4 316
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-2430 days
Posts Archive
4 316
5 aktiviti founder buat pelanggan “ketagih” untuk repeat order?
Kajian daripada Alex Schultze (VP Meta), jika 20% ke 30% customer repeat order, maka bisnes kita berada dalam keadaan yang sihat.
Apakah senarai aktiviti yang kita boleh buat untuk mendorong customer repeat order?
.
1 - Kempen marketing post-purchase.
Jika kita gunakan paid advertising, hasilkan kempen content kepada customer yang sudah membeli.
Mereka mungkin tak akan repeat order serta merta.
Objektif utama adalah buat mereka sentiasa ingat.
Topik content mesti berkait rapat dengan apa yang kita jual.
.
Contohnya, kita jual produk kesihatan.
Hasilkan content tip-tip kesihatan. Run ads dan target kepada customer database sedia ada.
Gunakan bajet yang kecil. Fokus kita adalah kekerapan ia lalu di news feed customer.
.
2 - Tahu bila tempoh masa customer repeat order.
Sebagai contoh, individu yang beli ubat gigi mempunyai kecenderungan untuk beli ubat gigi baru setiap 3 bulan.
Berapa lama tempoh penggunaan produk atau servis kita, sebelum mereka repeat order?
Jawapan ini kita boleh dapat sekiranya kita ada data.
.
3 - Transactional emails.
Biasakan bisnes kita berurusan dengan customer menerusi email.
Untuk permulaan, boleh gunakan email untuk kongsikan maklumat tentang penghantaran produk.
Selepas itu, kita boleh gunakan email untuk strategi cross sell, upsell dan downsell.
Ini strategi jangka masa panjang.
.
4 - Ganjaran untuk repeat order.
Kajian menyatakan, customer yang berpuas hati dengan produk suka pada kupon atau diskaun untuk pembelian kedua dan seterusnya.
Kita boleh berikan diskaun khas kepada mereka.
Kenapa berbaloi?
.
Kos marketing kita sebelum ini sudah tak ada untuk pelanggan sedia ada repeat order.
Ia boleh digantikan dengan kos-kos lain yang boleh mendorong mereka repeat order.
Seperti diskaun, kupon dan sebagainya.
.
5 - Loyalty program.
Ia dikenali sebagai gamified point systems.
Pembelian produk atau servis yang boleh dapat ganjaran seperti poin mempunyai pengaruh besar untuk mendorong customer repeat order.
.
Semua perkongsian di atas hanya sesuai untuk bisnes yang mahu bertahan lama.
Tak sesuai untuk hit and run.
Bisnes hit and run mempunyai objektif berbeza dengan bisnes yang mahu bertahan lama.
.
Kejar sales dengan online challenge 5 hari untuk hasilkan kempen launch khas untuk customer repeat order?
Kami akan buat cabaran selama 5 hari.
Kepada founder yang ada minimum 500 customer database, jemput sertai cabaran ini.
.
Baca maklumat lanjut di sini:
http://nak.info/awro
4 316
5 strategi founder bisnes boleh gunakan sekarang untuk naikkan balik sales lepas raya?
Berikut adalah 5 strategi yang kita boleh buat sekarang.
Ia berdasarkan perkongsian daripada website Indeed.
.
1 - Referral program.
Customer boleh recommend kepada orang lain dan dapat ganjaran.
Siapa golongan customer yang sesuai?
Customer yang pernah repeat order sebelum ini.
Contoh ganjaran?
Komisyen, diskaun atau apa saja insentif yang menjawab soalan “Aku dapat apa kalau recommemmend kat orang lain?”
.
2 - Loyalti points program.
Customer beli barang.
Setiap pembelian barang, customer dapat point.
Point ini customer boleh redeem untuk apa saja ganjaran.
Kaedah ini digunakan oleh bank untuk mendorong pengguna kad kredit supaya kerap berbelanja.
.
3 - Personalize product recommendations.
Jika kita sentiasa berkomunikasi dengan customer, maka kita akan tahu apa lagi yang mereka perlukan.
Sebagai contoh?
Kita dapati customer A berpuas hati dengan produk, tapi masalah kesihatan masih lagi belum berjaya diselesaikan.
Maka kita tawarkan pakej 3 botol dengan harga istimewa, khas untuk customer tersebut.
.
4 - Customer service experience.
Produk atau servis yang bagus saja tak cukup.
Customer juga perlu merasai pengalaman berurusan dengan bisnes kita.
Kajian menyatakan customer lebih cenderung recommend bisnes kita, apabila mereka berpuas hati berurusan dengan kita.
.
5 - Kongsikan update tentang produk.
Jika customer berpuas hati dengan produk atau servis, mereka suka untuk ambil tahu perkembangan terkini tentang produk tersebut.
Kita boleh update perkembangan produk kita seperti formulasi baru, pakejing baru dan sebagainya.
.
Berdasarkan kajian, customer sedia boleh membantu menaikkan sales bisnes.
Kenapa?
Kerana mereka sudah pernah beli dan guna produk mereka.
Jadi kecenderungan mereka untuk membeli lebih daripada sekali itu tinggi, berbanding prospek yang tak pernah membeli.
.
Mahu sertai online challenge selama 5 hari dan buat terus strategi launch untuk customer repeat order?
Academy Wire akan buat cabaran selama 5 hari berturut-turut.
Khas untuk founder bisnes yang ada minimum 500 customer database sedia ada.
.
Objektif utama adalah untuk naikkan sales bisnes dan naikkan peratus repeat order.
Tak sesuai untuk bisnes hit run (kami dah pernah cuba, tapi gagal).
.
Untuk pendaftaran online challenge, baca dulu semua maklumat di bawah:
http://nak.info/awro
4 316
3 cara founder bisnes kira repeat sales rate dalam bisnes?
Saya kreditkan perkongsian ini dari blog Indeed.
Kepada usahawan yang memang sudah ada customer sedia ada, boleh gunakan formula ini.
.
1 - Cara kira repeat purchase rate.
Matlamat kita untuk tahu berapa peratus customer yang beli lebih daripada sekali.
Repeat sales rate = (number of repeating customers / total number of customers) x 100.
.
2 - Cara susun data?
Keep it simple.
Kita perlu tahu terlebih dahulu berapa jumlah customer.
Kemudian baru kita boleh kenal pasti berapa jumlah customer yang sudah repeat order.
.
3 - Sebagai contoh?
Bisnes kasut.
Mempunyai 3,000 jumlah customer pada tahun 2023.
500 customer daripada 3,000 jumlah tersebut repeat order.
Maka repeat sales rate: (500 / 3,000) x 100 = 16.67%
.
Adakah terdapat indikator repeat sales rate rendah atau tinggi?
Tidak.
Ia bergantung pada industri.
Paling penting kita sendiri tahu berapa jumlah repeat sales rate dalam bisnes kita.
.
Jika bisnes tak sampai setahun, boleh saja guna data 3 bulan, 6 bulan atau 9 bulan.
Jika bisnes sudah lebih 5 tahun, pastikan kita buat kiraan ini untuk setiap tahun.
Baru kita boleh tahu potensi sustainability bisnes.
.
5 hari buat terus strategi launch untuk customer repeat order?
Academy Wire akan buat cabaran selama 5 hari berturut-turut.
Khas untuk founder bisnes yang ada minimum 500 customer database sedia ada.
.
Objektif utama adalah untuk naikkan sales bisnes dan naikkan peratus repeat order.
Tak sesuai untuk bisnes hit run (kami dah pernah cuba, tapi gagal).
.
Untuk pendaftaran online challenge, baca dulu semua maklumat di bawah:
http://nak.info/awro
4 316
Influencer yang buat product launch 7 angka dalam masa 3 minit sedang bagi harapan palsu kepada semua usahawan Malaysia?
Masa kita tengok live, kita pun teruja. Tapi sebenarnya ada banyak cerita tersembunyi yang kita tak tahu.
.
Berapa lama beliau membina brand tersebut?
Berapa kali jatuh terduduk dan rugi sebelum ini?
Berapa lama beliau konsisten menghasilkan content dan membina brand sehingga boleh mencapai followers berjuta di semua platform social media?
.
Saya tak tahu perasaan anda sekarang.
Tapi saya tak setuju jika kita dengan senangnya boleh cakap,
"Ala. Senanglah dia buat launch juta-juta. Followers dia ramai."
Hello. Followers ramai tak semestinya boleh buat sales besar.
Banyak saja influencer lain yang followers ramai, tapi sales pun sendu. Sebab ia bukan sekadar melibatkan followers. Tapi strategi yang betul.
.
Sebab itu bermula tahun 2020, saya dan partner saya tulis buku Hack A Launch.
Sebab kami tulis buku ini adalah untuk himpunkan semua case study kami sendiri buat pelbagai jenis product launch yang berjaya hit sales 7 angka dalam masa 4 jam.
Tak senang. Sebelum tulis buku ini juga dah pelbagai jatuh bangun, rugi dan gagal yang kami hadapi.
Jadi buku ini ibarat kitab strategi yang kami boleh gunakan berulang-ulang kali untuk bantu bisnes kami dan usahawan di luar sana, yang mahukan ilmu yang terbukti berkesan.
(Oh ya. Influencer yang kami sebutkan tadi tak ada kena mengena pun dengan kami. Cuma dijadikan contoh supaya orang senang faham. Haha)
.
Bagaimana jika kita boleh faham "apa yang perlu dibuat untuk hasilkan product launch" tanpa perlu berteka teki?
Bagaimana jika kita ada buku rujukan dan juga framework yang terbukti menghasilkan sales 7 angka dalam masa 4 jam, tanpa perlu keluarkan kos yang besar untuk belajar ilmu ini?
.
Semua ini kami kongsikan dalam buku Hack A Launch.
Semua pembaca akan dapat framework yang kami dah print (saiz A3 tau).
Supaya sambil baca buku, boleh terus guna framework untuk merancang product launch khas untuk bisnes kita dalam masa 24 ke 48 jam.
Dapatkan buku di sini:
http://buku.academywire.com
4 316
Minta tolong boleh?
Tak lama lagi kami nak buat webinar percuma.
Tapi kami nak survey tajuk dan topik utama.
.
Walaupun webinar percuma, kami jamin ia seperti webinar berbayar.
Siapa yang pernah attend mana-mana webinar percuma di bawah Academy Wire, mesti tahu yang kami tak kompromi bab kualiti content.
Mohon jawab survey di ruangan komen ya.
Bantuan tuan puan sangat dihargai 🙏🏼
Boleh isi borang survey di sini:
https://nak.info/undi-webinar
4 316
Kenapa manusia mudah terpengaruh dengan scarcity?
Berdasarkan case study daripada website I Mean Marketing, salah sebuah brand yang gunakan scarcity untuk naikkan conversion dan sales adalah Booking (dot) com.
Berikut adalah sebab kenapa scarcity berkesan.
Serta bagaimana untuk guna. Juga bila patut tak guna.
.
1 - FOMO (Fear of missing out).
Manusia takut terlepas sesuatu.
Kita tak akan rasa apa-apa tekanan (mesti kena beli sekarang), kecuali apabila ada sebab yang jelas untuk kita bertindak.
Elemen scarcity ini tak berkesan untuk semua bisnes. Hanya untuk bisnes yang betul-betul mempunyai komponen yang terhad seperti jumlah unit dan sebagainya.
.
2 - Lagi kecil jumlah, lagi ramai orang berebut.
Bergantung pada industri.
Jika kita lihat Dendeng Nyet (Tuan Khairul Aming), 10,000 unit pun dah buat orang berebut.
Kerana jumlah potensi customer yang bakal membeli lebih daripada 10,000.
Untuk contoh lain seperti hotel, tinggal 2 ke 5 unit akan buat orang bertindak.
Jadi ia bergantung pada industri.
.
3 - Penambah perisa.
Offer ini eksperimen yang kompleks.
Jika kita mahu tambah perisa pun boleh.
Sebagai contoh, gabungkan scarcity (jumlah unit) dan juga diskaun atau item percuma.
“Bilik ini tinggal 3 unit saja. Tapi yang book sekarang dapat free breakfast untuk 2 orang. Termasuk diskaun 10%.”
.
Seperti yang kita belajar dalam post ini, eksperimen offer ini sangat kompleks.
Tak semestinya guna scarcity saja sudah cukup untuk buat orang membeli.
Asasnya, produk atau servis tersebut mesti ada demand terlebih dahulu.
Kemudian baru kita gabungkan beberapa komponen offer yang pelbagai untuk tahu mana satu yang berkesan ketika ini.
.
Apa yang usahawan belajar dalam modul Framework Offer That Converts?
Ada beberapa jenis offer, jika digabungkan, akan membuahkan hasil yang lumayan dari sudut conversion rate dan sales.
Modul ini kami bangunkan berdasarkan real case study. Sales jutaan ringgit.
Ia dalam bentuk video step-by-step.
Setiap kali habis tonton video ini, kita akan terus siap offer untuk kita eksperimen serta merta.
.
Boleh dapatkan Framework Offers That Convert di sini:
https://nak.info/otc
Khas untuk usahawan yang gunakan paid advertising dan juga TikTok Live.
4 316
Ada kedai yang "haram" bagi diskaun kepada pelanggan?
Access card rumah saya baru-baru ini hilang. Jadi terpaksa pergi kedai untuk ganti access card baru.
Ini adalah kedai pilihan saya setiap masa.
Walaupun beliau tak bagi diskaun.
.
1 - Perspepsi diskaun (jika salah strategi).
Diskaun ini adalah persepsi.
Jika strategi salah, ia boleh merugikan bisnes setiap kali dapat pelanggan.
Melainkan jika kita guna kaedah price stacking.
.
2 - Kualiti servis.
Kualiti servis akan menjadi penanda aras untuk klien atau customer buat keputusan samada harga kita berbaloi atau tak.
Bak kata pepatah, "We are all in service business."
Jika servis bagus, klien tak kisah pun tak ada diskaun. Malah sanggup bayar lebih.
.
3 - Tak salah pun tak bagi diskaun.
Itu hak peniaga.
Customer juga ada hak mereka.
Jika tetap mahu diskaun, boleh cari kedai lain.
Untuk industri seperti ini, ia adalah open market.
Jadi peniaga tetap ada hak untuk menetapkan harga.
.
4 - Kenapa pelanggan suka minta diskaun?
Saya pun pelanggan juga.
Jadi tipulah kalau saya tak pernah tanya soalan, "Tuan, tak ada diskaun ke?"
Tak salah untuk bertanya.
Tapi jangan mengharapkan jawapan yang kita mahu.
Jika tak dapat, jangan dipertikaikan pula pemilik perniagaan tersebut.
.
5 - Diskaun jangan sampai bisnes rugi.
Untuk pemilik bisnes, perlu belajar ilmu kira-kira.
Ramai saja yang seronok bagi diskaun itu ini.
Sedar-sedar setiap bulan rugi dan negative cashflow (walaupun sales besar).
.
Gambar ini nak tunjukkan bahawa peringatan "Tak ada diskaun" boleh saja diletakkan.
Customer pun akan nampak awal-awal sebelum order.
Tapi saya percaya, kalau kita customer yang spend besar, tak mustahil boleh runding harga. Haha.
At the end of the day, willing buyer willing seller.
.
Belajar ilmu offer convert yang lain selain diskaun?
Antara video courses dalam Academy Wire adalah Offer Strategy.
Modul ini 100% berdasarkan strategi bisnes lain yang berkesan.
Jika tak belajar ilmu ini, kita akan rugi dari sudut mencari kaedah untuk tambah jumlah sales dan conversion rate.
Boleh dapatkan framework dan video courses di sini:
https://content.academywire.com/otc-buy-now
4 316
Bagaimana gunakan price stacking pada packaging produk?
Ini adalah real case study bagaimana pekerja di kedai gunakan strategi price stacking untuk buatkan pelanggan rasa pembelian mereka berbaloi.
Ia adalah berdasarkan pembelian Android Player untuk kereta.
.
1 - Tahu berapa harga maksimum kita mahu jual.
Contohnya, label harga pada Android Player ini RM1,800.
Namun kita sebagai pelanggan secara tipikal, akan bertanya soalan-soalan seperti,
"Tak boleh murah lagi ke?"
"Ada diskaun ke?”
Dan sebagainya.
.
2 - Berbincang dengan bos.
Ini jika kita mempunyai kedai, gerai, booth dan sebagainya.
Mereka akan pergi bawa item tersebut kepada bos di hadapan kita. Kemudian selepas berbincang, mereka setuju untuk bagi diskaun sebanyak RM500.
Maka RM1,800 jadi RM1,300.
Murah atau tidak? Jujurnya, tak semua orang akan tahu jika tak buat survey.
Berbaloi atau tak? Berkemungkinan berbaloi sebab sudah ada persepsi diskaun.
.
3 - Diskaun dalam bentuk strategi.
Berdasarkan kes ini, kita memandang sebagai ia adalah satu strategi dan taktik.
Ia memberi impak besar pada persepsi dan psikologi.
Untuk bisnes pula, mereka boleh kawal margin keuntungan sebaik mungkin dan mengelakkan daripada kecederaan margin yang melampau apabila negotiate harga dengan klien.
.
4 - Ada ke manusia yang tak mahu diskaun?
Jangan terkejut. Ada.
Ia bergantung pada kategori segmen pelanggan.
Ada saja yang tak kisah bayar mahal. Sebab mereka boleh bayar. Juga sebab mereka tak mahu buang masa.
Ada juga terselit faktor ego.
.
5 - Harga adalah persepsi.
"Price is what you pay, value is what you get."
Harga adalah persepsi. Maksudnya mahal atau murah terletak pada bagaimana kita membina persepsi tersebut.
.
Strategi price stacking ini bukan benda baru.
Namun ia tak sesuai juga digunakan pada semua bisnes. Untuk bisnes yang sesuai, boleh cuba eksperimen supaya semua orang menang.
Apabila pelanggan rasa dia menang, pemilik bisnes pun menang.
Jangan terlupa juga price stacking perlukan persepsi lain seperti memberi nilai yang tinggi kepada pelanggan (dari sudut case study ini, servis sebelum, semasa dan selepas pemasangan adalah kritikal).
Baru semua pihak menang.
.
Bagaimana meletakkan dan susun harga yang betul boleh naikkan sales dan conversion rate?
Belajar terus daripada penulis buku The Confessions of the Pricing Man - Hermann Simon (mempunyai portfolio sales klien sehingga USD2.5 trilion menerusi Simon-Kucher & Partners).
Saya dah baca lebih 5 kali buku The Confessions of the Pricing Man oleh Hermann Simon.
Ini 3 cara untuk selesaikan masalah letak dan susun harga:
Solusi 1 - Faham kepentingan harga dan value.
Solusi 2 - Mempunyai pelbagai jenis strategi harga.
Solusi 3 - Belajar daripada real case study yang sudah proven (sales $2.5 trilion)
.
Untuk season 1, ini 5 video praktikal yang anda akan dapat:
Video 1 - Price VS Value (Behavioural Studies).
Video 2 - The Power of Second Order Effect.
Video 3 - 2 Psikologi Penting Sebelum Letak Harga.
Video 4 - Smart Pricing (Case Study Olympic 2012).
Video 5 - Smart Pricing (Case Study Bahncard).
Boleh dapatkan panduan di bawah pada harga yang tak masuk akal:
https://kelas.borang.online/pricestrategy1
4 316
Bagaimana naikkan jumlah pembelian walaupun kita tak berjaya close ramai leads?
Baru-baru ini saya buat eksperimen pada satu bisnes.
Ada beberapa cabaran yang berlaku.
Pertama, jumlah closing rate masih lagi maintain 10%.
Kedua, jumlah order untuk setiap customer masih kecil.
Hasil daripada ekpserimen ini membantu bisnes beliau untuk close prospek secara purata 10 ke 20 pasang. Jika tak sebelum ini 1 ke 3 pasang saja.
.
1 - Price stacking.
Teori eksperimen pertama bermula dengan price stacking.
Ia bukan ilmu yang baru. Ia berkaitan dengan psikologi.
Manusia hanya akan rasa murah dan berbaloi, apabila kita tunjukkan harga yang paling mahal dulu.
.
2 - Kenapa price stacking?
Kenapa eksperimen ini dulu?
Kerana dapatkan jumlah leads yang banyak tak akan selesaikan masalah utama.
Kita selesaikan dulu masalah average order per customer, kemudian baru kita cari jalan untuk scale ads campaign supaya setiap leads yang dapat, boleh dimaksimumkan.
.
3 - Manusia mudah terperangkap dengan perbandingan.
Ini bukan manipulasi semata-mata. Ini psikologi.
Apabila customer nampak harga RM2,000. Maka mereka akan rasa harga RM1,000 itu murah.
Jadi ia adalah tugas kita untuk menyusun pakej harga bermula paling mahal, kepada yang paling murah.
.
4 - Cara eksperimen price stacking?
Pertama sekali, kita sendiri perlu buat keputusan untuk fokus pada pakej apa.
Maksudnya? Kita mahu customer ambil pakej yang mana satu?
Dari situ, baru kita bina strategi price stacking.
.
5 - Contohnya?
Kita mahu customer ambil pakej RM99.
Maka price stacking akan jadi seperti berikut:
Pakej 1 - RM399 (Tunjuk ini dulu kepada customer)
Pakej 2 - RM249 (Tunjuk ini kemudian)
Pakej 3 - RM99 (Tunjuk ini akhir sekali)
.
Ada banyak taktik dan cara susunan untuk strategi price stacking.
Bukan buat sekali terus menjadi.
Ilmu ini saya dapat inspirasi daripada buku The Confessions of the Pricing Man, tulisan Hermann Simon.
.
Mahu belajar convert lebih ramai customer dengan hanya susun strategi harga?
Kami dah buat modul khas untuk strategi ini.
Berdasarkan real case study daripada buku The Confession of the Pricing Man.
Strategi harga ini sebahagian daripada ilmu conversion rate. Kebanyakan masa bukan kita salah letak harga.
Tapi kita salah susun strategi meletakkan harga yang betul.
Sebab isu utama bukan harga mahal atau murah.
.
Hermann Simon mempunyai bisnes consultancy yang telah membantu klien-kliennya di seluruh dunia untuk menjana total sales sebanyak USD2.5 trilion!
Kita ada pilihan sama ada mahu baca buku beliau atau dapatkan video courses yang sudah kami pecahkan strateginya secara detail.
https://kelas.borang.online/pricestrategy1
4 316
Jualan Ditutup!
Terima kasih kepada semua pembeli 👏
Nantikan kejutan daripada kami 😏
