya manusia diberi makan oleh Allah swt. Manusia tidak boleh mencipta makanannya sendiri.
*لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ*
