cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Mateen Reads&Shares

t.me/mateenreadsNshares We share to you what we read! Channel perkongsian hasil bacaan, refleksi, review, quotes dan sebagainya dari buku fikrah islami. Moga bermanfaat :) #jomiqra #projekulatbuku #fikrahkita

Show more
Malaysia12 387The language is not specifiedReligion & Spirituality88 180
Advertising posts
291
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

02:15
Video unavailableShow in Telegram
Astaghfirullah, buku panduan menjadi generasi LGBTQ untuk anak-anak sudah diterbitkan di barat, siap dengan cara menjawab dan melawan umat Islam yang menentang LGBTQ. Semoga kita dan keturunan kita dipelihara Allah daripada ideologi dan amalan songsang ini. Dari https://t.me/hadispalestin
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Kegembiraan kedua❤️ Buku kisah sahabat yang belum diterjemah.
Show all...
Kegembiraan pertama❤️
Show all...
Repost from Tarbiah Daily
Pengajaran dari sebuah rumah di Madinah. Diceritakan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak sebuah kisah: Pada suatu hari di sebuah rumah di Madinah, di zaman saidina Umar al-Khattab ra. Saidina Umar al-Khattab sedang duduk-duduk bersama sahabat-sahabatnya, mereka pun berbual di antara mereka. Barangkali meringankan suasana dan minda yang tak henti dalam keadaan siapsiaga dan jihad, atau memperbaharui dan menyegarkan balik jiwa, saidina Umar r.a dalam sesi perbualan itu pun kata pada sahabat-sahabat yang ada bersama: "Tammannau". Atau dalam bahasa kita hari ini: "Cuba kamu semua berangan apa apa impian (yang menarik dan hebat)". Jarang-jarang soalan ini dilontarkan dalam majlis sahabat. Lalu ada salah seorang sahabat pun cakap: "Aku kalau boleh impikan, aku impikan rumah (yang kita duduk) ini dipenuhi dengan emas-emas. Dan semua emas-emas itu aku infakkan sepenuhnya ke jalan Allah". Hah! Jiwa para sahabat. Dalam sesi rehat dan berbual pun, jiwanya rindu untuk membuat ketaatan di jalan Allah. Tapi... Saidina Umar r.a tidak berpada dengan jawapan tu. Dia pun bertanya lagi: "Tammannau". Kemudian ada seorang sahabat lain pula jawab: "Kalau aku, aku impikan rumah ini dipenuhi dengan mutiara, intan dan zabarjad, dan semua ini aku infakkan ke jalan Allah". Sama. Jiwa yang rindukan ketaatan, perjuangan dan pengorbanan di jalan Allah. Namun, saidina Umar r.a masih belum berpuas hati lagi, lalu mengulangi persoalan yang sama, "Tamannau". Sahabat-sahabat beliau yang ada di situ keliru. Tidak tahu apa yang saidina Umar maksudkan sebenarnya? Lalu mereka yang ada pun kata: "Kami tak tahu, apa yang kau maksudkan sebenarnya wahai Amirul Mukminin?" Mendengar jawapan mereka, saidina Umar r.a pun menceritakan angan-angan yang diimpikan dalam dirinya. "Adapun aku, aku impikan wujudnya lelaki-lelaki sejati seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Muaz Bin Jabal, Salim Mawla Huzaifah, lalu aku meminta tolong dengan mereka untuk menegakkan kalimah Allah." ... Sebuah kata azimat daripada impian yang sangat mendalam. Menegakkan Kalimah Allah, dengan lelaki-lelaki sejati. Lebih tinggi nilainya daripada emas, intan dan permata. Tidak terbanding. Manakan sama, batu-batu permata.. Dengan mu'min sejati, yang tangan dan kakinya berdebu dengan perjuangan. Yang perut mereka sudah sedia lapar, malah siapsiaga lagi untuk bekorban lagi harta dan jiwa mereka untuk menyampaikan risalah. Bibirnya menitip zikir dan tasbih.. Malamnya ditemani wudhu' dan tilawah. Bolehkah batu-batu emas dan perak memberi kesan dan perubahan yang sama dengan kehadiran mu'min sejati di dalam umat ini!? #SatuKeluargaSatuUlama
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Sekarang jom kita buat projek pembacaan buku sejarah Islam😋 Ready to go....
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Teman-teman, nak tahu tak🤩❓ ✨Mutaba'ah Amal(MA) ini adalah perkara yang boleh membantu untuk menjaga iman sehari-hari dan ia telahpun terbukti melalui kehidupan sahabat seperti hadis Rasulullah SAW di bawah⬇️ Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabatnya: “Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?”. Abu Bakar r.a. menjawab: “Saya.” Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati?”. Abu Bakar r.a. menjawab: “Saya.” Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar r.a. menjawab: “Saya.” Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?” Abu Bakar r.a. menjawab: “Saya.” Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berkumpul hal-hal ini di dalam diri seseorang kecuali dia akan masuk syurga.” (Riwayat Muslim) 📌Checklist MA untuk daily life✨ Jom sama-sama kita improve diri..Slowly but surely❤️❤️
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Kata Allah, Aku tidak peduli😭😭, Ampunan Allah
Show all...
sangat membina neraca yg sebenar terhadap waktu. betapa seorang muslim itu wajib mengambil berat dan tidak mensia siakan sedikit pun waktu yg dikurniakan Allah di dunia. kerana itu dikatakan Allah dalam firmannya surah Al-Asr; Al-'Asr 103:1-3 وَٱلۡعَصۡرِ Demi Masa! إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِى خُسۡرٍ Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Show all...
tajuk memanfaatkan waktu
Show all...