en
Feedback
Academy Wire

Academy Wire

Open in Telegram
4 316
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-2430 days
Posts Archive
photo content

Tutorial brainstorm dan siapkan offer money back guarantee untuk produk kesihatan? Baca di sini (full tutorial): https://www.
Tutorial brainstorm dan siapkan offer money back guarantee untuk produk kesihatan? Baca di sini (full tutorial): https://www.facebook.com/700908190/posts/pfbid02pqNk3NKEUuv5bVfntAkqRhh5J7kPeJDuEx3eQGcVFaBo5wPrvJt7bfE5GsEw2nBil/?mibextid=I6gGtw

[Tutorial] Strategi launch dalam masa 24 jam untuk first timer? Saya tulis ini berdasarkan framework “Strategi Launch Dalam Masa 24 Jam.” . 1 - Distribution. Kenal pasti dulu medium yang kita gunakan untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Pecahkan kepada online dan offline. Contoh online: + Facebook & Instagram Ads. + Email. + Whatsapp. Contoh offline: + Televisyen. + Radio. + Flyers. . 2 - Offer. Apa tawaran yang kita mahu berikan kepada bakal customer kita? Kita pecahkan kepada 5 bahagian iaitu. . 2.1 - Tarikh jualan dibuka. Letak tarikh yang kita selesa. Maksimum 7 hari dari sekarang. Contoh: 20hb September 2023 (Rabu). . 2.2 - Waktu jualan dibuka. Hadkan maksimum 4 jam saja. Contoh: Dari pukul 8 malam hingga 11.45 malam saja. . 2.3 - Fast action bonus. Apakah ganjaran kepada pembeli pantas apabila jualan dibuka nanti? Contohnya: Kerusi urut Ogawa bernilai RM2,000. . 2.4 - Main bonus. Apakah hadiah yang semua bakal customer bakal dapat khas pada tarikh itu? Contoh: Semua pembeli dapat handbag, smartwatch dan tudung. . 2.5 - Surprise bonus. Apakah hadiah yang kita akan bagi (tapi tak beritahu) kepada customer selepas habis launch? Contohnya: Percuma travel kit serum. . 3 - Prelaunch. Maksudnya kempen marketing, content dan ads creative yang kita akan laksanakan pada semua distribution tadi. Objektif: Tambah jumlah prospek yang berminat dan isi borang waiting list. . 3.1 - Aktiviti prelaunch. Boleh rujuk contoh aktiviti marketing sepanjang proses sebelum jualan dibuka pada tarikh dan masa yang kita tetapkan: + Launch FB Ads & Instagram Ads. + Blast kepada prospek dan customer database (Email & Whatsapp). . 3.2 - Jenis-jenis content prelaunch; + Content manfaat produk. + Content testimonial. + Content fast action bonus. + Content main bonus. . 4 - Launch. Launch pula adalah aktiviti paling kritikal selepas prelaunch. Kita akan gunakan segala distribution channel untuk rasmikan product launch. Contoh aktiviti launch: + Blast Whatsapp untuk semua prospek yang isi borang waiting list. Maklumkan jualan sudah dibuka. + Buka sistem jualan pada waktu yang ditetapkan. + Tutup sistem jualan pada waktu yang ditetapkan. . 5 - Post launch review. Kaji hasil launch kita. Samada berjaya atau tidak, pasti akan ada elemen yang kita boleh tambahbaik untuk launch seterusnya. Jawab 3 soalan ini: . 5.1 - Apa yang berkesan? Contoh: Fast action bonus bagi sales 5 angka dalam masa 60 saat pertama selepas jualan dibuka. . 5.2 - Apa yang tak berkesan? Contoh: Conversion kurang memuaskan. Tak berjaya capai minimum 20% walaupun guna database customer sedia ada untuk dibawa ke waiting list. . 5.3 - Apa yang boleh ditambahbaik di masa akan datang? Contoh: Boleh kekalkan fast action bonus yang sama untuk next launch. Buat survey untuk blast kepada waiting list yang tak convert tentang kenapa mereka tak grab offer kita. . Indikator conversion untuk setiap launch? Jika guna prospek yang tak membeli lagi sebelum ini: 1% - 15% saja. Jika guna customer database yang pernah membeli: 20% - 80%. . Belajar sesuatu? Ada tiga perkara yang saya mahu anda lakukan: Buat: Lakukan aktiviti ini sekarang. Hadir: Hadir ke kelas Hack A Launch. Tarikh kelas terbaru dah ada (sebelum sold out lagi sekali). http://hackalaunch.com

photo content
+5

Apakah vision, strategy, tactical dan operation yang terlibat dalam product launch? Model VSTO ini saya kreditkan semula dalam kelas Ibu Hanim iaitu BSS (Business Sustainability Solution). Cuma adaptasi konsepnya kali ini fokus pada ilmu dalam kelas Hack A Launch. . 1 - Vision. Cashcow. Mempunyai pergerakan yang jelas untuk menghasilkan sales dan cash reserve setiap bulan. Kerana strategi launch boleh bagi pulangan besar, dalam masa yang singkat (if done right). . 2 - Strategy. Menambah satu lagi marketing & sales channel yang mencapai tahap “clarity”. Maksudnya? Kita jelas dengan strategi yang akan diguna pakai secara spesifik untuk launching setiap bulan. Juga tahu kepada siapa (customer sedia ada atau prospek yang belum membeli). . 3 - Tactical. Apa yang diperlukan untuk mencapai strategi dan visi tersebut? Offer, type of bonus (fast action, etc), waiting list, boiler room dan juga prelaunch campaign. . 4 - Operation. Boleh tumpu pada bahagian backend. Siapa yang akan uruskan website? Siapa yang akan acquire data sepanjang proses launch dan prelaunch nanti? Bagaimana untuk kita standby jika berlaku worst case scenario. . 5 - Massive execution. Ada VSTO tapi tiada execution yang agresif pun tiada guna juga. Alumni Hack A Launch yang berjaya buat launch sehingga sales 7 angka dalam masa 4 jam, mereka semua bertindak agresif. Agresif dari proses prelaunch, sehingga proses launching itu sendiri. . Dalam kelas Hack A Launch, kita cover semua bahagian ini. Sebab itu janji kami straight forward, “Siapkan kempen launch dalam masa 2 hari, atau minta saja refund 100%.” . Setiap kali kelas Hack A Launch, pasti akan sold out. Sebab kami fokus pada 30 syarikat saja maksimum setiap kali kelas. Boleh daftar sekarang sebelum terlambat: http://hackalaunch.com

photo content

Macam mana nak ukur kejayaan product launch? Ikut 5 gerak kerja ini. Ia adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri uruskan beratus product launch, dan juga pengalaman klien-klien Incube8 yang aktif buat launch setiap bulan. . 1 - Marketing’s launch efforts. Kita sudah ada tarikh dan masa untuk product launch. Maka perkara paling penting adalah mengukur usaha dan aktiviti marketing kita ke arah itu. Apakah aktiviti marketing kita? Untuk setiap aktiviti marketing, apakah usaha kita? . Aktiviti marketing: Facebook Ads. Usaha kita: ⁃ Run ads campaign (5 gambar) setiap hari. ⁃ Run ads campaign (1 video) setiap hari. . 2 - Channel apa yang berkesan? Setiap bisnes mempunyai kekuatan channel yang tersendiri. Sebagai contoh, seorang klien Incube8 ini sentiasa boleh capai sales RM300,000 ke RM500,000 sebulan hanya dengan channel customer database sedia ada (whatsapp blast & SMS). Ada klien Incube8 yang buat sales RM15,000,000 setahun dengan channel paid advertising (Facebook Ads). . 3 - User engagement. Lihat respon user terhadap kempen product launch. Adakah mereka tunjukkan sebarang keterujaan, bertanya soalan dan sebagainya? Engagement ini akan menentukan samada tawaran product launch kita berjaya atau sebaliknya. . 4 - Susunan tawaran. Dalam kelas Hack A Launch, kita fokus pada 3 jenis tawaran asas iaitu: ⁃ Fast action bonus. ⁃ Main bonus. ⁃ Surprise bonus. Ketiga-tiga ini ada fungsi tersendiri. Setiap 1 kategori bonus ini perlu disesuaikan. Sebagai contoh, untuk tawaran item fast action bonus, hadiah perlu mempunyai persepsi yang nilainya sangat mahal, sukar didapati dan memenuhi keperluan customer. . 5 - Komponen asas product launch. Setiap kali product launch, aktiviti dan gerak kerja tertumpu pada komponen berikut: ⁃ Marketing channel. ⁃ Offer. ⁃ Salesletter (waiting list) ⁃ Prelaunch campaign. ⁃ Engagement. ⁃ Salesletter (Purchase). . Tahun ini cabaran buat launch tak sama dengan tahun-tahun yang lepas. Kita perlu tahu apakah strategi baru yang proven dan boleh meningkatkan conversion. Kami nak jemput anda semua ke kelas Hack A Launch bulan November ini. . Boleh baca dan daftar di sini sebelum seat sold out: http://hackalaunch.com

photo content

Bagaimana Facebook dapatkan 1,000+ user pertama? Taktik marketing yang tak seksi yang dipandang rendah. Berdasarkan daripada sumber New Yorker. Kaedah ini sangat tak seksi tapi terbukti berkesan sampai sekarang. . 1 - Lean startup. Social media Facebook bermula di dorm. Malah ia bermula dengan domain “Thefacebook(dot)com” pada 4hb Februari 2004. Waktu malam. . 2 - Bagitahu kawan. Apabila Mark Zuckerberg siapkan website, beliau dan Moskovitz mula sebarkan Facebook dengan berkongsi dengan kawan-kawan. . 3 - Guna direktori online di tempat sendiri. Mereka sedang belajar di Harvard University. Maka salah satu cara mereka dapatkan user baru adalah promosi di Kirkland House online mailing list. Cara ini saja membawa kepada 300 user Facebook yang baru. . 4 - Word of mouth. Apabila kita ada produk yang bagus, dan kena dengan target market, word of mouth akan berlaku. Dalam kes ini, apabila user Facebook berpuas hati, mereka recommend kepada kawan-kawan mereka. . 5 - 1,500 user 24 jam. Dalam masa 24 jam, mereka berjaya dapatkan 1,200 ke 1,500 user Facebook. Ini baru gunakan cara paling tak seksi iaitu “gunakan apa yang aku ada sekarang.” . Ramai yang mencari idea dan strategi marketing yang gempak dan kompleks. Sedangkan cara paling senang dan praktikal adalah bertanya pada diri sendiri soalan berikut, “Apa aku boleh buat untuk dapatkan customer dalam masa 24 jam dari sekarang? Apa yang aku ada sekarang?” . Antara bab dalam buku Hack A Launch adalah “bagaimana buat launch dalam masa 24 jam”. Topik ini sangat praktikal, sehinggakan ramai pemilik buku boleh buat launch dan capai sales 6 angka hanya daripada bab ini saja. Stok buku dah nak habis (kami takkan restock lagi): http://buku.best

photo content

Offer saya tak convert. Apa 5 perkara yang saya boleh buat sekarang? Offer adalah antara faktor penting yang marketer ambil kira untuk menentukan conversion kempen marketing. Boleh cuba 5 tip ini untuk eksperimen. . 1 - Offer pesaing. Siapa pesaing kita? Apa tawaran yang mereka berikan? Jika kita cakap bisnes kita tak ada pesaing, maka risikonya lebih tinggi untuk gagal. Tiada pesaing bermaksud tiada market. Kemudian bagaimana tawaran kita boleh jadi unik berbanding pesaing? . 2 - Sediakan pelbagai jenis offer. Tawaran bukan sekadar diskaun. Ada banyak lagi jika kita kaji. Contohnya, money back guarantee. Money back guarantee pun pecahannya besar. 30 hari? 90 hari? Lifetime? Sebab itu kena brainstorm variasi offer. . 3 - A/B split test. Lawan tawaran kita selama 1 tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya: Tawaran moneyback guarantee - Eksperimen 7 hari. Tawaran 50% diskaun - Eksperimen 7 hari. Eksperimen serentak dan lihat sendiri mana satu tawaran pilihan customer kita. . 4 - Demand. Tak guna offer kita hebat sekalipun, jika produk atau servis yang kita jual tak ada permintaan, ia tetap gagal. Cara kaji demand paling simple? Ada tak pesaing yang jual produk yang sama macam kita? Berapa banyak unit pesaing sudah jual produk itu? . 5 - Platform. Jika kita jual produk kesihatan untuk penyakit 3 serangkai, maka fokus utama kita adalah platform Youtube dan Facebook. Maksudnya di sini, kita perlu eksperimen kempen marketing dan tawaran di mana customer kita melepak. . 5 perubahan ini boleh dilaksanakan dalam masa 24 jam dari sekarang. Produk tak laku bukan bermaksud kita tak pandai marketing. Kebanyakan masa adalah tidak mengkaji demand, atau gagal menghasilkan offer yang unik. Kami ada sediakah 5 case study untuk hasilkan offer yang power. . Ia berdasarkan real case study. Sangat praktikal. Masa baca panduan pun offer dah boleh siap dan terus eksperimen. http://nak.info/otc

photo content

Bagaimana caj 2 hingga 10 kali ganda lagi mahal berbanding pesaing? Ini mungkin formulanya. . Perkongsian ini daripada Len Markidan. Perspektifnya menarik dan saya cuba olah dalam bentuk poin yang lebih mudah difahami. . 1 - Customer experience VS produk Ada banyak kedai kopi murah dan lagi sedap. Tapi masih ada sebahagian besar tak kisah beli kopi mahal (overprice) seperti Starbucks. Pengalaman pegang cawan Starbucks atau singgah minum di sana. Yang menyebabkan ia mahal adalah persepsi orang terhadap kita yang minum Starbucks. . 2 - Betul ke ramai sanggup bayar lebih? Berdasarkan laporan Oracle tahun 2011 (Customer Experience Impact Report), 86% pelanggan tak kisah bayar lebih untuk dapatkan customer experience. Untuk itu, customer experience = value. Value = Higher price. . 3 - 1 customer membawa 9 customer baru Satu kajian menarik dilakukan oleh AmEx di mana 1 customer yang gembira, boleh membawa kepada 9 customer baru. Konsep customer multiplication atau word of mouth ini hanya boleh berlaku apabila mereka melalui proses customer experience yang kita bina pada bisnes. . 4 - Tambahbaik customer service. Seorang pengguna servis email marketing iaitu Steve Chou bertukar dari Aweber ke Mailchimp kerana faktor harga. Kemudian sebab Mailchimp tak boleh selesaikan isu dengan cepat, beliau tukar kembali kepada Aweber. Kerana Aweber mempunyai customer support yang lebih bagus. . 5 - Produk adalah komoditi. Harga murah adalah entry poin untuk customer beli produk kita. Namun selepas pembelian berlaku, customer experience akan menentukan kita layak untuk kekal dalam bisnes atau sebaliknya. . Ilmu customer experience ini tak seksi. Tapi seksa jika kita tak belajar dan tambahbaik dalam bisnes kita. Cara paling senang nak belajar dan rasai sendiri, adalah pergi kedai atau beli produk daripada brand yang memang hebat menghasilkan customer experience. . Dapatkan 5 framework Offer That Converts untuk belajar cara dapatkan customer lebih ramai (first entry). http://nak.info/otc

photo content

Tahniah kepada 5 orang pemenang untuk pembeli terpantas "Framework Offers That Convert" 😍 Kami akan DM untuk maklumkan hadia
Tahniah kepada 5 orang pemenang untuk pembeli terpantas "Framework Offers That Convert" 😍 Kami akan DM untuk maklumkan hadiah anda ya! 🥰 Yang tak berjaya takpe, next time kita buat lagi 😘

Jualan Ditutup! Terima kasih kepada semua pembeli. 👏 Nantikan kejutan daripada kami. 😏

photo content

Tinggal 1 JAM sahaja lagi sebelum jualan Framework Offers That Convert ditutup! Dapatkan segera di nak.info/otc sekarang!

photo content

Jualan dibuka! Beli sekarang di nak.info/otc